Friday 30 November 2012

NEGARA PALESTINE DIIKTIRAF

Assalamualaikum wbkt..

Alhamdulillah.. Akhirnya PBB mengiktiraf Palestine sebagai salah satu negara yang wujud kat bumi Allah ini..

Undian telah dibuat di Ibu Pejabat PBB, pada 29hb November, 2012 oleh seluruh perwakilan.  138 negara telah menyokong penubuhan negara Palestine, manakala 41 berkecuali dan 9 tidak setuju...


Amerika..merah yang busuk







Wednesday 28 November 2012

BETULKAN BISMILLAH

Assalamualaikum wbkt..

Sedari kecil dah terbiasa membaca bismillah BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIIM..

Bila tonton rancangan Ustaz Don malam tadi..aduhh..baru tahu bacaan bismillah selama ini tersangatlah salahnya..mungkin sebab nampak mudah..ambil ringan jerr..ya Allah..ampunilaa hamba Mu yang lemah ini..tambahilah ilmu ku lagi..supaya dapat aku perbetulkan setiap kesilapan yang aku lakukan tanpa aku sedari selama ini..aaminn



BISMILLAA HIRRAHMAA NIRRAHIIM

Tuesday 27 November 2012

AFLIN SHAUKI KE GAZA

Assalamualaikum wbkt..


Khabarnya 3hb Disember 2012 ini saudara Aflin Shauki akan ke Gaza bersama sama dengan Aqsa Syarif, Malaysia.. untuk Misi Kemanusiaan..

Maknanya pada minggu ke empat nanti, beliau takda laa kat Maharaja Lawak Mega bersama anggota Boboy yang lainnya (Harun Salim Bachik dan Nabil).

Semoga selamat pergi dan selamat kembali kepada semua rombongan..InsyaAllah..aaminn










Saturday 24 November 2012

AS SYAHID AL QAID AHMAD AL JAABARI







Tahukah anda ?

Siapakah As Syahid Al Qa'id Ahmad Al Jaabari ?

Kesyahidan beliaulah yang menjadi titik mula pertempuran 8 hari Gaza-Israel yang menghasilkan perjanjian gencatan senjata yang berpihak pada rakyat Gaza.

Mari membaca sedikit tulisan tentang susur galur beliau yang diterjemah dari web Ikhwan wiki oleh unit terjemahan Aman Palestin Mesir


Kemunculan terakhir Ahmad Al Jaabari (komander umum briged al qassam)di khalayak awam, ketika penyerahan tentera zionis Gilad Shalit sebagai pertukaran rakyat palestin di penjara Israel bukanlah kemunculan yang sia-sia.Selepas kejayaan pertukaran itu, beliau menjadi yang pertama di dalam senarai yang dikehendaki pihak penjajah Israel.

Kemunculan beliau menyampaikan mesej penting kepada tahanan palestin di penjara Israel bahawa beliau tetap dengan janjinya untuk membebaskan semua tahanan palestin di penjara Israel.Beliau yang dibebaskan Israel pada tahun 1995 menepati janjinya dengan kejayaan penyerahan tentera zionis Gilad Shalit kepada perisikan mesir pada 18 Disember 2011.

Beliau yang muncul berbaju biru langit tidak berkacamata mengiringi Gilad Shalit pada hari penyerahannya kepada pihak perisikan Mesir memberi kesan mendalam kepada tahanan palestin yang begitu mengenalinya dengan kacamata yang tebal kerana masalah penglihatan yang dialami beliau(tidak lagi berkacamata selepas menjalani pembedahan mata di Mesir).Beliau dan tahanan lain menjalani hukuman 13 tahun di penjara Israel.

As Syahid Ahmad Al Jaabari menyifatkan janjinya walaupun sukar untuk dilaksanankan tetapi ianya tidak mustahil.Beliau bersama Briged Al Qassam bekerjasam dengan dua kumpulan ketenteraan yang lain bagi merealisasikan pembebasan tawanan Palestin.Pada musim panas 2006 mereka berjaya menawan Gilad Shalit melalui operasi komando yang dijalankan di salah satu markaz ketenteran zionis selatan Gaza.

