Monday 29 December 2014

LELAKI KRISTIAN MENCABAR DR ZK

Dr Zakir Naik, saya Jerry Thomas.  Saya seorang penyelidik, Sarjana dalam bidang kewartawanan di Universiti Usmania.  Saya dan rakan saya mengendalikan laman web sashitime.com.  Saya mempunyai soalan untuk encik, pertama, saya sentiasa mengetahui yang Al Quran tidak lengkap tanpa Hadis dan sekarang kamu merujuk kitab suci yang lain juga.  Oleh kerana kamu telah merujuk Bible, Bible menyatakan " sesiapa yang menafikan Jesus Crist, dia adalah roh Anti Crist (Dajjal).  Itu adalah ramalan dan saya juga mengetahui yang hadis menyatakan yang Nabi Muhammad mempunyai inspirasi diabolikal (berkenaan atau seperti syaitan) Apa yang patut rumuskan dari hal ini..?

Jawapan Dr ZK..

Saudara mempunyai soalan yang mana dia telah menyebut beberapa ayat.  Dia kata dia tahu yang Al Quran tidak lengkap tanpa Hadis.  Dan sekarang dia telah mendengar kitab suci yang lain juga.  Itu bermakna jika saya memetik dari Bible bermakna kita perlu mematuhi Bible dan saudara juga menyebut bahawa Bible mengatakan sesiapa yang tidak percaya dan menafikan Jesus Crist, akan masuk ke neraka dan sebagainya.

Jadi apakah komen saya..

Hujah yang Pertama..

Al Quran bukanlah tidak lengkap tanpa hadis, Al Quran itu sendirinya telah lengkap tetapi untuk memahaminya al Quran, kamu perlu rujuk kepada ulasan Al Quran. Ulasan kepada Al Quran adalah Hadis Hadis yang mana sabda sabda sahih Nabi Muhammad saw.

Al Quran dengan sendirinya adalah kitab yang lengkap.  Alhamdulillah dengan sendirinya, tetapi jika kamu mahu ulasan ulasan yang lebih terperinci mengenainya, maka kamu rujuk kepada sabda sabda sahih Nabi Sallahu alaihi wassalam yang kita panggil Hadis Sahih.  Tidaklah hanya kerana saya memetik kitab kitab suci yang lain, itu tidak bermakna saya bersetuju bahawa semua kitab kitab suci lain adalah kalimah tuhan.  Tolong jangan salah memahami saya.  Saya telah menggunakan strategi Al Quran. 

Allah berfiman di dalam Al Quran dalam surah al imran 3, ayat 64..


3:64

(uztaz ZK baca keratan ayat Al Quran  dari ayat di atas)

"..marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu"

Kita datang kepada perkara yang sama.

Allah telah menghantar beberapa wahyu, beberapa kitab ikut nama, hanya 4 yang disebut di dalam al Quran.  Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.

Taurat adalah wahi, wahyu yang telah diberi kepada Nabi Musa as, Zabur adalah wahi, wahyu yang telah diberikan kepada Nabi Daud as, Injil adalah wahi, wahyu yang telah diberikan kepada Nabi Isa as, Al Quran adalah kitab yang akhir dan penamat yang telah diberikan kepoada Nabi yang terakhir, Nabi Muhammad saw.

Sekarang, oleh kerana semua wahyu wahyu sebelum ini turun hanya untuk kumpulan kumpulan manusia yang tertentu, ia hanya perlu dipatuhi sepenuhnya untuk zaman yang tertentu, Allah yang Maha Esa tidak mengekalkannya dalam keadaan yang asli.  Tetapi kerana Al Quran adalah kitab yang terakhir dan muktamad.  Allah berfirman di dalam Al Quran, dalam surah Al Hijr surah 15, ayat 9'

"Kamilah yang menurunkan Al Quran, dan kamilah yang memelihara dan menjaganya dari dirosakkan"

Jadi, Al Quran adalah satu satunya kitab agama di mukabumi yang adalah dalam bentuk yang asli.  Saya tidak menyatakannya.  Malah sarjana Perbandingan agama termasuk William Noah yang mana adalah pengkritik islam yang paling hebat sebagai seorang Kristian beliau menyatakan 200 tahun sebelum ini bahawa tiada kitab suci, kitab suci yang telah kekal di dalam bentuk aslinya selama lebih 1200 tahun.  Sekarang telah lebih dari 1400 tahun seperti Al Quran.

