Monday 31 October 2011

DEKO KEK CAWAN..BUDAK PUN BOLEH BUAT

kek cawan perasa blueberry masih panas lagi..baru keluar oven...tak sempat sempat nak bergambar
cik princess jadi chef...stanby untuk bakar kek cawan perasa coklat pulak
Musim cuti sekolah hampir tiba.  Terasa dah bahang dapur yang akan sentiasa hangat dihuni oleh warga mama yang tak seberapa ramai.  Cik princess mama memang suka tolong mama kat dapur terutama bab buat kek...menangis nangis nak tolong buat..dari start bancuh, isi dalam bekas dan deko kalau boleh semua dia nak buat sensorang...tapi mama tak izinkan dia dekat dengan oven...takut melecur tangan.

cik cik princess mama tengah mendeko..suka ati koranglah..

cik cik princess punya kerja...
kek ni habis dalam masa 2 hari..caya tak..?







TENTION DENGAN CIK CELCOM


Assalamualaikum...whuaaagg....sedih sesangat..menung cam dak comel ni haa.  Nak tahu kenapa..mama tak boleh nak add gambar yang mama save dalam file komputer ker dalam blog...line terus out.  Tapi add gambar dari download internet boleh pulak..baru nak buat entry baru pasal resepi.  Kalau asyik nak copy dari cik google tentu boringkan..biarlah lebih fresh dan ori...whuaaaggg..toloonngg..





Friday 28 October 2011

MUSLIM BUKAN TERORIS

gambar semasa beliau berada di dalam rancangan Oprah

Bermulanya kisah si Dave ini apabila menerima tawaran dari Morgan Spurlock  yang ingin mengkaji tentang kehidupan Muslim sebenar.  Morgan Spurlock dikenali kerana mengarahkan rancangan berbentuk dokumentari yang sebelum ini telah mengarah dua episod yang pertama tentang pengalaman beliau memakan McDonald selama 30 hari dan kesan terhadap kesihatan manusia.  Episod kedua berkenaan pengunaan steroid dan supplement selama 30 hari untuk menguruskan badan.


 Dalam ramai rakyat US,  Dave menjadi pilihan yang tepat bagi Morgan Spurlock untuk merealisasikan kajiannya.  Bermulalah episod "30 days as a Muslim".  Rancangan ini telah menjadi perhatian Oprah dan menjemput Dave ke studio untuk menceritakan pengalamannya itu.  

Dave, adalah seorang penganut agama kristian berasal dari West Virginia, menjalani kehidupan sebagai seorang kristian disamping isteri dan anaknya.  Dia menerima tawaran Morgan untuk memahami dan mengenali Muslim dari kacamatanya sendiri.  Dia sanggup menyamarkan diri sebagai seorang lelaki muslim, berjanggut, berketayap dan berpakaian selayaknya sebagai seorang muslim.  Pemergiannya menyebabkan isterinya mengalirkan airmata..takut suami terpesong laa tu..

Sebelum tinggal bersama Shamael and Sadia yang merupakan pasangan muslim,  Dave tidak mengenali kehidupan seorang muslim.   Dia mengatakan "saya mengambarkan islam ialah wanita menutup kepala dan muka mereka" . "" seorang lelaki dengan memegang senjata AK-47s."  Peluang mendekati diri dengan kehidupan Muslim menjadi satu pengalaman yang berharga kepada dirinya dan memahami kehidupan masyarakat muslim yang sering dipandang serong oleh kebanyakan masyarakat antarabangsa terutama warga AS.  Ini jelas semasa dalam perjalanannya menuju ke rumah pasangan islam itu dia dilayan seperti seorang yang disyaki.  Ketika di lapangan terbang dia telah diperiksa seolah olah dia adalah seorang teroris.  Kebanyakan warga kulit putih itu memandangnya dengan penuh perasangka.


Itu bukanlah menjadi batu penghalang untuknya meneruskan misi, dia ingin merasakan pengalaman bagaimana pahitnya menjadi seorang Muslim yang di dihina hanya sebab janggut dan baju berjubah, padahal semua tuduhan itu sama sekali tiada bukti. 


