Wednesday 24 August 2011

RICE BUBBLE WITH COKLAT

Sape sape tak kenal rupa rice bubble...cam gini laa rupa dierr...

Rice Bubble dengan Coklat...rasa dia macam coklat bar kat kedai tu..ape ke janama nye
mama lupa..
Bahan

Rice Bubble              250 grm
Coklat Masakan        500 grm
Coco Butter               1 sudu kecil

Cara
  1. Double boild coklat, bila dah cair masuk coco butter, kacau lagi sampai cair
  2. Masuk Rice Bubble, gaul dan isi dalam paper cup,  biarkan coklatnya keras, boleh simpan dalam bekas kedap udara.







Tuesday 23 August 2011

CORNFLAKE MADU

cornflake madu
Kuih wajib bila musim raya...kalau nak rasa buat lerr...

Bahan


Cornflake                   500 grm
Kelapa kering             1 bekas taufa
Kismis                         1 cawan (tak masuk pun tak apa)
Butter                         250 grm
Gula                           2 cawan
Madu                         1 senduk besar
Esen Vanila                 1 sudu (tak masuk pun tak apa)


Cara

  1. Masak butter, gula, madu dengan esen hingga mengelegak.
  2. Cornflake dan Kelapa kering dimasuk dalam satu bekas, tuang butter tadi dan gaul rata.
  3. Isi dalam paper cup secukupnya, bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 15 minit atau kurang, bergantung oven masing masing dan kehendak masing masing nak perang ker, nak kuning keemasan ker, nak hangus pun boleh..kau makan sorang jerlah bedah ooii..







Thursday 18 August 2011

SAJAK MUKA TAK MALU


Buka jer mata...capai towel
Gosok gigi mandi pagi
Cuci sampai bersih
Bershampoo sampai wangi

Terus siap pakai baju
Jenama pucci ke gucci
Janji jenama terbeliak mata dan gigi
Biar hebat di mata insan insani

Turun dapur isteri dah siapkan sarapan
Telor mata kerbau dengan teh secawan
Madu dan roti dilupa jangan
Tenaga malam hari yang isteri dambakan

Alkisah tak perasan ker..selamba jer tak solat subuh tadi
Allah hari hari perhati
nikmat macam macam di beri
tapi insan mudah lupa diri

Isteri melambai selamat pergi dan kembali
Bergaya sakan membawa kereta buatan luar negeri
Setengah jam sampai pejabat rehat goyang kaki
Belum time kerja..melangok tengok fb

Masuk zohor..perutpun mula kebulur
Pi makan tengahari menikmati nasi campur
Telan Jus sejuk lolos tekak terhibur
bersiul siul sebab perut kenyang hati tertidur

Pukul empat perut dah bernyanyi nyanyi
Nak teh tarik tak pun air kopi
Layan pulak goreng pisang atau mee kari
Asar kita langgar dengan senang hati

Sampai rumah hari dah senja
Azan maghrib berlalu begitu sahaja
"Mah..abang lapar ni...dah siap ke?"
bini cakap..dah bang,  meh lah melantak sama

Azan Isyak kat TV di tukar channel
Sebab ingin menonton cerita yang lebih hina
Belum pukul 10 mata nak lena
Tv HD 34 inci pun dah tak berguna

"Mah jom tidor"..penuh makna
Isteri faham dan ikut sama
Melayar bahtera nikmat sempurna
Sampai ke pagi diulit lena

Begitulah kehidupan seharian yang berlalu
Nikmat Allah dikauk tanpa rasa malu
Suruhan Allah kena solat 5 waktu
Tanpa rasa bersalah dilalaikan selalu

Memang kita "TIDAK TAHU MALU"






ALASAN TAK SOLAT


Terimakasih kerana masih sudi membaca tulisan Mama.  Entah kenapa bulan puasa ni teringin pulak mama nak kongsi cerita berkenaan Alasan Tak Solat.  Jadi kalau terkena pada batang hidung sendiri.."i am sorry" ...tetapi hakikat kita kena terima ia memang terjadi dalam kehidupan seharian tanpa kita sedari atau kita buat buat "tak sedari".

Mama tak kata mama adalah orang yang bagus amalannya tetapi mama sedang berusaha memperbaiki diri.Insyaallah..semoga Allah sentiasa membimbing dan kita semua sentiasa berada di atas landasan yang betul.

Bukan Mama sahaja malah kamu juga tentu telah berhadapan dengan manusia yang terlupa akan rukun islam yang ke dua iaitu solat..bukan bab meringan ringankan solat tetapi memang malas mengerjakan solat,  buat pun bila suka dan kadang kadang tak ikhlas sebab nak tunjuk kat orang yang mereka juga bersolat.  Solat itu adalah tiang agama, sesiap tidak bersolat seumpama dia meruntuhkan agamanya.

Mama akui mama juga pernah lalui hidup sebagai insan yang alpa...tetapi Allah masih sayangkan mama rupanya...dipanjangkan umur ini supaya menyedari kesalahan diri dan memperbaiki diri...dan hingga kini masih berusaha untuk menutup lubang sana sini...banyak betul cacat celanya iman pada diri mama...

Alkisah tentang Alasan Tidak Solat,  kalau perempuan dalam sebulan tentu ada 7 hari cuti Allah bagi...jadi tak payah solat dan tak payah nak ganti,  cuma puasa jer kena ganti.  Takpun dalam nifas...lagi panjang cutinya..Tetapi apa yang peliknya ada pula yang tak habis habis cutinya...asyik cuti jer..kadang kadang berbulan bulan hinggakan lupa macam mana nak ambil air sembahyang dan macam mana nak baca fatihah..kena semak buku panduan solat balik macam mana nak baca doa qunut...

