Sunday 12 April 2015

KHASIAT HALIA

Assalamualaikum wbkt..

Mama sebenarnya memang suka mengulam..apa sahaja yang dipanggil ulam, pasti mama ulam ulamkan..

Sedari kecil mama dah terbiasa ikut gaya makan mak yang membesarkan mama dengan segala macam sayur kampung...Kalau cerita petai, jering, kerdas bukanlaa sesuatu yang busuk tetapi sesuatu yang enak untuk dihidang kepada keluarga dan tetamu.  Kalau tak ada ulam..macam tak best jerr masa makan..

Bila luar dari ulam bermusim itu, mak mama ada alternative lain, dia dah standby petai jeruk dan jering tanam yang keras kehijauan.  Jadi walau bukan musim petai atau jering..bekalan sentiasa ada.  Huhu..petai jeruk pun marvelous tau...hahaha..., jering tanam pula kena rendam dulu kasi kembang dan lembut balik isi dia..haa ulam laa petai rendam tu dan tanggunglaa baunya yangg...huhu...tapi kat kampung time tu biasa jerr kalau bau bauan ini..cuma semenjak duduk pekan dah jarang nak makan sebab awak sendiri pun dah tak suka bau bauan itu..heheh..

Kalau takda sangat benda nak diulam, barulaa terhegeh hegeh mengulam mangga muda, pucuk ubi rebus, pisang muda, pucuk gajus, pucuk mangga, pucuk betik, pengaga kampung, bawang mentah, uiiiii...cukuplaa tu...kang bertambah pelik pula orang orang pekan kat sini membacanya..hahahaha...

Eh lupalaa pulak tajuk utama kat atas tu kan...khasiat halia.  Disebabkan angin banyak dalam badan, nak buang angin terlebih, mama bergasak mengulam halia..orang kata ulam halia muda..haa lantak..mama ulam halia tua...pedas..ranggup dan sedap...entah apa apalaa selera mama nikan...segalanya sedap...badan tak sihat tapi selera masih mantap woo...tu sebab badan mengebu gebu..hahahaha...gelakkan diri sendiri..

Copy paste jerr..harap memberi manfaat kepada semua...tadaaa....

---------------------------------------------------------------

10 Kelebihan Halia yang Mungkin Kita Tidak Tahu



Halia banyak digunakan dalam masakan melayu. Tak lengkap rasanya kalau bahan ini tiada di dapur kerana kebanyakan masakan berasaskan herba menggunakan Halia.

Tahukah anda Halia juga bermanfaat dari segi kesihatan. Ada 10 kelebihan halia yang mungkin kita sendiri tidak tahu:


ginger

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untukmemperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

Lelaki di dalam video di bawah pernah terbaring 2 kali tak boleh bangun sebabTEKANAN DARAH TINGGI. Ikuti pengalaman beliau mengatasi masalah ini.






2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

[Bacaan Lanjut: Peppermint Ginger Shaklee Boleh Bantu Hilang Mabuk]

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. 
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari


5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. 
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

Lelaki dalam video di bawah tak perlu membawa inhaler dia ke mana-mana lagi. Asma dan masalah pernafasan beliau dah tak datang lagi. Apa rahsia beliau sehingga nampak begitu sihat dan cergas?


Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi from iReach HD on Vimeo.


9. Rawatan Kanser ovari. 
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.


10. Menguatkan imuniti. 
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri.

Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.


11. Mengurangkan Morning Sickness. 
Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.

http://tipsihatselalu.blogspot.com


TEKANAN DARAH ANDA

Assalamualaikum wbkt..

Disebabkan baru periksa tekanan darah mama,  mulalaa sibuk nak tahu level tekanan darah yang mama miliki..sama samalaa kita ambil tahu tekanan darah kita normal ke tidak..kat bawah ni jadual tekanan darah untuk wanita jerr...

Tekanan Darah (BP)Tahapan
210/120Sangat tinggi
160/100Tinggi
140/90Batas tinggi
130/85Tinggi/Normal
120/80Normal
110/75Rendah/Normal
90/60Batas rendah
60/40Rendah
50/33Sangat Rendah

UmurTekanan Darah (mm Hg)
15-19117/77
20-24120/79
25-29121/80
30-34122/81
35-39123/82
40-44125/83
45-49127/84
50-54129/85
55-59131/86
60-64134/87

BIJI PATAU

Assalamualaikum wbkt..

Nak tahu apa itu patau...... (copy paste kat blog tanomkinotuan.blogspot.com.)