Sekarang seorang Kristian, sebagai seorang pengkritik islam yang hebat beliau tentulah bercakap benar yang Al Quran adalah dalam bentuk yang asli.  Semua kitab agama telah bertukar rupa termasuklah Bible (Injil). Saya tidak menganggap bahawa Bible adalah kalimah tuhan.

Kami muslim percaya kepada wahi (wahyu) yang telah diberikan kepada Nabi Isa as iaitu kitab Injil tetapi Bible yang ada sekarang ini saudara..Bible ini adalah campuran..ia mungkin mengandungi kalimah tuhan yang sama dengan Al Quran - saya tidak punya masalah menerimanya sebagai kalimah tuhan, ia juga mengandungi sabda nabi nabi, ia mengandungi ahli sejarah.  

Maaf saya katakan, ia juga mengandungi bahan lucah.  Saya tidak boleh menyebutnya di sini, saya tidak boleh.  Ia juga mengandungi beratus ratus percangahan, kesalahan sains, kesalahan matematik yang mana saya tidak boleh ulas di sini. 

Tetapi saya telah berdialog dengan Dr. William Campbell.  Beliau telah menulis , yang mengkritik  islam THE QURAN, THE BIBLE IN THE LIGHT OF HISTORY AND SCIENCE..., dan beliau menyatakan bahawa al Quran mempunyai 30 kesalahan sains, saya telah pergi ke US, beliau dari Philadelphia dan kami berdebat pada tahun 2000, 1` April... dengan topik THE QURAN, THE BIBLE IN THE LIGHT OF HISTORY AND SCIENCE dan saya telah menjawab semua tuduhannya.  Apabila saya menunjukkan 38 percanggahan di dalam Bible, beliau tidak dapat menjawabnya.  

Allah bersabda di dalam surah al Baqarah, surah 2 ayat 79, dan Allah berfirman- 



"kecelakaan besar bagi orang orang yang menulis kitab dengan tangan mereka dan mereka berkata "ini ialah dari sisi Allah", supaya perbuatan itu dapat memberi keuntungan dunia yang besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan.."

Jadi Bible hari ini, jika kamu tahu, perkataan Bible tidak terdapatpun di dalam Bible.  Ia datangnya dari perkataan Greek Barblos bermaksud kitab kepada kitab dan Para Sarjana  berkata terdapat banyak pengarang Bible, bukan saya...sarjana kristian.  jadi Bible masa kini, saya tidak anggap ianya sebagai kalimah tuhan.  

Begitu juga jika kamu bertanya kepada saya, bolehkah saya anggap Veda sebagai kalimah tuhan?, bolehkah kamu anggap kitab budak sebagai kalimah tuhan?, bolehkah kamu anggap kitab Bhartis sebagai kalimah tuhan?, 

Apa saya kata..

Mungkin terdapat mungkin tidak.  Oleh kerana terdapat banyak kitab kitab yang telah di turunkan oleh Allah swt, banyak kitab ikut nama hanya 4 disebut tetapi yang lain lain ... apa saya kata.. mungkin... kitab hindu kalimah tuhan, mungkin kitab Budha kalimah tuhan, mungkin kitab Bhartis kalimah tuhan, tetapi jika ianya adalah kalimah tuhan, ianya adalah untuk manusia di zaman itu.

Hari ini, kamu perlu mengikut kitab terakhir iaitu kitab agung Al Quran.  Jadi mana mana manusia samada hidup di India, di Amerika, di kanada, di UK, di Singapura, Arab Saudi, semua manusia di dunia perlu patuh kepada kitab terakhir dan penamat Al Quran yang agung... dan Nabi terakhir dan penamat Nabi Muhammad saw.  Saya tidak menyatakan kitab Hindu adalah kalimah tuhan walaupun jika ianya benar, ianya hanya untuk manusia pada zaman tersebut.

Sarjana Hindu bersetuju yang kitab suci mereka telah ditukar, Sarjana Budha bersetuju yang kitab suci mereka telah ditukar.  Semua sarjana agama mereka sendiri itu kecuali sarjana islam.  Mereka bersetuju bahawa kitab suci mereka telah bertukar kemudiannya mengikut zaman.  

