Monday 16 December 2013

MEE REBUS AKUMAMA

Assalamualaikum wbkt..

Dalam banyak banyak resepi yang mama kongsi, terlupa pula mama nak syer satu resepi yang juga menjadi kegemaran keluarga mama.  Mama panggil Mee Rebus sebab rupa dan rasa pun ala ala Mee Rebus kat Jalan Masjid India..masa tahun 90 an,  kedai Pak Cik yang jual mee rebus tu terletak kat belakang Klinik Sachdev, Jalan Tuanku Abdul Rahman tetapi sekarang dah pindah kat belakang bangunan Haniffa Textille..tak salah mama laa..dah lama benar tak turun KL..nama kedai pun lupa..tapi sangat popular kat kawasan itu...jadi nak lepas rindu mama cuba cuba laa buat, menjadi la juga tetapi tak 100%..yang penting tetap sedap..nyum nyum nyum..


versi mee rebus pak cik tu..Pak Rosli Mee Rebus rupanya

VERSI RESEPI MEE REBUS AKUMAMA

Bahan Mee

Mee Kuning direbus dan cuci dengan air paip supaya terlerai cantik
Telor Rebus
Tauhu Goreng dipotong dadu
Timun dihiris halus
Tauge dicelur
Cili Hijau dihiris 
Daun Bawang dan Daun Sop dihiris
Bawang Goreng
Limau Kasturi untuk perahan terakhir masa nak makan (option)


Bahan Kuah Mee Rebus

Keledek kuning atau putih       1 kg rebus sampai empuk

buang urat dia jika ada, lepas tu blander dengan air hingga hancur

Bawang Merah       5 ulas @ bawang besar 1 biji
Bawang Putih        5 ulas
Cili Blander           1 senduk
Rempah Kari         1/2 senduk
Gula Merah           ikut manis yang kita mahu, gula biasa pun boleh
Taucu                  1 sudu besar...blander (tak masuk pun tak apa)

Blander bawang dan campur bawang, cili dan rempah kari.  Tumis hingga naik bau, masukkan keledek yang telah diblander tadi. Kalau pekat sangat, tambah air.  Masuk gula dan garam secukupnya...lagi manis lagi sedap....Taucu sebagai penambah rasa..kalau tak suka tak payah letak..

Dah mengelegak..masak dah lah tu..

Letak Mee kat dalam mangkuk, tabur semua bahan hiasan kat atas mee.  Letak kuah dan nikmatilaa mee rebus akumama yang tak terdapat di mana mana gerai kat Malaysia ni..heheh













Saturday 7 December 2013

COKODOK KENTANG MAMA

Assalamualaikum wbkt..

Macam rajin jer nak masak..tapi sebenarnya malas nak buat..kalau kau orang rajin cubalaa resepi mama ni yerr... sedap dimakan dikala panas atau dah sejuk..


Bahan Bahan

Tepung Gandum         3 cawan
Ikan Bilis                   1/2 cawan digoreng kilas untuk naikkan rasa dia
Bawang Besar            1 biji dihiris panjang panjang
Cili Padi                    3 biji dihiris halus
Kentang                    3 biji dipotong seperti mancis api
                                  (kasar pun tak apa)
Carrot                       1 biji dipotong seperti mancis api juga
Daun Bawang dan Daun Sop...ikut suka banyak mana nak letak
Air                            1 1/2 cawan atau secukupnya                       
Garam                       secukupnya


Cara
  1. Masukkan semua bahan di atas, gaul dengan tangan sehingga sebati. Calit sikit kat lidah..cukup rasa masinnya..ok..goreng
  2. Enak dimakan dengan cili sos atau dimakan gitu ajer..
lebih kurang cam gini lerr gupa dia..


Thursday 5 December 2013

NASYID MACAM CANTIK JER MACAM COMEL JER

Assalamualaikum wbkt..

Aduhai..dah berakhir rupanya bulan November... Dah seminggu rupanya berada di dalam bulan akhir 2013 ini.. Bagi yang mendapat kesejahteraan sepanjang tahun ini,  syukur dipanjatkan kepada Allah swt yang tidak jemu jemu melimpahkan rahmatnya yang maha luas, bagi yang menerima dugaan dan penderitaan kita doakan supaya mereka tabah dan semoga segalanya akan cepat berakhir dan sinar menanti di hujung jalan..imbuhannya hanya Allah swt jua yang tahu..