Itupun teringat nak solat bila terasa diri dibebani masalah yang tak tertanggung dek badan,  menderita putus cinta,  sakit kronik,  kena buang kerja...macam macam beban dalam kepala baru teringat kat Allah...memang sifat manusia begitu...akhirnya akur hanya Allah sahaja tempat kita mengadu..sekurang kurangnya dia masih mengingati Allah supaya dapat membantu..yer tak..buatnya dihiris urat nadi, terjun tingkat 16 ....terus kojol..mati dalam kafir..lagi payah...neraka jahanam sahajalah tempatnya.

Ada juga beri alasan...alah tak bawa telekung lah...kalau nak seribu daya,  kalau pergi shopping compleks orang bukan islam pun pandai sediakan surau untuk kegunaan pelanggan islam.  Telekung pun ada...kalau malas nak bawa telekung dalam bag...guna jer telekung kat surau.

"Alaa...masam laa telekung kat surau..ramai sangat pakai tak pernah basuh.."...haa itulah gunanya tudung kita...cover laa sikit kemasamannya janji kita dapat menunaikan solat yang sememangnya wajib itu.  Padan laa muka sebab malas nak bawa telekung sendiri.  Sebab itulah wanita islam digalakkan menutup aurat betul betul,  menutup seluruh badan dengan pakaian yang longgar dan bertudung kepala melepasi dada...pakai stokin...dah lengkap untuk bersolat tak payah bertelekung bagai...on di mana saja....

Kalau bertandang ke rumah saudara, sahabat handai...apa salahnya menumpang solat.  Tentu tuan rumah tidak keberatan tetamunya mahu menjaga solat,  mereka pun dapat pahala.  Lagi bagus dapat jemaah bersama sama.  Itu pun ada juga yang segan nak bersolat di rumah orang...kenapa perlu segan untuk sesuatu yang dituntut Allah..bab makan minum tak segan pulak kita..kan kan...

Ada juga berkata,  tak mandi lagi..nanti solat kat rumah jerlah...ermm..orang yang kena mandi ni ada dua sebab,  pertama mandi hadas sebab haid atau nifas, sebab kedua mandi junub....tetapi takkan sepanjang masa kot...kalau kita ambil air sembahyang..sucilah kita dan boleh bersolat.  Jadi apa masalahnya..?

Ada juga menyalahkan syaitan yang menghasut mereka malas solat..ermmm..bagaimana pula masa bulan ramadan...berapa ramai manusia hanya berpuasa tetapi tidak bersolat.  Syaitan kan dah kena ikat,  sapa pula yang menghasut mereka...rupanya diri sendiri sama jahat dengan syaitan...selagi kita tak mengubah diri selagi itulah syaitan mudah menunggang kita di bulan bulan yang free bagi mereka....

Segalanya bermula dari rumah...para ibubapa sekarang jarang memberatkan solat kepada anak anak...macam mana nak tunjuk teladan yang baik jika diri sendiri pun lalai dalam menjaga solat...tetapi bab akademik sekolah..melenting jika anak tak buat kerja sekolah....ermmm....

Belum cerita pasal para muslim kita....macam macam lagi helah mereka tak mahu bersolat.  Kalah dengan perempuan uzurnya..setiap saat setiap waktu asyik haid kot...? itu kena tanya diri mereka sendiri....

Alasan alasan di atas hanya 10/100 jer yang mama dapat kongsikan...terlalu banyak dan mungkin semakin banyak semata mata untuk meloloskan diri dari bersolat..macamlah Allah boleh terima dengan alasan tak munasabah tu...

Tetapi kesimpulan yang dapat mama nyatakan orang yang suka beri alasan tak solat ni sebenarnya menanggung sejenis penyakit yang sangat kronik iaitu "MALAS, MALEH, PELOSO, PENYOGAN..dan perkataan yang sama waktu dengannya" DAN  hanya ada satu jer ubat iaitu " SEDAR DIRI DAN TAUBAT".

Disini ingin mama kongsikan gambar gambar insan yang menjaga solat...kerana mereka tahu akan betapa pentingnya solat...dan bahana bila meninggalkan solat dan meringan ringankan solat..


lelaki paling mudah untuk menjaga solat...auratnya simple..jadi apa alasan yaa..?
saudara kita ni sempat solat walau keadaan tak selesa dan Gaza tersangatlah tak aman...
kita yang aman ni kenapa malas juga nak solat dan kat Malaysia ni berlambak lambak tempat solat yang selesa telah disediakan...tetapi masih juga beralasan..

Selamba jer solat depan tentera Israel..kita nak solat depan polis pun takut...takut dikata gila sebab solat di tempat awam

tak payah sejadah..sejadah bukan syarat wajib solat...Allah dah beri hamparan seluas mata memandang...cuma niatnya kena ikhlas

cacat bukanlah alasan untuk tidak bersolat..macam mana dengan kita yang cukup sifatnya..malunyaa..

biar berpeluh peluh lepas main bola..insan insan yang sedar diri ini masih mampu berjemaah di tengah padang..tempat kita ada ker ummah macam ni..?

atas batu pun jadi...janji jaga solat..takut dengan hukum Allah...insan ini  sentiasa menjaga solat walau tidak selesa

sempat berjemaah...serah segalanya kepada Allah dan solat tetap solat

tidak memperdulikan orang dan kenderaan simpang siur..ditepi jalan pun insan ini sempat bersolat...mampukah kita menjadi seperti insan ini...?