Dia telah mengelilingi bandarnya dengan penampilan seperti itu, dan respon yang diberikan orang-orang awam terhadapnya sangat menyakitkan.  Majoriti warga AS yang diajaknya berbincang secara terang-terangan menolak untuk tidak mendiskriminasikan umat Islam kerana mereka yakin betul semua Muslim adalah teroris.  30 hari telah dihabiskannya bersama satu keluarga Muslim benar-benar menunjukkan perkara sebaliknya. Ia merasa bahawa keluarga itu sangat harmonis, dan banyak perkara yang tidak dipahaminya, namun ia mengaku banyak masalah dapat diselesaikan dengan ajaran Islam. 

Apa yang menarik di dalam episod 30 hari sebagai Muslim ini tanpa disedarinya beliau telah mempertahankan islam bila orang ramai mempersoalkan islam dan muslim di AS.  Dave menjadi marah apabila dia meminta tanda tangan petition untuk gabenor michigan kepada orang ramai supaya membenteras diskriminasi  tidak  diendahkan.  


Untuk menyaksikan episod 3o hari sebagai muslim sila lawati; 


Salah satu plot yang paling menarik adalah ketika lelaki itu duduk bersama isteri tuan rumah berdua di ruang tamu. Kemudian tuan rumah datang dan mengatakan bahawa dalam Islam dijelaskan bahawa ketika dua orang lawan jenis yang bukan muhrim dan bukan suami isteri berada dalam satu ruangan, maka akan ada pihak ketiga bersama mereka, iaitu syaitan.

Hal pertama yang dipikirkan oleh lelaki non-Muslim tersebut adalah bahawa prinsip ini benar-benar gila.

Tapi di hadapan Oprah dan semua penonton di studio waktu itu, akhirnya ia mengakui bahawa prinsip hubungan antara lawan jenis dalam Islam seperti demikian itu sepertinya boleh menyelesaikan banyak masalah yang terjadi dalam pergaulan di AS yang terlalu sosial. 

Pencabulan, perzinaan, penyebaran HIV / AIDS boleh dicegah dengan cara ini, dan lebih efektif daripada cara apa pun.  Siapa menyangka seorang non-Muslim akan dengan begitu beraninya mengakui kebenaran Islam di hadapan kamera .  Maka sekarang jelaslah tugas kita semua. 

Oprah telah membuka jalan bagi syiar Islam, iaitu dengan membuktikan keteladanan yang baik.... akan menghancurkan semua tuduhan yang salah.

Kalau mereka tidak mahu percaya pada kata-kata, maka buktikanlah dengan perbuatan!!!



APABILA NON MUSLIM MENDAKWA KITA...

Nukilan di bawah bukanlah hasil karya mama tetapi dipetik dari sebuah blog mempersoalkan tentang kedudukan islam di dalam masyarakat antarabangsa terutama Amerika dan ini adalah petikan salah satu dari komen yang terdapat di halaman tersebut.


Hiba benar rasa hati mama dan memang benar apa yang dikatakannya.  Mama menangis dan sedar betapa lemahnya mama dan kita semua sebagai seorang yang mengangkat diri sebagai orang islam.  


Petikan tersebut ;


Kita sebagai muslim berbangga bile ade berita2 seputar orang2 muslim di luar negara memeluk islam..... lalu bagaiman pula di negara kita????

mari kite renungkan kisah ni:)

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang ku ketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi, aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim Abdullah since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

Assalamualaikum....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.



Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...

Memanglah..kenapa kau tanya macam tu?

kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sori Lim, aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil, aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara orang-orang Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.


Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiada ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini, aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru, aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?


so,mane perginye orang2 melayu yang kononnye suke melaungkan HIDUP ISLAM HIDUP MELAYU!!!...

kemane pegi orang2(melayu) dalam menyebarkan agama yang suci dan murni ni???

tepuk dada tanya selara:D



oleh : Perawan Tampan

KASIHAN GHADDAFI

sepatutnya jenazahnya dikebumikan secepat mungkin bukan menjadi bahan pameran kepada orang ramai..
di mana nilai murni yang Allah dan Rasulullah saw ajarkan....ditahap manakah nilai persaudaraan di dalam
islam yang masih wujud dikalangan rakyat Libya..?