Beliau 51 tahun yang gugur syahid ketika serangan zionis 14 Nov 2012, dilahirkan di Hayy Shuja'iyya timur Gaza.Keluarganya berasal dari bandar Al Khalil tebing barat yang kini dijajah zionis.Mereka berpindah di kawasan kelahiran As Syahid pada awal kurun ini.

Pada usia 18 tahun, beliau ditangkap atas tuduhan penglibatan di dalam sel bersenjata gerakan Fatah dan penentangan penjajah.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun oleh mahkamah zionis.Ketika penahanannya beliau begitu terkesan dengan peribadi dan pemikiran Syeikh Salah Syahadah(dibunuh pada musim panas 2002) walaupun berbeza organisasi.

Beliau mengetuai 6 orang ahli selnya yang juga ahli gerakan Fatah untuk keluar dari gerakan dan bergabung dengan gerakan Islam Hamas yang baru di peringkat penubuhannya walaupun terdapat larangan terhadap tahanan untuk bertukar dari organasi ke organisasi yang lain.Pimpinan gerakan Fatah di luar pada awalnya menolak permohonan beliau untuk keluar dari organisasi gerakan Fatah akan tetapi akur dengan desakan beliau pada akhirnya.


Langkah Bermula | Aman Palestin Mesir




Maka bermulalah pembentukan peribadi muslim dengan penggabungan beliau dalam gerakan Islam Hamas di dalam penjara.Beliau berpeluang bertemu beberapa pimpinan utama gerakan Hamas.

Melalui temubual antara AlqudsPress bersama individu yang pernah bersama As Syahid menyatakan bahawa beliau seorang peribadi yang teguh dan memiliki pemikiran Islam serta thaqafah Islam yang menyeluruh dan luas, juga mendalami isu Palestin.Beliau menguasai bahasa arab dengan baik.Beliau mempunyai hubungan yang kuat dengan beberapa pimpinan organisasi-organisasi yang wujud di Palestin.

Semasa penahanannya, beliau mengumpul maklumat dan memberi khidmat kebajikan kepada rakan tahanannya.Beliau mengetuai beberapa siri mogok dalam penjara.Beliau juga seringkali mewakili tahanan-tahanan di dalam penjara untuk berurusan dengan pihak pengurusan penjara.Beliau mendapat penghormatan dari pihak Israel yang juga menggeruni beliau kerana keteguhan prinsipnya.


Penyediaan Tahanan | Aman Palestin Mesir



Pemindahan As Syahid ke penjara Al Naqab(yang terletak di padang pasir 180 km dari selatan Al Quds)pada tahun 1991 memberi kesan besar dalam hidup beliau.Di sana, beliau bertemu secara harian dengan beratus-ratus tahanan Palestin.Beliau menjadi wakil bagi tahanan Palestin berdepan pengurusan penjara Israel.

Berkata individu yang pernah bertemu beliau di penjara kepada AlQudsPress bahawa beliau ditemani beberapa pimpinan gerakan Hamas(antaranya Dr Ibrahim Al Maqadimah(dibunuh 2003) bekerja gigih menyediakan anasir-anasir yang akan diserap di dalam pelbagai cabang di dalam gerakan Islam Hamas selepas mereka dibebaskan kelak termasuk cabang ketenteraan Hamas, Briged Al Qassam.Semua itu berlaku dengan beberapa sesi taklimat keselamatan,ketenteraan,keagamaan yang giat dijalankan bertujuan melayakkan pemuda untuk menyertai amal organisasi sejurus keluar dari tahanan.