Tetapi katalah saya bersetuju untuk tujuan penghujahan, ianya adalah kalimah tuhan, walaupun jika...oleh kerana pengikut agama mereka percayakan yang ianya adalah kalimah, mereka patut patuh kepada setiap huruf, setiap perkataan mereka.  Jadi jika penganut Budha percaya yang kitab mereka adalah kalimah tuhan, jika penganut hindu percaya yang kitab mereka adalah kalimah tuhan, penganut kristian percaya yang kitab mereka adalah kalimah tuhan, semua kitab kamu mengatakan yang kamu perlu mengikut ajaran Nabi yang terakhir, Nabi Muhammad saw.

Jadi oleh kerana kamu mengangap ianya adalah kalimah tuhan, saya kata ianya mungkin tidak. Oleh kerana kamu percaya ianya adalah kalimah tuhan, kamu perlu mengikut kitab kamu.  kamu perlu percaya kepada Nabi yang terakhir.  Seperti yang tersebut di dalam Bible, dalam Gospel of John Bab 16, ayat 12 - 14.  Jesus Crist (Nabi Isa as) berkata : 

"aku ada banyak lagi perlu disampaikan kepada kamu tetapi kamu belum mampu untuk menerimanya sekarang ini.  Apabila datang dirinya semangat kebenaran dia akan pandu kamu kepada semua kebenaran.  Dia tidak bercakap dari dirinya, apa yang didengar akan dituturkannya.  Dia akan menunjukkan kepada kamu perkara mendatang, dia akan mengagungkan kamu" Siapakah orang ini...?

Nabi Muhammad saw.  Adakah ada tokoh agama yang agungkan Nabi Isa as. selain Nabi Muhammad saw.  Kamu betul apabila mengatakan bahawa sesiapa yang menafikan nabi Isa as, akan memasuki neraka.  Kamu telah menyatakannya.  Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut.  Saya bersetuju.

Tidak muslim seorang muslim jika dia tidak percayakan nabi Isa as dan kita perlu sebut  " salam dan sejahtera ke atasnya" .  Kamu hanya perlu sebut Jesus.  Saya tidak boleh, sapa perlu sebut " salam dan sejahtera ke atasnya".  Jika saya mempunyai tokoh agama , saya tidak letak " salam dan sejahtera ke atasnya", saya akan ditendang keluar.  Orang biasa boleh melakukannya, saya perlu tambah " salam dan sejahtera ke atasnya". Jadi tidak muslim seorang muslim jika dia tidak percaya kepada Nabi Isa as.

Kami percaya yang dia adalah salah seorang Nabi Allah swt yang hebat.  Kami percaya yang dia lahir dengan ajaibnya tanpa campurtangan lelaki yang mana ramai orang Kristian moden tidak percayakannya.

Kami percaya yang dia hidupkan semula orang mati dengan kebenaran tuhan.  Kami percaya yang dia sembuhkan mereka yang lahir buta dan sakit kusta dengan kebenaran tuhan.

Orang Islam dan Kristian selari berkenaan ini.  Tetapi saya faham apa yang kamu maksudkan, apabila kamu maksudkan percaya kepada Jesus Crist, kamu maksudkan.. Apa yang kamu maksudkan..?

Percaya yang dia adalah tuhan, betultak?

DR ZK : Boleh kamu berdepan dengan mikrofon? (soalan kepada Jerry Thomas)

DR ZK : Apabila kamu percayakan kepada Jesus Crist, percayakah dia sebagai Nabi..?

Jerry Thomas : Saya percaya kenyataan ini iaitu " akulah jalanNya, kebenaran dan kehidupan"

DR ZK : Apakah maksudnya?

Jerry Thomas :Ianya bermaksud yang dia adalah jelmaan tuhan.  

DR ZK : Saudara ini telah kemukan soalan . Saya akan berikan kamu rujukannya, tiada masalah.

DR ZK : Apakah rujukkannya?

Jerry Thomas : John Bab 14, kamu boleh rujuk

DR ZK : Ayat no..?

Jerry Thomas : saya ada Bible, saya boleh beritahu kamu. John Bab 14, ayat 16.

DR ZK : Bukan 16, ayat no 6, ianya bukan 16..

Jerry Thomas : Maaf Mr Naik, kamu tidak perlu mengajar saya Bible.  kamu hanya perlu beritahu apa sahaja salah faham, kamu akan dijawab di laman web kami.  

DR ZK : Baiklah.  Saudara, kamu tidak merujuk kepadanya.  Kamu mempunyai Bible di dalam beg kamu? Betul tak?