BIJI PATAU BERAKAR: MAKANAN EKSOTIK DARI HUTAN DARA


Patau merupakan sejenis pokok berkayu keras yang tumbuh dengan banyak di kawasan tertentu di Sabah misalnya di kawasan pedalaman atau kawasan tanah tinggi dari Keningau merentas ke Tambunan hingga Ke Ranau. Juga pokok ini hidup subur di kawasan Beluran hingga ke Tongod dan sempadan Tawau. Pokok patau boleh mencecah ketinggian kira-kira 10 hingga 15 meter. Batang lurus seakan-akan berwarna putih dan kadang-kadang berakar banir jika tumbuh dikawasan tanah subur. Daun kecil dan halus memenuhi tangkai daunnya secara selari. Pokok patau mengeluarkan buah berbentuk sarung parang kira-kira 5 hingga 18 cm panjang, berwarna hijau ketika muda dan bertukar menjadi hitam ketika matang. Akan gugur sendiri ke tanah setelah matang oleh tiupan angin bersama sarungnya. Biji patau tidak akan terkeluar sehinggalah sarung buahnya mereput. Bijinya pula berwarna hitam dan diselaputi selaput keras. Sarung buah biji patau mempunyai kulapuk seakan-akan talkum jika buahnya baru sahaja jatuh ke tanah. Berbeza dengan pokok petai yang menjadi kegemaran kaum Melayu di semenanjung di mana buah petai di makan dalam usia muda (kulit masih berwarna hijau) sedangkan buah patau pula adalah dimakan ketika buahnya sudah matang/tua dan kering. Perlu mengopek kulit pembungkusnya untuk mendapatkan biji patau. Setiap sarung buah tersebut mempunyai kira-kira 3 hingga 10 biji patau tersusun secara individu.

Tanomkinotuan terbaca satu artikel di borneoherbs.blogspot yang bertajuk "KEPENTINGAN TUMBUH-TUMBUHAN DI DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT KADAZANDUSUN DI NEGERI SABAH, MALAYSIA" di mana menyatakan bahawa "...Petai ini boleh diperolehi di hutan dara mahupun di hutan sekunder. Bagaimanapun, ada satu buah kekacang yang mungkin tidak sesuai dimakan oleh manusia (tetapi diminati oleh "gawir" (kelawar) ialah patau ". Pertama, artikel tersebut sangat berinformasi dengan nama tumbuh-tumbuhan beserta nama saintifiknya sangat berguna kepada tanomkinotuan bagi  penulisan dalam blog ini. Kadang-kadang tanomkinotuan merujuk di blog tersebut untuk mendapatkan scientific name kepada sesuatu tanaman atau tumbuhan. Tetapi kenyataan penulis di atas tidak disandarkan dengan alasan kukuh yang boleh menjadi kayu ukur kepada alasan mengapa biji patau tidak sesuai dimakan oleh manusia. Ia berupa kenyataan umum dengan perkataan "mungkin" di mana penulis sebenarnya tidak pasti sama ada ianya boleh dimakan atau pun tidak.

Jika sandaran penulis kepada makanan beracun, tidaklah tepat walaupun setiap individu pengemar patau sudah maklum bahawa buah ini tidak boleh dimakan secara berlebihan. Malah patau sprout (Patau berakar) ini berkesan menurunkan darah tinggi. Mungkin penulis boleh datang ke tamu-tamu sekitar Keningau, Tambunan dan Ranau dan melihat biji patau dijual dan sehingga kini patau masih di konsume oleh penjual-penjual untuk bekalan kepada pengguna malah permintaannya cukup tinggi di pasaran. Walau bagaimanapun, hanya beliau tahu alasanya.

Berbalik kepada entry biji berakar patau, biji patau yang dikopek dari sarungnya itulah yang dimakan. Namun ianya tidak boleh dimakan begitu sahaja seperti biji petai kerana kulit bijinya yang hitam agak keras. Mengikut sejarah, pada zaman dahulu, oleh kerana pokok patau ini besar dan tinggi, mereka membiarkan buah patau yang jatuh itu mereput yang hanya tinggal adalah bijinya, apabila biji tersebut bercambah barulah dikutip dengan mencabutnya. Tetapi cara ini sangat lama iaitu mengambil masa 3 hingga 6 bulan. Satu lagi cara ialah dalam tempoh membuat kebun dilereng bukit yang ada pokok patau, selepas kebun bukit tersebut dibakar. Biji patau akan bercambah dengan banyaknya dan sebelum menjadi anak pokok, mereka akan mencabutnya. Kaedah ini terbawa-bahawa hingga awal 90'an iaitu melakukan secara semi-menual. Mereka sendiri mencari biji patau yang gugur ke tanah di hutan dan mengopek untuk mendapatkan bijinya. Biji-biji patau tersebut dilonggokkan di satu tempat lalu ditimbun dengan kayu, ranting, daun kering dan jerami lalu di bakar. selepas di bakar ia dibiarkan selama 5 hingga 7 hari barulah dituai hasilnya. Lama kelamaan kaedah ini bertukar lagi cara yang paling ringkas iaitu mereka sendiri mencari buah patau lalu mengopeknya. Mereka mengetip dihujung bijinya (tip) dengan pengepit kuku lalu ditanam ke dalam tanah selama 1 minggu. Kaedah ini digunakan oleh semua penjual hingga hari ini.

