Thursday, 17 May 2012

TORTILLA NAMA ROTI KER DADAR TELOR?

Assalamualaikum wbkt..


Semalam mama tengok siri telenovela spain..dalam satu adengan ada laa sebut pasal sejenis makanan mereka panggil tortilla..mama pun menggoogle untuk mengetahui apa itu tortilla..kalau halal boleh laa cari resepi dan nak rasa makanan orang spanyol....

Banyak juga resepi,  bukan sahaja dari spanyol, serata dunia pandai buat tortilla..mama juga yang ketinggalan..maklum laa betul betul layan cik google ni baru setahun dua..tentu banyak yang ketinggalan..

Bagi yang dah tahu..tak yah laa baca..bagi yang baru tahu meh kita kongsi cerita..

Macam gini laa rupa tortilla....

atau dipanggil tortilla wrap, ada juga mengelarnya tortilla bread..

tortilla jenis ranggup macam keropok

Roti ni boleh dihidangkan dengan pelbagai cara..kira macam roti laa..kita boleh layan dengan peanut butter, madu, jem, atau kita gayakan seperti kebab..letak sosej ker, burger daging ker, daging cincang ker, ayam cincang ker..yang telah di masak...campur kan dengan mayonis atau thousand island sos, tomato, cili sos, cheese, salad dan sebagainya mengikut selera masing masing..


Rupa hidangan tortilla...yum yum yum..menjejeh dah air liur nih...


tortilla ngan daging 

tortilla dengan buah campuran

tortilla inti daging kambing 

tortilla mediterenean
Tiba tiba mama teringat rancangan kat Channel Travel tu laa..si Chef Anthony Bourdain dalam siri "No Reservation".  Dia pergi Mexico..kat sana dia pergi di sebuah bar..dia ni memang kuat minum,  sampai merah merah muka..tapi info dalam rancangan dia best tu sebab tengok juga..kat bar tu mereka hidangkan sejenis makanan bernama Tortilla..tapi tak sama dengan tortilla kat atas..

Tortilla yang dihidangkan berupa telor dadar atau omellete yang di isi dengan pelbagai bahan tambahan mengikut kegemaran pelanggan.


tortilla telor dengan kentang dan peperroni

tortilla de patata..tah apa maknanya..air tangan jimmy oliver  

tortilla dengan bayam
Semua gambar kat atas mama pungut kat cik google yang suka simpan banyak gambar tak kira halal ke haram..tapi kita orang islam tengok yang yang halal jer laa..

Di sini mama sertakan resepi buat Tortilla Wrap..inti suka hati..


RESEPI TORTILLA STYLE MAMA

Tepung Serbaguna                    2 cawan
Baking Powder                          1 1/2 sudu
Mauripan                                 1/2 sudu 
(roti akan bertambah gebu dan kembang)
Garam                                     1 sudu kecil
Minyak Masak @ Shortening        2 sudu kecil
Air Suam                                  3/4 cawan 

Cara
  1. Gaul tepung dengan baking powder sehingga rata
  2. Masuk garam dan minyak,  gaul macam nak buat kulit karipap
  3. Masuk air suam,  uli hingga jadi doh
  4. Rehatkan selama 15 minit,  bagi 8 bahagian dan bulat bulatkan, rehat selama 20 minit lagi.
  5. Jika melekat tabur tepung
  6. Gelek bulat dan masak dalam kuali..tak payah letak minyak.  Balik balikkan selepas 30 saat..kelihatan tepung dah masak..angkat dan simpan dalam kertas aluminium untuk menjaga kelembabannya.
  7. Inti suka hati..paling simple..goreng hot dog yang dipotong nipis, gaul dengan salad dan tomato, campur cili sos dan mayonis..letak dalam tortilla..makan..

Bab tortilla telor dadar tu..macam buat telor dadar biasa...campur jerr apa kita nak kat dalam dia..boleh makan dengan nasi atau sebagai snack semasa kelaparan..










2 comments:

  1. mama, mane gambar tortilla mama buat? meh la tepek nak tengok...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum yani..terima kasih menyinggah kat sini...hihi..masa buat artikel ni kamera mama dah rosak..jadi ambil masa lama nak beli baru...sebab tulaa banyak artikel mama main pinjam jerr gambar..terima kasih komen yerr...kalau tidak tak perasan kelemahan resepi mama tu..Baking Powder ngan Mauripan tu guna sudu kecil untuk menyukatnya..Nak gebu sikit kena tunggu dalam 1/2 jam atau sejam sampai doh kembang baru uli balik dan terus canai nipis..dah selalu buat pon...dapat order dari kawan kawan anak kat sekolah...

    ReplyDelete