Thursday 29 March 2012

LAGU ANAK KG VERSI ZERO RAJALAWAK 6

Masih tak terlewat rasanya menceritakan tentang lagu Aku Anak Kampung yang dinyanyikan oleh Kumpulan Zero di dalam rancangan Raja Lawak 6 yang lalu.  Anak muda Sabah ini telah memperkenalkan lagu ini kepada kita dan sedap pula ditelinga apabila diulang nyanyi oleh Johan dan Zizan.

kumpulan zero

tengah nyanyi lagu aku anak kampung
Anak anak mama juga asyik menyanyikan lagu ini walaupun lirik main taram jer..ingatkan Kumpulan Zero yang cipta,  rupa rupanya lagu ini ada pemilik yang asal.  Nama penyanyi dia Jimmy Palikat dan lirik asal ialah dari bahasa dusun..kat youtube ada video dia..


jimmy palikat


Jimmy Palikat - Tanak Kampung (Malay Version) cover by JaZzNicQ


Lirik di dalam versi Bahasa Malaysia


Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli kuli sahaja memang tidak padan
Cantik ba kau itu banyak yg tergoda
Lagi orang kaya

Chorus


Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apalagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta
Aku lepaskan kau
sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna



(ulang Chorus)


p/s..bang ngah lepas ni kena nyanyi ikut lirik ni..







Monday 26 March 2012

TELAGA ZAM ZAM

Teringat kisah Siti Hajar dan Nabi Ismail as...  

Asalnya telaga ini kecil sahaja  tetapi sekarang dah menjadi besar dan mengeluarkan berjuta-juta liter sehari. Dapat dinikmati oleh seluruh umat islam yang datang menunaikan haji dan dieksport ke seluruh dunia..

Dari mana datangnya air ini di tengah tengah padang pasir kontang itu dan air nya pulak diakui oleh saintis-saintis barat dan Jepun sebagai terbaik di dunia..


Allah SWT mampu melakukan segala-galanya sehingga kepakaran sains tidak mampu mencari puncanya walaupun jutaan kajian telah dibuat...



 

 



 








IBU JUGA PENDAKWAH

Apabila lahir sahaja anak dari lorong rahim,  wanita itu sebenarnya telah diangkat menjadi seorang pendakwah di dalam keluarga.  Apa itu pendakwah..? Pendakwah sebenarnya bermaksud orang yang menyampaikan berita atau perkara yang betul berkaitan dengan agama yang dianuti.  Selain menyampai mereka juga bertanggungjawab menunjuk ajar dan menjadi contoh kepada orang orang yang mereka ingin dakwahkan.  Jangan kita salah faham,  sebenarnya nak jadi pendakwah di dalam keluarga ,  kita tidak memerlukan sijil sekolah atau ijazah dari mana mana institut pengajian tinggi.  

Apa yang penting adalah pengetahuan asas sebagai seorang islam seperti rukun islam, rukun iman, bab solat dan wuduk, puasa, sejarah islam paling tidak kisah Nabi Adam as dan 25 Rasul, bersuci dan sebagainya adalah ilmu asas yang kita dapat semasa di rumah (tanpa disedari ibu adalah pendakwah kita selama ini) dan selebihnya di alam persekolahan..jadi jangan ditinggal dan dilupakan kerana ilmu ilmu ini akan kita praktikkan sepanjang kita berdiri di muka bumi ini...dan satu hari nanti apabila kita menjadi seorang ibu..tugas kita pula untuk berdakwah kepada ahli keluarga di bawah jagaan kita.

Untuk melihat anak menjadi manusia yang patuh kepada Allah swt dan Rasulnya,  sebenarnya kita kena dahulu menjadi "manusia" itu.  Supaya tidak keluar perkataan "ibu tak buat pun, abah tak buat pun"  ini akan menjadi fitnah kepada kita dan dakwah akan menjadi sukar....

"Sepatutnya suami yang bertanggungjawab dalam hal mendidik dan membimbing." 

Tentu akan terloncat di dalam fikiran kita kan.  Benar sungguh akan perkataan itu,  cuma kita tidak boleh membiarkan semua beban dibahu mereka,  kita juga kena sama sama berganding bahu untuk membentuk keluarga muslim sejati...


