Sunday 30 December 2012

BERAKHIRNYA TAHUN 2012

Assalamualaikum wbkt..

Slow betul mama bulan ni..bukan apa apa.  Sibuk dengan walimatul urus di sana sini, melayan anak anak yang bercuti di rumah jer sebab hubby takda cuti nak bawa kami pergi holiday macam tahun tahun sebelumnya dan selebihnya mood update tak mari lagi..

Pejam celik pejam celik..huhu..esok dah masuk 2013.  Selamat tinggal 2012 yang penuh kontroversi terutama berkaitan dengan kiamat 2012, segala planet kat galaksi dunia ini sejajar, bergelap 3 hari...sapa suruh caye..umat islam tetap dengan Al Quran dan Hadis, selagi tak keluar tanda tanda besarnya..belumlaa nak kiamat..tapi kita harus ingat kiamat kecil sentiasa mengekori kita iaitu MATI..satu ketetapan yang harus kita sedari..entah entah seminit lepas ni nyawa kita diambil..entah entah rumah kita sedang dikelilingi malaikat maut..entah entah malaikat maut sedang menatap wajah kita yang sedang leka dok menghadap internet menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah..ohh

Apapun 2012 akan berlalu pergi pada detik 12.00 tengah malam waktu tempatan..sesaat kemudian kita di tahun 2013 yang sarat membawa pelbagai rahsia Allah swt...lalui dengan tenang dan sabar..semoga Allah swt melindungi kita semua dari segala bencana.  Keberkatan dan rahmatNya sentiasa mengiringi kita dan Islam tetap berada di paksinya...aaminn

Selamat Menyambut Tahun Baru Omputeh..

Tuesday 25 December 2012

ASAL USUL PERAYAAN KRISMAS

Assalamualaikum wbkt..

Mai ambil tahu asal-usul perayaan Krismas...(mama copy paste dari laman FB seorang teman).  Semoga memberi manafaat kepada yang membaca..Insya Allah..

Kata Christmas yang ertinya Mass of Christ atau singkatannya Christ-Mass,diertikan sebagai hari untuk merayakan kelahiran “Jesus”. Perayaan ini berasal dari ajaran Gereja Kristian Roman Katolik. Dari manakah sebenrnya ajaran tersebut kerana ianya tiada di dalam Bible dan Jesus tidak pernah menyuruh pengikutnya meraikannya. Menurut Catholic Encyclopedia, edisi 1911, berjudul “Christmas”,

“Natal bukanlah diantara upacara-upacara awal Gereja … bukti awal menunjukkan bahwa pesta tersebut berasal dari Mesir. Perayaan ini diselenggarakan oleh para penyembah berhala dan jatuh pada bulan Januari ini, kemudian dijadikan hari kelahiran Jesus.”

Encyclopedia Americana terbitan tahun 1944 juga menyatakan sebagai berikut:

“Menurut para ahli, pada abad-abad permulaan, Natal tidak pernah dirayakan oleh umat Kristian. Pada umumnya, umat Kristian hanya merayakan hari kematian orang-orang terkemuka saja, dan tidak pernah merayakan hari kelahiran orang tersebut..” (“Perjamuan Suci” yang termaktub dalam Kitab Perjanjian Baru, hanyalah untuk mengenang kematian Jesus Christ.) “…Perayaan Natal yang dianggap sebagai hari kelahiran Jesus, mulai diresmikan pada abad keempat Masehi. Pada abad kelima, Gereja Barat memerintahkan kepada umat Kristian untuk merayakan hari kelahiran Jesus, yang diambil dari hari pesta bangsa Roman yang merayakan hari ”Kelahiran Dewa Matahari.” Sebab tidak seorang pun yang mengetahui hari kelahiran Jesus.”