Assalamualaikum...kepada semua para pembaca blog mama.  Di sini mama nak kongsi perasaan mama dengan korang pasal Muammar Ghaddafi yang baru meninggal kerana dibunuh oleh sekumpulan pejuang yang mengaku diri mereka adalah rakyat dan pembangkang kepada sistem pemerintahan beliau.

Sebenarnya mama tidak tahu nak luahkan perasaan, samada marah atau benci, suka atau duka, setuju atau tidak setuju,  tetapi jauh disudut hati ada kekesalan kerana beliau yang sangat berjasa kepada negaranya telah diperlakukan sebegitu rupa.   Sekejam manapun dia yang paling layak menghukumnya ialah tuhannya sendiri dan bukan kita sesama manusia.  Setidak tidaknya berilah dia peluang untuk dibicarakan dan mempertahankan dirinya.

Adalah tidak halal kita membunuh saudara seislam kita.  Apa yang dibuat kepada jenazah beliau mengambarkan nilai murni islam telah lupus di sana...adalah menjadi satu pengajaran kepada kita.  Setiap kejadian ada hikmah jika kita mahu berfikir.

 Di mana logiknya Muammar Ghaddafi dibenci dan dibunuh oleh rakyatnya..?

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan  Muammar Ghaddafi;

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Gaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Gaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Gaddafi serta anak isterinya masih duduk di dalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percuma;  Sekiranya rakyatnya ingin belajar di luar negeri mereka akan ditaja sepenuhnya dan mendapat elaun termasuk elaun kenderaan.

9. Kemudahan perubatan adalah percuma; manakala ibu ibu yang bersalin diberi imbuhan US 5,000 setiap kali kelahiran

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan supaya mereka dapat membeli rumah untuk memulakan keluarga

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah manakala rakyat libya sendiri mendapat potongan 50% bagi setiap pembelian kenderaan.

13. Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina di kawasan padang pasir untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Gaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan; Sehinggakan dengan berbelanja sebanyak 15 sen rakyatnya dapat menikmati 40 biji roti loaf.  

Sebenarnya Gaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Gaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. 

Gaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!Malahan Gaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya

20.    Di negara islam lain pula beliau sangat dermawan sehingga mendermakan wangnya untuk pembinaan masjid masjid,  terbaru di Indonesia dinamakan sempena namanya "Al Gaddafu" bernilai RM 4.5 juta

21.    Di Malaysia sebelum ini ada menubuhkan sebuah pertubuhan; Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia dan beliau adalah pembiaya terbesar di sebalik kejayaan pertubuhan tersebut.

Apa yang pasti beliau telah menjadi mangsa oleh pihak yang berkepentingan dengan mempropagandakan kelemahannya yang memimpin secara kukubesi terhadap rakyat yang tidak suka dengannya.  Ini diburukkan lagi watak Al Jazeera (atas nama islam rupanya alat Yahudi dan Amerika) memburuk burukkannya membuat ramai rakyat membencinya.  Kebencian itu dikongsi bersama oleh negara bukan islam dan negara islam lain tanpa menyelidik hal sebenar.

Ada sumber mengatakan dia dibunuh oleh pemberontak upahan yang didatangkan dari negara luar dari Libya,  bermakna dia dibunuh oleh orang luar dan bukan rakyatnya sendiri.. 

Macam mana buruk pun cara pemerintahan dia (yang dianggap oleh pemberontak sebagai kukubesi);  dia tetap mengaku tuhannya ialah Allah dan agamanya ialah Islam,  selayaknya dia mendapat hadiah Al-Fatihah dari kita...semoga Allah mengampuninya dan meletakkannya dikalangan hamba hamba yang bernasib baik..aaminnn..






