Bila lagi kita nak berubah..Malunya hidup dengan nikmat-nikmat Allah,  makan dengan rezeki yang melimpah ruah,  tetapi takda terimakasih dengan Si Pemberi..malu..malu..malu...





MAMA USTAZAH..? BERDAKWAH TAK PERLU JADI USTAZAH..


Hadis Riwayat Thabrani..

"Ya Rasulullah , kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran."   Maka Rasulullah saw bersabda, "tidak..bahkan serulah orang untuk berbuat baik,  meskipun kalian belum mengamalkan kesemuanya dan cegahlah kemungkaran biarpun kalian belum menghindarinya"

Ermm....Mama berfikir panjang bila nak menulis artikel ini.  Memang menepuk air di dulang memercik ke muka sendiri.  Tetapi memikirkan apa yang dipesan oleh Rasulullah saw melalui hadis di atas dapatlah Mama simpulkan bahawa kita semua berhak untuk berpesan pesan sesama makhluk untuk kebaikan ummah sejagat.  Bukan untuk menasihat orang lain sahaja tetapi untuk ingatan diri sendiri supaya tidak alpa menjadi muslim dan muslimah yang diredhai.

Seakan sudah menjadi trend apabila ada teman, jiran, isteri, ibu atau sesiapa sahaja bila mengeluarkan kata kata berbaur nasihat berunsurkan keislaman mereka akan dicop ustaz atau ustazah.  Tetapi tanpa kita sedari selagi namanya manusia kita berhak dan harus mendengar nasihat yang baik supaya tidak tersasar di jalan yang salah.

Antara soalan  yang sangat sinis kita dengar ialah " AWAK SIAPA..?.NAK NASIHAT KITA PULAK...AWAK BAIK SANGAT KER..?."

Seharusnya soalan soalan begini kita jawab dengan selamba pulak...."SAYA INI HAMBA ALLAH SAMA SEPERTI KAMU"  "MANUSIA ITU MEMANG SENTIASA DALAM KERUGIAN DAN MEMANG PERLU UNTUK DI INGAT DAN SALING MENGINGAT" "SAYA INI TIDAKLAH SEBAIK MANA TETAPI SAYA BERUSAHA UNTUK MENJADI MANUSIA YANG LEBIH BAIK"

Ada juga suara suara sumbang yang akan berkata..." PASAL NAK SIBUK HAL ORANG....AKU BUAT DOSA...AKU TANGGUNGLAH...KUBURKAN ASING ASING..KAU JAGA KUBUR KAU.."

Kalau lemah iman memang letih nak berhadapan dengan manusia sebegini.  Paling mengecewakan jika mereka adalah di kalangan keluarga kita sendiri...apalah daya kita..hanya Allah tempat kita berserah..

Bagi yang empunya diri yang sombong elok jer di jawab.."KALAU BAB AGAMA MEMANG ALLAH DAN RASUL SUKA KITA JAGA...KALAU AWAK BUAT DOSA AWAK JER YANG TANGGUNG TAKPA LAH JUGAK.....SELAGI SAYA TAK TEGUR....DOSA AWAK PUN SAYA SYER SAMA....SEBAB KUBUR ASING ASINGLAH SAYA RISAU...KALAU SAMA SAMA KITA BOLEH TOLONG MENOLONG JAWAB SOALAN KAT DALAM TU....MASALAHNYA KUBUR ASING ASING...DUDUK SENSORANG LEPASTU KENA SOAL SENSORANG, BELUM LAGI KENA PUKUL, KENA ASAK KAT DALAM TANAH SENSORANG SEBAB TAK DAPAT NAK JAWAB SOALAN MUDAH DARI MUNKAR NANGKIR.."

Jadi marilah kita nasihat menasihati supaya dicintai Allah...

"Balighul Anni Walau Ayyat"

Sampaikan walau satu ayat

wassalam.






Friday 12 August 2011

PERIA KATAK GORENG REMPAH

Kalau bulan bulan puasa ni malas betul laa mama nak keluar berjalan jalan,  tetapi hubby pujuk nak pergi Tesco.  Nak tak nak mama bersiap mengenakan baju cantik dan ikut hubby pergi Tesco,  dia bukan nak masuk Tesco pun,  nak pergi cari barang dekat DIY, sebuah kedai yang menjual pelbagai peralatan.

Lepas dapat apa yang dia nak,  ingatkan nak balik,  sekali dia ajak masuk Tesco...mama turut jer.  Sekali mama tengok orang ramai shopping sedangkan masa tu waktu pejabat.  Bila mama toleh kat dalam trolly dia orang..amboi reduce price..patut laa.  Hati mama berbunga bunga laa konon nak tengok kot kot ada rezeki mama untuk hidangan berbuka nanti.

Sampai kat section sayuran mama tengok berduyun duyun menghurung satu bahagian sayuran,  mama pergilah dekat.  Rupanya macam macam sayuran diantara yang kelihatan cili besar,  terung panjang, limau nipis, epal hijau termasuklah peria katak. Macam dah tinggal sisa sisa jer masa mama sampai, saja belek belek sekali mama nampaklah si peria, sekali tengok harga memang murah gila, dan keadaan masih hijau dan segar.  Mama tunjuk ngan hubby,  hubby angguk angguk tanda setuju laa tu.