Bagaimana prosesnya Krismas yang akhirnya masuk ke gereja? Sewaktu agama kristian berkembang, dunia dikuasai oleh Empayar Rom dan pengikut agama kristian sentiasa di kejar dan diseksa oleh penguasa Rom. Tetapi setelah constantine menjadi kaisar dan menganut agama kristian pada abad ke-4 masihi, berbondong-bondong orang menganut agama kristian.Tetapi kerana mereka sudah terbiasa merayakan hari kelahiran dewa-dewanya pada tanggal 25 Disember, jadi adat tersebut sukar untuk dihilangkan.Di dalam artikel, New Schaff-Herzog Encyclopedia of Religious Knowledge menjelaskan bagaimana kaisar Konstantin tetap merayakan hari “Sunday” sebagai hari kelahiran Dewa Matahari. (Sun =
Matahari, Day = Hari – dalam bahasa Indonesia disebut hari Minggu -- pen.) Dan bagaimana pengaruh kepercayaan kafir Manichaeisme yang menyamakan Anak Tuhan (Jesus) identikal dengan Matahari, yang kemudian pada abad ke-4 Masehi kepercayaan itu masuk dalam agama Kristen. Sehingga perayaan hari kelahiran Sun-god (Dewa Matahari) yang jatuh pada tanggal 25 Disember, dirasmikan menjadi hari kelahiran Son of God (Anak Tuhan – Jesus).

Asal-usul Pokok Krismas

Di kalangan penganut agama kuno, pokok tersebut disebut “Mistletoe” yang di pakai sewaktu perayaan musim panas kerana mereka perlu memberikan persembahan suci kepada matahari, yang telah memberikan mukjizat penyembuhan. Kebiasaan berciuman di bawah pohon itu merupakan awal acara di malam hari, yang dilanjutkan dengan pesta makan dan minum sepuas-puasnya, sebagai perayaan yang diselenggarakan untuk memperingati kematian “Matahari Tua” dan kelahiran “Matahari Baru” di musim panas.

Rangkaian bunga suci yang disebut “Holly Berries” juga dipersembahkan kepada dewa Matahari. Sedangkan batang pohon Yule dianggap sebagai wujud dari dewa matahari. Begitu juga menyalakan lilin yang terdapat dalam upacara Kristian hanyalah lanjutan dari kebiasaan kafir, sebagai tanda penghormatan terhadap dewa matahari yang bergeser menempati angkasa sebelah selatan.

Siapakah Santa Claus?

Santa Claus bukan ajaran yang berasal dari paganisme, tetapi juga bukan ajaran
Kristian. Santa Claus ini adalah ciptaan seorang pastur yang bernama “Santo Nicolas” yang hidup pada abad ke empat Masehi. Hal ini dijelaskan oleh Encyclopedia Britannica, volume 19 halaman 648-649, edisi kesebelas, yang berbunyi sebagai berikut:

“St. Nicholas, adalah seorang pastur di Myra yang amat diagung-agungkan oleh orang-orang Yunani dan Latin setiap tanggal 6 Desember…Legenda ini bermula dari kebiasaannya yang suka memberikan hadiah secara sembunyi-sembunyi kepada tiga anak wanita miskin… untuk melestarikan kebiasaan lama dengan memberikan hadiah secara tersembunyi itu digabungkan ke dalam malam Natal. Akhirnya berkaitlah antara hari Natal dan Santa Claus…”

Hadiah Krismas

Acara yang paling penting dalam perayaan Natal adalah “The Christmas Shopping Season – Musim Belanja Natal” yang dilakukan dengan cara membeli dan tukar menukar hadiah.

Menurut Bibliothica Sacra, volume 12, halaman 153-155:

“Tukar menukar hadiah antara teman di hari Natal serupa dengan adat agama Saturnalia. Kemungkinan besar, kebiasaan ini diadopsi oleh orang-orang Kristian dari agama Pagan, sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Tertulianus.”
Begitulah serba sedikit tentang perayaan krismas yang diraikan oleh penganut kristian. Jika dikaji dengan mendalam perayaan krismas ini penuh dengan warisan dari paganisme dan bukanlah bertujuan untuk memperingati kelahiran Jesus Christ. Di dalam agama Kristian sendiri terdapat larangan meniru cara penyembahan orang kafir.

“Maka hati-hatilah, supaya jangan engkau kena jerat dan mengikuti mereka, setelah mereka dipunahkan dari hadapanmu, dan supaya jangan engkau menanya-nanya tentang tuhan mereka dengan berkata: “Bagaimana bangsa-bangsa ini beribadah kepada tuhan mereka? Aku pun mau berlaku begitu.” Jangan engkau berbuat
seperti itu terhadap Tuhanmu. Sebab segala yang menjadi kekejian bagi Tuhan, apa yang dibenciNya, itulah yang dilakukan mereka bagi tuhan mereka; bahkan anak-anaknya lelaki dan anak-anaknya perempuan dibakar mereka dengan api bagi tuhan mereka.”
(Ulangan 12:30-31)

Sebagaimana yang sering kita dengar, Tuhan melarang kita menyembahNya hanya dengan “menurut kata hati kita sendiri.” Ambillah pengajaran di sebalik asal-usul perayaan krismas ini semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang menyekutukan Allah dengan apa jua sekali pun. 

