Tuesday 26 June 2012

DENGKINYA BANGSA KITA

Assalamualaikum wbkt..

Sebenarnya mama benci nak cerita pasal politik..menyampah..menyampah menyampah. Tetapi bila dengar cerita  isu Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd yang mengeluarkan, menempa, mengedar, menjual syiling dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan (KGT anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu akan disiasat...terpanggil untuk mendengar kata hati pemimpin kesayangan negeri Kelantan ini.  Maklumlaa, bila nak disiasat sama laa juga macam buruk sangka dengan Menteri Besarnya...

Lalu bersuaralah Datuk Nik Aziz kepada kuncu kuncu yang dengki dengan saudara seislam dan bangsa sendiri ;


Menurut DNA, beliau tidak pernah menggunakan peruntukan menteri besar seperti kenderaan untuk ahli keluarga, rumah, perabot dan kemudahan lain.

Beliau berkata, menteri besar tidak boleh mengambil rasuah kerana mereka juga seorang manusia yang akan dihitung sama ada masuk syurga atau neraka.

“Saya tidak ambil kerana saya tahu pegang jawatan ini (menteri besar), sama ada masuk syurga atau neraka, saya tidak mahu masuk neraka.

“Pembantu rumah pun saya cari sendiri, pengawal keselamatan tiada, kereta yang sepatutnya dua, saya ambil satu sahaja, malah kereta keluarga saya beli sendiri,” katanya dalam ucaptama Wacana Ilmu Buku Rasuah, di sini, semalam.

Beliau berkata, rasuah tidak dapat dihapuskan melalui undang- undang, sebaliknya melalui perubahan akhlak dalam diri sendiri.

“Perkara ini mesti difikirkan oleh rakyat kerana selagi sekular menguasai manusia tiada agama, masalah tidak akan selesai,” katanya.

Mengulas dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT), beliau memberi jaminan tidak akan menghalang anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu disiasat.

“Sesiapa hendak siasat, 25 jam saya bagi, bukan 24 jam,” katanya.






NAJLA ALI @ UMMU AHMAD ; WANITA PERTAMA MESIR YANG BARU

Assalamualaikum wbkt..




Najla Ali Isteri Mursi1 Wajah Baru Wanita Pertama Mesir.....
HAJAH NAJLA



Siapa Najla Ali..? Beliau adalah isteri kesayangan kepada Dr. Muhammad Morsi dan pastinya akan menjadi kesayangan rakyat Mesir.  Dilahirkan pada tahun 1962, telah mengahwini Dr. Muhammad Morsi ketika berumur 17 tahun.  Telah mengikut suaminya melanjutkan pelajaran di US dan mengikuti kursus translantion di sana.  Kebolehannya sebagai translator telah membawa beliau sebagai seorang penterjemah tanpa gaji kepada mualaf islam di Bait Thalib Muslim, US.

Telah dikurniakan lima orang anak,  bukan sahaja beliau dan suaminya tahfiz al Quran,  kesemua anak anaknya tahfiz al Quran dan telah diberi didikan yang tinggi di dalam bidang profesional juga.

Wanita ini menolak dirinya digelar Wanita Pertama, beliau lebih rela di gelar dengan Khadam Pertama kepada rakyatnya.  Bagi dirinya, dia tidak memiliki apa apa hak kecuali kewajipan yang perlu dilunaskan kepada rakyat dan negara Mesir.  

Fuhh..sangat berbeza dengan wanita pertama negara lain yang mengaku islam tetapi..malas nak kata..fikirlaa sendiri..macam langit ngan bumi.  Malu wehh nak angkat muka bila berdepan dengan wanita istimewa dari Mesir ini..Tentu dia akan mengamuk kalau kita gelar dia "Khadam" dan takkan rela digelar sebegitu.

Tiada panggilan istimewa yang diminta oleh beliau untuk dirinya. Sesiapa pun boleh memanggilnya dengan nama "Ummu Ahmad" atau "Saudari Najla" atau "Hajah Najla".  

Semoga hak mereka sebagai pemerintah diputuskan secepat mungkin.  Kerana Suruhanjaya Pilihanraya mereka telah menangguhkan perlantikan Dr. Muhammad Morsi sebagai Presiden Mesir yang baru berikut bantahan dari beberapa pihak termasuk pihak lawan.  