Thursday 22 March 2012

MASHMALLOW SURIRUMAH

mashmallow
Tanpa kita sedari tah berapa banyak lemak tot tot dah kita telan..Mashmallow salah satu daripadanya yang mengandungi lemak haiwan yang tidak halal kita makan.  Kalau halal pun jenis haiwan tersebut yang kita boleh  makan tetapi haiwan tersebut tidak disembelih dengan cara islam.  Menjadikannya tidak halal kepada kita sebagai orang islam.

Mashmallow sangat popular dikalangan omputeh ketika berkamping di mana mereka gemar menyalai atau melayur sekejap Mashmallow dan menikmatinya ketika masih panas.  Tekturnya akan berubah menjadi lembut dan melekit, rasanya juga menjadi semakin enak bila dimakan semasa masih panas.

Terliurkan..nak beli takut dan ragu ragu..so apa kata kita buat sendiri..mungkin tak sesempurna dan secantik Mashmallow yang dijual tetapi sekurangnya ia halal dan rasanya lebih kurang sama..paling best kita buat sendiri dan tahu mana dan apa sumber yang kita guna..jom try..

 
Bahan

1/4 cawan tepung jagung**
1/3 cawan confectioner sugar@gula icing **
21gm gelatin (cari yang jenis halal..)
1/3 cawan air
2/3 cawan gula
1/2 cawan corn syrup (boleh juga ganti dengan glucose syrup)
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna (optional)


Cara-cara

Ayak tepung jagung bersama confectioner sugar, ketepikan buat sementara.


Satukan gelatin bersama air, biarkan terendam selama 5 minit. Kemudian masukkan gula, panaskan dengan api kecil sehingga gula larut.

Dalam bekas lain, satukan bancuhan gelatin tadi, corn syrup, vanilla, garam dan pewarna. Pukul dengan speed paling laju selama 15 minit.

Sediakan loyang 8x8 inci. Sapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tepung jagung & confectioner sugat tadi. taburkan pada dasar & bahagian teping loyang.

Tuang bancuhan ke dalam loyang, kemudian biarkan mengeras sehingga 2 jam.

Bila dah ready, potong dengan pisau basah ataupun terap dengan acuan yang telah dibasahkan dengan air.
Salutkan dengan lebihan tepung jagung & sugar tadi. Biarkan betul2 kering baru simpan dalam botol kedap udara.

product halal..ada kat KL jerr..kat seremban tak jumpa lagi





copy to sharing 

dari blog Aku.Zack.Blogspot.com









BETULKAN SAF SOLAT

Assalamualaikum wbkt..sebagai rujukan, ingatan dan perkongsian,  terimakasih Ustaz Don....



Wednesday 21 March 2012

SOP BAWANG


sop bawang
cadangan hidangan
Terliur betul mama tengok Sazzy Falaq menghirup sop bawang yang dihidangkan oleh peserta Master Chef.  Sop Bawang ni kiranya macam hidangan pembuka selera..sangat popular dikalangan masyarakat Perancis.  Mama kan suka menghirup sop,  puas cari resepi tapi kebanyakkannya resepi dari Indonesia dan luar negeri.  Sudah tentu bahasanya mengelirukan dan bahan ada pula yang tidak halal.

Terimakasih Chef Johar dari Singapura..kau orang juga boleh add friend dengan dia kat FB,  sangat bermurah hati berkongsi pelbagai resepi...resepi sop bawang ni dia laa yang bagi..kalau kau orang suka sop meh try resepi kat bawah ni..

Bahan

Bawang Kuning                          4 biji
Butter                                         1 sudu besar
Stock Ayam@ Daging                3 cawan
Bawang Putih                              seulas
Daun Tyme                                 (boleh dapat kat Tesco) sedikit jer guna
Garam


Cara

  1. Panaskan butter
  2. Tumis bawang hingga berkaramel (kehitaman)
  3. Masuk stock ayam atau daging
  4. Bawang putih ditumbuk dan masukkan kat dalam stock tadi,  biarkan sop mengelegak
  5. Diikuti daun tyme
  6. Sesuaikan rasa garam dia..
  7. Enak dimakan bersama roti perancis yang dibakar garing bersama cheese,  cheese tabur kemudian pun boleh atau buat roti garlic (sama macam buat roti bakar bezanya kita sapu butter atau mentega yg telah dicampur dengan bawang putih kisar ke atas roti,  tabur rempah pizza dan bakar)* bab roti garlic ni pandai pandai mama jer..