Caranya mudah sahaja, biji patau harus diketip kira-kira pecah kulitnya bagi membolehkan kelembapan masuk ke dalamnya. Pastikan diketip secara betul dan bukan dibelakang (bontot). Buat pengemburan tanah di halaman rumah anda cukup untuk menanam biji patau yang telah diketip. Tidak perlu meletakkan apa-apa cuma gembur dan benamkan biji patau dengan hujung yang diketip harus di bawah, ia harus menegak dan bukannya dibaringkan atau telentang. Jangan terbalikkannya pula. Timbus sedikit tanah cukup-cukup untuk menutupi biji tersebut dan siram dengan air. Tutup dengan menggunakan apa-apa yang sesuai. Biarkan ia selama 6 hingga 7 hari. Selepas 6 hari anda sudah boleh menuai biji patau anda kerana ia sudahpun bercambah dengan mencabutnya lalu cuci sebersih-bersihnya. Hari yang ke-4 anda sudah boleh menuainya tetapi akarnya masih pendek. Hari ke-7 adalah hari yang sangat sesuai kerana anda hanya tinggal cabut sahaja tanpa bersusah payah untuk mengopek kulitnya lagi. Jika anda ternampak biji patau yang masih hitam dan tidak bercambah, beli pada jumlah yang banyak. Anda boleh menanamnya sendiri dengan mengikut panduan di atas. Lagi selamat dan puas hati. Anda juga boleh menyemainya ke dalam kontena, pasu dan bekas lain yang difikirkan sesuai.

Sebenarnya ketika tanomkinotuan masih kecil-kecil dulu, tanomkinotuan tidak suka memakan biji patau berakar ini. Termuntah-muntah tanomkinotuan apabila aki (datuk sebelah bapa) menyuruh memakan biji patau yang dimasak tumis bersama tipun (udang kering halus yang tidak berisi, hanya kulit ja). Malah tanomkinotuan juga tidak suka memakan jenis udang tipun hinggalah sekarang. Tetapi persepsi tanomkinotuan berubah apabila kakak tanomkinotuan memasak patau berakar ini dengan menumbuknya hingga hancur bersama udang kering yang biasa dan dimasak hingga garing. Saat itulah tanomkinotuan suka memakannya. Jika anda blender biji patau berakar tersebut dan memasaknya, baunya tidak sekuat pada biji patau yang masih asli.
Biji patau berakar boleh dimasak dengan pelbagai cara resepi yang enak dan sedap. Baunya yang kuat seperti petai menjadi menambat selera bagi yang memahaminya tetapi bau tersebut menjadi pembunuh selera kepada yang menghindarinya. Anda boleh merebusnya dalam 15 minit dan cuci hingga bersih lalu dihidang bersama sambal cili padi atau bilis, ia juga sesuai dimakan bersama sambal ikan masin. Patau sprout juga boleh ditumbuk dan dimasak bersama udang kering, goreng hingga garing bersama cili padi dan sedikit bahan sayuran buah lain seperti kacang buncis atau kacang panjang. Tanomkinotuan pernah memasak resepi ayam masak patau dan kodop. Fuhhhhh!, enak hingga tidak ingat dunia. Akan tanomkinotuan postkan resepi ayam masak patau dan kodop di blog ini bila tiba masanya. Patau sprout juga sesuai dicampurkan dalam syur campur bawang losun. 

-------------------------------------------------------------------

Payah rupanya nak cari artikel pasal patau ni.  Puas google..ini jerlaa yang dapatnya...

Rupa asal biji patau ni hitam dan keras macam buah saga.  Maknanya memang tak boleh nak makan gitu gitu macam petai biasa.  Ikut si penulis kat atas kena tanam dahulu kat tanah bagi bercambah.  Kakak ipar mama pun pesan gitu juga tapi dek terlebih pandai, kak long rendam jer kat air dan biar dia lembab..akhirnya bercambahlaa biji patau tu macam tauge..

Bila dah bercambah isi dan kulitnya kembang dua kali ganda dari size asal. Selain dari itu isinya mudah dikeluarkan dan baunya memang sebiji bau petai biasa.  Puas dok cari macam mana rupa pokok dengan kulit dia tapi payah betul nak jumpa...mungkin ada yang panggil dengan nama lain kot..

Huhu..tak berani nak kunyah macam gitu jerr walau bau dia macam petai.  Kakak ipar mama bagi yang dah bercambah dan mama dengan excitednya buatlaa sambal goreng ikan bilis campur tempe dengan kentang dan sudah tentunya patau yang seakan petai itu. Mama goreng dahulu semua bahan dan masak sambal tumis macam biasa..last sekali gaul kesemuanya..