Berangan angan satu hari nanti ketua pemimpin kita adalah orang yang hafaz al Quran.  Wanita Pertama juga hafizah, sudah tentulah menjadi Muslimah Contoh kepada rakyatnya.  Tentu negara kita diperintah dengan lebih adil dan saksama,  menjadikan Al Quran sebagai panduan dan Rasulullah saw sebagai contoh teladan...aamiiinnn..



TUMITKU SAKIT DIWAKTU PAGI

Assalamualaikum wbkt..

Elehh..apalaa sangat sakit tumit.  Banyak lagi nikmat yang kita dapat, patutnya masih bersyukur sebab tak berdepan dengan penyakit kronik.  Cuma tak best,  tak boleh mengadu ngan orang tua tua,  nanti dikatanya "tulaa..beghanak maghin tak mahu berpantang", cehh..sentap siutt..tapi tak saintifik pula tuduhan tu sebab bukan perempuan lepas beranak pinak jer kena, orang lelaki ada juga mengalami sakit tumit.

Ada juga kata sebab tumit tak dapat nak tampung berat badan,  tetapi si kurus kena juga..cam mana tu..?

Biaq pi laa..dah jadi cam gini..terima jer lah..cuma tahu ker kita kenapa tumit kita sakit.  Selalu menyerang di waktu bangun dari tidur,  tak kiralaa bila tetapi paling ketara bila bangun pagi. Kadang kadang sebab duduk lama, berdiri lama atau berjalan lama,  cepat sungguh dia nak protes akan keletihannya.

Fuhh...kalau bangun pagi..merangkak mencari tempat untuk berpaut, baru dapat bangun betul betul.  Lepas tu setapak setapak melangkah, sakitnya Allah juga yang tahu...selepas beberapa langkah barulaa lega rasanya dan boleh berjalan macam biasa.

Cari punya cari, akhirnya dapat info rupanya sakit tumit berpunca daripada plantar fasciitis kat tumit kita. Jom baca..


PLANTAR fasciitis ialah penyebab sakit pada tumit kaki yang paling kerap terjadi di kalangan orang dewasa. Kita selalu terkeliru di antara plantar fasciitis dan ‘heel spurs’.

Sebenarnya plantar fasciitis merujuk kepada sindrom sakit pada tumit kaki yang terjadi akibat radang pada tisu plantar yang membentuk lengkok pada tapak kaki, manakala ‘heel spur’ merujuk kepada tulang berbentuk duri pada tulang tumit (calcaneum) di mana tisu plantar melekat.


Boleh dikatakan 70 peratus daripada pesakit yang ada masalah plantar fasciitis mempunyai ‘heel spur’ dalam X-ray kaki mereka.

Bila seseorang mengalami plantar fasciitis, tisu plantar pada tumit kaki mungkin mengalami radang (tendonitis) atau kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seseorang itu seperti berjalan atau berlari akan menyakitkan tumit.

Simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama.

Plantar fasciitis disebabkan radang atau kecederaan tisu plantar pada tapak kaki yang mengekalkan bentuk lengkok pada kaki kita.

Ketika berpijak sama ada berjalan atau berlari, tisu plantar menyebarkan beban berat badan ke seluruh tapak kaki. Oleh itu bebanan atau stres ditanggung tisu plantar sangat tinggi.

Plantar fasciitis juga boleh terjadi pada seseorang yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak dan melakukan aktiviti riadah seperti berlari.

Dalam kes berlari, plantar fasciitis terjadi akibat kecederaan tisu plantar pada tapak kaki kesan beban hentakan berulang-ulang ketika berlari.

Keadaan lain yang boleh menyebabkan sakit tumit kaki yang hampir serupa ialah tarsal Tunnel Syndrome. Keadaan ini disebabkan satu urat saraf pada tapak kaki yang terhimpit ketika ia melalui terowong tarsal yang sempit.

Antara penyebab lain seperti kepatahan tekanan, Reister’s Syndrome, ankylosing spondylitis dan nekrosis tisu lemak tumit.

Rawatan untuk plantar fasciitis ialah berehat untuk jangka masa tertentu dan mengurangkan radang pada tisu fiber.



•Rehat — Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber seperti tidak berjoging atau mengelak aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot.


•Melakukan terapi ais — Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.


•Senaman dan regangan — Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.


•Ubat anti radang — Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar.


•Pelapik kasut — Pelapik kasut ialah kunci kejayaan merawat plantar fasciitis. Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan.


•Kasut — Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan.


•Sokongan kaki ketika tidur — Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur.

