Wednesday, 6 June 2012

BILA PERISTIWA ISRAK MIKRAJ DIKETEPIKAN

Assalamualaikum wbkt..


Tarikh 17hb Jun, 2012 M yang akan tiba tidak berapa hari lagi ini bersamaan dengan 27 rejab, 1433 H..  InsyaAllah,bertemu lagi dengan ulang tahun mengingati peristiwa Israk Mikraj.  Mama teringat masa kecil kecil dahulu mama cukup suka menghadiri majlis mengingati peristiwa ini kerana boleh dengar cerita dari pak guru yang beri ceramah. Selalunya tak habis dengar sebab cerita dia panjang sangat sampai mama tertidur dipangkuan arwah mak.

Ceramah pak guru selalu berkisar tentang perjalanan Rasulullah saw tercinta dari Mekah ke Baitul Maqdis menuju ke langit...cerita pasal syurga dan cerita pasal neraka..mama tidak pernah muak mendengarnya walau berkali kali diceritakan oleh tok guru tiap kali majlis Israk Mikraj di adakan..cuma mama tidak ingat bila..akhirnya mama katam mendengar al kisahnya peristiwa Israk Mikraj ini..

Ada yang lupa lupa ingat..bila lupa mama buka buku balik untuk ingat balik kisah perjalanan yang sangat menakjubkan ini.  Cuma mama kesal bila tanya anak anak sekarang,  mereka macam endah tak endah jerr..tak terkesima macam mama bila pak guru bercerita..sangat cinta mendengar kisah ini..

Bila ada majlis Israk Mikraj,  mama bawa anak anak sekali bagi meraikan peristiwa Israk Mikraj dan mengharapkan agar pak ustaz jemputan bercerita tentang peristiwa tersebut.  Malangnya hanya teks yang dibekalkan yang menjadi sandaran mereka untuk berbicara..tiada lagi kupasan kisah perjalanan Rasulullah saw yang tercinta..kalau diikutkan terlampau banyak isu boleh dikupas untuk dikaitkan dengan kehidupan semasa supaya menjadi pengajaran kepada yang mendengar...tersangat menarik dan lebih menarik dari filem "harry potter" yang banyak omong dan membuat anak anak kita mengagung agungkan kehebatan watak tipu itu dengan karisma Rasulullah saw yang sangat hebat..

Alasan pak ustaz..kita dah biasa dengar..dah acap kali cerita..jadi tak payah cerita..yer ker..? kalau yer..kenapa bila ditanya kepada 10 orang kanak kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun yang bersekolah kerajaan di tempat mama,  mereka hanya melopong dan mengangkat bahu, hanya seorang dua yang tahu tetapi kurang sempurna pengetahuannya..belum lagi tanya budak budak sekolah cina, sekolah omputih, sekolah swasta dan tah apa apa sekolah lagi. Dalam negeri macam mana pula agaknya, tak termasuk negara keseluruhannya. Kalau budak sekolah tahfiz, budak sekolah pondok, budak sekolah agama kita tak perlu risau..tentu cerita ini adalah jajan jer bagi mereka..maksudnya mereka dah faham dan tahu benar..kalau ditanya..petik jari mereka dapat jawab..InsyaAllah..

Kenapa yer..kat sekolah kita takda ke para guru yang membentangkan kisah ini kepada murid murid supaya menjadi ilmu yang sangat berguna di dalam jiwa akalnya hingga ke hari tua atau hingga hujung nyawa..jawapannya sememangnya ada..malangnya mereka macam tak berminat untuk simpan di dalam hati dan urat darah..sekadar untuk lulus periksa..jadi para guru kena cek balik cara penyampaian supaya mereka ingat sampai bila bila..

Tentu kita kata balik.."tugas mak bapak laa..kena cerita dengan anak anak, jangan dok harap orang lain nak sorong.."ermm..itu mama tak boleh nak kata kerana setiap individu mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza beza..ada yang memberatkan agama, ada yang sambil lewa dan ada yang buat tak tahu jerr..jadi para ilmuan kena bantu juga untuk mengembangkan dakwah..kerana cerita sebegini juga satu dakwah untuk menginsafkan manusia...dengan harapan mereka boleh sampaikan kat ayah ibu, kat adik beradik atau berpanjangan hingga ke anak cucu mereka...

Mama tidak laa pandai mana..tetapi InsyaAllah anak anak mama telah mama dedahkan dengan kehebatan perjalanan Rasulullah saw ini..cuma tentu lagi nampak istimewa bila peristiwa itu diceritakan di Majlis Israk Mikraj..












`  

4 comments:

  1. Makchaq pun perasan sekarang ni jarang dah ustaz2 berceramah pasal Israk Mikraj..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Makchaq..I love you laa sebab rajin komen kat blog saya..terima kasih

      Delete
  2. Salam mama,
    Agak lewat Kak Noor mencelah untuk topik ini. Sebenarnya bukan budak-budak sahaja tak tahu dan lupa, tetapi kadang-kadang orang tua-tua macam kita yang telah bergelar ibu dan bapa pun tak dapat nak bercerita sepenuhnya mengenai peristiwa israk dan mikraj ni. Tapi yang hairannya kalau kita tengok cerita di wayang tu, contohnya gambar hindustan `Bobby' (zaman remaja Kak Noor dulu le...), sampai sekarang pun boleh ingat jalan ceritanya. Itulah halwa dunia kan....

    ReplyDelete
  3. betul tu..sebagai manusia yang sedar, nampaknya kita sebagai ibu kena berusaha lebih untuk mengingati kembali dan boleh bercerita dengan anak anak dengan cara yang lebih santai dan seronok di dengar..bukan sahaja kita tidak akan lupa malah kita dapat serapkan ke dalam minda anak anak akan peristiwa yang sangat bermakna ini..semoga berpanjangan hingga ke anak cucu dan seterusnya..

    ReplyDelete