Lama betul tak online kat sini... bukan apa,  musim hujan menyebabkan line internet mama ni lemau semacam.  Mood nak menaip pun jadi lemau gak...titun titun titun..uaaargg (menguap) dan lelap depan tv dengan anak anak yang sedang bercuti..

Sesekali on radio dan terdengarlah lagu nasyid ini..Subhanallah..macam best jerr..macam syok jer..macam touching jer..

Saja mama nak kongsi dengan kau orang lirik lagu ini..


PERHATIKAN KEINDAHAN ALAM DAN DIRI
BETAPA AGUNGNYA KUASA ILAHI
HEBATNYA DIA YANG MAHA PENCIPTA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR

KECANTIKAN KEINDAHAN YANG DIBERI
HANYA PINJAMAN SEMENTARA
SEBAGAI UJIAN UNTUK KITA
APAKAH BERSYUKUR ATAU SEBALIKNYA

MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
SEMUA CIPTAAN ALLAH
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
SEGALA PUJIAN KEMBALI PADA-NYA

MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
INDAHNYA TUHAN CIPTAKAN KITA
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
AJAIBNYA ALAM SEMESTA

RAP:

Sesama kita jangan mengata, usah menghina kelak sama tarafnya
Janganlah pula meletakkan diri yang mulia ini pada tahap yang rendah
Menjadi fitnah, kita ada maruah, kita punya amanah
Cantikkan akhlak comelkan peribadi
Ia pemikat hati, ia hiasan diri
Kembalilah kita kepada fitrah kejadian
Keindahan alam dan diri sempurna ciptaan Yang Maha Esa.

BERSYUKURLAH KITA DENGAN NIKMAT-NYA

nyanyian Amar


Kat bawah ni video klip dia..




Thursday 14 November 2013

ANAK TAK CEMERLANG UPSR

Assalamualaikum wbkt..

Huhu..lepas seksa rasanya selepas mendapat keputusan peperiksaan UPSR tadikan.. Macam laa dia yang ambil periksa.. yang berhempas pulas belajar dan menjawab kertas periksa si anak kecil yang masih tercari cari di mana bumi nak di pijak..di mana langit hendak di junjung..

Harapan si ibu bapa setinggi gunung..macam laa anak tu hancur lebur hidupnya kalau tak dapat straight A kann.. Alahai..ibu..alahai bapa... masih jauh lagi langkah anak itu nak berjalan dan mendaki... masih banyak lagi pintu pintu kejayaan menanti di hadapan..menanti untuk dibuka.. 

Usah dilukai hati anak yang tidak dapat memenuhi naluri bangga diri yang ada di dalam hati.. Pupuk anak ini supaya tidak jatuh saham motivasi yang ada di dalam diri.  Berikan keyakinan walau tidak cemerlang mana..berikan imbuhan walau sekadar satu saja abjad A di dalam slip keputusan peperiksaannya.. doakan supaya anak ini diberi peluang untuk berjaya.. paling tidak menjadi manusia yang hebat di sisi tuhannya...




Sunday 3 November 2013

1435 HIJRIYAH

Assalamualaikum wbkt..

Terasa pantas masa berlalu, 1434 hijriyah mula menapak pergi meninggalkan kita.  Perubahan apakah yang kita buat untuk menjadi muslim muslimah sejati, apakah cita cita dan harapan di tahun 1435 hijriyah yang bakal menjelma..?  Mama doakan semoga Allah swt memberi kekuatan kepada kita semua supaya istiqamah di dalam setiap ibadah..


Monday 28 October 2013

TETIBA TERINGAT PEPATUNG

Assalamualaikum wbkt..

Selepas makan tengahari tadi, mama tonton rancangan Discovery Channel berkenaan dengan Pepatung atau orang putih panggil Dragon Fly..

Oh yerr..baru mama teringat akan kewujudan haiwan kecil yang seakan akan helikopter nii..


Barulah mama tahu kenapa payah nak jumpa dah haiwan yang bergetar getar bila dipegang ini.. Rupa rupanya dia hidup berdekatan dengan air sungai, tasik, kolam atau sawah..sebab mereka bertelor dan menetas kat dalam air..

Masa kecil dahulu, mama suka sangat tangkap pepatung, seronok tengok dia mengibas sayapnya dengan laju dan getarannya sangat kuat hingga kita tak sanggup nak pegang dia lama lama..