Tetapi mama tak tahu nak masak apa daa...tapi mama pernah makan kerabu peria katak...memang sedap..tak pahit pun.."takpa balik kang mama buka internet cari resepi", kata hati mama.  Memang rezeki betul lah hari itu sebab lauk lauk basah murah sesangat, mama beli juga walau peti ais kat rumah rasanya dah penuh..terlebih sudah..

Bila sampai kat rumah, dengan penuh semangat mama buka internet dan cari resepi dan mama terjumpa sesuatu yang menyelerakan.  Petang itu juga mama cuba dan hasilnya memang sedap dan menyelerakan terutama kepada tekak yang meragam semasa bulan puasa...tekak mama laa..tekak korang mama tak tahu tetapi kalau nak cuba,  mama kongsikan resepi kat sini dan mama ada tambah sedikit bahan lain dari resepi asal untuk melazatkan lagi peria katak goreng.

pada yang tak kenal peria katak,  macam nilah rupa dia..
dah siap digoreng..masih panas dan masih rangup


Bahan

Peria Katak                    suka hati
Rempah kari                   ikut banyak mana peria,  pastikan kari meliputi peria
Lada hitam Ajishio         ikut suka
Garam                            ikut masin
Daun kari                       ikut suka

Cara
  1. Mula mula kita potong nipis peria.
  2. Masukkan garam dan lada hitam dan rempah kari,  gaul rata.
  3. Masa nak goreng masuk daun kari sebanyak mana kita nak,  gaul rata.
  4. Kita goreng hingga garing dan hidang masa panas panas kita boleh menikmati kerangupannya tetapi bila dah sejuk dia dah tak ranggup dah tapi maintain sedap terutama makan dengan nasi panas,  kira macam ulam laa..layan pula dengan sambal tumis ikan atau ayam..amboii...bertambah tambah mama makan..hehehehe...
Peringatan..hidangan ini sesuai untuk orang yang suka pahit pahit manja, dan sesuai untuk orang lepas bersalin.  Bukan sahaja boleh cuci darah tetapi dapat menurunkan paras gula dalam darah,  amat bagus untuk mereka yang mengidap diabetes.  Selain dari itu boleh menyembuhkan sakit kembung perut dan sakit sengugut...Insyaallah.

CENDAWAN KUKUR

cendawan kukur biasa jumpa kat batang pokok lepas kena tebang.  Selalunya kat pokok getah.

'Eh boleh makan ker ni mama...tak racun ker..?,  tanya anak mama sambil melihat gambar yang mama upload dari google..pelik sangat bila dia lihat rupa cendawan kukur ni...."boleh" jawab mama pendek malas nak layan si kecil bertanya,  kalau dilayan itu ini soalan yang akan keluar.  "Nanti Amin bacalah bila dah siap taip"  jawab mama ringkas.  Dia macam mengerti dan terus berlari keluar untuk bermain.

Haa..korang kenal tak ni...kalau asal anak kampung,  Insyaallah kenal,  kalau anak bandar payah juga nak kata.  Kalau ibu bapa dia asal dari kampung mungkin tahu kot tetapi kalau dah seratus peratus anak bandar..ermmm...

Cendawan Kukur itu selalunya banyak bila musim menebang pokok getah untuk tanam semula.  Masa nak menunggu lori mengangkut kayu kayu ni,  orang kampung berpusu pusu datang memungut cendawan.  Biasanya dia akan mula tumbuh bila lepas hujan,  selalunya pokok pokok ni dibiarkan berminggu minggu sebelum di angkat keluar dari kebun getah.  Jadi memang rezeki orang kampung laa tuu.  Kalau hari ini hujan, esok hari sebelum matahari mencarak berduyunlah keluar untuk mengutip rezeki.

Bukan secawan dua dapatnya,  paling banyak mama pernah dapat dekat dua dulang hidang.  Masa pungut semua kita kauk, tak kira besar ke kecil,  bila sampai rumah tiba lah masa QC check..hehehe..mak mama jadi QC.  Mak akan asingkan sampah dan buang tampuk cendawan.  Memang ulit dan meletihkan,  kadang kadang makan masa dua hari baru siap.

Lepas itu cendawan tadi dijemur di tengah panas supaya menjadi kering dan boleh disimpan lama.  Kalau musim hujan kami jemur kat dalam rumah jer...fuhh wangi sungguh bau dia..semerbak bau dia memenuhi ruang rumah.

Selalunya kami buat masak rempah dengan terung bulat,  masuk ikan bilis sedikit untuk membangkitkan rasa dia yang exotic tu.  Kadang kadang buat masak lemak cili api letak serai,  kalau malas sangat kami goreng jerr...amboi tuk nenek lalu pun anak cucu buat selamba dekk..


gulai cendawan..kuah dah kering sebab cendawan menyerap cecair., pengajarannya kena buat kuah banyak banyak supaya lauk ada kuah...slurpp









"aiii....mana periuk gulai aku tadi..?"

SULUR KELADI

Page ni mama sahaja nak share dengan kau orang semua pasal Sulur Keladi.  Mama dapat rasa dah ramai meninggalkan makanan ni sejak menginjak dewasa dan orang tua telah tiada.  Biasalah makanan kampung kebanyakan telah dilupakan sebab kita terlalu mewah dan tak perlu nak susup sasap dalam hutan dan semak untuk mencari hidangan di tengahari.