Perjanjian Oslo | Aman Palestin Mesir


Pada awal tahun 1994, pihak penjajah memutuskan pembebasan beberapa tahanan Palestin bagi mempamer sikap Israel terhadap Organisasi Pembebasan Warga Palestin(PLO) selepas tandatangan kedua belah pihak perjanjian Oslo dengan syarat tahanan menandatangani perjanjian sebelum dibebaskan bahawa tidak akan terlibat dengan keganasan dan penentangan dan juga memberi komitmen terhadap perjanjian.Akan tetapi As Syahid menolak untuk menandatangani perjanjian tersebut sebagai ganti pembebasannya.Beliau menegaskan : "Aku telah menjalani hukuman penjara selama 11 tahun, dan aku akan terus menjalaninya sehingga selesai baki 2 tahun supaya tidak akan dikatakan kepada aku kelak bahawa kamu telah menandatangani perjanjian yang membebaskan kamu dari penjara dan kamu telah berjanji untuk tidak terlibat dengan penentangan.Jadi untuk apa kami diciptakan dan ditangkap!?"

Peristiwa tersebut menunjukkan cara beliau bekerja dan keyakinannnya bahawa beliau akan dibebaskan lambat laun.Walaupun beliau menghadapi tekanan dari pimpinan Hamas untuk menandatangani perjanjian tersebut akan tetapi beliau terus teguh dengan pendiriannya dan memilih kekal di dalam penjara.Beliau akhirnya dibebaskan pada awal tahun 1995.

Sebaik pembebasannya, sebahagian besar pimpinan Hamas ditangkap.Beberapa institusi milik gerakan juga ditutup.Beliau ketika itu berusaha gigih mengembalikan gerakan dengan menubuhkan biro informasi pertama gerakan yang dikenali biro mina' kerana berpengkalan berdekatan pelabuhan Gaza lama.Turut ditubuhkan institusi Al Nur bagi menjaga kebajikan tahanan Palestin.Ketika itu beliau terlibat secara langsung menguruskan fail-fail tahanan dan berinteraksi dengan keluarga tahanan.

Selepas penat lelah memberi khidmat kebajikan kepada tahanan dan penglibatan beliau bersama biro informasi,beliau kembali ditangkap penguasa Israel pada 1998(sebelum berlakunya intifadhah Al Aqsa, akhir 2000) dengan tuduhan merancang sesuatu di antara pimpinan politik dan pimpinan ketenteraan gerakan Hamas.Fail-fail tahanan diserahkan kepada pengganti beliau Riyadh Abu Zaid(dibunuh 2003)




Sayap Ketenteraan | Aman Palestin Mesir

Beliau aktif dalam menguruskan fail-fail tahanan sebelum beralih ke sayap ketenteraan gerakan Hamas.Pembebasan Syeikh Salah Syahadah(tahun 2000) menguat ikatan beliau dengan peribadi Syeikh yang akhirnya bertukar kepada ikatan keluaga.

Al Jaabari memainkan peranan besar dalam mengetuai sayap ketenteraan dalam intifadhah Al Aqsa.Beliau berperanan besar dalam lapangan logistik lebih-lebih lagi selepas syahidnya Syeikh Salah Syahadah yang merupakan komander umum briged Al Qassam serta kecederaan yang menimpa salah seorang pimpinan komander Al Qassam, Muhammad Al Dhaif, yang terselamat daripada beberapa cubaan bunuh dari pihak Israel.Beliaulah yang bertanggungjawab menambah latihan ketenteraan juga membekalkan senjata kepada briged Al Qassam sekaligus menukarkan kumpulan bersenjata kepada organisai tentera tersusun yang mempunyai beberapa unit dan briged.

Beliau cedera ringan tetapi terselamat dari cubaan bunuh pada Ogos 2004, yang meragut nyawa anaknya Muhammad 23 tahun, adik lelakinya Fathi 38 tahun, menantunya serta beberapa ahli keluarganya dan pengawalnya Alaa' Assyarif 27 tahun, dalam serangan udara terhadap rumahnya di Hayy Shuja'iyya timur Gaza.Selepas peristiwa tersebut beliau mengasingkan diri dari khalayak awam untuk tempoh 1 tahun lamanya dan hanya muncul beberapa kali termasuk bantahan yang disertainya bersama keluarga tahanan di pejabat pertubuhan palang merah Gaza akan tetapi jauh dari liputan media.


