Friday 7 October 2011

TASIK HATI

Mama nak kongsi dengan kau orang tentang satu cerita motivasi yang sangat menyentuh hati.  Kisah ini pun mama dapat dari facebook mama,  tetapi lupa linknya.  Mama cuma menaip apa yang teringat dan terlekat di dalam kepala mama jerr..dah namanya cerita jadi mama tetambah lerr sikit kasi cantik..hehehe

Kisahnya ada seorang pemuda kacak dan kaya tersangatlah jaki (jelous) dengan seorang pemuda yang sangat miskin dan susah hidupnya.  Kenapa dia jaki pulak..? sebab, pemuda ini sentiasa senyum dan tenang hidupnya. Kira bermanis muka ajer 24 jam macam takda masalah yang melanda dirinya...

Berbanding dengan pemuda tersebut, sentiasa marah marah, sentiasa bermasam muka sebab dibelengu berbagai masalah di dalam kehidupannya walau hartanya banyak.  Satu hari bertanyalah akan pemuda kaya itu kepada pemuda miskin tadi..

"wahai si fulan,  aku ingin bertanya apakah rahsia engkau sentiasa tersenyum dan tenang sahaja setiap hari..?"

Pemuda itu masih tersenyum sambil duduk merapati pemuda tadi..."mari aku ceritakan pada engkau akan rahsia aku.."

"ceritakan lah..semoga aku mendapat manfaat dari cerita engkau.."

"sebelum itu aku ingin memberi satu kuiz untuk engkau menjawabnya.."

"silakan.."

"aku ada sebungkus garam,  satu aku masukkan ke dalam secawan air kosong,  lalu aku beri engkau minum..agak agaknya apakah rasa air itu..?"

"tentulah tersangat masin...tak lalu aku nak meminumnya"  jawab pemuda itu ikhlas sambil di sambut dengan senyuman oleh pemuda miskin tadi.

"dan air dalam cawan tadi aku masukkan ke dalam tasik di hadapan kita ini,  agak agaknya apakah engkau mahu meminum air tasik itu..?"

"tentu sahaja sebab air garam secawan tadi tidak akan mengapa apakan rasa air tasik itu sebab kandungan airnya yang banyak.."

"nah..!, itulah rahsia ku.."

"maksud kamu..?"  

"sesungguhnya garam itu adalah segala masalah di dalam hidupku,  dan hati kita jika kita kecilkan ruangnya sebesar cawan,  memang kita tidak akan tertanggung akan masalah itu jadi aku buat tasik di dalam hatiku supaya setiap masalah yang aku hadapi akan mencair di dalamnya...tidak akan mengesankan aku...segalanya aku hadapi dengan tenang kerana masalah bukanlah perkara yang besar selagi kita sabar dan redha.

begitulah ceritanya..faham tak agak agaknya maksud cerita kat atas..?




No comments:

Post a Comment