Kalau nak lauk..pergi jer ke pasar,  macam macam ada disuakan di depan mata,  cuma pilih dan beli sahaja.  Kalau di bandar suasana begini adalah biasa,  tetapi di kampung pada zaman sekarang laa...pun sama.  Kalau tak ke pasar,  adalah si mamat jual ikan datang meniaga bermacam macam produk,  pilih jer dan bayar.  Kuasa wang telah menyebabkan makanan exotic dari kampung dilupakan,  cuma ada sekerat dua yang masih ingat dan akan mencari di Pasar Tani.  Itupun jarang ada...mungkin payah nak mendapatkannya ataupun memang kurang sambutan.  Sebab itu anak anak sekarang tidak tahu berkenaan sulur keladi termasuklah anak mama sendiri.

Kalau dahulu,  ibu ibu di kampung sangat kreatif mencari lauk untuk hidangan keluarga.  Tak payah fikir nak keluar duit,  asal rajin semua boleh jadi lauk dan makanan.  Kalau ditanya kepada anak anak di zaman sekarang, jangankan sulur keladi, pokok keladi pun mereka tak kenal...diharapkan artikel mama ini akan memberi sedikit pengetahuan kepada kau orang yerr...

pokok keladi yang dikomersilkan
Mak mama tak terfikir pulak untuk menanam cara komersil,  cuma tanam untuk makan.  Paling tidak lauk kami tak pernah putus,  tak makan keladi kami makan sulur keladi,  bila ada isi boleh goreng dengan tepung.  Haa beginilah rupa sulur keladi yang telah siap dipungut oleh si rajin.

sulur keladi yang siap untuk dijual di pasar tani...tetapi jarang jumpa

sulur yang dah siap disiang,  kulit arinya dibuang dan dipatah patahkan supaya mudah untuk dimasak dan dimakan
Mama ni suka makan,  tapi paling malas nak layan membersihkan sulur keladi ni,  apa taknya leceh sebab getahnya gatal dan tangan akan jadi hitam,  payah nak bersihkan.  Emak mama laa selalu siang dan bila dah siap siang dia akan celor,  air celor tu dia masukkan garam sedikit supaya dapat mengurangkan gatal sulur keladi.  Lauk paling koman mak mama masak sudah semestinya Asam Rebus Sulur keladi,  selalunya dengan ikan bilis atau ikan masin tamban.  Cara dia sama jer macam kita buat asam rebus biasa, kena masuk cili kering dan asam keping.

Gulai ni sedap dimakan dengan nasi panas,   fuhh..berpeluh peluh.  Tersangatlah lazat.  Rasa dia lebih kurang sama macam rasa batang keladi yang kita selalu buat gulai tu...siap hirup hirup lagi kuah dia...


camni laa rupa Asam Rebus Sulur Keladi
Add caption






"mak saya masak sedap"

GULAI BELALANG SAWAH

belalang masak cili api

Kali ini mama saja entry makanan kesukaan mama masa kecik kecik dulu,  gulai belalang sawah.  Pernah dengar..?. Pernah makan..?.  Exotic kan... kan..,  hehehe ..Menu ni kira istimewa laa..sebab jumpa bila musim padi sedang berbuah.

Nama saintifik belalang ni mama kurang pasti.  Rasanya dah lebih 30 tahun mama tak makan gulai ni jadi mama lupa rupa dia..apa yang mama ingat mama panggil belalang sawah.  Kena panggil belalang sawah sebab dia ngan sedara mara dia berkampung kat sawah padi,  bukan main banyak.  

macam ni rupa dia agaknya..mama dapat gambar ni kat google
banyak sungguh belalang nih...fuyoo kalau macam ni laa banyak belalang  yang mama dapat dulu,  mama business.
eh..jangan ingat takda sapa nak beli..ramai pengemar dia cuma leceh nak pi tangkap

Siang hari memang payah nak tangkap mereka ni...kami operasi tangkap dia masa lepas maghrib.  Selalunya yang menyertai Ops belalang ni..kakak mama ateh dan acik,  mama tukang pegang botol.  Mama ingat lagi,  tool yang mesti ada...botol kicap, lidi, lampu suluh atau pelita.  Fungsi lampu tu dah tentulah nak suluh jalan kami meredah batas sawah,  pastu suluh suluh atas buah padi..haa mereka leka menghurung buah padi..nak curi makan isi padi laa tu...PAPP...haa dapat sekor...terus masuk dalam botol.  Kami akan tangkap sampai penuh satu botol,  takpun kami cucuk belalang kat lidi.  

Pagi pagi lagi mak akan buat bara untuk acara seterusnya.  Apa lagi acara membakar belalang laa...belalang belalang tadi mak akan susun kat lidi kelapa,  lepastu letak atas bara.  Bila ekor dengan sayap dia hangus mak akan angkat dan bersihkan badan belalang.  Apa yang tinggal kepala dan badan dia jerr..

Mama akan melihat step by step melihat macam mana mak mama masak...mama dari kecil memang suka tengok mak mama masak...Lepas tu mak akan parut kelapa sebiji,  mak perah santan dia.  Cili Api mak giling dengan kunyit hidup,  kemudian mak gaul santan dengan cili dan kunyit.  Mak hidup api kayu dan santan tadi dimasak hingga mengelegak,  lepastu mama tengok mak mama masukkan asam keping dan belalang tadi.  Mama tak sabar nak rasa,  mak kata tunggu sekejap...tunggu kuah dia pecah minyak.

Air liur mama meleleh leleh bila terbau lauk dia..wangi sesangat..Akhirnya mak hulur sekor belalang yang dah siap digulai..ermmm sedap dan wangi...

