NOSTALGIA MUSIM HUJAN



Assalamualaikum....wahhh..semangat sungguh rasanya nak menulis lagi.  Macam macam nak dikongsi dengan kau orang, tapi satu satu laa...boring boring boleh lepak kat sini sambil baca celoteh mama,  nasib baik kau orang baca jer, kalau dengar suara mama pot pet pot pet tentu kau orang dah pecut 1km sesaat...hehehe..

Kali ini mama nak cerita pasal nostalgia pada musim hujan...haaa bukan pasal percintaan mama dengan hubby bergolek golek lepas tu tukar tukar pakaian macam dalam cerita hindustan tu tau..pasal Ubi Kayu rebus daaa..

Kau orang merasakah saat indah begitu di masa kecil,  kalau anak anak kampung mungkin, tetapi kalau dilahirkan di kota atau di pekan payah nak kata...

UBI KAYU

Pokok ubi bukan payah nak ditanam,  kalau disuruh budak berumur 7 tahun pun boleh menanamnya.  Cukup sekadar mencari tanah yang gembur,  patah patahkan dahan ubi,  cucuk jer ke tanah.  Dua tiga bulan lagi bolehlah dimakan pucuknya,  pokoknya tak perlu dijaga atau disiram. Dalam setengah tahun  ubi akan berisi.  Bolehlah dikatakan jenis pandai bawa diri,   sebab itu banyak di tanam dikeliling rumah,  jadi bukan satu perkara yang sukar untuk mendapatkan bekalan pada bila bila masa.  

Aktiviti harian orang kampung kalau tak ke sawah mereka akan ke kebun getah untuk menoreh. Apabila musim hujan aktiviti sedikit terbantut terutama bagi mereka yang menoreh getah seperti abah mama (pekerjaan abah mama lepas pencen). Ataupun tidak ke sawah di petang hari kerana akan menganggu penglihatan dan kenaikan air di sawah.  

Jadi kami tidak akan kemana mana,  lebih lebih lagi anak anak kampung yang suka merayau untuk bermain.  Semua berkumpul di rumah,  tetapi selalunya memang tak makan saman kami ni,  pantang hujan jer mulalah buka baju....mandi hujan.  Sepupu sepupu sebelah rumah pun join sama.  Best giler..time tu, mana ada mak mak mengatakan..."masuk..hujan tu..nanti demam".  Kami anak kampung lepas bebas menikmati keseronokan bergelumang dalam lopak air yang dipenuhi oleh air hujan.  Dah puas bermain di dalam lopak air kami akan melompat lompat di dalam hujan yang lebat membersihkan diri.  Bila terdengar bunyi petir dan guruh cepat cepat lari bawah rumah.  



Biasalah bila dah berhujan,  badan dah terketar ketar kesejukan dan bibir dah bertukar menjadi biru barulah kami naik ke rumah.  Sambil menyarung pakaian kering di badan,  hidung dah terhidu bau sambal tumis dan ikan masin goreng...fuhhh...enaknya aroma itu...perut macam tahu tahu jer..tiba tiba lapar menyelubungi..hah dah tak tertahankan lagi....

UBI REBUS BERSAMA KOPI PANAS

Tanpa berlengah lagi mama ke dapur melihat dari mana datangnya bau yang menyusuk hidung.  Mak mama hanya tersenyum sambil suruh mama dengan abang duduk di samping abah.  Kami bersila dengan sopan.  Sebentar kemudian mak keluar dari dapur membawa dulang yang kelihatan berasap asap.  Apabila diletakkan di hadapan kami..nah memang ubi rebus,  ikan masin goreng, sambal tumis dan kelapa parut.  Air kopi panas menjadi teman setia hidangan ini.  Apalagi..kesopanan tiba tiba hilang,  tangan tangan kecil kami yang dah kecut kesejukan tadi terus mengapai ubi yang masih panas dan nguup...hahh..panas..letak balik dalam piring masing masing. Padan muka kami...abah akan ketawakan kami dan tolong meletakkan kelapa parut ke dalam piring kami,  "makan dengan kelapo parut ni..sodap"  abah cakap sambil tersenyum mesra.  Emak hanya memandang dengan wajah gelihati. Memang sedap gila...kelapa tu mak letak gula dengan sedikit garam..alahai..tersangat nikmat.  Lepas tu layan pula dengan ikan masin dan sambal tumis mak,  burrp....kenyang sesangat.  Kadang kadang kalau tiada kelapa parut dengan sambal tumis,  sambal belacan pun jadi,  kami memang hantu sambal belacan.


UBI REBUS DENGAN SAMBAL TUMIS

Semua hanya tinggal sejarah termasuklah mak dengan abah mama,  mereka telah meninggalkan kami dengan seribu kenangan yang tidak akan terlupakan.  Kenangan terpaling indah ialah saat bersama sama menikmati ubi rebus di kala hujan, syahdu dan mama memang teramat rindu akan saat itu.  Al fatihah untuk mak dan abah tercinta,  pengorbanan dan kasih sayang kamu tidak akan dapat ku balas,  hanya doa dapat ku iringkan sebagai tanda terima kasih ku pada kamu berdua.

 UBI REBUS RM 6...?

Maaflah yerr..terbawa bawa pulak dengan emosi..biasalah bila dah jadi ibu barulah kita tahu perasaan seorang ibu.  Kalau layan boleh mengalir air mata tetapi om puteh kata "life must goes on"..betul tak agaknya...?  hehehe.  Apa..? makan ubi rebus di restoran kena bayar RM6....biar betul..!.  Itulah hakikat di zaman sekarang,  orang kampung mama pun dah malas nak menanam pokok ubi,  nak tahu kenapa..?  sebab bila tanam jer ada sekawan monyet liar akan datang merosakkan tanaman,  kita tanam dia gali,  pokok dah elok berdaun dia cabut,  apa saja yang kita tanam mereka akan merosakkannya....Jadi nak makan ubi,  orang kampung pun kena beli kat pasar juga....ermmm apa lagi jika di bandar,  tentulah harganya semakin mahal,  bila kita nak menikmati yang dah siap terhidang lagilah mahal sebab charge tukang masak, tukang layan, semua nak kena bayar.  Jadi kalau nak murah sikit masaklah sendiri.

 ASAM REBUS UBI

Jangan tak tahu,  ubi bukan sahaja dimakan begitu malah boleh juga dihidangkan sebagai lauk.  Asam rebus ubi , gulai lemak cili api ubi, lemak putih ubi bersama pucuk ubi..memang layannnn.  Memang ubi boleh dihidang dengan pelbagai cara,  kalau zaman sekarang anak anak kita hanya kenal kerepek ubi masin, kerepek ubi pedas, cakar ayam ubi, ubi goreng, keria ubi dan paling famous tentulah  ubi ketuk..selalu mak cik mak cik jual goreng pisang ada jual ubi ketuk ini sebab rasanya yang lazat dan diminati oleh ramai orang.  

UBI KETUK

Okey..enjoy tak...?  jika umur panjang bertemu di lain artikel,  salam sayang untuk semua...wasalam.