Beliau terus menghilangkan diri dari pandangan awam dan muncul dalam salah satu rancangan dokumentari menceritakan dirinya dan keterlibatannya dengan cabang ketenteraan Hamas.Selepas itu beliau tidak kelihatan lagi.




Gilad Shalit ditawan | Aman Palestin Mesir


Selepas penawanan tentera zionis Gilad Shalit Jun 2006, Al Jaabari kembali disebut-sebut.Pihak Zionis menyatakan beliau bertanggungjawab kerana menawan tentera mereka.Walau bagaimanapun tidak dinyatakan tempat Gilad Shalit disembunyikan dan tidak ada pula sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Al Jaabari.

Pihak Israel menyatakan kegagalan mereka dalam perang Gaza, 2 tahun sebelum Al Jaabari mengeluarkan kenyataan.Mereka mendakwa mengawasi pergerakan Al Jaabari dan meyakini bahawa beliau satu-satunya lelaki yang mengetahui tempat penyembunyian Gilad Shalit.

Tambah teman rapat Al Jaabari, beliaulah yang mengetuai rundingan pertukaran tahanan Palestin secara tidak langsung bersama tiga lagi pimpinan Hamas.Beliau tidak sedikit terkesan dengan tekanan luar dan begitu tegas dalam rundingan.Beliau mengetahui seluruh senarai tahanan secara terperinci mengikut prioriti untuk dibebaskan.

Mengikut para pemerhati, Hamas telah berjaya ketika rundingan tidak langsungnya memaksa zionis menurut syarat-syarat yang dinyatakan.Al Jaabari seorang yang berkaliber dalam rundingan juga sabar dan mengetahui apa yang ingin dicapai.Pihak Israel gagal mengembalikan tawanan mereka secara ketenteraan dan tidak mudah bagi rundingan untuk dijayakan.




Pakar Rundingan | Aman Palestin Mesir

Pihak Israel mengetahui betapa sukarnya rundingan berdepan Al Jaabari yang begitu serius untuk tidak mengugurkan hak-hak tahanan Palestin dan menolak membincangkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.Beliau ketika di dalam penjara berkeras untuk mendapatkan garfu untuk kegunaan tahanan Palestin.Apakah pihak zionis menjangka Al Jaabari akan menggugurkan tuntutannya terhadap tahanan Palestin sedang beliau bebas dari tahanan dan mempunyai beribu-ribu pejuang terlatih siap sedia menerima arahan dari beliau?

Sejak penangkapan Gilad Shalit, sebagaimana yang dikhabarkan oleh teman rapat Al Jaabari, beliau mempunyai gambaran jelas bagaimana cara menguruskan pertukaran Gilad Shalit dan tahanan Palestin.Beliau mengetahui senarai tahanan yang perlu dibebaskan segera kerana sebarang penangguhan hanya membawa maut kepada tahanan berkenaan.Beliau bertegas dengan senarai tersebut demi mengotakan janjinya 13 tahun lalu terhadap tahanan Palestin untuk membebaskan mereka dari penjara penjajah.

Sebelum berlakunya pertukaran, Al Jaabari telah menyampaikan mesejnya kepada tahanan Palestin :

"Tenanglah, rundingan pembebasan anda diuruskan oleh tangan yang amanah, tegas dan tidak terkesan sedikitpun dengan apa-apa tekanan"


Pergi sebagai Syahid | Aman Palestin Mesir


Akhirnya, beliau mencapai syahadah yang diidamkan 14 NOV 2012 lalu ketika serangan udara yang dilancarkan di Gaza setelah bertahun-tahun menjejak penjajah dan berada dalam pencarian mereka.

Beliau berjaya melancarkan perang yang menghantui penjajah dan seluruh pasukan keselamatan dalam dan luar negara dengan kemampuan menyembunyikan Gilad Shalit selama 4 tahun tanpa sebarang kesan untuk dijejaki.”



