Tuesday 29 November 2011

NASI CLAYPOT

nasi claypot  gerai style
Salah satu keistimewaan nasi claypot tu bukan sahaja terletak pada rasanya yang sedap malah ia dinikmati kerana keraknya yang ranggup...tetapi bila diamati betul betul macam kita makan nasi putih dengan lauk kicap jerr..tapi specialnya nasi claypot ni semua di hidang di dalam satu..makan panas panas..tu yang syokk..

Kalau takda periuk tanah macam kat gerai tu kita boleh guna periuk biasa atau periuk eletrik tetapi tak syok macam periuk tanah..jadi kalau nak kesyokkannya itu pi beli periuk ni..murah jerr..kedai RM 2.00 pun ada.

Mula mula meh kita buat lauk dia..

Bahan Lauk

Ayam mentah @ ayam siap bergoreng kat pasar raya tu pun boleh    1/4 ayam
Bawang Putih        2 ulas
Halia Muda            1 inci 
Sos Tiram              1 sudu besar
Kicap Pekat          1 sudu kecil
Kicap Manis          1 sudu kecil
Lada Hitam            guna jerr serbuk lada hitam ajishio..taburkan sedikit
Cendawan butang hitam  ..jenis yang besar tu @ yang kering kita rendam dulu sehingga kembang
Tepung Jagung       1 sudu kecil bancuh dengan sedikit air
Daun Bawang
Daun Sop
Cili Padi @ Cili Merah hiris

Cara
  1. Kisar bawang putih dan halia,  tumis sehingga wangi.
  2. Masuk ayam dan sedikit air ..tunggu sehingga ayam masak (ayam goreng tu takyah laa tunggu hingga masak sebab dah siap masak)
  3. Baru masukkan sos tiram, kicap pekat , kicap manis dan serbuk lada hitam dan tambah sedikit lagi air
  4. Diikuti dengan cendawan dan tunggu sehingga kuah mengelegak
  5. Masuk adunan tepung jagung dan tunggu kuah kelihatan pekat
  6. Jika kamu suka boleh masukkan sedikit minyak bijan..tetapi tak masuk pun tak apa\
Cara Masak Nasi Claypot

Periuk Tanah
Beras       1 cawan
  1. Masak macam biasa....tunggu sehingga nasi masak.  Bila nasi dah masak tuangkan lauk tadi dan masakkan balik..pastikan tutup balik periuk tu..guna api perlahan.  Atau masak nasi guna rice cooker biasa dan masukkan sejumlah nasi panas ke dalam periuk tanah dan letak lauk atasnya dan masak kembali..
  2. Tunggu di dalam 10 minit,  kita angkat dan tabur daun bawang, daun sop dan cili yang telah dihiris
  3. Makan ketika masih panas..


PIZZA ROTI

guna roti john

roti paun biasa
potong dua dan kita boleh mula buat pizza
Jika tidak pandai nak buat doh pizza kita boleh guna roti biasa sebagai asas.  Selain roti john, roti paun biasa kita juga boleh guna roti burger atau roti arab yang banyak di pasaran.  Apa yang penting kena ada bahan yang cukup supaya pizza homemade kita sedap dimakan.

Bahan

Roti (apa saja jenis janji kosong dan tawar)
Hotdog @ burger @ udang @ sotong @ isi ayam yang siap dimasak dengan minyak sedikit jerr
* pilih lerr mana yang kita suka; lepas tu potong ikut suka
Tomato hiris nipis
Rempah Pizza (ada jual di Tesco)
Cheese (apa saja jenis..kalau yang jenis keras kita sagat dan tabur atas roti,  jika bentuk keping kita potong kecil kecil dan tabur rata atas topping..guna dia selain menaikkan rasa cheese dapat mengikat topping supaya tidak jatuh berderai.
Bawang besar hiris nipis
Bawang Putih cincang
Marjerin
Tomato @ Cili Sos

Cara
  1. Mula mula roti tu kita sapu dengan marjerin nipis nipis.  Lepas tu sapu sos pilihan,  sapu rata rata.  
  2. Tabur bawang putih dan susun bawang besar
  3. Susun topping pilihan dan tomato
  4. Tabur Cheese sehingga menutupi topping
  5. Last tabur rempah pizza...pizza akan jadi sangat wangi
  6. Bakar sehingga cheese cair dan topping kelihatan masak
  7. Hidang panas panas..sedap nyerr..