SATE OH SATE

Sate..sate...
Masa kecil kecil dulu payah nak makan sate ni,  paling tidak ada laa setahun dua kali mak dan  abah bawa mama dengan abang pergi menikmati sate di bandar Melaka.  Bukan apa,  mungkin disebabkan lokasinya yang sangat jauh dari kampung,  kalau tiada urusan memang kami tidak menjejak ke bandar Melaka.  Mama pula kurang pasti kenapa mak dan abah ke bandar Melaka,  apa yang penting kami berdua dapat ikut dan upah dia makan sate..

Mama ingat ingat lupa tempat dia,  apa yang melekat kat kepala ni nama tempat tu Kg Jawa.  Abah selalu bawa kami makan di situ.  Sebuah rumah kedai dipenuhi oleh peniaga sate ,  kiri kanan depan belakang berasap asap orang membakar sate.  Bau harum sate menusuk ke dalam hidung.  Selain sate ada juga peniaga menjual pelbagai makanan gerai seperti cendol, rojak dan mee.  Kira tempat tu menjadi tumpuan untuk orang menikmati pelbagai makanan gerai.

Masa tu kalau nak makan sate tak perlu cakap berapa batang kita nak,  nampak jer kita duduk kat meja mereka..sekejap datanglah pelayan bawa sepinggan atau dua pinggan sate yang dipenuhi dengan pelbagai sate diantaranya sate ayam, daging, kambing dan perut.  

Makan laa berapa kita nak,  lepas makan kita panggil pelayan tadi untuk bayar.  Dia tak tanya pun kita berapa kita makan tetapi dia akan ambil lidi yang telah kita makan isinya tadi dan kira..masa tu secucuk sate baru 5 sen secucuk..tak salah mama laa..

Tak cukup kat situ bungkus bawa balik untuk makan kat rumah pula..sekarang ni payah betul nak cari sate yang betul betul sedap kat anak tekak ni..mama paling suka sate yang ada rasa rasa jintan..sedap sangat..

Sekarang sate mahal sungguh,  sebatang jer dah 50 sen ke 80 sen. Maklum laa bahan bahannya juga mahal gila.  Ada  laa try makan sate kajang,  tak masyuk laa.  Ada tu nama bukan main gah lagi,  pi laa makan,  adoiyai..semua rasa tak sampai..apa kata buat sendiri,  bukan sahaja dapat makan puas,  bangga weii kita buat sendiri..

Cuba try resepi mama ni..kot kot kena kat anak tekak kau orang..

Sate

Bahan


Daging Batang Pinang.                     1 kg
Gula Pasir                                           1 1/2 cawan
Serai                                                    4 batang
Kacang tanah                                    4 sudu besar
Garam                                                 1 sudu besar
Serbuk kunyit                                    2 sudu besar

option ( tambah jintan manis, jintan pedas  50 sen dan lengkuas jika suka)

Cara
  1. Potong daging lawan urat, nipis dan memanjang
  2. Goreng kacang tanah tanpa minyak, buang kullit dan blander
  3. Blander serai halus
  4. Gaul semua dan perap selama sejam ke dua jam
  5. Cucuk dekat lidi dan bakar guna kayu arang atau masak jer atas kuali leper kat dapur gas..tapi payah sikit sebab boleh sekali bakar jer lepas tu kena bersihkan kuali dan bakar yang lain pula
  6. Sesekali renjis sate dengan minyak kuah kacang dan air..celop guna serai yang dipecahkan hujungnya..
kuah kacang
Kuah Sate


Bahan

Kacang Tanah                        1/2 kg
Bawang Besar                        5 biji
Cili Kisar                                 1/2 cawan
Gula Melaka                           1 biji (gula pasir pun boleh)
Serai                                        1 batang
Lengkuas                                1 inci


Cara

  1. Goreng kacang tanpa minyak,  buang kulit dan blander kasar dan halus
  2. Kisar cili, bawang besar dan lengkuas hingga halus (berasingan)
  3. Tumis serai dan bahan kisar hingga wangi
  4. Masuk kacang, gula dan air,  masak hingga kacang kembang dan lembut
  5. Sesuaikan rasa garam dia
  6. Sila kacau selalu supaya tak hangus di dasar periuk
  7. Kalau suka masuk asam keping (tak masuk pun takpa..)



set lengkap ; sate, bawang mentah, timun, ketupat dan kuah..nyumnyumnyum 
 


ps : kalau nak buat sate ayam,  guna dada ayam sebanyak 1 kg