Unit Penterjemah | Aman Palestin Mesir

Sumber Terjemahan | Ikhwan Wiki

Thursday 22 November 2012

LIRIK WE WILL NOT GO DOWN IN GAZA TONIGHT


We Will Not Go Down In Gaza Tonight Lyrics

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Terjemahan dalam Bahasa Malaysia

Cahaya putih yang membutakan mata
Menyala terang di langit Gaza malam ini
Orang-orang berlarian untuk berlindung
Tanpa tahu apakah mereka masih hidup atau sudah mati

Mereka datang dengan tank dan pesawat
Dengan berkobaran api yang merosak
Dan tak ada yang tersisa
Hanya suara yang terdengar di tengah asap tebal

Kami tidak akan menyerah
Di malam hari, tanpa perlawanan
Kalian bisa membakar masjid kami, rumah kami dan sekolah kami
Tapi semangat kami tidak akan pernah mati
Kami tidak akan menyerah
Di Gaza malam ini

Wanita dan anak-anak
Dibunuh dan dibantai tiap malam
Sementara para pemimpin nun jauh di sana
Berdebat tentang siapa yg salah & benar

Tapi kata-kata mereka sedang dalam kesakitan
Dan bom-bom pun berjatuhan seperti hujan asid
Tapi melalui titis air mata dan darah serta rasa sakit
Anda masih bisa mendengar suara itu di tengah asap tebal


Khabarnya video dia asyik kena delete jer oleh You Tube..






APA KE HE NYE DATO NAZRI @ GOMEN MALAYSIA

Assalamualaikum wbkt..

Takda isu lain dah ini..gaza..palestine..gaza..palestine..takda selera nak masak masak..nak makan makan..nak seronok seronok bila mengenang sedara seislam kat sana terutama anak kecil dan wanita yang sememangnya menjadi sasaran laknatullah ni yang bertujuan untuk menghapuskan pengembang dan generasi pejuang palestine yang tegar..

Tahniah kepada Palestine, Mesir, Qatar dan Turki yang bersatu hati untuk menegakkan agama Allah.  Tahniah juga kepada yang syahid kerana janji Allah adalah benar, kamu semua adalah insan yang terpilih, sesungguhnya kami tidak mampu menjadi seperti kamu tetapi kami tetap bersama kamu.  

Semoga gencatan senjata yang kita tidak tahu selama mana ini akan dapat membentuk semula negara Palestine di bawah pemimpin islam yang berkalibar..

Janganlah kita gencatkan pula perjuangan kita ini di sini atau di mana mana.  Selain derma wang ringgit, doa juga adalah senjata kita sebagai orang mukmin.  Jadikan doa dan Al Fatihah untuk mereka sebagai amalan harian kita, semoga keadaan kembali aman..Insya Allah..aaminn..

Tiba tiba sentap bila terbaca artikel berkenaan kenyataan dari Dato Nazri Aziz yang tidak mengiktiraf Hamas yang telah mendapat restu rakyat Palestine sebab ikut dasar PBB..

Menurut Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Malaysia tidak mengiktiraf Hamas walaupun mendukung pembentukan negara berdaulat Palestin kerana akur dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mengiktiraf parti itu sebagai kerajaan Palestin. 

Sokong Palestin, tetapi tak iktiraf Hamas. Pelik bunyinya.









Wednesday 21 November 2012

GAMBARAN BANGSA YAHUDI DI DALAM AL QURAN

Antara 10 Gambaran Al-Quran Mengenai Sikap Yahudi
 

1. Bangsa yang pertama kali kafir kepada Nabi Muhammad SAW.
(Al-Baqarah: 41).

2. Bangsa yang suka memutar belitkan kebenaran (Al-Baqarah: 42).

3. Bangsa yang diperingatkan Allah dengan keingkaran terhadap nikmat Allah (Al-Baqarah: 47-48).

4. Bangsa yang pernah diuji dalam perhambaan raja-raja mesir 
(Al-Baqarah: 49).

5. Bangsa yang menyembah berhala ditengah bimbingan Nabinya 
(Al-Baqarah: 51).

6. Bangsa yang diperintahkan untuk membunuh diri masal (Al-Baqarah: 54).

7. Bangsa yang pertama kali mengingkari sifat ghaib dan paham materialisme (Al-Baqarah: 55-56).

8. Bangsa yang suka berbuat aniaya di tengah nikmat Allah (Al-Baqarah: 57).

9. Bangsa yang paling cerewet dengan Nabinya (Al-Baqarah: 61).

10. Bangsa yang cepat melanggar janji Allah (Al-Baqarah: 65).

GENCATAN SENJATA DI GAZA NOVEMBER 2012

Assalamualaikum wbkt..