ROTI HAMPIR EXPIRED..JANGAN MEMBAZIR

Pernah tak terjadi dekat rumah kau orang bila dah beli roti lepas tu roti tu tak dimakan habis.  Akhirnya tiba saat nak expired kau orang bengang lalu buangkan di dalam tong sampah..ha'a..tak mo camtu..tak mo camtu..apa kata kita olah kasi roti tu jadi produk lain..bukan sahaja sedap malah tahan lebih lama lagi..
pelbagai jenis roti..semua boleh kita olah balik
Idea buat talam roti tu biasa laa...tetapi kuih camni tak tahan lama...tetapi kalau kita bakar..roti akan bertukar menjadi biskut roti..bukan tahan sehari dua malah berminggu minggu.  Di rumah mama kalau buat cam gini tak sempat nak simpan..buat pagi petang dah tinggal abuk jerr..
 
potong ikut suka..kalau rajin tekap dengan acuan pelbagai bentuk
lepas tu kita sapu marjerin dan tabur gula
bakar sampai garing..guna oven biasa tauu bukan toster roti biasa tu
Kalau Tesco Extra dekat dengan rumah rajin rajin laa pi melawat selepas pukul 9 malam sebab mereka suka  buat sale untuk menghabiskan produk yang hampir expired terutama roti dan kek...Oh yerr kek pun boleh kita olah jadi biskut..bakar jerr sampai garing.

Kalau kat Giant mereka akan bakar sendiri dan jual dengan harga yang murah terutamanya kek tetapi roti yang telah dibakar semula harganya tetap maintain..jadi baik buat sendiri..

GULAI TANGKI DIAN @ BUNGA DURIAN

tangki dian digulai dengan ikan parang pastu dihias dengan cili merah dan terung bulat

tangki dian atau bunga durian yang telah siap diolah

Mama ada entry pasal bunga durian ni di dalam artikel Hidangan Istimewa Negeri Melaka,  tetapi saja jerr buat lagi sebab terliur nengok gulai kat atas.  Gambar ni mama ambil dari seorang saudara..alaa rindunya nak makan gulai tangki dian...(bunga durian)...sape ada jeruk bunga durian..bak sini sikit..

KUIH KERING..KENAL KERR..?

Assalamualaikum semua..salam Maal Hijrah..

Kenal tak kuih ni..?


Haa ini laa Kuih Kering atau orang kampung mama panggil..Kuih Koghing..bunyi nogori laa.  Teringat dahulu arwah mak selalu guna telor itik..ambil kuning dia jerr pastu digaul dengan tepung pulut.  Bila dah siap cantik jadi doh mak akan biarkan doh tu diperam atau dikembangkan dalam 2 ke 3 jam.

Mak akan guna minyak kelapa buatan sendiri untuk mengoreng kuih ni.  Masa tu mak guna dapur minyak tanah jerr.  Sambil sambil memanaskan minyak dengan api yang sederhana,  mak akan bentuk bentukkan tepung dengan pelbagai jenis rekaan seperti corak reben, kuih denderam, simpul tali dan macam macam lagi.  Tidak boleh buat tebal tebal,  nipis jerr..lepas tu dia akan goreng dan kembang dekat 10 kali ganda dari size asal.

Toskan minyak dia,  lepas tu mak bungkus di dalam kain putih dan gantung.  Bila hari panas mak jemur sampai kuih tu jadi kering.  Bila dah cukup kering baru mak sira dengan gula macam kita sira kuih gelang tu laa..dan simpan di tempat yang kering..terbaik simpan di dalam kain putih khas dan diikat ditempat tinggi.. supaya sentiasa kering dan berangin..kuih akan lebih tahan  lama..

Rasa dia tersangat laa sedap..lemak lemak manis..peliknya takda pulak bau telor itik tu..memang arwah mak ni handal buat kuih kering tetapi takda sorang pun anak anak dia yang pandai membuatnya..termasuk laa mama sebab masa mak buat kuih ni dulu mama kecil lagi..jadi minat nak belajar dan simpan resepi tu memang takda di dalam kamus fikiran...tahu makan jerr.

Resepi..?.  Mama takda resepi asal dari arwah mak...tetapi kau orang boleh try resepi dari beberapa blog..jadi tak jadi mama tak garenti sebab lain macam bena resepi mereka..tak sama macam mak mama buat..jadi tak berani nak syer kat sini..


Sunday 20 November 2011

TAK MAU GEMOK CAMNI

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatakan Malaysia paling ramai Obes...tetapi taklah seteruk Obes..kat luar negeri...tahap gaban dah nii...sampai nak bergerak pun payah.Alaa takutnya..mama tak nak gemok camni...oh tidak...