Dengar kata  belalang sedap jika digoreng...tak pernah buat sebab mak kata tak muai..maksudnya kalau goreng kelihatan sedikit dan tak jadi lauk,  bila digulai boleh makan dengan nasi,  tak dapat belalang dapat kuah pun jadi.

Pak Arab pun suka makan belalang rupanya...
gambar kat pasar...lepas ambil gambar..serbuuu...ana satu gunilah..satu gunilah

patutlah beli sampai satu guni..rupanya si ana tadi nak goreng dan jual kat bazaar ramadan..
hehehe mama buat cerita jer

tadaaa....dah siap goreng...resepi takda erkk...

Sunday 7 August 2011

KOLEKSI ISTIMEWA MASAKAN NEGERI SEMBILAN

umangaii..apo ko podeh bona gulai kau ni..apo.. abih ko sekilo lado kau masukkan tadi..?


Syukur yang tidak terhingga dihati mama kerana perkahwinan yang dibina hampir 15 tahun (2011) sehingga  kini masih bahagia dan harmoni.  Tipulah jika kata kami tak bergaduh,  tak bertegur sapa..biasalah..bak kata arwah P Ramlee, "sedangkan lidah lagi tergigit..apa pula suami isteri.."

Mukadimah makk..aiii,  orang negeri kata umangaii..., macam nak intro Semanis Kurma..hak hak hak.., sekadar nak beritahu korang suami mama orang Negeri Sembilan..jadi Gulai Lemak Cili Api @ Gulai Kuning @ Masak Serai@ Gulai ni memang sinonim dengan dapur mama,  paling tidak dalam seminggu pasti ada sekali gulai lemak cili api @ gulai kuning.  Masa baru baru kahwin dulu excited,  hari hari nak mengulai,  dah tua tua ni kenalah kurangkan sedikit.  Maklumlah badan dan subur,  kalau disulam santan hari hari takut tak terbawak kolestrol dalam badan.

Sudah namanya Gulai Lemak Cili Api,  tentulah kena pakai cili api, paling best cili api kampung.  Kalau guna cili akar..memang kelakar rasa dia...lepastu kena masak pedas pedas dan kasi warna kuning kuning,  jangan kau pandai pandai nak tambah warna yer dik non,  kena pakai kunyit hidup barulah bangkit rasanya yang sebenar..nyum nyum nyum
dua bahan yang kena ada untuk buat gulai Negeri Sembilan ni

Di bawah ni mama senaraikan koleksi masakan Negeri Sembilan yang mama tahu,  insyaallah mama cuba beri resepi yang dah biasa mama masak untuk dikongsi dengan korang yerr...jika belum ada resepi...sabar sabar yerr..insyaallah

KOLEKSI ISTIMEWA MASAKAN NEGERI SEMBILAN


1. Gulai Ayam Dengan Nangka

Bahan

Ayam                     1/2 ekor
Cili Api                  Segenggam @ dikurangkan pada yang tak tahan pedas
Kunyit Hidup         2 inci..sebesar ibu jari
Asam Keping         1 keping
Nangka Muda       1 pkt direbus hingga empuk
Serai                      2 batang
Kelapa                   1 biji  (perah untuk 1 cawan pati dan 3 cawan cair) 

Cara
  1. Potong Ayam ikut suka.  
  2. Blander cili dengan kunyit,  gaul dengan ayam, kecutkan atas api hingga daging ayam kecut atau kering airnya.  Masukkan garam sekali.
  3. Masuk santan cair dan asam keping,  kacau hingga mengelegak,  baru dimasukkan nangka.  Tunggu hingga kuah mengelegak, masuk serai dan santan pati tadi.  Tunggu hingga pecah minyak, dah siap.  Oh yer,  jangan tinggal tinggalkan gulai ni atas api..bukan apa takut santannya pecah dan melimpah,  habis dapur kita nanti



2. Gulai Ayam Dengan Rebung

Cara

Sama sahaja dengan cara memasak ayam dengan nangka,  cuma kena tukar nangka dengan rebung dalam secawan.  Pastikan rebung tu kita rebus dahulu yaa..Lagi satu serai tak payah letak.




3. Gulai Ayam Dengan Nenas

Cara

Sama dengan Gulai Ayam dengan Nangka,  cuma tukar dengan nenas.  Dimasukkan ketika gulai telah mengelegak,  masuk pati santan,  tunggu hingga pecah minyak.  Asam tak payah masuk sebab nenas tu dah masam




4. Gulai Ayam dengan Kentang @ Masak Serai

Cara

Disebabkan dah nama dia Gulai Ayam dengan...jadi caranya lebih kurang sama,  beza cuma partner dia kita ubah ubah sikit.  Refer resepi kat atas yerr..




5. Gulai Daging Salai dengan Bacang

Bahan

Daging Salai                  1/2 kg  
Bacang Muda                1 biji  (dicincang atau dipotong potong ikut selera)
Cili Padi                         1 genggam kisar
Kunyit Hidup                  3 cm kisar
Kelapa                           1 biji @ lebih..ikut selera kita nak pekat ker nak cair ker

Cara
  1. Rebus daging dengan kunyit hidup hingga dagingnya empuk.
  2. Masuk santan dan cili padi kisar,  tunggu hingga mengelegak dan pecah minyak.
  3. Baru masukkan bacang tadi,  tunggu kuah mengelegak dan bacang kelihatan dah masak..tutup api..siap



6. Gulai Daging Salai dengan Cepu
inilah buah cepu..belah kuala pilah memang banyak buah ni...buah ni selalunya bermusim.  Kalau nak gulai guna yang hijau tu,  buah berwarna oren..dah masak..tersangatlah manis..
Sorry yer sayang,  takda gambar contoh lauk nak tunjuk,  kalau tiba musimnya nanti akan mama cuba usahakan.  Oh yer resepi sama dengan Daging Salai dengan Bacang,  kita tukar partner jerr..