Khabarnya gencatan senjata telah berkuat kuasa pada hari ini.   Buat pertama kalinya, jalanraya di Gaza sesak dengan kenderaan, rakyat keluar dan melakukan sujud syukur kepada Allah swt  kerana gencatan senjata berkuatkuasa dan peperangan berakhir. Tetapi tetap berhati hati sebab perangai keturunan mereka ini memang tidak boleh dipercayai.  Mungkin nak menguatkan kembali kekuatan mereka....hebat penangan tentera al Qasam...seiring dengan doa seluruh umat islam..Alhamdulillah.

Jam 3 pagi nanti, mereka akan bebas pula keluar masuk dari Gaza termasuk barangan makanan yang selama ini disekat oleh Israel. Bekalan elektrik dan air juga kini bebas dibekalkan yang sebelum ini telah dicatu..


Tuesday 20 November 2012

ZIONIST MINTA GENCATAN SENJATA


Assalamualaikum wbkt..





Mama hanya copy paste dari laman FB..








Akhirnya Israel Zionist Laknatullah Minta Gencatan Senjata
Posted by Kaki Sembang Tuesday, 20 November 2012 .. kaki sembang

Akhirnya Israel Minta Gencatan Senj
ata

REPUBLIKA.CO.ID, GAZA: Lima hari selepas serangan pertama rejim Israel ke Gaza, kumpulan-kumpulan pejuang Palestin menunjukkan perlawanan luar biasa dan mampu menjadikan kedudukan-kedudukan strategik Israel di bawah tanah, khususnya Tel Aviv, sebagai sasaran roket-roket mereka.
Keadaan ini memaksa pemimpin rejim Israel untuk mengupayakan terciptanya gencatan senjata tanpa syarat dengan Hamas, demikian dilaporkan oleh Qodsna Ahad (18/11).

Timbalan Perdana Menteri rejim Israel, Moshe Yaalon dalam wawancaranya dengan saluran 2 TV Israel mengatakan, "Demi mewujudkan kestabilan di wilayah penempatan Zionis, Israel bersetuju untuk gencatan senjata dengan Hamas yang dimediasi Mesir."

Walaupun begitu, dia menambah, "Israel mengajukan empat syarat untuk gencatan senjata.

Tembakan roket dari Gaza ke beberapa kedudukan penting Zionis harus dihentikan, unit-unit tentera Israel di sempadan Gaza tidak boleh diserang, operasi ketenteraan anti-Israel harus dihentikan dan Hamas harus menerima tanggungjawab berkaitan Jalur Gaza, serta mauver ketenteraan yang dilakukan kumpulan selain gerakan penentangan kepada Israel, ditentukan sendiri oleh rejim Israel.


P/S: Assalamualaikum hari ini merupakan hari ke lima serangan Yahudi Zionist Laknatullah di tanah suci Palestin yang kita sayangi. Mujahideen seperti mendapat tonik baru dalam menghadapi serangan bertubi-tubi daripada Yahudi Zionist.

Kesan daripada serangan Zionist melalui serangan udara dan laut menunjukkan kegagalan di pihak Zionist kerana sedikit sangat kematian di pihak Mujahedeen kerana kebanyakan yang menjadi mangsa akibat serangan adalah Orang tua, wanita dan kanak-kanak. Akibat daripada perkara ini seluruh dunia telah melihat siapa sebenarnya Zionist dan sekutu kuatnya Amerika.

Mereka sebenarnya ingin membuat penghapusan etnik di Palestin. Apa yang menarik perhatian aku pada ketika ini ialah serangan Zionist menyebabkan penyatuan di kalangan Mujahedeen yang bertelagah di Palestin dan mereka bersatu dibantu oleh Mujahedeen di sekitar Asia Barat.