Monday 24 October 2011

MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA

Sapa sapa jumpa perempuan ni elok bunuh jerr dia...musuh Allah dan Rasul.


wanita ini dikatakan sekarang tinggal di sweden...pengecut.
baling batu pastu nyuruk...Allah itu Maha Besar..sepandai pandai tupai melompat
akhir jatuh ke tanah juga.



ic dia...dulu islam..sekarang dah selam

Cerita dia ni dah lama mama tahu.  Mereka umum masa awal bulan puasa yang lalu.  Pada mula seorang gadis bernama Adlin Tan kat Malaysia ni kena tuduh oleh satu kumpulan yang gelar diri mereka Gaysec,  jadi satu kes polis.  Akhirnya mereka minta maaf sebab salah orang.  Masa itu takda sapa buka mata.  Atas usaha Gaysec ni melaporkan satu laman Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang kerjanya asyik menghina islam, menyumpah nyumpah Allah dan Nabi Muhammad saw....ramai bangkit supaya dikorek..dicari..disiasat siapa perempuan kurang ajar ni....tapi senyap camtu jerr.

Tiba tiba dia hina Yang di Pertuan Agong pulak...barulah ada tindakan di ambil...dan tahulah kita di mana letaknya nilai nama Allah dan Rasul di dalam perundangan sebuah negara yang mengaku negara islam..... macam negara kita.  Di sini ada keratan berita dari seorang blogger....


"SKMM telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden. SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara'. Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu. Oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana 'berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa'. Bagaimanapun, SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan PDRM.






MAMA GUMUK

"baby gemuk tetap cute dan disayangi....untunglah kau baby"
Jam dah tunjuk tepat pukul 12 tengah malam,  mata mama tersangatlah mengantuk tetapi mama tak mahu tidur lagi..nak tahu kenapa..?  Sebab mama baru dapat idea untuk satu lagi entri..entri tu korang tengah baca sekarang ni.


Bab gemuk.  Mama memang kategori gemuk.  Mengaku sajalah.  Ada aku kesah..?.  Masa zaman anak dara takda laa langsing macam erra fazira...kira kategori berisi juga.  Jadi bila dah kahwin..beranak pulak..badanpun bagaikan kek span gamaknya.  

Tetapi mama tidak pernah meletakkan diri mama sebagai orang yang hina atau orang kelas kedua di dalam masyarakat.  Sapa sapa boleh kawan dengan mama dan mama tetap menampilkan diri supaya dapat berkawan dengan sesiapa sahaja yang sudi dengan siapa mama.

Ada orang kata orang gemuk selalu merendah diri dan takda keyakinan diri.   Ermm..rasanya tak semua kot...sebab mama bukan begitu..mama ada kenal seorang kawan yang lebih gemuk dari mama,  walau dia gemuk dia sangat disenangi dan mempunyai ramai kawan. 


Kepada wanita wanita gemuk di luar sana janganlah merasa rendah diri bila kamu gemuk.  Sebenarnya kita harus memanjatkan syukur kehadrat Allah kerana walau kita gemuk kita tetap sempurna segala anggota.  Jangan asyik nak sempurna di mata manusia hingga kita lupa amalan kita tidak sempurna di sisi Allah.  Gemuk bermaksud kita selera makan dan orang selera makan adalah orang yang sihat.  Tak caya..? Cer tengok..orang sakit mana ada selera makan..

Betul apa yang dikata, kita perlu hargai diri kita terlebih dahulu sebelum nak orang hargai kita. Jadi tanamkanlah di dalam diri "aku cantik" barulah orang akan nampak kita cantik.  Kalau dah gemuk jangan pakaian pun semborono jerr..jadi bahan ketawa orang.  Orang kata ukur baju di badan sendiri,  pastikan sempurna tutup auratnya.  Selain dari itu makan minum kena jaga juga supaya tidak dihinggap penyakit kronik yang akan menyusahkan orang sekeliling kita..

Dipinggir sebab gemuk..? mungkin ada segelintir yang memilih untuk berkawan dengan yang cantik tapi tetap ada yang tak memilih dalam berkawan. Kita hanya dipinggirkan bila orang sekeliling merasakan yang kita ni sombong atau berperangai buruk. Sebenarnya menyombongkan diri sebab rendah diri yang menebal di dalam diri.  Jadi lepas ni cuba beramah tamah, murahkan senyuman, bergaul dengan jiran taulan...perempuan dengan perempuan laa,  jangan dengan laki orang..kang kot kena ganyang..