Dengan modaliti rawatan di atas saja, kebanyakan pesakit pelantar fasciitis dapat mengurang atau menghilangkan sakit tumit kaki. Gejala ini tidak selalunya hilang dengan cepat. Kebanyakan pesakit mendapati sakit tumit hilang selepas tiga bulan rawatan dan lebih 90 peratus pesakit mendapati sakit tumit hilang dalam satu tahun rawatan.

Jika sakit tidak berkurangan selepas rawatan itu, suntikan steroid pada tumit boleh mengurangkan radang pada tisu plantar. Namun, doktor tidak suka memberi suntikan itu kerana komplikasi steroid. Dua komplikasi utama ialah atropi tisu lemak dan koyak tisu plantar, keadaan ini boleh menyebabkan sakit bertambah teruk pada tumit kaki.

Rawatan lain yang boleh digunakan ialah dengan extracorporeal shock wave therapy atau ESWT. Dalam rawatan ini tenaga denyutan digunakan untuk menghasilkan troma mikro pada tisu plantar yang mana ini menjana baik pulih tisu itu oleh badan. ESWT boleh dicadangkan kepada pesakit selepas rawatan utama gagal.

Rawatan secara pembedahan jarang diperlukan dalam merawat plantar fasciitis. Majoriti pesakit plantar fasciitis akan pulih jika mendapat masa secukupnya untuk rawatan.

Hanya sejumlah kecil memerlukan pembedahan dan mereka ialah yang gagal dalam rawatan konservatif untuk tempoh secukup, iaitu lebih kurang setahun.

Kebanyakan pembedahan membabitkan pemotongan fascia plantar daripada pelekatannya di tulang tumit dengan tujuan melonggarkan tisu plantar.

Untuk mengelak plantar fasciitis berulang, pemakaian kasut sesuai diutamakan. Penggunaan pelapik dalam kasut membantu mengurangkan tekanan pada tumit sakit. Ortotik yang ditempah khas mampu membantu mereka yang mempunyai struktur mekanikal kaki tak normal.

Penting untuk seseorang itu terus melakukan senaman regangan pada tapak kaki. Senaman ringkas itu boleh mengekalkan tahap fleksibiliti kaki dan mengelak plantar fasciitis berulang. 

Monday 25 June 2012

TAHNIAH DR MUHAMMAD MURSI

Assalamualaikum wbkt..


Belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir dan pemimpin yang dipilih oleh mereka.  Betapa terpegun apabila melihat rakyatnya samada di dataran, padang atau jalanan, apabila mendengar tentang kemenangan pemimpin mereka,  mereka melakukan sujud syukur.  Begitu juga dengan Dr. Muhammad Mursi,  membuat solat syukur di atas kejayaan yang dikurniakan kepadanya.  Agak agak pemimpin kita yang mengaku islam buat tak solat syukur lepas menang pilihanraya yang lepas lepas...? Macam mana pula kita..agak agak kita ada tak praktikkan sujud syukur ni walau di mana kita berdiri..

Siapa Dr. Muhammad Mursi..? Beliau yang mempunyai pendidikan yang tinggi di dalam bidang akademik dan agama "seorang tahfiz al Quran" adalah seorang Professor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.  Sebelum itu beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge.

Beliau sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.

Ikhwanul Muslimin, sebuah gerakan Islam yang telah bertapak lebih kurang 80 tahun telah mencalonkan Dr. Muhammad Mursi sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan sebelum mencalonkan pula beliau sebagai Presiden Republik Arab Mesir.
Beliau juga disokong kuat oleh para ulama serta pemimpin-pemimpin dunia. Asy-Syeikh Muhammad Hassan, Asy-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, dan Asy-Syeikh Muhammad Hussain Ya`qub diantara ulama yang berada dibelakang beliau.
Bahkan, Dr. Hazim Abu Ismail yang hampir menjadi calon presiden Mesir di pusingan pertama juga menyokong beliau.

Keputusan undi diantara Dr. Muhammad Mursi dan Ahmed Shafiq yang merupakan saki baki rejim Mubarak.



Antara kata katanya ketika sidang media;

Terima kasih kepada semua rakyat Mesir atas sokongan yang diberikan 

Dan kita akan sama-sama membina masa depan yang lebih gemilang



Siapa yang menyokong aku dan tidak menyokong, mereka semua adalah rakyat Mesir yang aku cintai

Ucapan khas kepada para pemuda Mesir demi masa hadapan yang cemerlang


Ucapan khas kepada keluarga syuhada, 'di atas bahu aku untuk menunaikan hak mereka'


Kita semua berada dalam satu barisan yang sama. 