Wallahua'lam.

Friday 14 December 2012

MEE HOON KUEH

Assalamualaikum wbkt..

Ingat tak lagi dengan resepi mama "SOP TEPUNG", kalau lupa boleh rujuk di page list bulan March 2012. Sebenarnya mama pun kurang pasti asal resepi ini tetapi maklumat terbaru yang mama dapat tahu..mee ini juga dikenali sebagai Mee Hoon Kueh dan merupakan makanan tradisi masyarakat cina hokkien. Resepinya ada sedikit kelainan, boleh juga untuk dicuba..

versi sop tepung


Mee Hoon Kueh (Hand-pulled noodles) 麵粉粿
Mee Hoon Kueh
http://nasilemaklover.blogspot.com

Resepi ini mama salin dari blog nasilemaklover..kalau rajin pi sana..kalau malas pi sini..heheh

Mama ubah seketul dua, sebab resepi ini cina mali, ada yang tak sesuai dengan kita..


Bahan (untuk  6 orang)

Tepung 500 grm
Air       200 ml
Telor    sebiji dipukul dahulu
Garam  1 sudu

1. Campurkan tepung, telor dan garam di dalam bekas
2. Masukkan air dan uli sehingga doh menjadi lembut selama 5-10 minit
3. Bentukkan bulat bulat sebanyak 6 ketul (budget untuk 6 mangkuk)
4. Rehatkan selama sejam sebelum dimasak

Ikan Bilis (Anchovy) Soup Base

Ikan bilis 100 grm (guna jenis yang baik untuk hasil yang baik)

Air          2 liter
Garam     1 sudu

Rebus selama 45 minit dengan api perlahan


Rencah


Udang  200 grm goreng dengan bawang putih cincang


Isi ayam 200 grm marinate dengan cili, minyak bijan dan tepung ubi


Hiasan


Ikan bilis 100 grm goreng hingga garing

Bawang goreng
Sawi atau pucuk manis

Catitan

Cara masak, kita tidak digalakkan masak sekali 1/2 kg tepung kerana hasilnya kurang berkualiti...kalau ramai nak tolong tidak menjadi halangan.


Kena masak ikut individu, contohnya jika untuk 2 orang, buat 2 kali masak dengan jumlah seorang seketul tepung yang telah diuli tadi :-


Kena leperkan dahulu doh di atas tapak tangan, ketika sop tengah mengelegak, kita kena tarik dan koyakkan doh sedikit sedikit sehingga habis satu doh..


Didihkan sop tadi, bila dah mengelegak kita boleh mula menarik tepung.  Leperkan doh atas tangan, dari tepi doh kita tarik dan putuskan, masuk dalam air. Size ikut suka. Ulang sehingga satu doh habis dicelor.

Masukkan isi ayam, udang dan sayur


Bila bahan rencah dah kelihatan masak, isi dalam mangkuk, tabur bawang goreng dan ikan bilis goreng.


Hidang ketika masih panas dan sangat enak di makan dengan cili padi potong bersama kicap..


Insya Allah..sedap..

















Monday 10 December 2012

APAM MARMAR

Assalamualaikum wbkt..

Cantikkan apam ni..tapi bukan hasil kerja tangan mama..bercita cita untuk membuatnya..tapi bahan takda..cubalaa..




Bahan

2 cwn tpg  1 sudu teh baking powder
1 cwn santan (saya guna santan kotak 200ml)
3/4 gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovellet
secubit garam dan pewarna

cara2:

satukan semua bhn kedlm mangkuk kecuali pewarna
pukul dgn speed perlahan hingga mesra,kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat (jd warna putih)
bahagikan kpd 3 bahagian, 1 bahagian dibiarkan putih shj dan 2 bahagian di warnakan
ambil loyang dan sapukan dgn mentega
tuang adunan berselang seli dgn warna kesukaan
kukus selama 45 minit balut penutup kukusan dgn kain bersih
dh sejuk bolehlah dipotong...:)



DODOL GORENG

Assalamualaikum wbkt..