Orang gemuk tak ada lelaki/ perempuan yang suka...?  Ish ish mana ada...Tak perlu risau bab jodoh.  Jodoh adalah ketentuan Allah,  Kalau nak tahu perempuan ni macam makanan juga...ada orang suka lepat liat..ada orang suka kek cheese gebu,  ada orang suka kuih denderam hitam menawan...dan masing masing tak suka dengan selera orang lain...jadi orang lelaki ada citarasa mereka sendiri...ada suka gemuk, ada suka kurus melidi, ada suka serba sempurna...pokok pangkal..HATI.

Lelaki yang ikhlas mencintai kita adalah lelaki yang menerima kita seadanya...Insyaallah bahagia hingga ke hujung nyawa.

DERMA ORGAN..SANGGUP KERR..?

Assalamualaikum semua..

Menderma organ adalah satu perkara yang mulia.  Tentu kita akan mendapat balasan yang setimpal dengan kemurahan hati kita.  Dah mendaftar sebagai penderma organ..?  Tentu boleh kira dengan jari pada yang kata sudah dan yang lain terkebil kebil tak tahu nak jawab apa...alkisahnya termasuklah mama.  Bukan mama kedekut dengan organ organ yang ada pada mama ini  (segalanya hak Allah), tapi mama takut lerr..

Mama takda niat nak hasut kau orang.  Ini pandangan  ikhlas dari hati mama yang kurang ilmu di dada dan kurang keberanian untuk menampil diri sebagai penderma organ.  Kalau bab derma hati, buah pinggang, darah dan sebagainya yang dibolehkan menderma semasa hidup kira ok juga (berani kerr..?),  ini kes derma selepas meninggal dunia.

Dikatakan selepas nyawa kita diambil sakitnya akan terasa sehingga kita masuk ke dalam liang kubur.  Itu sebabnya tok tok guru kata nak urus mayat kena hati hati,  kena lemah lembut, kena sopan santun supaya kita tidak menyakiti mayat.  

Fatwa dah dikeluarkan oleh para ulama...diharuskan dan perlu dipatuhi syarat syaratnya...tetapi sanggup kerr..?   Bila tengok dekat pendaftaran penderma organ selepas mati kita boleh kira berapa kerat jer orang islam yang mahu menampilkan diri...memang mereka berani.  Mama tabik spring kat dia orang.  Semoga Allah membalas kesucian hati dan keberanian kalian.

Beberapa pihak merungut sebab orang islam tidak mahu mendaftar sebagai penderma.  Macam mana laa nak berani,  alim ulama yang ghairah keluar fatwa pun belum pi daftar lagi,  mama agak jerr sebab takda siapa yang tampil mengatakan mereka telah mendaftar sebagai penderma.  

Bab ini bukan perkara enteng,  tersangat sensatif terutama kepada orang islam yang percaya kehidupan selepas mati.  Kalau para ulama ini dah mendaftar sepatutnya mereka umumkan..bukanlah niat riak tetapi sebagai ikon..jadi orang islam yang marhain macam mama ni adalah keberanian sedikit untuk menampilkan diri. Kot..?










Friday 21 October 2011

CREAM CUPCAKE




Assalamualaikum sayang....masa mama menaip entry ni mama teringin sangat nak makan cupcake yang dihias cantik kat atas dia. Kebelakangan ni orang kita semakin gila dengan cupcake yang dihias dengan pelbagai deko samada bunga, kartun atau longgokan cream yang banyak kat atas cupcake.  Atau pun guna gula fondan yang sedia ada di kedai bakeri,  buatlah apa saja bentuk dan letakkan di atas cupcake..memang mengagumkan.  Harga jangan tanya..memang mahal tetapi berbaloi dengan usaha keras si pendeko.


Kau orang pernah tak cuba mendeko kek sendiri..?  Tentu sukarkan lebih lebih lagi bagi mereka yang tidak mengambil sebarang kursus walau minat itu ada.  Apa kata kita belajar mendeko bermula dengan cupcake..kecil dan mudah untuk dideko oleh tangan keras macam kita kita ni..