Kat pekan mana ada pepatung..al maklumlaa..sungai jauh dari rumah..bila balik kampung pun payah nak jumpa sebab sawah dah kering, sungai pulak jauh dari rumah..jadi nak tengok pepatung kena selak album cik google..macam macam rupa ada..tapi takda getar..takda bunyi..







Sunday 27 October 2013

BUDGET 2014

Assalamualaikum wbkt semua..

Seronok ke dengar pembentangan budget 2014 PM kita tuu..? Sebenarnya mama tak tahu sepatah haram ape cer nya budget 2014..cuba cuba baca kat laman sesawang..buka macam macam blog tapi macam tak faham gak..

Takda mood nak ambil tahu..letih amat sebab berturut turut ada majlis untuk dibantu..

Tapi pasang telinga gak takkala ramai yang tak puas hati...katanya nak bagi BRIM empat angka tapi tak pun..tambah ciput jerr, sebab GST, penghapusan subsidi dan kenaikan harga gula..kengkonon boleh mengurangkan kadar kencing manis kat Malaysia ni..

Tapi seingat mama tiap kali harga gula dinaikkan, itu jer idea meka..boleh turunkan bilangan pesakit kencing manis...eehh..iyerr kerr boleh kurangkan..samer jerr..makin tinggi kot..

Ahh..malas nyer nak ambil tahu..nanti laa..dah ada mood baru study pasal budget 2014..


Tuesday 22 October 2013

ROJAK PILAH..KENAPA KAU BERUBAH..?

Assalamualaikum wbkt..

Sesiapa yang tak tahu tentang Rojak Pilah tentu mereka bukan orang Kuala Pilah, Negeri Sembilan.  Hanya orang Kuala Pilah jer yang tahu tentang Rojak Pilah..

Tidak lengkap balik ke kampung kalau tak ke pekan Kuala Pilah semata mata nak melepas rindu dengan Rojak Pilah yang terletak di belakang Pasar Besar Kuala Pilah..

Walaupun mama hanya berpengalaman hampir 17 tahun menikmati Rojak Pilah, mama dapat mengesan akan perubahan resepi Rojak Pilah milik keluarga Pak Ibrahim ini..

Opss...En Hubby mama telah menikmati rojak ini sejak kecil lagi...lebih 40 tahun lamanya..dia pun beranggapan begitu..

Mama rasa elok anak anaknya yang mewarisi kedai tersebut meneruskan resepi lama..sebab resepi ayahbonda mereka sangat sedap berbanding dengan sekarang..seperti kurang lemak, kurang manis dan ape yerr..tentu mereka sendiri tahu..apa bahan yang telah mereka ubah atau kurangkan...








JOGET LAMBAK HAMPEH

Assalamualaikum wbkt..

Baru baru ni jiran mama menyambut sulung menantu.  Sebagai jiran yang baik, sudah tentu segala tenaga dikongsikan bersama untuk menjayakan majlis yang akan dikenang sepanjang hayat.  Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar sehinggalah pada hari langsung...

Malamnya tuan rumah telah menjemput kumpulan tah mana punya band muzik..mama kurang pasti atau malas nak ambil tahu.. bagi mama..biar laa..asal tidak mengundang maksiat..sekadar seronok sesama anak beranak depa..macam yang lepas lepas..kami sekadar menonton dan ketawa melihat telatah jiran bersama keluarga mereka melepas stress selepas penat menguruskan majlis..faham faham jerr laa..

Selepas Isyak, berlentung lentung muzik live dimainkan. Encik Hubby sibuk ajak mama tengok konsert live + free, tapi ada movie lagi best kat tv..mama kata tunggu movie habis dahulu..anak anak mama pun macam tak minat nak pergi tinjau..sama sama melopong depan tv..

Usai movie mama pun menurut Encik hubby yang dah pergi dahulu menyaksikan persembahan band jemputan tersebut. Bukan jauh pun..selang dua buah rumah jerr..bukan main kuat lagi..

Mama perhatikan kerusi penonton hanya diisi dua tiga orang jerr..yang ramainya kat kumpulan band tersebut..rupa rupanya mereka bawa geng sendiri..dekat dua puluh orang..menari di bawah lampu neon macam orang tak ingat.. baik lelaki mahu pun perempuan..