Berikut ini daftar negara paling gemuk berdasarkan persentase warga yang memiliki masalah berat badan, seperti dikutip dari Globalpost.


1. Samoa (93,5 persen) 
Negara kepulauan yang juga terletak di Samudra Pasifik ini sebenarnya memiliki tradisi diet yang sehat yakni karbohidrat kompleks yang tinggi serat dan rendah lemak. Namun sejak terjadi migrasi orang asing pada masa Perang Dunia II, diet itu berubah dan menjadikan negara ini sebagai negara tergemuk di dunia.

2. Kiribati (81,5 persen) 
Antara tahun 1964-2001, impor makanan di salah satu negara termiskin di dunia ini meningkat 6 kali lipat. Makanan yang didatangkan dari negara lain umumnya berupa makanan olahan yang banyak mengandung lemak dan tidak sehat. Tak heran negara kepulauan yang terletak di Samudra Pasifik ini menduduki posisi 'runner up' negara paling gemuk di dunia.

3. Amerika Serikat (66,7 persen) 
Sejak tahun 1960-an, 24 persen warga Amerika Serikat sudah mengalami overweight. Kini jumlahnya terus meningkat, hingga 2 dari 3 warganya bisa dikategorikan obesitas. Junk food alias makanan tidak sehat disebut-sebut sebagai pemacu utama kegemukan di Amerika Syarikat

4. Jerman (66,5 persen) 
Tidak terlalu mengejutkan jika Jerman masuk salah satu negara paling gemuk, karena warganya cukup dikenal dengan budaya minum bir dan makan masakan berlemak. Dalam upaya menekan jumlah warga yang gemuk, saat ini pemerintah menyediakan buah dan sayuran sebagai cemilan gratis untuk anak sekoilah di negara tersebut.


5. Mesir (66 persen) 
Jumlah pengidap masalah kegemukan di Mesir meningkat sejak tahun 1980-an. Sejak masa itu, laju pertumbuan penduduk mulai tidak terkendali sehingga pola makan menjadi tidak sehat. Terlebih dalam tradisi sebahagian warganya, perempuan ditabukan untuk berolahraga.



http://nulisalague.files.wordpress.com/2011/03/anak-gemuk.jpg

6. Bosnia-Herzegovina (62,9 persen) 
Masalah kegemukan tidak hanya terjadi di negara-negara dengan penghasilan perkapita relatif tinggi. Buktinya, Bosnia-Herzegovina yang rata-rata penduduknya masih hidup di bawah garis kemiskinan masuk dalam 10 besar negara paling gemuk. Pemicunya antara lain diet yang tidak sehat, ditambah dengan kebiasaan merokok dan minum alkohol.

7. Selandia Baru (62,7 persen) 
Menurut penelitian dari University of Otago, masalah kegemukan di Selandia Baru dipicu oleh kecanduan menonton TV sejak kecil. Di negara ini, masalah kegemukan lebih banyak dipicu karena kurang olahraga dibandingkan karena terlalu banyak makan.
8. Israel (62,9 persen) 
Sebagaimana yang terjadi di beberapa negara maju yang lain, timbunan lemak juga menjadi masalah serius di Israel. Dalam 30 tahun terakhir saja, jumlah penderita obesitas di negara ini sudah meningkat 3 kali lipat.
9. Kroasia (61,4 persen) 
Di negara ini, penyakit kardiovaskular menjadi penyebab kematian terbanyak karena salah satu faktor risikonya adalah kegemukan. Wujud keprihatinan terhadap tingginya angka kegemukan, sebuah badan amal di Kroasia pada mencatatkan rekor pembuatan celana jins terbesar di dunia pada Juni 2010. Ukurannya 6 kalu luas lapangan tenis, dijahit dari 8.023 potong jins yang disumbangkan warga.

10. Inggris (61 persen) 
Cukup masuk akal jika Inggris masuk 10 besar negara dengan rata-rata IMT tertinggi di dunia, sebab di Eropa sendiri gaya hidup warga Inggris termasuk paling jarang berolahraga. Bahkan rekor manusia paling gemuk pernah dipegang seorang pria Inggris dengan berat badan 680 pound (sekitar 308 kg).



sumber :http://cirebonpost.blogspot.com/2011/03/10-negara-dengan-manusia-paling-gemuk.html 



KUCING GUMUK...GERAMNYA...



