Dan aku menjadi juru khidmat kepada semua rakyat Mesir


Kita semua adalah anak watan yang satu


Kita akan berusaha ke arah Negara Mesir Madani Demokratik berpelembagaan yang baru


- Tiada dendam untuk dilangsaikan kita semua adalah satu watan."



Aku khadam kepada kalian,!' kata dr Mursi kepada rakyat Mesir







Semoga pimpinannya di bawah bendera Ikhwanul Muslimin tidak dibelenggu oleh ulat ulat besar yang sedang mengeliat geliat hendak mengerumun dan mencampuri urusan pemerintahan beliau...

Kalau tidak..dua kali lima jerr..teringat kat rakyat Syria, Palestine dan beberapa buah negara yang masih belum jumpa jalan penyelesaian..

Sunday 24 June 2012

USTAZ AZHAR IDRUS KAT TV OASIS

Assalamualaikum wbkt..

Bestnya bila dapat khabar Ustaz Azhar Idrus akan bersiaran di channel Oasis bermula pada 3 julai nanti.  Mama tak pernah tengok live ceramah dia,  dengar kat pendrive jerr..tah mana hubby copy..

Lepas ni boleh tengok live..tapi tak best masa tayangan..ngam ngam time maghrib.  Mungkin telah dirakam dahulu..al maklumlaa kadang kadang kata kata yang keluar dari mulut ustaz bikin hati "orang orang" panas.  Jadi kena cut and paste dahulu.  Tah..kena laa tunggu dahulu..lihat dan dengar.

Kalau tak berkesempatan jam 7 30 malam, kena laa tunggu pukul 11 malamnya untuk tengok ulangan..harap harap mata ni memberi kerjasama..




Saturday 23 June 2012

SEHARI DI SURAU TANAH WAKAF

Assalamualaikum wbkt..

Alhamdulillah..segala yang dirancangkan, dilancarkan oleh Allah swt...kat sini laa mama berkampung semalam..

surau tanah wakaf, kg tengah, sri menanti, belum siap sepenuhnya tetapi telah berfungsi sebagai tempat menimba ilmu, solat berjemaah pada setiap hari, berkumpulnya orang kampung untuk pelbagai program diantaranya Majlis Maulidur Rasul, Majlis Korban, Israk Mikraj, pengurusan  jenazah dan tahlil dari penduduk sekitar..

Untuk mengetahui tentang Surau Tanah Wakaf ..jemputlah ke blog surau ni di alamat;



surautanahwakaf.blogspot.com

.......................................................................................




Penuh satu kereta.  Dah macam Spongebob..squeeze..squeeze...  Kami selamat sampai ke kampung jam 9 pagi.  Selepas menyediakan sarapan pagi,  bermulalah tugas penting..apa yang penting kerjasama..


Masak, basuh pinggan,kemas, buat air, masak, basuh pinggan, kemas, buat air..sampai petang..heheh.  Jam 6 petang bergegas balik rumah mertua, lepas mandi terus pi balik surau sebab nak dengar Qasidah, dari kumpulan maulid yang didatangkan dari Melaka.  


Ramai juga tetamu yang hadir.  Selepas solat maghrib berjemaah kami dihidangkan dengan ceramah istimewa dari Ustaz Norazman.


Di dalam ceramah Ustaz Norazman, beliau juga menyentuh tentang Israk Mikraj tetapi perihal kepercayaan diri atau iman kepada peristiwa tersebut dimana kita boleh jatuh kufur jika tidak percaya dengan peristiwa tersebut.  Israk Mikraj adalah salah satu mukjizat yang Allah swt kurniakan kepada Rasulullah saw.


Ustaz juga menerangkan tentang mukjizat yang Allah swt kurniakan kepada para nabi dan rasul, di mana mereka dikurniakan dengan 2 jenis mukjizat iaitu Mukjizat Hissi dan Mukjizat maknawi. 


Mukjizat Hissi ialah mukjizat yang dapat dilihat dengan mata kasar atau yang dapat dialami oleh pancaindera yang lima. Contohnya seperti mukjizat Nabi Nabi Muhammad (saw) membelah bulan, terpancar air dari celah jarinya, dsb. 


Mukjizat Maknawi pula ialah yang hanya dapat difahami dengan daya akal fikiran. Mukjizat jenis ini memerlukan kajian dan penelitian kerana ia tidak dapat dimengertikan dengan kekuatan pancaindera melainkan menggunakan akal fikiran menurut neraca yang sihat dan kajian yang sempurna. Contoh mukjizat maknawi adalah Israk Mikraj dan Al Quran.  


