Thursday 18 July 2013

KLINIK PAKAR WANITA SUKHILMI

Assalamualaikum wbkt..

Saja nak cerita perihal macam mana mama tahu akan kewujudan Dr Sukhilmi dan klinik bersalin dia.  Segalanya bermula pada tahun 2008,  masa tu mama selalu keluar darah walau period dah habis.. Jadi mama pun buat Pap Smear... takut takut ada penyakit yang tidak diingini menghinggap diri..

Macam macam versi mama dengar, ada yang kata sakit, ada yang kata tidak. Tetapi mama kuatkan semangat ajak en. hubby pergi ke Klinik Pakar Wanita Sukhilmi yang ketika itu terletak di rumah kedai belakang pejabat Wanija, Senawang.

Bila tengok nama, macam nama perempuan.  Confident jer mama pergi ke klinik beliau.  Alangkah terkejutnya mama,  rupa rupanya doktor lelaki kauu.. mana mau lari...serah jer diri untuk diperiksa dan mengizinkan beliau membuat pap smear.  Mengigil gigil kepala lutut ketakutan.  Jururawat dia menenangkan mama, katanya tidak sakit. Doktornya pula bukan main lemah lembut dan senyum tak lekang dari bibir dia..

En hubby juga sama sama melihat proses tersebut, macam pelajar perubatan pula en hubby bila si doktor bukan main excited menerangkan satu persatu apa yang dia buat dan begitu begini... kejap jer dah siap dan tak rasa apapun..cuma terasa ada benda mengusik usik pangkal rahim kita...

Selepas seminggu, Dr. Sukhilmi sendiri yang call mama untuk beritahu khabar gembira yang mama sihat sejahtera.  Alhamdulillah..

Selepas berubat cara kampung, keadaan kembali normal..Alhamdulillah sekali lagi..



klinik baru yang terletak di Bandar Baru Senawang
kat sinilaa mama buat ultra sound tu... dan berangan nak bersalin kat sini
tapi tak kesampaian

inilaa dr tu..
Dr. Sukhilmi yang comel dan ramah





BARU KEBAH

Assalamualaikum wbkt..

Alhamdulillah...terasa bertambah sihat sepenuhnya selepas hampir dua bulan berdepan dengan pelbagai rentetan yang kurang menyenangkan tubuh badan yang terbiasa dengan keselesaan...

Al kisah di rewindkan..tiba tiba badan jadi lemah dan letih sentiasa.  Mata asyik nak lelap jerr..mengantuk sungguh.  Selera kejap ok kejap tidak tetapi takda pula loya loya.  Period ku..?...hohoo..dah dua minggu tak datang datang.  Tapi jerawat kat muka bukan main seronok keluar, payu dara menjadi sangat berat dan pantang kena langgar..sakit dohh..  Jantung semakin berdebar debar,  ini tak boleh jadi... terus ajak hubby pergi beli alat untuk test pregnant..

Opss...positif !!..., aduhh...dah over 40.. mama tidak pernah merancang untuk mendapatkan ahli baru di dalam keluarga... tetapi kenapa tiba tiba ada... berita yang sangat sangat mengejutkan tangkai hati dan perasaan mama yang dah lebih 9 tahun sejak melahirkan si puteri yang bongsu..tapi En Hubby bukan main suka..cehh

Setiap malam mama tidak boleh tidur.  Asyik mimpi buruk... mimpi ngeri menjadi teman kala mata belajar untuk lena. Orang kata fobia laa kot.. al maklum laa..hanya orang perempuan yang lemah semangat macam mama yang pernah mengalami pengalaman melahirkan jer yang faham....penakut sungguh..

Malas nak pergi awal ke klinik.  Kononnya nak tunggu 4 bulan barulah pergi jumpa doktor.  Itupun mama letak syarat kat hubby..mama tak nak cek kat klinik kerajaan.  Mama nak pergi klinik atau hospital swasta jerr...kalau bersalin pun nak pergi hospital swasta juga.. sangat menakutkan bila mengenangkan bilik bersalin kat hospital kerajaan, doktor yang tidak friendly dan jururawat yang garang... walaupun seorang dua.. memang jenis ini tetap wujud... tidak di wad..dia ada di bilik bersalin... sangat bisa bahasanya... berani berkata sebab tiga kali bersalin..berdepan dengan perkara yang sama..

Belum lagi lecehnya bila cek tiap bulan kat klinik ibu mengandung..aduhh...ramainya bukan main.  Walau dapat nombor teratas..tetap selesai pukul dua belas tengahari.  Tandas dia..mak aiii...kepalangan.. oh tidak.... tolonglah..kali ini mama nak kena manja manja, nak tengok jururawat yang sentiasa senyum 24 jam, nak berbual dengan doktor yang ramah mesra...kat mana nak dapat...hooohoo...kat swasta lerr...tapi kena labur wang yang banyak... Tak peduli..janji hatiku senang..heheh.. budget..tabungan cukup..tapi kena tambah juga takut terjadi sesuatu di luar jangkaan..perancangan kena awal supaya tidak timbul sebarang masalah dikemudian hari...amboi...semangat sungguh merancang perbelanjaan semata mata untuk menyambut ahli baru...