Tetapi yang penting kena pandai buat cupcake dulu..dah ada cupcake baru boleh buat cream dia..jangan tak tahu terdapat berbagai cara untuk membuat cream..samada nak yang mahal, murah dan mudah,  semuanya ada cara tersendiri.

hiasan simple..kitapun boleh buat
Mama bukanlah pandai sangat pun tetapi bila time birthday anak anak kek tak payah beli sebab mama buat sendiri dan deko sendiri.  Walau tak secantik beli tetapi tetap melekat di hati orang yang mama kasihi.  

Kalau nak mudah sesangat beli jer coklat berperisa samada milk, strawberry, coklat atau apa sahaja; kita cairkan guna double boild dan tuang atas cupcake lepas tu tabur jer manik manik atau coklat rice berwarna warni kesukaan kita..

Paling best kita guna Buttercream yang kita bancuh sendiri..lebih seronok dan kita boleh deko sesuka hati..
Di sini mama kongsi cara cara nak buat buttercream

Bahan

Krimwell                   1 cawan
Shortening                1 cawan
Gula Ising                 5 cawan di ayak
Vanila                       1 sudu
Suhu UHT                 4 sudu

Cara

Putar Krimwell bersama shortening hingga kembang. Masuk vanila putar lagi diikuti dengan gula dan susu di isi sedikit sedikit hingga cream menjadi gebu dan gula tidak kelihatan.  Boleh diwarnakan dengan beberapa warna dan kita dekolah atas cupcake kita sesuka hati yang kita mahukan..

paling senang nak tiru..janji ada pipe dia..kalau takda sapu jer dengan sudu..

sentuhan profesional
















LAU ANZALNA..






petikan dari surah al hasyr..ayat 21 - 24

21.  
Sekiranya Kami turunkan Al Quran ini ke atas sebuah gunung,  nescaya engkau melihat gunung itu khusyu serta pecah belah kerana takut kepada Allah.  Dan ingatlah misal misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

22.
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

23.
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya.  Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

24.
Dialah Allah, yang Menciptakan sekalian makhluk; yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama nama yang sebaik baikNya dan semulia muliaNya;  bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dialah Yang tidak ada tuluk bandingNya, lagi Maha Bijaksana.


Mama ada mengenali seorang ibu dan ibu itu telah memberikan petua kepada mama supaya mengamalkan ayat ini...bukan sahaja menjadi pendinding dari gangguan jin dan syaitan...malah juga ingin melembutkan hati hati yang degil, garang dan kasar...segalanya atas izinNya juga.


Sharing is Caring








Thursday 20 October 2011

JERAWAT OH JERAWAT


Assalamualaikum semua....kalau korang nak tahu mama ni tengah boring tahap gaban.  Kalau ikut mata nak membuta...takut pulak lemak tepu ku bersorak ria...jadi nak hilangkan mengantuk jom layan al kisahnya jerawat.

Kali ni saja mama nak entri pasal jerawat.  Sape ada jerawat..?  apa ada pada jerawat..? tahu tak apa itu jerawat.  Sapa tak tahu jangan angkat tangan...buang karan jerrr...bukan nampak pun...memang korang asal dari bunian kot.  Sebab orang kata bunian ni cantik sesangat,  kalau dia nak berkawan dengan manusia dia mesti cari orang yang tidak berparut...apalagi tidak berjerawat macam dia..wallahualam.

Ada pun Cik jerawat ni nama asal dia bisul.  Suka sangat menempek kat kulit muka dan kulit kulit lain yang dia suka.  Memang semak laa.  Bagi pengidap yang biasa (tumbuh sebiji dua) kira manis laa dipandang.

Mama pernah laluinya.  Cik jerawat mula mendatangi mama masa mama berumur 19 tahun.  Pada mula anggap biasa jerr...tapi lama lama Cik jerawat ni makin menyakitkan hati.  Lagi jaga lagi dia keluar memenuhi muka.  Hari hari nak bersihkan nanah dan darah kat muka.  Kalau keluar rumah tunduk jerr sebab kalau pandang ke depan..orang pandang macam tengok alien kat depan mata..

Cuba sebut produk direct selling zaman 90 an..mana yang mama tak pakai,  semua mama try..uuhuuu tapi macam gitu juga..semakin teruk.