Ustaz kata lagi, zaman sekarang semua orang percaya akan kisah Israk Mikraj,  mereka percaya semua yang pelik pelik terjadi disekeliling mereka dengan mengatakan " kun fayakun"..kalau Allah swt kata "jadi, jadilah".  Kira memang berimanlaa sangat dengan Israk Mikraj ni...


Apa yang Ustaz kesalkan..rupanya tanpa disedari selama ini kita alpha.  Kita tidak percaya dengan isi Al-Quran...antara bukti yang kita alpha ialah kita terlalu bergantung dengan manusia,  maksudnya yakin dengan manusia dan sistemnya.  Kata nasihat dan pesananan dari Allah swt dipandang enteng..umpamanya..


Ustaz kata makin banyak bergantung dengan manusia bermakna makin kuranglah kita bergantung dengan Allah swt.  Jika makin banyak kita bergantung dengan Allah swt, makin kuranglah kita bergantung dengan manusia.  Semakin banyak kita bergantung dengan Allah swt,  InsyaAllah..Allah swt akan sentiasa membantu kita...tidak seperti manusia.


"Hukum mencuri adalah potong tangan."  Kita yang mengaku percaya kepada rukun iman pula berkata "kalau potong tangan..habislah orang tu".  Kira kita ni ambil setengah setengah jer yang dikata Allah swt kat dalam Al Quran..


Ustaz juga menyentuh tentang sikap kita yang takut untuk memberi peluang kepada orang lain, mama rasa bab pemimpin kot..akan terbit kata dimulut kita.."habislah kita kalau pilih orang ni"..ustaz kata berilah peluang, belum apa apa nak cantas..cam gitulaa..orang sebegini dikira busuk hati..busuk hati adalah satu penyakit..


HATI SAKIT


Melalui peristiwa Israk Mikraj ini,  Allah swt mengambarkan bahawa untuk mendekati diriNya kita haruslah bersih hati dari sebarang penyakit.  Penyakit ini boleh diubati dengan ibadah, bersama ulama, duduk di majlis ilmu, zikir dan sebagainya, bila hati telah terubat dan bersih barulah boleh mendekati Allah swt.  Kita nak kembali kepadaNya,  kita perlu bersih dari sifat mazmumah..sifat sifat itu adalah;


Sombong


Bangga dengan kelebihan diri tanpa menyedari semuanya datang dari Allah swt.


Tamak


Tidak pernah cukup dengan apa yang ada.  Allah banyak mengurniakan perkara halal kepada kita,  tetapi masih menambah yang haram dan syubahat di dalam kehidupan seharian..


Dengki (hasad-adalah perkataan arab bagi dengki)


Bangsa Melayu terkenal dengan sifat ini.  Ustaz buka cerita tentang Hang Nadim di dalam cerita Singapura Di Langgar Todak.  Dikatakan Hang Nadim ini seorang budak yang bijak.  Ketika Singapura diserang todak, sultannya telah memerintah rakyatnya guna betis untuk menghalang ikan itu sampai ke daratan.  Hang Nadim telah memberikan buah fikiran supaya sultan guna batang pisang untuk menggantikan betis rakyat singapura yang malang.  Sultan akur dan memuji kebijaksanaan Hang Nadim.  Dalam diam rupanya datuk datuk menteri dengki dan takut budak itu mencantas mereka, lalu menghasut sultan supaya budak itu dibunuh,  kerana jika dibiarkan hidup boleh membahayakan sultan dan kerajaannya.  Mati akhirnya budak yang tak berdosa itu.


SIFAT TAWADUK


Orang yang hatinya baik,  sifatnya adalah tawaduk iaitu merendah diri tetapi sangat dicintai Allah swt.  Ustaz menyentuh lagi akan peristiwa Israk Mikraj, ketika Jibril as hendak memilih Buraq di syurga,  semua Buraq perasan mereka akan dipilih kerana kehebatan dan kekuatan mereka. Di satu sudut ada satu Buraq hanya diam dan duduk mengasingkan diri.  Lalu Jibril as mendekatinya dan bertanya akan sikapnya itu..lalu Buraq itu mengatakan yang dia tidak layak berbanding dengan Buraq yang lain yang lebih besar dan gagah daripadanya. Buraq itulah yang dipilih Jibril as untuk dijadikan tunggangan Rasulullah saw ketika perjalanan Israk dari Mekah ke Madinah dan begitu juga sebaliknya.