Aik..!, mana tuan rumah bersama keluarga dia..takda seorang pun yang tampil..sakan sungguh "orang luar" tersebut, dah macam kelab dangdut pulak mama tengok.. baik yang bertudung (hakikatnya baju dan seluar ketat membalut badan), yang dah tua ganyut..rambut mengerbang macam cik ponti, yang berhias macam GRO..mengelip ngelip dan seksi, bapok, jantan miang tak hingat..semua ada..macam berok kena belacan lagaknya..

Meluat betul mama..tekak kembang semacam selepas melihat aksi yang memualkan..mama tinggalkan Encik Hubby yang leka melihat telatah mereka dari belakang pentas..

Sekejap kemudian Encik Hubby balik...ambil bantal..layan tv..kami terlelap tanpa menyedari pukul berapa mereka berhenti..

Esoknya mereka meninggalkan kotak samsu dan sebotol whisky yang masih ada baki..




Thursday 17 October 2013

HELLO..UMURKU MAKIN MENINGKAT

Assalamualaikum wbkt..

Eh!..baru perasan..sehari dua lagi umur mama akan naik lagi satu tingkat..macam naik lift..tahu tahu jer "TING"..dah sampai ke tingkat 43..ish tinggi tu..tapi KLCC 88 tingkat..kot panjang umur boleh sampai kat puncak nun..

Dah terbiasa dengan panggilan, mak cik, untie, cek As tetapi awas bukan nenek atau uwan..tapi lift tetap bergerak ke atas walau tak ditekan butang dia..

Tetap mengharapkan untuk menjejak puncak tinggi, berhajat melihat anak berkahwin dan menatang cucu di dalam tangan..


AIDIL ADHA YANG DULU BUKAN YANG SEKARANG

Assalamualaikum wbkt..

Usai sudah ibadah korban untuk tahun 2013 ini..kepada yang telah melakukannya dengan ikhlas..alhamdulillah..beruntung sesangat sebab banyak imbuhan dari Nya sedang menanti..

Tahun ini mama tak balik kampung seperti selalu. Mama hanya beraya di rumah mama jerr..maklumlaa cuti sehari jerr..esoknya anak anak kena sekolah sebab peperiksaan akhir tahun masih belum selesai, tetapi Encik Hubby kena balik juga sebab dia AJK surau, jadi banyak tugas sedang menanti dan perlu diselesaikan sepanjang majlis korban di adakan.. Usai majlis tersebut, Encik Hubby bergegas balik semula ke rumah kami sebab dia pun dapat cuti hanya sehari jerr..penat sungguh nampaknya..

Anak anak mama kata.."tak best laa raya haji ni..best lagi raya puasa." Bukan mungkin lagi tetapi sebabnya ialah tak dapat berziarah ke rumah saudara mara seperti hari raya puasa, tak dapat colect duit raya, tak dapat makan biskut raya pelbagai jenis, tak dapat bertemu kawan kawan terdiri dari sepupu sepapat yang jauh dan yang dekat..dan banyak lagi perkara "tak dapat"..ianya telah membudaya di dalam masyarakat kita..dan mama tidak terkecuali..bukan lupa tetapi terikut rentak semasa masyarakat sekeliling..

Terkenang kenang semasa arwah mak dan abah mama masih ada, walaupun raya haji..kami tetap menyambutnya seperti hari raya puasa.. Bezanya disambut meriah hanya pada hari raya pertama dan kedua sahaja.  Kami tetap berkumpul adik beradik, bersalaman dan bermaaf maafan. Selepas sembahyang raya, kami akan menziarah saudara mara. Ianya menjadi kewajipan yang sukar untuk ditinggalkan..Sepanjang hari menikmati pelbagai hidangan hari raya di rumah saudara mara dan opss..anak anak kecil tetap dapat duit raya walau hari raya haji..masa itu takda laa si pemberi berkira kira ni raya haji..takda duit raya seperti pendapat sekarang..

Ziarah kami dibalas pula oleh saudara mara.  Datang bersilih ganti pada petang harinya sampai ke malam..maklumlaa..cuti sehari dua jerr..masing masing mengejar masa yang ada ketika berada di kampung..