Kamu keluarkan Bible dari beg kamu dan kamu sebut Gospel John Bab 14 ayat no 6 dan bukan 16.  Dan kamu kata Jesus ( Nabi Isa as) dia kata yang dia adalah tuhan.  Saya akan kembali kepada soalan kamu.

Sebelum saya kembali kepada soalan kamu, biar saya beritahu kamu sesuatu.  Saya telah membaca Bible, tiada terdapat satupun kenyataan yang jelas di dalam keseluruhan Bible yang mana Jesus Crist (Nabi Isa as) sendiri berkata yang aku adalah tuhan atau yang mana dia kata sembahlah aku.  Hanya satu kenyataan yang jelas, hanya satu kenyataan yang jelas dari segi makna di dalam keseluruhan Bible yang mana Jesus Crist (Nabi Isa as) sendiri berkata yang aku adalah tuhan atau yang mana dia kata sembahlah aku.

Saya bersedia untuk memeluk agama Kristian pada hari ini.

Saya bukan bercakap bagi pihak saudara muslim saya yang lain.  Saya meletakkan kepala saya sendiri.

Saya seorang pelajar perbandingan agama.  Kamu telah membaca Bible, malah saya mengkaji Bible.

Kamu kata yang saya tidak perlu mengajar kamu Bible. Jesus Crist (Nabi Isa as) berkata " carilah kebenaran dan kebenaran akan membebaskan kamu". Saya akan menunjukkan kepada kamu kebenaran dan kebenaran akan membebaskan kamu pada hari ini.  Insya Allah.

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, tidak terdapat satupun kenyataan yang jelas di dalam keseluruhan Bible yang Jesus Crist (Nabi Isa as) sendiri menyatakan " akulah tuhan" atau yang mana dia kata " sembahlah aku"

Malah jika kamu membaca Bible, Jesus Crist (Nabi Isa as) sendiri menyatakan disebut didalam Gospel John Bab 14 ayat 28, baginda berkata " Ayahku lebih hebat dariku" Gospel John Bab 10, ayat 29, "Ayahku lebih hebat dari semua".

Gospel Mother Bab 12, ayat 28, " Aku halau syaitan dengan semangat tuhan".  Gospel Luke ayat 11, 20, " Aku dengan jari tuhan menghalau syaitan".

Gospel John Bab 5, ayat 30, " Saya sendiri tidak boleh melakukan apa apa, apa yang aku dengar, aku nilaikan dan penilaian aku adalah adil dan aku tidak ikut kehendak ku akan tetapi kehendak ayahku (tuhan)"

Sesiapa yang menyatakan jangan ikut kehendak manusia tetapi kehendak tuhan adalah seorang muslim.  Jesus Crist (Nabi Isa as) adalah seorang muslim.

Dia tidak menganggap dirinya tuhan.  Ianya jelas disebut dalam buku ACT Bab no 2, ayat 22, ia menyatakan  "Wahai orang orang israel, dengarkanlah, Jesus dari Nazareth, orang yang diterima oleh tuhan dari kalangan kamu dengan ketakjuban, keajaiban dan tanda tanda yang mana tuhan lakukannya sendiri dan kamu menyaksikannya"

"Wahai orang orang israel, dengarkanlah, Jesus dari Nazareth, orang yang diterima oleh tuhan dari kalangan kamu dengan ketakjuban, keajaiban dan tanda tanda yang mana tuhan lakukannya sendiri dan kamu menyaksikannya"

Jadi Bible jelasnya menyatakan yang Jesus Crist (Nabi isa as) adalah seorang lelaki. Dia adalah salah seorang Nabi yang hebat tetapi bukan tuhan.  Tidak terdapat satupun kenyataan yang jelas di dalam keseluruhan Bible yang mana Jesus Crist (Nabi Isa as) sendiri menyatakan yang "aku adalah tuhan" dan "sembahlah aku".

Kamu petik ayat untuk membuktikan hujah kamu dari Gospel John Bab 14, ayat no 6 yang menyatakan yang mana Jesus Crist (Nabi Isa as) sendiri menyatakan bahawa " Akulah JalanNya, KebenaranNya dan Kehidupan.  Tiada siapa yang akan datang kepada Ayahku melainkan melalui diriku"

Sekarang, inilah dia memetik sesuatu yang di luar konteks.  Manusia memetik sesuatu daripada Al Quran dan memetiknya di luar konteks.