Baru baru ni dalam perjalanan balik dari Melaka ke Seremban,  mama singgah di sebuah gerai yang terletak di jalan menghala ke simpang empat.  Encik Hubby teringin sangat nak makan dodol..rezeki Allah..singgah singgah jerr..cik puan kedai pelawa rasa dodol yang dia baru jer masak..masih panas tahap gaban..huhu..silap silap boleh melepoh lidah..

Lilit lilit kat sudu kasi sejuk sikit..ngup..pergh..sedap tak terkata..terus En Hubby kata nak sekilo..haa hambik kau..terlupa kadar diabetes En Hubby yang sangat merisaukan..sesekali takpa laa kan..lepas gian..


tengah  belepup lepup macam ni jangan ada hati nak colek dengan jari..naya


Tapi mama bukan nak syer resepi macam mana nak buat dodol, cuma terkenang resepi bonda tercinta takkala ada lebihan dodol yang dah bertahun umurnya..sudah tentu tak berapa syok nak dikunyah..

Arwah mak mama kata..nak sedap..goreng dodol keras itu macam kita goreng pisang.  Bancuh tepung, kunyit, garam dan air.  Dodol tadi kita potong ikut suka, celop dalam tepung dan goreng.

Apa yang pasti dodol yang berada dalam tepung kembali cair dan enak dimakan..

APAM BALIK MINI

Assalamualaikum wbkt..

Huhu..jom try test resepi ni..ajak anak anak sekali ke dapur..tentu seronok untuk berekperimen..





Bahan 

Gula                 1 cawan
Tepung             2 cawan
Susu Cair          1 1/2 cawan
Baking Powder   1 sudu teh
Soda Bicarbonat 1 sudu teh
Telor                1 biji
Pewarna Kuning

Cara

-satukan semua bahan dan blender
-perap 1/2 jam
-masak di atas kuali ....masak macam lempeng
-Tabur gula, kacang tumbuk dan jagung dalam tin , lipat..ngupp






BINGKISAN HELIZA DARI BUMI GAZA

Assalamualaikum wbkt semua..

Mama copy paste dari laman fb Heliza Helmi, untuk diri sendiri dan mungkin juga berkongsi untuk semua..

Badannya kecil jer, wajahnya comel sesangat tetapi hatinya sebesar gunung kinabalu..tabik spring ngan adik yang comel ni..




Assalamualaikum

Syukran jazilan jiddan jiddan sebab sudi berkongsi masa berharga anda untuk membaca coretan saya yang tidak seberapa.
Mudah mudahan adalah secebis manfaatnya In sha Allah :)
Semoga dengan isu Palestin ini ,
in sha Allah k
ita dapat sama sama mempertingkatkan diri kita jadi mukmin yang lebih baik in sha Allah..

Ini anak anak kecil yg berkata
"Ayah saya di dalam syurga dan kami nak ikut ayah ke sana"

Walaupun ayahnya syahid, sekolah tetap pergi. SubhanAllah.
Hadis nabi : menuntut ilmu itu adalah fardhu ke atas setiap muslim

Kita di Malaysia yg ada tmpt yang selesa utk belajar alhamdulillah,teruskan menuntut ilmu mengamalkan dan sebar sebarkan juga in sha Allah.

Ampun maaf dari saya hamba Allah yg kerdil ini.
Didoakan agar semuanya dipelihara dan dalam rahmat Allah swt.
Aamiiin.










Assalamualaikum
Siang tadi kami buat lawatan ke sempadan gaza dan tanah yg di jajah Israel
Bila Israel nampak kami ramai ramai kat sini,terus bawa kereta kebal,gas pemedih mata,helikopter apache kepada kami.
Nampak tak kereta kebal Israel y
g x beberapa ratus meter dari kami.
Alhamdulillah semua ok :)
Baru je dtg melawat , xbawa apa apa senjata pun dah hantar mcm mcm dah..
Teruskan kita menuju kejayaan kita mendapatkan semula tanah yg dijajah Israel
In sha Allah.








SubhanaAllah semangat ukhwah di "Perhimpunan Batu Dari Neraka" atau "Intilaqa Hijarat Min Sijjil" cukup luar biasa. Ia merupakan simbolik bagaimana burung burung kecil ababil mampu mengalahkan tentera gajah lagi gagah & hebat. Itulah perump
amaan kami yg berada di sini. Kami bertemu saudara (saudari) dari Eropah, tanah arab lain & Malaysia dpd pelbagai NGO.

