Seronok sungguh hari ini sebab dapat entry banyak artikel, dah lama sarat di dalam kepala baru hari ini ada kesempatan nak syer dengan kau orang. Terima kasih kerana singgah di halaman mama yang tak seberapanya ni..uhukk...
Seronok bila tengok Pageview meningkat maknanya adalaa orang singgah baca walau tak ramai follower..huhuuu...wuaaa
Tentu ada dikalangan kau orang yang tak pernah jumpa pengantin bersanggul melintang yang tingginya hampir 5 tingkat..idak lerr macam rumah pangsa tuu..5 tingkat siput panjang yang ditindihkan atas kepala dan disusun dengan pelbagai bunga sanggul..
Sekarang ni mana nak adanya almaklumlaa ramai wanita kita dah bertudung (mereka dah tahu haram memakai sanggul palsu) jadi susah nak jumpa wanita yang nak pakai sanggul yang berat ni...
Kalau nak tahu masa kecil dahulu, time tu pengantin masih mengunakan sanggul lintang ni semasa majlis bersanding di malam hari..Sejak petang mak andam bertungkus lumus menyiapkan pengantin, kadang kadang mama perhatikan solat maghrib pun tak buat, tapi masa tu mama kanak kanak mana nak kesah..dari mula sampai siap terponggok depan pengantin dengan mak andam kat dalam bilik..asyik sungguh..
Kalau pengantin tu berambut panjang mudah laa mak andam nak menyangul lintangkan dia. Mula mula dia tarik rambut untuk lilit kat siput palsu pertama yang panjangnya hampir 10 inci dengan ukur lilit siput sebesar duit 50 sen. Satu tingkat sanggul bermakna sebaris sanggul hiasan dicucuk, siap satu tingkat, ditambah tingkat kedua sehingga tingkat 5...Bukan main seksa pengantin nak menahan berat, bergoyang goyang kepala mereka, terik sungguh rambut ditarik. Kesian juga mama tengok...
Bila dipasangkan baju songket dan pelbagai hiasan...dah macam bidadari pula nampaknya, bukan main cantik dan berseri seri...
macam ini laa lebih kurang...tapi pengantin dahulu lagi banyak hiasannya |
bukan hadapan jerr di hias, belakang juga tak ketinggalan, memang takda ruang bernafas kepala tu... |
lelaki ringan jerr hiasan dia kan.. |
antara hiasan sanggul lintang..kau orang sanggup kerr...? |
walau bertudung masih mengenakan sanggul melintang..uiiii..beratnyerr.. |
No comments:
Post a Comment