Melihat penyatuan inilah, Zionist dapat menghidu kekuatan Jihad telah kembali lantas mereka hendak mengishtiharkan gencatan senjata. Perkara ini sudah tentu mendapat nasihat daripada sekutu mereka Amerika. Akibat serangan ini juga, Mesir telah membuka pintu sempadan Rafah seluas-luasnya untuk pelarian dan Mujahedeen seluruh dunia berjuang bersama di Gaza. Perkara ini membimbangkan Zionist, setelah pintu sempadan ini begitu lama ditutup semasa pemerintahan rejim Hosni Mubarak.

Kesan daripada serangan ini juga, Zionist telah mengalami kerugian berjuta dollar akibat boikot yang telah dilakukan diseluruh dunia, nah sapa kata yang boikot ini sia-sia.

Melihat daripada peristiwa ini, aku ingin kaitkan apa yang berlaku di Malaysia pertama aku lihat rakyat Malaysia ramai lagi yang tidak sensitif berkenaan penindasan yang berlaku di Gaza 

Banyak jugalah aku tengok kt facebook orang Islam yang berkata boikot hanya sia-sia, dangkal sungguh kenyataan kamu itu..Mohon Allah memberi petunjuk kepada kamu. Satu lagi perangai orang Yahudi Zionist apabila kuat mereka akan menindas dan menzalimi kamu..Tetapi apabila dia lemah dan rasa hendak mengalami kekalahan mereka akan mengadakan perdamaian dan gencatan senjata..

Jadi berhati-hati dengan pendamaian dan perpaduan yang aku utarakan tadi..Di Malaysia Macam Mana?

GADAI KASUT EMAS UNTUK PALESTINE

Assalamualaikum wbkt..



Khabarnya pemain bola Portugal, Cristiano Ronaldo telah mengadaikan kasut emasnya yang telah dicairkan dengan nilai 1.5 juta dan menyalurkan derma kepada tabung untuk Palestine..









DOA UNTUK PALESTINE

Assalamualaikum wbkt..

Semoga Allah swt mendengar doa kita..aaminnn..



SALAM TAHUN BARU

Assalamualaikum wbkt..

Lamanya tak dapat nak update..bukan sahaja sibuk malah gangguan line internet juga menghalang mama untuk memerah otak kat laman ni...

Masih belum terlambat untuk mengucap Selamat Menyambut Tahun Baru 1434..semoga Allah swt memberi kita ruang dan peluang yang banyak untuk menambah ilmu dan iman di dada..supaya penuh bekal untuk dibawa balik ke sisiNya..InsyaAllah..aaminnn...

Saturday 10 November 2012

PERMAISURI KITA DAH BERTUDUNG

Assalamualaikum wbkt..

Syukur Alhamdulillah..akhirnya terbuka hati Permaisuri untuk bertudung setelah menunaikan Haji..semoga mendapat haji yang mabrur dan istiqamah di dalam melakukan perubahan..InsyaAllah..aaminn..

Ada yang dah pi Mekah..kenapa tidak mahu melakukan perubahan kerana Allah swt..










DOA PENAWAR

Assalamualaikum wbkt..

Mama dapat doa ni dari status FB Ustazah Nor Bahyah, untuk dikongsi bersama..semoga memberi manfaat..










1434

Assalamualaikum wbkt..

1434 pula menjelma..Allah swt masih panjangkan umur kita.."sign"..suruh tambah amalan atau kita masih diperlukan lagi kat dunia ini..

Adakah azam tahun 1433 telah terlaksana...? Apakah azam tahun 1434 pula agaknya..oh tidakk..file azam makin bersusun di atas meja..masih banyak yang belum selesai rupanya..



UCAPAN PIERE ANDRE

Assalamualaikum wbkt..

Mama tak sempat nak tengok siaran langsung Anugerah Skrin beberapa hari yang lalu sebab sibuk kejar "reduce price party" kat Tesco, Seremban Jaya..bila sampai rumah hanya sempat lihat Piere Andre terima anugerah khas dan lembaga seorang perempuan bersuara seperti lelaki tetapi berperawakan seperti arwah Jasmin Ahmad..tu jerr..lepas tu sibuk menyimpan barang barang yang telah dibeli..