Senyuman wanita Ghaza berbeza hari ini. Dimata mereka ada harapan. Harapan anak-anak mampu menjalani kehidupan lebih baik dari semalan. Punya peluang pendidikan & yg paling penting peluang untuk si kecil terus hidup!

Namun jika benar-benar ditenung jelas luka semalam masih tegar dlm memori. Ada yg menceritan pengalaman serangan beberapa minggu lalu. Mereka menggigil dan saling berpelukan setiap kali bom dijatuhkan yahudi zionis laknatullah. Itu buat yg tinggal jauh dari lokasi serangan. Bayangkan apa yg dilalui mereka khusunya anak-anak kecil yg tinggal di tgh kota Ghaza. Muhammad bin Lubbat, 12 tahun tidak bercakap selama 3 hari apabila 15 ahli keluarganya termasuk ibu tercinta dibunuh kejam dek serangan tidak berperikemanusiaan. Trauma yg maha dasyat. Tak mungkin kita orang dewasa mampu menanggungnya. Ya Allah lindungilah anak ini.

Di perhimpunan begitu ramai wanita Palestin datang & memeluk kami. Mereka mengatakan sayang & cinta kpd rakyat Malaysia. Mereka sibuk memastikan kami ada kerusi utk duduk, walhal mereka sendiri perlu berdiri. Mereka pastikan kami yg kecil ini tidak dihimpit, tidak sesat, tidak lapar & dahaga. Mereka tunjukkan jln malah sanggup berjalan jauh utuk pastikan kami tidak hilang arah. Mereka berikan kami buah, roti & air kerana risau kami lapar & dahaga. Semua ini dilakukan oleh wanita yg berbeza. Layanannya tetap sama. Bagaikan saudara.SubhanaAllah. Tiba-tiba hati saya terdetik. Walhal itulah yg kami cuba lakukan selama ini utk mereka dari Malaysia. How our roles have changed in a blink of an eye today.

Ada seorang gadis merapati kami dan berkata "you are my hero" (sambil memandang Heliza Helmi & saya). Saya sangkakan saya tersilap dengar. Sambil tersenyum dia mengulang "you are my hero". Saya menjawab "No. You are the hero. It was you who had to face the enemy". Dengan pantas dia menjawab "without your help we could not have fought the Israelis. So you are the hero". There was a lump in my throat. Sebak. Begitu rupanya pandangan mereka terhadap rakyat Malaysia. Saya & Heliza saling berpandangan. Kami terkedu.

Sebelum berpisah seorang wanita berpurdah berkata "InsyaAllah bertemu lagi, di Jannah".

-Farrah Adeeba








GAZA KAMI DATANG:

Nak tahu cerita ?

Inilah anak anak Palestin 
Mereka datang kepada kami dan berkata sesuatu yg membuatkan air mata hampit gugur.

Apa kata mereka?

"Kami sangat bangga dengan rakyat Malaysia"
"Kami sayang anda semua"
"Anda semua HERO kami"
"Semoga kita berjumpa di JANNAH ALLAH SWT"

Ya Allah.......

Yang sebenar benarnya..

Rakyat Gaza lah contoh kami
Anda la Mujahidin yang perjuangkan Islam!
Akhlak anda cukup mulia.

Dalam keadaan sambutan seramai 1 juta di padang bridged Al Qassam. Mereka solat bukan sekadar solat Zohor di padang tu.
Tapi siap dengan solat sunat sebelum dan selepas Zohor.

Allah.
Polis polis yg sedang pegang senapang,sebelah lagi pegang TASBIH!

Dan apabila perhimpunan tadi di bacakan surah Ar Rum.. rakyat Gaza sebelah kami boleh ikut sekali .
Dalam erti kata depa hapai ayat Quran!
SubhanAllah..






GAZA KAMI DATANG:
LAPORAN TERKINI
Ya Allah tak tahu mcm mana nak gambar keadaan perhimpunan 1 juta org dari pelbagai negara tadi..
SubhanAllah! Terasa sungguh api semangat yg sangat membara dengan langkah kami menuju ke Padang Briged Al Qas
am dengan laungan takbir dan mengibarkan jalur gemilang dan juga bendera Palestin!
Dengan beramai ramai menyanyikan lagu

"Inilah barisan kita yg ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban utk agama Islam
Sebelum kita berjaya jgn harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita menuju medan bakti"

Rakyat Palestin dari kiri kanan jalan melaungkan takbir dan memberikan tepukan gembira kerana semangat yg di bawa oleh rakyat Malaysia di bumi Palestin

Memang bergetar jiwa! Allahu Akbar!

