Wednesday 25 February 2015

JOM MAULID DI SURAU TANAH WAKAF KG TENGAH HILIR KUALA PILAH

Assalamualaikum wbkt..

Bukan anak anak mama je yang hairan..jiran jiran pun hairan.  Kenapalaa si As ni asyik start engin kereta dan keluar masuk tak kira waktu.  Macam laa sibuk sangat..

Hihi..memang sibuk pun.  Sebenarnya mama sibuk bantu En. Hubby.  Semenjak kena lantik jadi En. Setiausaha surau,  dia semakin sibuk.  Jadi nak ringankan beban dia, mama tolonglaa apa yang boleh.

Sebelum ini sibuk bantu dia perihal Rukun Tetangga...al maklumlaa dia Pengerusi SRS kat taman kami.  Sibuk dengan hal kerja lagi..nak tolak tak diberi.  Masing masing taknak lepaskan En Hubby mama yang memang dah sedia sibuk.  

Perihal surau tadi tu..En Hubby mama telah dilantik sebagai setiausaha kat Surau Kg Tengah Hilir, Kuala Pilah.  Segala hal surat menyurat, buat bena, gantung bena, flyer dan sebagainya telah ditugaskan kepada beliau.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan majlis akan diadakan pada tarikh yang tersebut di bena yang mama sertakan kat sini..  Kalau sudi silalah datang bersama keluarga dan sahabat handai....





Friday 13 February 2015

RINDU ALLAH SAYANG ALLAH - IWAN

Assalamualaikum wbkt..

Jom hayati lagu ni pulak...





IWAN..SEMUA ALLAH PUNYA

Assalamualaikum wbkt..

Subhanallah..pertama kali dengar lagu ini masa kakak mama share kat hp dia..bestnya...

Kat sini ada video dengan lirik sekali untuk kita hayati bersama sama...


Lirik Lagu Semua Allah Punya – Iwan Syahman
Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Lihatlah burung yang terbang
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah bunga yang mekar
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepada Nya
Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepada Nya (2X)
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya


KEMBALINYA TOK GURU NIK AZIZ KEPADA PENCIPTA

Assalamualaikum wbkt..

Masa dapat khabar kepergian Tok Guru Nik Aziz ke rahmatullah..bukanlah khabar yang mengejutkan kerana keadaan beliau yang sebelum ini sememangnya tidak sehat dan usia yang sudah lanjut.  Itulah perjanjiannya...tidak terlambat atau tercepat walau sesaat..setiap yang hidup pasti akan mati..Al Fatihah untuk arwah..

Terpesona melihat berpuluh ribu manusia yang datang dari pelbagai pelusuk berhimpun menziarah, menyembahyangkan, menghantar jenazah beliau hingga ke tanah perkuburan. Belum cerita yang berada di rumah menyaksikan di kaca tv..sudah tentu doa dan al fatihah bukanlah hadiah yang sukar untuk diberi. 

Bayangkan sebanyak mana doa doa kesejahteraan yang beliau dapat untuk dibawa bersama ke alam barzakh..belum lagi kira doa doa dari isteri, anak, cucu yang soleh solehah, murid murid dan pengikut setia yang sangat sangat menyayanginya...terasa keberuntungan arwah..pastinya tidak putus di hari ini sahaja..

Bagaimanakah agaknya sambutan di alam sana kan... beruntungnya dia.. ahh..mama masih berkata kata sendirian..beruntungnya dia.. 

Di dalam menangisi kepergian pemimpin yang sangat disegani oleh manusia yang menghargai perjuangannya...terfikir pula akan nasib kita yang tiada apa apa..bukan siapa siapa..bukan pejuang..bukan ulama..segalanya bukan..apakah nasib kita sendiri bila bertemu  Pencipta yang Maha Esa.

Ramaikah yang akan menziarah jenazah kita..sudikah rakan taulan jiran tetangga memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan ikhlas mendoakan....sudikah anak anak kita sendiri menguruskan jenazah kita..mengangkat kita hingga ke kuburan..menurunkan kita hingga ke liang lahat dan menimbuskan tanah sambil mengucap selamat tinggal dengan penuh kesedihan dan kasih sayang...

Bagaimana pula bekalan amalan untuk dibawa bersama..dah siap lengkap ke...oh tidak..banyak yang kurang..banyak yang tiada..masih tercari cari..whuaagggg....apa pula harta yang tinggal..adakah mendatangkan pahala yang akan menjadi penyelamat kepada kita bila berada jauh di alam sana...masih tertanya tanya dan buat diri makin sebak dan menyesak dada..









LAMANYA TAK BUKA

Assalamualaikum wbkt..

Pergh..terasa lama tak menyinggah kat laman sendiri ini.  Terasa sunyi dan kosong sebab takda mood nak mengetuk ngetuk papan kekunci komputer mama ini.  Asyik betul melayan whatsapp dengan wechat yang didatangkan dengan pelbagai icon comel..aduhh..sangat comel..nak nak gambar yang bergerak gerak tu kan..leka sungguh..Facebook pun dah lama tak buka sebab layan member kat telepon bijak yang cik hubby bagi hujung bulan disember yang lalu..

Blog pun main intai intai jerr...ada komen layan lerr juga..tapi kenapa tah...banyak story nak share tapi masalah malas menjadi batu penghalang...heheh..

Terima kasih kepada yang sudi singgah kat laman ini yerr..`kalau takda yang new issue..old issue..masih ada yang boleh diguna pakai..kan kan..