KENAPA ISRAK MIKRAJ


Selain untuk memerintahkan perihal Solat kepada Rasulullah saw,  peristiwa ini adalah untuk menerangkan kepada Nabi Muhammad saw akan kebesaran Allah swt.


Untuk menghiburkan hati Rasulullah saw yang baru kehilangan dua insan yang sangat dicintainya iaitu Isteri dan bapa saudaranya.


Mengembalikan semangat Rasulullah saw,  di mana baginda telah bertemu dengan para nabi terdahulu seperti Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan beberapa nabi lagi yang mana mereka juga mendapat pelbagai dugaan ketika ingin menegakkan agama Allah swt di kalangan kaum mereka.




Di hujung ceramah ustaz membicarakan tentang peristiwa selepas Israk Mikraj. Rasulullah saw termenung dan resah kerana memikirkan bagaimanakah cara untuk menyampaikan kepada kaumnya tentang apa yang dialaminya.  Si Abu Jahal yang banyak helah telah melihat akan keadaan itu dan bertanyakan kepada Rasulullah saw dan tentunya Rasulullah saw yang sangat lurus hatinya telah menerangkan apa yang dialaminya.  Abu Jahal dengan gembira telah menawarkan diri untuk memanggil kesemua penduduk Mekah berkumpul dan mendengar akan kisah Rasulullah saw...niat dihati untuk mentertawakan Rasulullah saw dan menuduh baginda gila.


Pelbagai persoalan dilemparkan kepada Rasulullah saw, antaranya bagaimana rupa masjid Al Aqsa..dapat dijawab oleh Baginda dengan bantuan Allah swt.


Nabi Muhammad saw juga telah mengatakan akan kehadiran sekumpulan Khafilah tidak berapa lama lagi,  tak lama kemudian mereka sampai.  Sesungguhnya Rasulullah saw telah melihat mereka ketika dalam perjalanan balik dari Madinah ke Mekah.


Untuk memperbudakkan Rasulullah saw, mereka telah menyuruh Rasulullah saw mengangkat sebelah kakinya dan dilakukan oleh baginda.  Lalu disuruh melakukan mengangkat kedua kakinya,  sudah tentulah baginda tidak boleh melakukannya.  Lalu mereka mengejek ngejek baginda walaupun baginda telah berkata benar sebelumnya dengan mengatakan bagaimana baginda boleh naik ke langit,  nak angkat dua kaki pun tidak mampu..


Nabi Muhammad saw merayu kepada Allah swt untuk tidak kembali ke bumi,  tetapi Allah swt telah menghiburkan hati kekasihNya itu dengan satu hadiah yang tidak dikurniakan kepada nabi nabi sebelumnya..iaitu SOLAT..SOLAT ITU ADALAH MIKRAJ UMAT MUHAMMAD SAW DENGAN ALLAH dan ANUGERAH PALING BESAR KEPADA KITA.  Harus dikerjakan sebanyak 50 waktu tetapi akhirnya menjadi 5 waktu dengan nilai 50 waktu.  Semuanya kerana cintanya Rasulullah saw kepada umatnya.


Tamat.


Camtulaa yang mama faham.  Kalau Ustaz Norazman terbaca..jangan marah haa..


Selepas solat Isyak,  tetamu dijamu dengan Nasi Beriani Kambing, Ayam masak merah, Daging beriani, Jelatah dan kuih muih.


Lepastu kerja berat..nasib baik ada jiranku yang baik hati..i love u laa Kak Tom..













Thursday 21 June 2012

ESOK SAMBUT ISRAK MIKRAJ KAT KAMPUNG

Assalamualaikum wbkt..

Tak sabar rasanya nak tunggu esok,  sebab kat kampung hubby ada buat sambutan Israk Mikraj kat Surau Tanah Wakaf Kampung Tengah Sri Menanti.  Tentu sahaja meriah..InsyaAllah..

sila laa lawat blog surau tanah wakaf untuk maklumat lanjut di alamat : http://surautanahwakaf.blogspot.com/ 

Majlis akan bermula pada jam 5 petang, jemputan akan diperdengarkan dengan Marhaban dan Qasidah dari sebuah kumpulan maulid yang didatangkan dari Melaka..jadi mama tak tahu nama dia..

Ustaz Nor Azman pula selaku penceramah jemputan..bagi yang berada di kawasan Negeri Sembilan dan Seremban kenal benarlaa dengan Ustaz handsome ni..

ustaz nor azman..lobai kampung