Opss..buah ni kena belah dua dulu,  keluarkan biji dia baru boleh masuk dalam gulai.  Cara mudah,  kita ramas kelapa dahulu untuk ambil santannya,  hampas tadi kita ramas ramas dengan buah cepu yang di belah dua...insyaallah bijinya senang nak diasingkan dan tangan kita tak bergetah.




7. Gulai Daging Salai dengan Pucuk Ubi dan Terung Telunjuk

Bahan

Daging Salai             1/2 kg
Cili Api                     segenggam kisar
Kunyit Hidup            3 cm kisar
Asam Keping            1 keping
Serai                         2 batang
Kelapa                      1 1/2 biji
Pucuk Ubi                seikat..ambil pucuk dia jer
Terung Telunjuk      seikat

Cara
  1. Kecutkan daging dengan kunyit,  letak sedikit air..tunggu hingga empuk.
  2. Masuk asam, santan, cili dan serai,  tunggu hingga mengelegak.  
  3. Masuk garam, pucuk ubi dan terung telunjuk.
  4. Masak hingga santan pecah minyak..siap




8. Daging Salai Masak Serai dengan Kentang

Bahan

Daging salai                      1/2 kg
Cili Api                             segenggam di kisar
Kunyit Hidup                     3 cm di kisar
Asam Keping                    1 keping
Serai                                  2 batang
Kentang                            3 biji
Kelapa                              1 biji @ lebih

Cara
  1. Kecutkan seperti biasa.
  2. Diikuti dengan cili, santan , asam dan serai.
  3. Masuk santan dan kentang.  tunggu hingga kentang empuk dan kuah pecah minyak.





9. Kari Kambing dengan Rebung

Bahan

Daging Kambing                   1/2 kg
Kari Daging                           1 senduk nasi
Cili Kisar                                1 senduk nasi
Bawang Besar                         1 biji kisar
Bawang Putih                         3 ulas kisar
Halia                                       2 cm
Daun Kari                               2 tangkai
Penumis                                  50 sen....jangan habiskan
Rebung                                   1 cawan direbus hingga hilang masam. Lagi bagus guna rebung segar
Kelapa                                   1/2 biji ..ambil santan dalam sekali perah jer.  kalau mama tak pakai pun
Asam Keping                         1 keping

Cara

  1. Kisar bawang, bawang putih dan halia.  Campurkan dengan kari dan cili. 
  2. Panaskan minyak,  masuk penumis.. dan daun kari, tunggu hingga wangi,  masukkan kari tadi...tumis sampai garing.  
  3. Masuk daging kambing (mama guna daging kambing jenis lamb,  bau dia tak sekuat daging kambing tempatan)...tunggu hingga kering airnya,  tambah lagi air untuk menunggu daging itu empuk. Masa ni bolehlah dimasukkan rebung tu sekali.
  4. Masuk asam dan santan. Tunggu hingga kuah pekat dan pecah minyak.
  5. Jangan lupa letak garam tau..kang tawar meleseh pulak..
Kalau nak hilangkan hanyir daging kambing,  basuh dengan daun pisang dengan pelepahnya sekali diramas ramas dalam daging semasa mencucinya.  Kita juga boleh guna tepung gandum atau daun kari.  Kalau mama,  mama confident rebus dahulu dengan halia sampai daging dia empuk,  pastu rasa..kalau okey..carry onlaa...kalau berbau hamis..mama cuci sekejap dan masak seperti biasa..




10. Ikan Salai dengan Cepu

Cara sama jer dengan cara memasak Daging Salai tadi,  bezanya ikan salai pulak..





11. Ikan Salai dengan Pucuk Ubi
kita tukar partner dengan pucuk ubi pulak

Lihat pesanan di nombor 10.




12. Ikan Salai dengan Bacang
guna bacang muda yang dicincang sebagai sayur asamnya..

Lihat pesanan di nombor 10.





13. Gulai Sembilang Salai
sebenarnya masakan Negeri ini hanya tukar tukar jer rencah dia..caranya tetap sama


14. Ikan Lemak Cili Api dengan Gelugur
pastikan pucuk gelugur tu kita hiris halus,  lauk dah masak baru masukkan., tak payah guna asam lagi


15. Ikan Lemak Cili Api dengan Rebung
kalau guna rebung kampung...lagi sedap,  tetapi guna rebung beli pastikan basuh bersih dan
direbus dahulu untuk menghilangkan bau hancing dia..


