Thursday 27 June 2013

NESTY FRUITY CHEESE PUDING

Assalamualaikum wbkt...

Terliur betul nengok gambar makanan ni kat Facebook mama,  tak boleh betul mata ni takkala melihat buah buahan berwarna warni bertaburan dalam bekas kaca...nak buat laa juga..sebelum itu kena simpan resepi kat sini...takut terlupa.  Pada empunya resepi....mama copy paste yerr..semoga Allah swt membalas jasamu kerana berkongsi ilmu..aaminnn...

tidak kah kelihatan menyelerakan
Jom lihat macam mana resepi nak buat dessert yang menyelerakan ini..


BAHAN A (1 adunan)

300 g Butter
2 cawan nestum


1. Masukkan butter kedalam periuk dan cairkan diatas api.

2. Masuk kan nestum dan goreng sehingga GARING dan wangi.

3. Masukkan dalam mangkuk kaca dan tekan sehingga padat

4. Simpan dalam peti ais selama 3 jam supaya keras


BAHAN B

1 tin susu pekat F&N
1 tin susu cair
1/2 tin air biasa (sukatan tin susu diatas)
60 gram serbuk 'Puding jenama NONA'


BAHAN C

250g cream cheese Fhiladelphia
7 biji limau kasturi (perah air nya)
1 tin fruit cocktail (Tapis dan ambil buah nya sahaja)


Cara-Cara Memasak Puding:-

1. Masukkan bahan B kedalam periuk dan masak sehingga serbuk puding larut.

2. Putar creame cheese ~ 5-7 minit

3. Masukkan adunan puding yang telah larut dan jus limau ke dalam adunan cheese dan putar dengan kelajuan perlahan supaya semua nya bercampur.

4. Tuangkan kedalam mangkuk kaca yang berisi nestum yang telah dikeraskan.

5. Taburkan buah-buahan cocktail diatas nya.

6.Simpan di dalam peti ais selama > 6 jam atau sehingga beku.
















No comments:

Post a Comment