KARIPAP CINTA MAMA

sedapnya karipap cinta mama...sila ambil satu..kalau sudi

Bahan Inti

Kentang             1 kg
Kari                    2 senduk
Ikan Bilis             segenggam atau lebih lagi syok..tumbuk halus
Bawang besar     2 biji di dadu
Daun Kari           1 tangkai

Tumis daun kari dan diikuti bawang, kari dan ikan bilis.  Tumis sampai wangi dan garing masuk air di dalam 1 cawan.  Masuk kentang..masak sampai kentang empuk...jangan lupa digaramkan yerr..sejukkan.

Kulit Pastry

Tepung       1 kg
Marjerin     1 senduk 
Minyak        1/2 senduk
Garam       secukup rasa
Air             secukupnya

Panaskan Marjerin dan Minyak...hingga marjerin cair.  Lepas tu gaulkan bersama tepung hingga rata.  Sediakan air di dalam anggaran 1 mug dahulu..campur garam...masukkan ke dalam doh..uli sehingga boleh dibentuk..kalau masih berderai tepungnya sila tambah air sedikit sedikit sehingga mendapat doh yang licin dan sedikit keras..supaya karipap tidak menjadi lembik ketika menunggu waktu untuk mengoreng..selain dari itu doh yang keras..kulit karipap akan menjadi garing dan ranggup..pastikan guna api perlahan..

Pandai ker kau orang mengelim karipap ni..tak tahu..? beli jerr acuan yang melambak di pasaran..






TAPAI...JOM TRY

Siapa siapa yang ada diabetis dinasihatkan supaya jangan makan tapai berlebihan..sebab kandungan gula di dalam tapai sangat tinggi..seketul cukup lerr..

Kalau suka nak buat sendiri..mai mama kongsi resepi mama ni haa...takda petua petua..just do it dan jangan lupa awali dengan Bismillah...dan selawat lerr bebanyak di dalam hati sambil doa doa semoga tapai kita tak buat perangai..

Bukan apa teringat semasa kecik kecik dulu mak mama mesti buat tapai time orang dah lena tidor...katanya nak buat tapai diri kena bersih, mulut kena jaga..tak boleh ada anasir anasir mulut jahat menegur atau menyebut perkara perkara yang tidak elok..takut menjejaskan tapai itu nanti...wallahualam

rendam pulut di dalam 1/2 hari...pastu kukus hingga  naik wap...angkat tutup kukusan kemudian kita
tabur air di dalam anggaran 1 cawan.  tutup balik dan kukus hingga masak
angkat dan sejukkan
ragi madu..kecil sebesar duit 20 sen..1 biji untuk 1 kg pulut
ragi size besar ni sesuai untuk 3 kg pulut...tetapi adalah dinasihatkan guna
ragi madu..InsyaAllah

fesyen moden..isi jerr di dalam bekas plastik..

Bahan

Pulut              1 kg
Ragi               1 ketul
Gula               1 sudu
Air                  1 mug

Cara
  1. Sejukkan pulut dahulu..taburkan air sedikit sedikit dan ratakan..habiskan air itu
  2. Hancurkan ragi sehingga halus dan gaul dengan gula
  3. Tabur atas pulut...gaul rata
  4. Isi di dalam bekas...simpan di dalam tupperware besar.  Tutup dan balut dengan kain batik..simpan di tempat hangat..contohnya di bawah katil.  Selepas 24 jam @ 40 jam...sila nikmati tapai buatan sendiri..


JOM MENCANAI ROTI CANAI

Biasalah musim cuti..anak anak sentiasa ada di rumah..jawabnya kena sediakan stok makanan banyak banyak supaya mereka tak merengek..lapar lapar lapar...penat nak masak jerr..satu tip yang mama boleh bagi kepada para ibu kat luar sana...mari menguli roti canai segera dan buat banyak banyak..boleh simpan di dalam peti sejuk dan tahan berminggu minggu..bukan sahaja menjimatkan wang malah tenaga...bila mereka lapar kita suruh goreng sendiri..hehehe


Camni laa rupa tepung dah siap diuli dan dibentuk bulat bulat. Doh kena kembangkan dalam 1/2 hari untuk mendapatkan hasil doh yang lembut dan mudah ditebar.


Mama tebar atas dulang jerr..takda laa tebar cam mamak kedai..tepek tepek sampai nipis pastu tarik kasi lebar....kena berlatih sampai expert


Dah tebar pastu kita kumpulkan dan gulung seperti adegan di bawah


Satu gulung ke kiri dan satu gulung ke arah kanan..