Soksek soksek.."tengok tu..berjerawat..malas jaga muka laa tu.." .  Jangan salah faham.  Sebenarnya jerawat bukan sahaja disebabkan oleh tidak menjaga muka,  banyak faktor faktor yang lain..antaranya hormon tidak stabil,  darah kotor atau resdung,  tekanan perasaan, pemakanan dan mengunakan produk kecantikan yang salah...etc.

Kes mama dulu sebab darah kotor dan resdung.  Puas berubat,  habis beribu ringgit untuk mencari konklusi biar kulit muka kembali normal,  tak cantik takpa janji kulit tak berbisul.  Akhirnya mama pergi pakar kulit kat jalan tuanku abdul rahman...nak tahu apa jadi..?

Doktor bagi mama ubat cuci darah, vitamin, ubat kecut dan hilangkan parut...tak sampai seminggu muka mama dah tak macam mama.  Jerawat besar besar memenuhi muka...tersangatlah sakit dikulit dan sakit di hati.  Mama tak puas hati terus pi sekali lagi kat pakar tu...doktor tu relek jer walau mama "potpet" kat dia.  Lepas tu dia bagi ubat makan lain pulak sambil kata ubat yang dulu untuk mengeluarkan jerawat yang ada di dalam kulit mama...kira cuci laa tu.

Masa tu tak dapat mama nak gambarkan perasaan mama.  Malu nak keluar jumpa orang..mana taknya bila jumpa kawan kawan mesti dia orang suruh guna produk itu produk ini.  Mama tahu niat mereka baik tapi ikhlas kata..RIMAS...keyakinan diri jatuh habis..

Mama bertahan guna ubat yang disarankan oleh pakar.   Mama dinasihatkan supaya menjauhi minyak, kekacang, coklat dan makanan gatal yang lain...selepas seminggu ...mama kembali yakin dengan nasihat pakar tu.  Jerawat mama dah tak tumbuh yang baru dan bisul bisul jerawat semakin mengecut...Sebulan lepas tu mama boleh angkat muka bila berjalan sebab muka mama dah licin sepenuhnya....alhamdulillah...

Pengajaran kat sini..kalau ada jerawat jangan pandai pandai nak pakai macam macam produk.  Lebih baik pergi terus dengan yang pakar sebab mereka lebih profesional dan bertanggungjawab dalam setiap apa kesan yang terjadi ke atas kita....



















Tuesday 18 October 2011

DON DANIYAL DON BIYAJID SEMAKIN DIKENALI

Assalamualaikum...apa khabar tetamu tetamu mama yang hebat..terimakasih sebab sudi singgah kat sini..

Tak kenal maka tak cinta...Ustaz ni rupanya Pensyarah dari Jabatan Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Kolej Universiti Islam Antarabangsa.  Baru 27 tahun,  berasal dari Pulau pinang dan lulusan Universiti Al Azhar..

Wahh.. semakin terkenal Ustaz Don Daniyal ni yerr...sapa sapa yang tak tengok TV Al Hijrah memang laa tak kenal dia..tapi bagi yang suka melangok depan TV  di channel Al Hijrah pada setiap hari tepat jam 10.30 @ 11 malam (sila lihat siaran rancangan..kalau ada Astro boleh tengok info sebab jadual tak sama pada setiap hari) kenal sangat laa muka Ustaz So Sweet ni..

Ada Muhasabah diri...ada 30 Minit Bersama Ustaz Don...dan beberapa tajuk lain.  Special kan dia sebab Channel AL Hijrah bagi segmen untuk dia setiap hari..walau pun lewat,  sampai mata ni kena letak batang mancis peminatnya (termasuklah mama..hehehe)  sanggup tunggu sebab nak tengok Ustaz Don beri nasihat dan paling best bila dia mengaji..touching tauu..

Kalau rajin pi tengok blog dia...dondaniyal.blogspot.com..santai sungguh bahasa dia.   Berbeza penampilan di dalam penulisan tetapi tetap nampak hebat....anak penang ni bukan sahaja tinggi ilmu agamanya...lucu tingkah lakunya malah celik juga di dalam bidang IT..