Lemang dan rendang satu kemestian disamping tapai sebagai desert yang amat digilai oleh kami sekeluarga. Kuih muih jangan cerita, semuanya ada tetapi terdiri dari jenis kuih lama seperti kuih denderam, dodol, wajik, kuih kering, kuih karas, kerepek dan bahulu dan beberapa jenis lagi yang mama lupa namanya..bukan kat rumah mama jerr..nak dikatakan sekampung begitu adatnya..






Thursday 19 September 2013

KACANG PANGGANG BERSAMA ROTI

Assalamualaikum wbkt..

Encik Hubby mama suka sangat kalau dapat makan roti dengan kacang panggang ni..sampai tak hinggat nak makan nasi..

Sebab tulaa kat dalam stok makanan mesti sentiasa ada kacang panggang segera takkala dia sesangat teringin nak makan roti dengan kacang panggang..tapi bukan main colek gitu jerr..ada caranya..


salah satu produk kacang panggang..tapi mama guna produk tesco..murah dan sedap gak

pinjam gambar tapi serupa gini laa bila dah olah ikut selera mama dan encik hubby 

roti jangan dilupa takkala menyediakan kacang panggang
Bahan

Kacang Panggang           1 tin
Bawang Besar                1 biji
Cili Hijau atau Merah      1 biji
Telor                            1 biji
Cili Sos                         1 senduk besar
Mentega                       1 senduk  (minyak biasa pun boleh)

Cara
  1. Hiris bawang besar dan cili halus halus. Panaskan mentega dan tumis bawang dan cili tadi
  2. Bila dah kelihatan garing, masukkan kacang panggang dan digaul rata ketepikan disisi kuali, pecah telor dan godak godak hingga masak barulaa digaulkan semula dengan kacang tadi.
  3. Masuk cili sos..dahh..siap..
  4. Sangat sesuai dihidang ketika lapar..heheh..sebenarnya sesuai untuk sarapan pagi tetapi kat rumah mama bila bila masa pun boleh..







SAMBAL TUMIS HOTDOG

Assalamualaikum wbkt..

Yeahh..line internet mama hari ini sangat mesra alam, dapatlaa meng update blog mama yang semakin lemau..

Hari ini mama nak kongsi satu resepi kegemaran anak anak mama, hari hari pun tak apa..katanya..


Bahan

Hotdog            1 pkt ..apa jenis pun tak kisah
Cili Kisar          1 senduk
Bawang Besar   sebiji
Bawang Putih   3 ulas
Cili Sos
Gula

Cara

  1. Potong hotdog ikut bagaimana kita suka, goreng hingga garing
  2. Bawang besar dan bawang putih dikisar dan digaul bersama cili
  3. Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing, masuk cili sos dan sedikit gula..opss..jangan lupa rasa kemasinan dia..jika tak cukup tambah yerr..
  4. Akhir sekali masukkan hotdog tadi, gaul mesra..dahh..siap..
  5. Kalau kamu suka boleh ditambah dengan bawang besar dipotong bulat..





Tuesday 17 September 2013

SAMBAL GORENG TAHAN LAMA



Assalamualaikum wbkt..

Kali ini mama nak kongsi resepi sambal goreng istimewa, bukan sahaja sedap malah tahan berminggu.  Sangat dianjurkan kepada sesiapa yang masih belajar dan duduk makan pakai guna duit sendiri..kira boleh jimat duit laa..maklumlaa pelajar mana laa ada duit income..harap mak ayah yang kasi..

Tiap kali balik rumah minta laa mak masakkan atau diri sendiri turun padang untuk buat bekalan stok lauk "sambal goreng" sepanjang berada di perantauan..

boleh juga dicampur dengan kacang tanah goreng..meletop

Bahan bahan

Cili Kering                 250 grm
Bawang Ros            1 kg (bawang besar pun boleh tapi lama nak kering)
Bawang Putih            2 biji labu
Ikan Bilis                  1/2 kg

bahan ikut suka berapa nak letak;

Garam
Gula
Asam Keping

Cara

  1. Goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan
  2. Blander cili kering bersama bawang ros dan bawang putih. Boleh juga digantikan dengan bawang besar tetapi lambat laa nak tunggu sambal menjadi garing..lagi satu bawang ros memberi rasa yang sangat istimewa kepada sambal goreng tersebut..
  3. Panaskan minyak, tumis cili dan bawang tadi hingga kering dan masukkan gula, garam dan asam keping tadi.. dan kacau sehingga sambal menjadi garing..barulaa dimasukkan ikan bilis tadi..
  4. Gaul rata dan tutup api..sejukkan.  Baru simpan dalam bekas kedap udara untuk mempertahankan kerangupan ikan bilis tersebut..
Haa..lepas ni modalkan duit untuk masak nasi atau nasi putih jerr...layan dengan ulam berbeza pada setiap hari, seperti dengan timun, tomato, ceylon, penganga, kubis atau dia aje..masih berkhasiat kan...takda laa nak melantak maggi hari hari..boleh gugur rambut..