Masa mengoreng patau..memang sah naik bau petai tapi bila dah masak..rasanya taklah sekuat petai dan lagi isinya ranggup walau dah kena goreng...

Puas mama goda En Hubby rasa tapi dia ni memang pesen susah nak makan makanan yang tak biasa di mata dan di tekaknya.  Jadi mama dengan anak anak jerlaa yang menikmati sambal goreng campur patau tadi.  Anak anak kata sedap...memang sedap pun...rugilaa En Hubby tak rasa...

Esoknya mama anginan..sebenarnya dah dua tiga hari badan sakit sakit, kat bahu rasa macam ada benda bertenggek jerr.  Adakah kerana patau tak tahulaa..angin dalam badan terasa banyak.  En Hubby belikan Eno dan minuman halia...mama gasak lagi dengan ulam halia mentah..masih tak sedap badan juga..kalau tak kentut..jawabnya angin tak keluar habis laa tu...asyik sendawa jerr..

En Hubby tolong urutkan..umangaiii...sakitnya tak tertahankan..tapi grup grup terasa angin pecah kat bahu mama ni dan sendawa tak henti henti..lepastu En Hubby tampalkan koyok..dua hari lepas tu barulaa lega tapi badan terasa letih jerr..

Takut pula mama terkena darah tinggi..pergi laa cek tekanan darah kat farmasi. Bacaan 113/75...katanya ok..  Haah!..rendah gila tu..mama biasanya 120/80 dan akan melonjak 135/85 bila something wrong terjadi kat badan mama nih...ermmm...adakah patau menyebabkan tekanan darah mama turun dan menyebabkan mama rasa letih...?  Budak farmasi tu syorkan mama vitamin B kompleks...nampak macam ada perubahan pada badan ni..tak tahulaa hari lain..semoga dijauhkan sebarang penyakit yang merbahaya..




BUAH TANGAN DARI SABAH

Assalamualaikum wbkt

Seronok bangat sebab banyak dapat buah tangan dari kakak ipar dan kak long yang baru pulang bercuti dari Sabah.  Sebenarnya Ipah, kakak ipar mama berasal dari Ranau, Sabah.  Dia dah menetap kat sini sejak anak dara hinggalah sekarang.  Semasa balik ke kampungnya dia bawa sekali ipar duai dia untuk turut sama bercuti.  Dialah yang jadi ketua pelancong merangkap tuan rumah semasa kak long dan kak sal si kakak ipar mama lagi seorang ketika berada di sana. Penuh satu bas kot..suami dan anak anak dia semua pergi termasuk anak kepada Kak Sal...

Berbalik kepada buah tangan tadi, biasalaa kalau pi Sabahkan..tak tinggal kuih cincin dia, teh sabah dia..walaupun dah melambak kat pasaraya..spesel sebab beli terus kat sana..regenye...hentah..idakler mama tanya..tapi dapat goodie bag sabah tea...dua hinggit katenye..penuh sebeg dengan teh serbuk, teh uncang ngan kopi sabah yang kaw pahit......

Paling best mama dapat 1/2 botol besar jeruk buah bambangan..huhu..En. Hubby merengek busuk..tapi cedap lerr cayang...relakan jerr lerr dinde memakannye...relakanlaa..relakanlaa...pleaseee...

Hasil carian imej untuk jeruk bambangan sabah

Layan dengan ikan goreng atau ikan bakar...perghh...tak nampak laki ulang alik kat belakang..hehehehe... (sebenarnyakan buat buat tak nampak sebab malas tengok muka dia yang cemberut tu...)

Selain daripada bambangan, kakak ipar mama bawakan pulut hitam bukit, beras merah bukit, biji patau dan belanda sejenis ubi ubian seperti halia..

Pulut hitam itu mama buburkan..rezeki ramai rupanya.  Kebetulan hari mama buat bubur itu, jiran didatangi ramai sanak saudara..jadi hulurlah apa yang ada untuk kongsi rezeki dan pahala..

Bab patau dengan belanda tu nanti kita cerita erk...








BERHABUK BERSAWANG

Assalamualaikum wbkt..


Ish ish ish...banyaknya habuk..bersawang sawang sana sini..Lama betul tak menyingah kat sini..

Bagi yang rajin melawat blog akumama, walau tiada apa cerita yang baru..terima kasih banyak yerr..

Sebenarnya bulan Mac yang ditinggalkan sehingga ke bulan ini, mama sangat sangat sangat sibuk dengan pelbagai hal yang berkaitan dengan sibuk..hehehe...

Namun syukur Alhamdulillah...Allah swt masih memberi ruang untuk mama bernafas dan menikmati rezeki yang melimpah ruah..Subhanallah..

Hasil carian imej untuk bless face cartoon