Thursday 27 June 2013

NESTY FRUITY CHEESE PUDING

Assalamualaikum wbkt...

Terliur betul nengok gambar makanan ni kat Facebook mama,  tak boleh betul mata ni takkala melihat buah buahan berwarna warni bertaburan dalam bekas kaca...nak buat laa juga..sebelum itu kena simpan resepi kat sini...takut terlupa.  Pada empunya resepi....mama copy paste yerr..semoga Allah swt membalas jasamu kerana berkongsi ilmu..aaminnn...

tidak kah kelihatan menyelerakan
Jom lihat macam mana resepi nak buat dessert yang menyelerakan ini..


BAHAN A (1 adunan)

300 g Butter
2 cawan nestum


1. Masukkan butter kedalam periuk dan cairkan diatas api.

2. Masuk kan nestum dan goreng sehingga GARING dan wangi.

3. Masukkan dalam mangkuk kaca dan tekan sehingga padat

4. Simpan dalam peti ais selama 3 jam supaya keras


BAHAN B

1 tin susu pekat F&N
1 tin susu cair
1/2 tin air biasa (sukatan tin susu diatas)
60 gram serbuk 'Puding jenama NONA'


BAHAN C

250g cream cheese Fhiladelphia
7 biji limau kasturi (perah air nya)
1 tin fruit cocktail (Tapis dan ambil buah nya sahaja)


Cara-Cara Memasak Puding:-

1. Masukkan bahan B kedalam periuk dan masak sehingga serbuk puding larut.

2. Putar creame cheese ~ 5-7 minit

3. Masukkan adunan puding yang telah larut dan jus limau ke dalam adunan cheese dan putar dengan kelajuan perlahan supaya semua nya bercampur.

4. Tuangkan kedalam mangkuk kaca yang berisi nestum yang telah dikeraskan.

5. Taburkan buah-buahan cocktail diatas nya.

6.Simpan di dalam peti ais selama > 6 jam atau sehingga beku.
















AMINA PESERTA MUSLIM MASTER CHEF AUSTRALIA

Assalamualaikum

Sebenarnya rancangan Master Chef Australia tu tahun lepas punya.  Tapi baru ditayangkan kat Malaysia ni melalui saluran Astro Lifetime.  Gayat lerr kekononnya apabila melihat seorang peserta yang sangat gebu bertudung litup "mengambarkan kemuslimannya" dalam ramai ramai mat mat saleh yang perang merang yang dah tentunya bukan beragama islam..

Tertanya tanya bagaimana agaknya dia nak masak kalau pihak produksi beri tugasan benda benda yang haram disentuh dan dimakan oleh orang islam.  Bila ditanya oleh pihak juri,  dengan selamba dia kata no problem..ermm..

Pernah sekali itu ketika meraikan kemenangan 24 peserta terbaik, mat mat saleh itu telah menyimbah minuman keras ke arah peserta...bagaimana agaknya rasa hati si gadis yang empunya nama Amina ini...uhh...kalau mama..tak sanggup..biarlaa..tak masuk pun tak apa...dapat menangi hati anak anak dan suami dah lerr...

Amina yang gebu
Biodata Amina

Bapanya berbangsa arab Mesir dan emak dia berbangsa Korea.  Berumur 28 tahun dan bertugas sebagai seorang Jururawat Paediatric sebelum menyertai Master Chef.  Sekarang ni tak tahu laa dia buat apa... sebab Master Chef Australia musim 2012 dah tamat dan pemenangnya adalah Andy Allen...heheh...keputusan bocor...





Andy Allen si juara 

JEREBU DAH REDA

Alhamdulillah..hujan dah mula turun dua tiga hari ini dan jerebu semakin berkurangan kat kawasan mama.  Kalau tidak bukan main tebal debunya macam kabus kat Cameron Highland, matahari pun tak kelihatan sampai ke petang.

Anak anak pun tak perlu lagi nak bertopeng bagai bila nak ke sekolah.  Hati pun kurang risau takut takut terjangkit  dengan pelbagai penyakit akibat jerebu....

Alhamdulillah...