Temukan keduanya dan inilah hasil dia...lepas tu biarkan di dalam 15 minit...bolehlah kita tepek sampai nipis...goreng dengan minyak sedikit..jika mahu makan dengan segera..


Jika mahu menjadikan makanan frozen..letak jer atas kuali sekejap sehingga tepung kelihatan masak..angkat.  Sejukkan dahulu baru simpan di dalam peti ais...aras bawah pun takpa..tahan berminggu minggu..nak tahan lama lagi...simpan tempat beku..pastikan dibungkus rapi supaya tak terkena air.


Roti canai mama yang dah siap separuh masak...cik princess sibuk nak enter frame...



RESEPI ROTI CANAI

Tepung Gandum       1 kg
Telor                          1 biji
Susu manis                1 sudu besar   (susu tepung pun boleh...campur dengan sesudu gula)
Air                             Secukupnya...dinasihatkan mula dengan 1 mug..dan 1 mug lagi standby
Garam                      Secukup rasa..campur di dalam air dari mug yang pertama sahaja
Marjerin                    Tiada sukatan...untuk salut doh nanti
Minyak                      Untuk rendam doh yang dah siap disalut dengan marjerin

Cara
  1. Bancuh air bersama telor, garam dan susu....di dalam mug yang pertama sahaja. 1 mug lagi standby untuk menghasilkan doh yang lembut dan mudah kita nak bentuk dia nanti..
  2. Tuang atas tepung dan uli rata...jika kurang lembut masukkan air dari mug kedua sedikit demi sedikit sehingga kita mendapat hasil doh yang lembut dan halus
  3. Bahagikan beberapa bahagian..selalunya sekilo tepung mama dapat di dalam 22 biji..bergantung besar mana kita nak..lepastu bentukkan macam kita nak buat pau..
  4. Salut doh dengan marjerin sebiji sebiji dan susun di dalam mangkuk.  Tuang minyak hingga menutup 3/4 doh tadi..perap di dalam 1/2 hari @ 6 jam..lebih 6 jam pun tak apa sebab kita dah salut dia dengan lemak jadi anasir luar payah nak rosakkan doh.  Tutup lerr supaya tak diberak cicak..hehehe
  5. Pastu tebar....goreng dan cicah dengan kuah kari, dal, gula, susu..atau apa sahaja yang kita suka










Tuesday 15 November 2011

APA ITU NOZZLE


Assalamualaikum....

Kali ini mama nak syer dengan kau orang tentang nozzle...apa itu nozzle..?  alaa..kon besi atau plastik yang bercorak corak ujung dia tu...nah..antara koleksi nozzle asas yang mama tahu..setiap satu harga dia lebih kurang RM 4.90...satu set..pun ada...

Guna dia dah tentulaa untuk deko kek dan muffin...

nozzle dan hasilnya..;

Nozzle bulat (round tips). 

Saiz dia ada daripada yang sebesar-besarnya sampai lah yang sekecik-keciknya. Saiz paling kecik - 0. Nozzle ni bleh buat macam-macam hiasan daripada garisan biasa, dot-dot, bunga, tulisan dan macam-macam lagi. 



BINTANG (star). 

Nampak tak bentuk bintang yang terbuka atau ternganga ini.   Selalunya nozzle bintang ni digunakan untuk buat borders kat atas dan tepi. 




bawah ni pulak jenis bintang tertutup...




Ni hasil-hasil yang boleh kita buat guna bintang tertutup ....coraknya lebih kurang jer kann...tapi lebih halus.


Nozzle yang ketiga - kelopak bunga 

Kita boleh buat macam-macam jenih bunga guna nozzle ni terutamanya rose laaa. Macam kat atas cupcake tu..bunga nozzle laa tu..tapi mama beli yang dah siap jerr..bunga ready made..hehehe



Nozzle yang keempat BASKET WAVE

Ni contoh nozzle basket wave dan hasilnya. Selalu dia orang guna nozzle ni untuk buat corak bakul kat kek.






Yang kelima plak ialah nozzle daun. 

Untuk buat daun laa...Contoh hasil dan nozzle daun....



Ni la saja sedikit sebanyak ilmu yang boleh kita kongsi bersama....lain lain korang kena pi kelas kalau banyak duit laa..RM 350 - 400... kena ada.

Kalau takda...pandai pandai laa berlatih sendiri kat rumah macam mama buat..hehehe..jimat jimat jimat..