16. Gulai Udang dengan Cepu
takda gambar
resepi sama macam Gulai Udang di bawah....tapi tak payah masuk serai dan asam



17. Gulai Udang dengan Kacang Panjang @ Buncis

Bahan

Udang Besar                      1/2 kg
Cili Api                               segenggam
Kunyit Hidup                     3 cm 
Kacang Buncis                  secekak atau lebih
Serai                                  3 batang
Asam Keping                     1 keping
Kelapa                               1 biji  (kalau nak pekat kurangkan air...terpulang)


Cara

  1. Kisar dulu cili api dengan kunyit hingga halus
  2. Masuk dalam periuk diikuti dengan udang tadi,  kecutkan sekejap
  3. Masuk santan, serai, garam dan asam,  tunggu hingga mengelegak
  4. Masuk kacang yang telah siap dipotong...tunggu hingga kacang buncis masak..siap






18.  Rendang Daging dengan Daun Puding

yang berdaun gelap tulah puding namanya...mesti masuk dalam rendang daging dan ayam

Bahan

Daging                       1kg
Cili Api                       2 genggam*
Kunyit Hidup              6 cm*
Serai                            6 batang *
Lengkuas                     3 cm*
Halia                            3 cm*
Bawang Merah            5 ulas*
Bawang Putih              3 ulas*
Kerisik                         1 senduk besar
Santan                         2 biji kelapa
Daun Puding               ikut banyak mana suka

Cara
  1. Hiris daging,  kecutkan dengan bahan * yang telah dikisar halus.
  2. Masuk santan,  masak hingga hampir kering,  baru masuk kerisik dan diikuti dengan daun puding.
  3. Jangan lupa isi garam...ikut suka rasa masinnya




19. Rendang Ayam dengan Daun Puding

Bahan


Ayam                     seekor  (2 kg)
Cili Api                  2 genggam
Kunyit Hidup         6 cm
Halia                      3 cm
Lengkuas                3 cm'
Bawang Merah       5 biji
Bawang Putih         3 ulas
Kerisik                     1 senduk
Santan                     2 biji kelapa
Daun Puding           suka hati


Cara sama jer macam buat rendang daging di nombor 18.




20. Rendang Perut dengan Pengaga

takda gambar lagi..sorry sayang

Bahan

Perut Putih                    1/2 kg
Cili Api                           segenggam
Kunyit Hidup                 6 cm
Serai                              3 batang dititik
Santan                           2 biji kelapa (pati sahaja)
Pengaga                        2 cekak

Cara
  1. Rebus perut hingga empuk.  
  2. Kisar cili api dengan kunyit,  masuk dalam kuali diikuti perut tadi
  3. Masuk pati santan dan serai,  tunggu hingga kuah dah mengelegak,  masuk pengaga
  4. Masak hingga kering atau berkuah.   Pastikan rasa garamnya yerr...





21. Rendang Hati Ayam dengan Kacang

takda gambar juga...tungguuuu

Bahan

Hati Ayam                   1 mangkuk kecil
Cili Api                        segenggam
Kunyit Hidup              5 cm
Santan                        1 biji kelapa
Kacang Panjang        secekak

Cara
  1. Rebus hati ayam dengan kunyit dan garam hingga kenyal.  Potong ikut suka tetapi jangan terlalu kecil
  2. Kisar cili dan kunyit, masuk dalam kuali diikuti santan dan hati ayam tadi.
  3. Masak hingga kuah hampir kering,  masuk kacang gaul rata hingga sayur layu
  4. Boleh masuk asam keping jika suka..tak masukkan pun tak apa..



22. Gulai Pucuk Ubi dengan Ikan Bilis
ku pinjam gambar...kalau ada koleksi mama..nanti tukar..
Bahan


Pucuk Ubi Muda                 secekak      (kalau punggut sendiri boleh diusahakan)
(kalau beli celor dulu daun yang keras hingga empuk.)


Cili Api               5 biji
Kunyit Hidup      3 cm
Santan                1 biji kelapa
Serai                   1 batang
Ikan Bilis            segenggam
Asam Keping     1 keping


Cara

  1. Kisar cili dan kunyit.  Masuk dalam santan dan masak hingga mengelegak
  2. Masuk serai , garam, ikan bilis dan asam keping..tunggu hingga kuah pecah minyak
  3. Masuk Pucuk ubi muda tadi atau pucuk ubi yang telah direbus...tunggu sekejap..siap






23. Rendang Pucuk Ubi
rendang pucuk ubi mama.. rendang masih belum garing lagi


Bahan

Pucuk Ubi                   1 ikat  - ambil semua daunnya
Cili Api                        segenggam
Kunyit Hidup               5 cm
Serai                            3 batang
Santan                         2 biji kelapa  - pati dalam 3 cawan
Kerisik                         1/2 biji kelapa
Ikan Bilis                      segenggam


Cara

  1. Celor pucuk ubi dan perah sampai kering airnya
  2. Jerangkan santan bersama serai, ikan bilis, cili dan kunyit yang telah dikisar
  3. Masak hingga kuah hampir kering dan berbuih baru dimasukkan pucuk ubi tadi
  4. Masuk kerisik dan masak hingga garing..tak boleh tinggal..kena tunggu depan kuali untuk membalik balikkan pucuk ubi supaya masak rata..
  5. Pastikan rasa garam dia..



24. Pucuk Ubi Goreng




25. Gulai Pengaga dengan Ikan Bilis

26. Rendang Pengaga

27. Gulai Pucuk Paku

28. Rendang Pucuk Paku

29. Pucuk Paku Goreng

30. Gulai Pisang Muda

31. Gulai Jantung

32. Rendang Betik Muda @ Betik Goreng

33. Lemak Kubis

34. Lemak Labu

35. Lemak Umbut Kelapa @ Anau

36. Lemak Durian Muda
isi durian muda yang belum di olah menjadi lauk...cara masak sama macam gulai lemak putih kubis

37. Gulai Kangkung

38. Gulai Cendawan Busut

39. Sambal Gesek


Buat masa ini...ini jer yang ada dalam kepala mama selepas 15 tahun ni...kalau ada yang baru nanti mama update..okey..