Begitulah juga Mubaligh Kristian memetik Bible di luar konteks.

Saya mahu memberitahu kebenaran kepada kamu, kamu boleh buka Bible jika kamu meragui saya.  Buka Bible, untuk konteksnya pergi ke ayat no 1, Gospel John Bab 14 ayat 1 menyatakan lain " Mengapa kamu takut?"

Jesus Crist (Nabi Isa as) berkata " Jika kamu percayakan tuhan, percayakanlah aku"

"Di dalam mahligai Ayahku terdapat banyak rumah rumah"

"Dan aku ke sana untuk menyediakan tempat untuk kamu"

"Dan apabila aku pergi, aku akan beritahu kepada kamu"

dan Thomas bertanya 

"Kemana kamu akan pergi"

Dia membalas " kamu tidak tahu ke mana aku akan pergi?"

Dia kata " tidak"

Dan dia kata " tunjukkan kami jalan ke mana kamu akan pergi"

Dan kemudian Jesus Crist (Nabi Isa as) membalas, "akulah JalanNya, KebenaranNya dan KehidupanNya."

Apabila Thomas bertanyakan tunjukkan jalan kepada tuhan. Kemudian Jesus Crist (Nabi Isa as) membalas "Akulah JalanNya, KebenaranNya dan KehidupanNya" 

"Tiada manusia yang akan datang kepada tuhannya kecuali melalui aku"

Kita bersetuju pada zaman Nabi itu, bahawa setiap Nabi adalah jalanNya, kebenaranNya dan kehidupanNya.

Tiada manusia yang akan datang kepada tuhan kecuali dengan jalan Nabi tersebut.

Pada zaman Jesus (Nabi Isa as) saya bersetuju dengan Bible yang Jesus Crist (Nabi Isa as) adalah jalannya, kebenarannya dan kehidupannya. Tiada manusia, akan datang kepada tuhan yang esa kecuali melalui ajaran Jesus Crist (Nabi Isa as)

Pada zaman Moses (Nabi Musa as) Moses adalah jalanNya, kebenaran dan kehidupan. Tiada manusia yang akan datang kepada tuhan yang maha esa kecuali melalui ajaran Jesus Crist (Nabi Isa as).

Tetapi pada hari ini, Jesus Crist (Nabi Isa as) berkata, " aku banyak lagi perkara untuk beritahu kamu." 

Tambahnya lagi di dalam Gospel John Bab 16, ayat no 12-14, "aku ada banyak lagi ingin disampaikan kepada kamu"

"Tetapi kamu tidak belum bersedia menanggungnya lagi.."

"kerana apabila dia semangat kebenaran itu datang memberi panduan kepada kamu tentang semua kebenaran.  Dia tidak ucapkan dari dirinya sendiri, apay yang didengarinya, itu yang akan disebutkannya"

"Dia akan tunjukkan kepada kamu perkara mendatang, dia akan mengagungkan aku"

Pada masa kini, Nabi Muhammad saw adalah jalan, kebenaran dan kehidupan.  Tiada manusia yang akan datang kepada tuhannya melainkan melalui ajaran Nabi Muhammad saw.

Oleh kerana Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir dan penamat, pada zaman ini tak kira samada seorang itu hidup di US, di Kanada, di UK, Arab Saudi, mana manapun bahagian di dunia untuk setiap manusia pada hari ini Nabi Muhammad saw adalah jalannya, kebenarannya dan kehidupannya..

Tiada manusia yang akan datang kepada tuhannya melainkan melalui ajaran Nabi Muhammad saw.

Dan inilah yang semua kitab suci katakan termasuk Bible.

Jadi harap kamu mendapat cahaya kebenaran dan harap Insya Allah, kamu akan hampir kepada kebenaran dan kebenaran akan membebaskan kamu.


terjemahan :// syurga di dunia.blogspot.com








TAHNIAH USTAZ AZMAN SHAH

Assalamualaikum wbkt..


Alhamdulillah..menang juga Ustaz Azman yerr..dah agak dari awal sebab tazkirah beliau sangat padat dengan ilmu dan hikmah..apalagi dengan pelbagai soalan yang diacukan kepada beliau pada setiap minggu..tebakan sentiasa dijawab dengan baik oleh beliau.. Tahniah Ustaz Azman.. tetapi peserta yang lain hebat juga..lebih lebih lagi Ustaz Faiz...susunan kata katanya menusuk jiwa..kan kan kan...Ustaz Yusuf sangat dramatik dan mengesankan..Ustaz Lokman..alahaii..macam Johan RajaLawak pulak mama tengok imam muda ini...dakk..mama suka... mama suka..