Masuk minggu ke 5, mama rasa badan menjadi semakin lemah.  Paling tak best ada flex darah hitam, coklat dan kadang kadang merah keluar semasa buang air kecil.  Mulalaa mengoogle...ramai rupanya yang mengalami pengalaman sebegini.  Takda laa susah hati sangat.

Masuk minggu ke 6, masalah flex macam semakin teruk.  Mama pun pergi ler jumpa doktor untuk cek apa kenanya dengan mama ni.  Doktor pun buat ultra sound.. doktor kata baru 6 minggu plus plus gitu.  Kecik sangat lagi..dia minta mama datang lagi dua minggu.  Bab flex hitam coklat merah tu..doktor kata itu perkara biasa...ooo ok..

Balik rumah terus masak rendang ayam...tapi tak larat berdiri lama.  Masak sambil duduk kat kerusi.  Selesai masak, mama tertidur kat sofa sampai petang.  Bangun dari tidur, terasa nak buang air kecil.  Ermm...macam period laa pulak.  Mama terus pakai pad..

Malamnya langsung mama tak boleh nak tidur.  Sakit perut semakin menjadi, macam nak beranak pula rasanya.. cuma tahap sakit tu kira mini laa.. Kejap baring, kejap duduk, kejap berdiri, kejap terbuang air besar dan akhirnya mama cuba baring dan lelapkan mata. 

Surah Insyirah menjadi teman penenang hati.  Akhirnya mama terlena hinggalah terbangun pada pukul 3 pagi.  Tekak terasa gatal, jadi mama lepaskan batuk.  Macam ada sesuatu terkeluar dari salur rahim...bergumpal, licin dan geli.  Mama terus ke bilik air dan lihat apa yang keluar...ohhh... mama keguguran...terus mama kejutkan hubby... kecewa sungguh dia..kesian pula mama tengok dia... tapi mama ok... 

Esoknya terus pergi klinik buat ultra sound lagi sekali untuk pastikan takut takut ada yang tertinggal.  Alhamdulillah...bersih jadi tak payah buat D&C.. Tapi badan tetap rasa macam baru lepas bersalin.  Mertua pesan supaya mama berpantang macam orang lepas bersalin juga selama 44 hari...

O..ok.  Tapi selepas dua hari mama kena demam.  Mama ambil panadol dan tidur.  Kalau selepas 24 jam demam tidak kebah,  mama kena juga pergi klinik.  Tapi tak sampai 24 jam,  demam dah kebah... Alhamdulillah...

Sampailaa hari ini...walau masih dalam pantang, badan terasa sihat semula dan boleh buat kerja rumah seperti biasa...































Thursday 4 July 2013

MESIR DIRAMPAS DARI MORSI

Assalamualaikum wbkt..

Tumpang sedih apabila melihat keadaan huru hara yang terjadi di Mesir.  Melalui kakak mama,  katanya bukan keseluruhan Mesir yang berkeadaan begitu, cuma di kawasan pusat bandar dan pusat pemerintahan sahaja.  Tempat tempat lain tiada mengalami sebarang rusuhan atau huru hara yang kelihatan di kaca tv.

Alhamdulillah..sekurang kurangnya tempat kakak mama tidak mengalami sebarang masalah.  Tetapi kesedihan tetap tersebar di seluruh Mesir yang menyokong pejuang islam tulin ini..

Jauh dari lubuk hati terasa juga kesal apabila kerajaan di bawah pimpinan Morsi telah diambil alih oleh pihak tentera yang tidak setia.




Ditambah lagi dengan kacau bilau dari pihak yang membenci kerajaan Morsi dan provokasi yang datang dari pelbagai pihak yang takutkan perjuangan Morsi untuk memertabatkan kembali Islam di mata dunia. Mengembalikan maruah bumi Palestine dan Syria adalah satu usaha yang tiada hentinya amat memuakkan mata mata dajjal yang memerhati dari luar..mungkin juga dari dalam...

Selepas pengulingan Morsi oleh pihak tentera...perkara pertama yang mereka ambil ialah menutup Rafah Gate iaitu satu satunya jalan yang menghubungkan Gaza dengan dunia luar melalui Mesir...tak nampak kah...? masih lagi menyokong kejatuhan Morsi..?



Hanya doa dapat dititipkan...Allah tetap bersamamu wahai Dr. Morsi..