Masa itu takda laa sangat ambil pot apa yang diucapkan oleh Piere Andre, bila bersusun pujian kat laman FB mama tentang ucapan beliau dan kutukan kepada Rosyam Nor, barulaa mama tersangat perasan dengan ucapannya yang sangat menyentuh kalbu ini..

"Ini yang paling penting, tujuan saya hari ini, saya datang ini, apa yang saya ingin katakan, anugerah yang paling hebat adalah kalimah La Ilaha Ilallah yang Allah berikan kepada kita, letak dalam hati kita, jagalah kalimah ini, carilah ia, kerana itulah kemenangan yang sebenar. AllahuAkbar, Assalamualaikum, peace, Love Allah, Love Muhammad."


Ucapan terbaik yang mama pernah dengar dari mulut seorang artis yang menerima anugerah..



Friday 9 November 2012

AMIR KHAN KE MEKAH

Assalamualaikum wbkt..


Kenal tak mamat ni..cehh..sapa tak kenal dengan hero filem MANN ni kan..satu dunia kenal..

Tetapi pernah tak kita tahu status agama dia..kalau ikut nama Khan itu..dah tentu dia keturunan Islam tetapi adakah dia penganut agama Islam yang patuh.. Tentu kita kesal dengan Shah Rukh Khan, Saif Ali Khan dan Khan Khan yang bersimpang siur haluannya..tetapi bila tengok gambar kat bawah ni..aduh..runtun hati mama..


bersama bonda dia menunaikan rukun islam ke lima


















PETUA CILI PADI KISAR TAHAN LAMA

Assalamualaikum wbkt..

Wah..sekarang ni cili padi kembali naik harga..baru bulan lepas mama beli cili padi sekadar RM 7.90 sekilogram jer,  semalam mama nak beli..pegh..naik sehingga RM 12.90 sekilogram..nak tak nak beli juga sebab stock paste cili padi kat umah dah habis..tu laa padan muka..bila masa murah tak nak beli banyak banyak..

Betul..boleh tahan berbulan bulan tetapi ada caranya.. Cili padi tu kita kena kisar seperti biasa, lepas tu campur dengan garam dan masak atas api perlahan.  Adalah lebih baik ketika di atas dapur tu kita alas periuk yang kita isi dengan paste cili padi tadi dengan tudung periuk, supaya cili tadi tidak membuak ketika mengelegak dan bau menyengat cili padi dapat dikurangkan..

Sukatan 1 cawan cili padi kisar
            1 sudu besar garam

Biarkan mendidih di dalam periuk.  Jangan kacau.  Nanti dia akan kering sendiri, tetapi harus sentiasa jaga supaya cili tidak hangit.  Pastikan jangan letak garam di dalam lauk yang kita masak, rasa dahulu, kurang garam baru tambah sebab kita dah letak garam dalam cili padi tadi..

Isi dalam bekas plastik atau kaca, simpan di dalam peti sejuk belah bawah..tak perlu tempat beku..

Teknik yang sama kita boleh guna untuk kunyit hidup.  Kepada sesiapa yang suka membuat gulai lemak cili padi..bagus untuk menyediakan paste sebegini,  selain memudahkan kita memasak, kita ada banyak masa untuk keluarga terutama kepada ibu ibu yang berkerja..

Sukatan 1 cawan kunyit kisar
            1 sudu garam

Teknik sama macam kita buat paste cili padi tadi..

Opss..cili kering pun boleh..masa nak buat paste memanglah leceh..tapi memudahkan kita sepanjang tahun...jadi pastikan hari cuti anda berbaloi..bukan selalu..satu hari jerr..jadikan projek keluarga pun boleh..kalau nak lagi berbaloi...nantikan harga runtuh di mana mana pasaraya besar yang membuat reduce price..atau pasar malam di mana mereka suka jual longgok longgok..