Assalamualaikum wbkt..
HAJAH NAJLA |
Siapa Najla Ali..? Beliau adalah isteri kesayangan kepada Dr. Muhammad Morsi dan pastinya akan menjadi kesayangan rakyat Mesir. Dilahirkan pada tahun 1962, telah mengahwini Dr. Muhammad Morsi ketika berumur 17 tahun. Telah mengikut suaminya melanjutkan pelajaran di US dan mengikuti kursus translantion di sana. Kebolehannya sebagai translator telah membawa beliau sebagai seorang penterjemah tanpa gaji kepada mualaf islam di Bait Thalib Muslim, US.
Telah dikurniakan lima orang anak, bukan sahaja beliau dan suaminya tahfiz al Quran, kesemua anak anaknya tahfiz al Quran dan telah diberi didikan yang tinggi di dalam bidang profesional juga.
Wanita ini menolak dirinya digelar Wanita Pertama, beliau lebih rela di gelar dengan Khadam Pertama kepada rakyatnya. Bagi dirinya, dia tidak memiliki apa apa hak kecuali kewajipan yang perlu dilunaskan kepada rakyat dan negara Mesir.
Fuhh..sangat berbeza dengan wanita pertama negara lain yang mengaku islam tetapi..malas nak kata..fikirlaa sendiri..macam langit ngan bumi. Malu wehh nak angkat muka bila berdepan dengan wanita istimewa dari Mesir ini..Tentu dia akan mengamuk kalau kita gelar dia "Khadam" dan takkan rela digelar sebegitu.
Tiada panggilan istimewa yang diminta oleh beliau untuk dirinya. Sesiapa pun boleh memanggilnya dengan nama "Ummu Ahmad" atau "Saudari Najla" atau "Hajah Najla".
Semoga hak mereka sebagai pemerintah diputuskan secepat mungkin. Kerana Suruhanjaya Pilihanraya mereka telah menangguhkan perlantikan Dr. Muhammad Morsi sebagai Presiden Mesir yang baru berikut bantahan dari beberapa pihak termasuk pihak lawan.
Berangan angan satu hari nanti ketua pemimpin kita adalah orang yang hafaz al Quran. Wanita Pertama juga hafizah, sudah tentulah menjadi Muslimah Contoh kepada rakyatnya. Tentu negara kita diperintah dengan lebih adil dan saksama, menjadikan Al Quran sebagai panduan dan Rasulullah saw sebagai contoh teladan...aamiiinnn..
No comments:
Post a Comment