Sebenarnya bukan untuk pelajar jer..kaum ibu yang sibuk bekerja juga digalakkan untuk membuatnya dan simpan kat rumah...bila suami dan anak anak lapar..pandai pandailaa dia orang nak masak nasi, goreng telor..tak pun layan dengan roti..sedap amat..


BONGSU LADO

Assalamualaikum wbkt..

Tetiba jer mama teringat istilah "bongsu lado" yang sering diguna pakai oleh orang tua kat kampung mama satu masa dahulu..

Masa tu kecil lagi jadi tak berapa nak faham maksud mereka tetapi setiap kali dikatakan .."anak bongsu kau ke ni jah..?" "haah" "anak bongsu lado la ni yoo.." jawab ni penanya dengan hilai tawa jiran tetangga apabila mendengar istilah atau perkataan tersebut..

Ada sapa sapa yang tahu akan maksud sebenar istilah tersebut..harap dapat syer kat sini...  terima kasih..


Sunday 1 September 2013

SOTO ISTIMEWA DARI SINGAPURA

Assalamualaikum wbkt...

Jangan kata mama malas dah nak update blog...line internet mama memang dengki gila ngan mama kot.  Baru hari ini dapat sign in..itu pun kena tunggu lama..cehh betul..

Bila ada rezeki macam ini barulaa dapat melepas gian mengetuk ngetuk papan kekunci yang menjadi aktiviti senaman jejari mama yang gebu mongel ni haa..tu sebab maintain runcing walau badan kuang kuang kuang...heheh..

Hari ini mama nak syer satu resepi dari jiran mama kat sebelah rumah.  Masa raya hari itu dia masak mee soto tapi lain dari yang lain..lain guana itu..?

Lain sebab soto dia tak guna sop biasa kita buat tu laa..dia guna kuah kurma, tapi style sama macam soto biasa..ada sambal kicap bagai...

Mama suka tapi tak tahu laa dengan kau orang..tetapi kalau nak mencuba kelainan..sila laa yerr..

Sorry gambar takda...


Bahan Bahan Hiasan

Mee Kuning atau Mee Hoon      1 kg
Sawi                                     1 ikat
Tauge                                   RM 1.00
Daun Bawang/Sop                   RM 1.00
Cili Potong
Limau
Bawang Goreng
Sambal Kicap

Bahan Kuah

Ayam                          1/2 ekor
Fish Ball                     1 pkt
Fish Cake                    1 pkt
Rempah Kurma            1 senduk
Bawang Besar             1 biji
Bawang Putih              3 ulas
Halia                          2 inci
Santan                       1 biji kelapa

Cara

1. Blander bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis bersama dengan rempah kurma hingga wangi.  Masuk ayam yang telah dipotong kecil dan biarkan kecut sekejap. Masuk sedikit air dan letak fish ball dan fish cake tadi. Tunggu hingga kelihatan kembang baru masuk santan, banyak mana dan pekat bagaimana..terpulang kat kita yerr..pastu letak garam secukup rasa.  Nak sedap lagi tambah serbuk perasa...kalau suka..

2. Celor mee, tauge dan sawi. Letak dalam mangkuk dan hias atasnya dengan sawi dan lain lain tu yer..tuang kuah soto kurma tu..haa jangan lupa sambal kicap dia untuk rasa yang sangat mengancam..

Sambal Kicap

Cili Padi          1 genggam atau lebih
Bawang Putih  3 ulas
Gula               1 sudu kecil
Garam            1 sudu kecil
Kicap             ikut banyak mana kita suka..
Asam Limau







Friday 23 August 2013

MAKAN BERPADA PADA DI MUSIM PERAYAAN

Assalamualaikum wbkt..