Walaupun ada yang tak suka cara ustaz Azman yang sangat tegas, tapi beliau tetap lucu dengan caranya sendiri.. Mama suka..dan ramai lagi suka..kalau tidak masakan dapat undi kat sinar sampai 3 kali..kan kan kan..

Janganlaa pedulikan bicaranya yang suka cakap negeri sembilan..diakan suku Biduando (asal peribumi campur ngan orang Minangkabau). Kira keturunan Undang ustaz Azman nih...itulah bahaso eeiir kan ustad...sapo laii nak mogahkan bahaso sendiri kalau tidak diri sendiri..idup bahaso nogori semilan..  apo payah eirr nak paham...sonang yoo...Bahasa Malaysia yoo..orang nogori semilan gomar guno o pada bunyi a atau e dalam perkataan eirr...ubah yolah o tu jadi a atau e.. omputeh boleh faham..bahasa bangsa awak taknak ambil tahu..ape ke he... tapi kalau ustaz guna bahasa jawa..payah nak faham kot..sebab takda bunyi Bahasa Malaysia langsung..heheh..










Tuesday 23 December 2014

7 SUNNAH HEBAT



Ustaz Don Daniyal

7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Sunday 21 December 2014

ADUHAI GEGAR VAGANZA QU PUTEH

Assalamualaikum wbkt..

Alahai Astro......bercampur baur rancangan dia macam rojak..pilih jer mana nak, keputusan kat tangan kita..dosa ada..pahala ada..syubahat ada..confuse ada...macam macam ada..

Pencetus Ummah menjadi satu fenomena sekarang..mama pun dah jadi penonton setia rancangan tersebut.. walau ada yang tak kena di mata dan di telinga (muzik kuat sangat (terconfuse gak sebab banyak alat muzik yang tidak dibolehkan di dalam islam diguna pakai), terganggu dengan sketsa,iklan langsung yang tak memberi manfaat..etc),  nasib baik barisan peserta, hebat bertazkirah.. tetap menawan hati dan telinga..menginsafi diri di setiap kata yang disusun rapi..ramalan ku benar belaka dengan top 3..sudah tentu milik Ustaz Azman, Ustaz Yusof dan Ustaz Faiz..selayaknya mereka digelar Ustaz....bakal Da'i yang hebat..

Fullstop pasal PU.. al kisahnya setiap hari Ahad malam Isnin, tah apa nak tengok.  Sudahnya tengok juga laa rancangan Gegar Vaganza yang membariskan penyanyi penyanyi 90 an bertanding sesama sendiri..  Mula mula macam leka jerr.. al maklumlaa lagu yang dinyanyikan sangat popular masa mama tengah muda remaja..masa itu layannnn...Hebat...suara masing masing maintain merdu...

Tapi ada juga yang tak bestnya... artis perempuan..cantik bertudung..manis dah..sopan dah dari atas kepala ke leher..tapi awat dari bahu ke bukulali..ketat melekat sendat...tersembul segala yang ada di badan...  malu nak pandang. Orang lelaki tentu buntang biji mata, dada macam nak pecah dan meleleh air liur..berlekuk lekuk, meliuk liuk..umangaiii

Berbuih buih mulut PU Azman ngan PU Lokman kata perihal pakaian dan aurat.. erkk...tak faham juga kerr...kan rancangan bersiaran dari tuan rumah yang sama..tak sensetif kerr...? 

Kalau yang tidak bertudung..tak boleh kata apa..masih belum berhijrah...sendat sendat pun..dah memang terbuka segala aurat... tapi yang dah berhijrah..berhijrahlah dengan sesungguhnya..bertudung tidak menghalalkan segala perbuatan yang bercanggah dengan agama..wallahualam..







KISAH (KU SANGKA ORANG GILA)

Assalamualaikum wbkt..

Cerita ini bukan cerita atau pengalaman hidup mama tapi mama copy paste dari kawan fb yang suka sharing is caring..

oleh : Tengku Muhammad Solihin

gambar hiasan


Ku Sangka Orang Gila

26 May 2011

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.


Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...

Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

cc: Warta dari hati