Kata kata semangat di selang selikan dengan takbir doa dan lagu semangat!

Apabila di tanya soalan
Seluruh mereka yg hadir tadi menyahut !
Berselang seli sorokan itu !

BERGEMA BUMI GAZA!

SIAPA TUHAN KAMU?
SERENTAK MENJAWAB ALLAH!
SIAPA GURU KAMU?
RASULULLAH!
APA BUKU KAMU?
AL QURAN!
APA PARTI KAMU?
HAMAS!
BILA BESAR NAK JADI APA?
AL QASAM!
APA CITA CITA HIDUP KAMU?
NAK MATI FISABILILLAH!

SUARA INI SERENTAK DI JAWAB RAKYAT PALESTIN!
ALLAHU AKBAR!

Sejak pagi bumi gaza dihujani hujan rahmat dan apabila menjelang petang cahaya matahari menyinari cukup indah di bumi gaza!

Allahu Akbar! In sha Allah
PALESTIN WILL BE FREE! AAMIIIN




Apabila di tanya kepada rakyat Palestin:
Sekiranya Malaysia ajak kamu tinggal di Malaysia dan berikan kamu keselesaan. Adakah kamu akan datang ke Malaysia?
Jawapanya...

TIdak! Tidak sama sekali
Kami akan pertahankan tanah palestin ini. Ini perjuangan kami!

Apabila kita tanya:
Sekiranya kami nak menetap di gaza utk berjihad, adakah kamu mengalu ngalukan kedatangan kami?

Apa kata mereka?
Bumi palestin adalah bumi kamu. Kami sgt mengalu-alukan kedatangan kamu..

Tapi negara kamu sendiri lebih perlukan kamu utk berjihad di negara kamu....



Mereka seorang pejuang!
Hidup mereka, ibadah dan semuanya sebagai pejuang Islam!
Kami yang datang melihat mereka yang berjihad demi mempertahankan negara dan agama, kehilangan kaki, tangan keluarga, boleh menyambut kami dengan penuh senyuman.
Belum sempat kami mendoakan mereka, mereka dahulu mengucapkan BarakAllahu fik.
Allah.................... betapa kuatnya semangat juang mereka.



Anak anak kec
il walaupun ibu ayah telah syahid. Ija tak pernah jumpa pula mereka meminta minta daripada kita.
Malah mereka memberi salam dan memberikan senyuman pada kami.
Allah..............
Apa yang boleh saya katakan?
Tidak ada kata kata yg boleh gambarkan perasaan saya tika ini malah In sha Allah sampai bila-bila..
Dan syukur alhamdulillah, sungguh tidak sangka, Ija dapat berjumpa Mujahid yang mencari syahid pertama Al Qasam, Syahid yang Hidup.
Mujahid memasuki Israel bersama 3 orang rakannya, 2 orang syahid, dia ditakdirkan masih hidup, Israel menzalimi dia sangat kejam.
Peristiwa itu berlaku 22 tahun yang lalu dan dia mengalami kecacatan dan kelumpuhan,, malah kata katanya juga kurang lancar.
Tapi Ya Allah, mereka ni... semuanya hebat!
Ini lah yang kami saksikan sendiri apabila berada di Assalama Charitable Society. Beliau sekarang orang penting menjaga mangsa mangsa perang.
Allahu Akbar!







DECEMBER SUDAH MARI

Assalamualaikum wbkt..

Pejam celik..pejam celik..tup tup December 2012 telah melintasi dan bermakna tahun 2012 bakal meninggalkan kita dengan pelbagai kisah suka dan duka..

Bermacam perkara hendak dikongsi tetapi sayang..Huhu..line internet ku tersangatlah lemau kebelakangan ini.  Al maklum laa..servis 50 hinggit camtu laa..nak lebih lebih..cik hubby yang tolong bayar..sabau jerr lerr..

Tapi mama akan usahakan juga untuk menghiasi laman blog mama yang tak berapa nak ado nyer ni..dengan cerita dan ilmu yang boleh kita kongsi dan ambil tahu..

Terima kasih kerana masih melewati laman ini..