Thursday 13 October 2011

KLIP 3GP

Assalamualaikum semua....

Selepas menyaksikan sedikit sedutan cerita KLIP 3GP gerun, ganas dan ghairah,  Mama terpanggil nak memberi pendapat mama sendiri di ruangan ini.  Pada mula tak heran pun sebab mama sebenarnya bukan suka sangat nengok filem lebih lebih lagi filem tempatan..kalau tengok pun sebab keluar kat tv...(sebab takda benda lain nak buat, sebab boring atau sebab saja teman anak anak tengok tv).

Setelah melihat sedutan cerita tu mama tiba tiba naik angin sebab kebanyakan babak dalam cerita ini tak sesuai untuk tontonan umum terutama kepada remaja melayu (kebanyakan penonton yang suka ke panggung adalah remaja melayu) yang beragama islam.  Paling menyakitkan hati pelakon dia pun islam (kata dia laa), pengarah dia islam (kata dia laa), penerbit dia islam (kata dia laa) tetapi filemnya tak mengambarkan filem orang islam.  Mama nengok dah macam cerita lucah pun ada...rasanya cerita melayu kat malaysia ni,  cerita KLIP 3GP ni laa yang paling melampau menonjolkan zina tanpa segan silu...

MAMA DAH DELETE GAMBAR LUCAH TU

Baru habis kes Zizan ngan Ahmad Idham (yang ngaku pandai) tu.  Belum reda dah keluar lagi satu cerita seolah olah membangang bangangkan ulama kat Malaysia ini...Mama pun pelik macam mana cerita ni boleh lulus tonton,  kan ada penapis filem kat Malaysia ni.  Kata ada Ulama yang tapis sama...atau tapis cerita hantu jerr...?  apa..aurat perempuan tak dosa kerr dipertontonkan kat umum..?.  Mama teringin nak kenal siapa Ulama ulama filem ni..

Ada pula kata..elehh nak sekat macam mana...filem luar negeri lagi teruk.  Biasalaa tuu.......HAA.??..mana sensetiviti kita sebagai melayu islam..?  Ini terjadi angkara telah terbiasa tengok cerita luar negeri yang kebanyakannya separuh blue.  

Tetapi ini lain..ini filem melayu,  filem anak bangsa yang mengaku islam yang buat.  Tetapi wajah filem tak mengambarkan orang islam yang buat...dah macam anak anak zionist yang buat untuk menghancurkan minda orang islam.  Agak agak sape yang tak geram bila nengok muka pelakon tengah sedap konon tengah projek..?  Rasanya ramai yang syok...yang semput menahan nafsu.  Sapa ada isteri boleh laa lempias kat isteri...sapa takda isteri..? lempias kat sapa..tentulah yang terdekat ngan dia...yang tidak halal bagi dia.  Lepas tu bunting laa perut kawan tu..pastu tak nak lak bertanggungjawab...sebab itulah bersusun anak luar nikah, yang kena buang, kena bunuh, kena campak hidup hidup. Belum lagi kisah sumbang mahram dan rogol semata mata nak melampias nafsu berajakan syaitan ini,  semua yang terjadi  gara gara terpengaruh dengan  cerita cerita yang ada unsur zina....
sedap dia jerr buang bayi kat dalam tong sampah..
time buat ngan beranak tak ingat dosa..inilah jadinya
kebanyakan kes buang anak adalah pelajar samada masih bersekolah
atau di IPT sama jer tahap bengapnya....semua ini angkara menonton cerita yang tidak sepatutnya
bila nafsu dah beraja...zina pun bertahta

Al kisahnya kata si pelakon..saya hanya berlakon dan mengikut arahan pengarah.  Separuh dari gambar itu saya guna pelakon lain, saya hanya mencari rezeki yang halal,  Allah tahu niat saya...????????????.  Arahan Allah kat mana letaknya pulak yerr..?  Guna pelakon lain pun tetap sama jerr...awak juga dapat nama..., halal ker rezeki kalau kita pertontonkan aurat dan maruah diri...?,  apa niat kamu sebenarnya..????? janganlah kita menghalalkan cara di atas niat kita yang tidak berlandaskan hukum dan garis panduan sebagai Islam.

Teringat Mama ngan Para Ustaz, Ulama yang pedas berkata kata,  takda tapis tapis bila bersuara.  Teks pun susun sendiri dan lulus sendiri,  janji pesan Allah didengari dan dihayati oleh masyarakat...Hang buat tu salah...hang buat ini haram...hang buat tu tak boleh..Allah marah,,,,pastu kena gam kat tv,  kena tahan ISA, kena lokap, semata mata berkata benar...memang kebenaran itu pahit...selagi kita tidak mengaku kekhilafan diri selagi itulah kebenaran menjadi hempedu di dalam hidup kita.




Di zaman pengikut Dajjal yang semakin berkembang kini kita yang ingin sentiasa berada di landasan yang betul berhati hatilah dengan agenda mereka.  Filem sebegini juga adalah salah satu senjata Dajjal yang sangat ampuh untuk melumatkan ummat Muhammad saw.

Jagalah keluarga kita supaya tidak terpengaruh dengan mereka.  Adalah lebih baik jangan diajar anak kita pergi menonton apa filem pun di panggung wayang.  Adalah lebih baik kita tengok kat rumah jerr dan pilih cerita yang sesuai di mata kita dan anak anak...nengok cerita Hantu Kak Limah.









No comments:

Post a Comment