menawan sungguh..frust sebab tak dapat nak load gambar cheesetart air tangan mama |
geram tengok cheesetart yang cantik |
acuan yang mama guna untuk membuat kulit pastry |
kalau nak buat tart ni kena siapkan kulit pastry dia dulu..bakar selama 10 minit, guna api atas bawah. kaedah mama letak inti kat dalam lepas tu baru letak cheese kat atas dia..bakar, takda istilah deko deko atas dia sebab mama pakai jem biasa jerr..kalau pakai filling yang ready made kat kedai tu lebih halus dan mudah nak bentuk corak di atas tart seperti gambar pertama.. |
lepas letak cheese sila bakar dengan mengunakan api bawah sahaja..175 darjah celcius selama 10 minit |
Bahan
A. Pastry
Butter 250 grm
Gula Ising 80 grm
Kuning Telor 2 biji
Tepung 440 grm
Esen Vanila 1 sudu kecil
Kembangkan butter dan gula, diikuti esen dan telor. Gaul rata dan masuk tepung. Uli sampai jadi doh. Tekan doh dalam acuan dan cucuk cucuk dengan garfu kat tapak dia..bakar dengan suhu 175 darjah celcius selama 10 minit. Pastry ni kita boleh buat banyak banyak dan simpan di dalam peti ais..bila nak guna dah ada pastry ready made...
B. Inti Cheese
Cream Cheese 250 grm
Gula Castor 60 grm
Butter 20 grm
Telor 1 biji
Jem @ filling ready made (blueberry, strawberry, coklat..apa sahaja yang kita suka)
Pukul cream cheese, gula dan butter hingga kembang. Masukkan telor dan pukul lagi hingga rata. Sudukan di dalam pastry tadi dan hias atasnya dengan filling pilihan. Mama guna jem jadi buat inti jerr..letak cheese kat atas dia menutupi keseluruhan inti. Bakar guna suhu yang sama selama 10 minit..tapi pakai api bawah jerr...siap dan ermmm sedap...
No comments:
Post a Comment