Bila tiba musim perayaan, istilah rumah terbuka bukanlah sesuatu yang baru bagi kita.  Ianya telah menjadi satu perkongsian budaya kepada semua bangsa tak kira agama di Malaysia ini. Memang menyeronokkan sebab hari hari makan sedap dan paling mengujakan ialah tak payah nak masak dan sudah tentu duit poket dapat dijimatkan..al maklumlaa..selepas beraya sakan dan lebih lagi bila kala gaji lambat lagi..yer tak..?

Tetapi beringat ingat kala menjamu selera sebab kadar kematian yang tinggi di negara kita adalah disebabkan oleh makanan.   Betul...darah tinggi, kencing manis, sakit jantung..tiga serangkai ini adalah musuh dalam selimut yang akan menyerang kita bila bila masa....kalau tidak menjaga pemakanan kita terutama di hari perayaan di mana kala ini laa kita akan menambah garam, gula, kolesterol dan bahan perasa di dalam badan dan salur darah secara berlebihan.  Kalau hari hari begini selama 30 hari, pergg...kesian segala sistem di dalam badan..


Saturday 17 August 2013

UCAPAN HARI RAYA 2013

Assalamualaikum wbkt..

Pergh...tersangat sibuk sampaikan dah berminggu minggu tak melayari internet...



Apa khabar semua..? Selamat Hari Raya..maaf zahir dan batin yang tak terhingga dari mama..bagi yang mengenali, mama menyusun jari seandainya sepanjang mengenali mama ada yang terkecil hati...al maklumlaa kita manusia biasa..semoga Allah swt mengampuni segala dosa yang telah kita lakukan dan menempatkan kita dikalangan insan yang dirahmati dan diberkati..

Terima kasih hubby kerana memahami..hari raya pertama tetap di MT..terima kasih juga kerana sudi mengunjungi ayahanda dan bonda walau tiada wajah terjumpa..

Photo: Mungkin ini dinamakan cinta sejati , menemani suami ssmpai ke liang lahat dan mungkin bersama di syurga. Amin . Al-fatihah idris & lijah.
rumah ayahandabonda tercinta mama

Seperti tahun tahun sebelumnya..inilaa sahaja yang dapat mama lihat..tiada lagi kehangatan tangan ayah dan ibu untuk dicium..semoga Allah swt menempatkan mereka berdua dikalangan orang orang yang berbahagia..Al Fatihah..aaminn..











Thursday 18 July 2013

KLINIK PAKAR WANITA SUKHILMI

Assalamualaikum wbkt..

Saja nak cerita perihal macam mana mama tahu akan kewujudan Dr Sukhilmi dan klinik bersalin dia.  Segalanya bermula pada tahun 2008,  masa tu mama selalu keluar darah walau period dah habis.. Jadi mama pun buat Pap Smear... takut takut ada penyakit yang tidak diingini menghinggap diri..

Macam macam versi mama dengar, ada yang kata sakit, ada yang kata tidak. Tetapi mama kuatkan semangat ajak en. hubby pergi ke Klinik Pakar Wanita Sukhilmi yang ketika itu terletak di rumah kedai belakang pejabat Wanija, Senawang.

Bila tengok nama, macam nama perempuan.  Confident jer mama pergi ke klinik beliau.  Alangkah terkejutnya mama,  rupa rupanya doktor lelaki kauu.. mana mau lari...serah jer diri untuk diperiksa dan mengizinkan beliau membuat pap smear.  Mengigil gigil kepala lutut ketakutan.  Jururawat dia menenangkan mama, katanya tidak sakit. Doktornya pula bukan main lemah lembut dan senyum tak lekang dari bibir dia..

En hubby juga sama sama melihat proses tersebut, macam pelajar perubatan pula en hubby bila si doktor bukan main excited menerangkan satu persatu apa yang dia buat dan begitu begini... kejap jer dah siap dan tak rasa apapun..cuma terasa ada benda mengusik usik pangkal rahim kita...

Selepas seminggu, Dr. Sukhilmi sendiri yang call mama untuk beritahu khabar gembira yang mama sihat sejahtera.  Alhamdulillah..

Selepas berubat cara kampung, keadaan kembali normal..Alhamdulillah sekali lagi..



klinik baru yang terletak di Bandar Baru Senawang
kat sinilaa mama buat ultra sound tu... dan berangan nak bersalin kat sini
tapi tak kesampaian

inilaa dr tu..
Dr. Sukhilmi yang comel dan ramah