MANISNYA ZAMAN ITU

kampung itu sendiri adalah nostalgia
Sejuknya Pagi

"Aaargh...." mama menguap dengan penuh perasaan.  Aduh..sejuknya pagi itu,  liat sungguh urat saraf untuk diluruskan.  Mama tarik selimut warna warni hasil jahitan mak mama,  kain perca yang dicantum cantum lalu dijadikan selimut yang menghangatkan malam mama.


"bangun..bangun...ikut abah pi mandi"  gerak mak lagi sedikit keras.
"Nah..copek"  abah bersuara.  Ahh..suara itu benar benar mematikan ngantuk di mata mama.  Seperti hari hari sebelumnya,  mama lilit selimut warna warni itu ke badan mama dan dengan langkah yang malas mengikut abah dan bang itam, abang yang tua 4 tahun dari mama.

Abah mengikut langkah kami yang berada di hadapan sambil menyuluh jalan menuju ke perigi yang jaraknya antara rumah kami hampir tiga ratus meter.  Sambil dibantu oleh cahaya malap lampu abah, kami tiba di perigi.  Sudah tentu kami menonton abah mandi dahulu sambil duduk mencangkung menghadap ke perigi.  Terlihat kelibat abah di dalam cahaya samar lampu suluh yang sengaja dipasang,  keliling masih gelap kerana azan subuh pun masih belum kedengaran.  Abah mencedok air perigi dan mencurah ke tubuhnya.  Kecebum ..kecebum...ghauuu...seronok juga mendengar bunyi air mencurah ke badan abah.  


"Mat.." abah panggil abang mama dahulu.  Barulah mama tersedar dari lamunan...aduh sejuknya air perigi itu..tentu selepas ini turn mama pulak...ergg...sejuknya angin subuh menyelinap masuk keselimut mama. 

Belum lagi air perigi menyapa kulit mama. Kecebum..kecebum...ghauuu...rasanya baru dua tiga baldi air dicurahkan ke badan bang itam,  terlihat kelibat bang itam mencapai towel miliknya..Ehh..dah sudah...lepas ini turn aku..bisik hati mama.

"Nah.." panggil abah lembut.  Aku seperti biasa faham dan sangat mengerti lalu membuka selimut tadi dan terus merapati abah yang sedang menanti di tepi perigi.  Hanya spander menghiasi diri ketika mandi.  Urggh..sejuk pagi mencucuk cucuk kulit mama.  Tiba tiba ghauuu...ergg...sejuknya air perigi menyapa ria kulit mama.  Sekali lagi terdengar cedukan air di dalam perigi dan ghauu...di atas badan mama.  "Dah"  abah bersuara.  Mama cepat cepat berlari ke atas tebing perigi dan mencapai selimut warna warni mama tadi.  Mama balut balik badan mama dan kehangatan selimut mengurangkan kesejukan.  Berjasa sungguh selimut buatan mak mama tu.  Kami bergerak balik ke rumah setelah abah siap mengambil air sembahyang.  Didahului bang itam, mama dan abah di belakang sambil menyuluh jalan balik ke rumah.

Sampai sahaja kami di rumah, kedengaran azan subuh menandakan waktu subuh sudah masuk.  Abah sibuk di anjung rumah mengenakan kain pelikat dan baju pagoda pudar kesayangannya.  Mama mencapai baju sekolah dan menyarungnya cepat cepat untuk mengurangkan rasa sejuk tadi.  Bang itam dengan dirinya sendiri.  Kedengaran jiran sebelah rumah juga sibuk bersiap untuk ke sekolah, kebetulan mereka sepupu rapat mama.  

Mak mama pula sibuk di dapur menyediakan sarapan pagi.  Selepas menyusun jadual sekolah,  mama dan bang itam akan ke dapur.  Abah dah siap berpakaian kemas untuk pergi kerja.  Kebiasaannya abah akan bersarapankan roti dengan planta disulami dengan telor setengah masak yang akan dititiskan dengan kicap masin.  Mama kurang suka dengan sarapan sebegitu,  mama suka makan nasi sejuk dengan lauk semalam,  tidak pun kalau ada lempeng,  roti canai atau cokodok ikan bilis dipasang pula dengan kopi panas buatan mak..ermmm sedap sangat.

Jam menunjukkan pukul enam tiga puluh pagi,  abah bersiap siap untuk bergerak ke tempat kerja.  Mak bekalkan abah dengan nasi dan lauk di dalam sikin "bekas mangkuk tingkat"  Abah menghulurkan duit belanja seorang dua puluh sen.  Berbunga bunga di hati kerana boleh beli jajan masa balik sekolah nanti.

Abah mama mengunakan basikal untuk ke tempat kerja.  Jaraknya jauh jugalah...lebih kurang tiga ke empat kilometer.  Selepas abah mama bertolak,  giliran mama dengan bang itam pula nak ke sekolah.  Selalunya bang itam pergi dengan sepupu sepupu lelaki,  mama dengan sepupu sepupu perempuan. Jarak rumah dengan sekolah hampir satu kilometer dari rumah,  jadi berjalan kaki bukanlah satu perkara pelik bagi kami. 


Zaman Sekolah

Di sekolah mama,  hanya ada enam kelas sahaja.  Dari darjah satu hingga enam,  jadi pelajarnya tidaklah ramai.  Sampai sekolah selalunya awal,  perkara pertama yang mama akan buat main buaya buaya dengan kawan kawan,  berlari lari memanjat tebing dan menuruni tebing melintasi mangsa yang menjadi buaya jadian..."Kringgggg"..opss..masa dah time...hehe..perbarisanlah apa lagi,  aktiviti hari hari sebelum masuk ke kelas.  


Selepas acara perbarisan barulah kami diizinkan masuk ke dalam kelas masing masing.  Paling mama tidak lupa kena denda dengan cikgu mama,  tak salah mama cikgu halimah.  Waktu pertama pagi itu jatuh kepada cikgu halimah dan entah kenapa tiba tiba perasaan nakal mama timbul.  Ketika murid murid berdiri untuk mengucapkan selamat pagi kepada cikgu,  mama dengan bahagianya telah menarik kerusi seorang kawan di hadapan mama...niatnya sudah tentu untuk menjatuhkan makhluk malang itu.  "terima kasih, duduk"...dan dia pun jatuh bedebub...wuarghhh.....alamak dia menangis, untuk cover malu kot.  Cikgu halimah naik angin dan menuju ke arah makhluk malang itu dan tangan mangsa menuding ke arah mama dengan penuh dendam.

padan muka kena berdiri atas kerusi,  nakal lagi..

"Kenapa..?,  bangun..berdiri atas kerusi sampai habis waktu saya.."  marah cikgu halimah sambil merenung wajah mama dengan serius.  Wahh...tentulah kecut perut mama,  tiba tiba baru mama perasan semua orang memandang mama dengan penuh kehairanan...kenapa erkk..?

Hehehe..mama pun tak tahu kenapa mama buat macam itu,  mama juga dah lupa apa sebabnya,  mungkin balas dendam kot tapi salah time..om puteh kata "wrong time...wrong place..".  Kepada yang empunya diri sorry lerr...budak budak fikiran senteng sikit..

lebih kurang macam nilah bantuan makanan kat sekolah tetapi time tu guna bekas plastik.
"Kringgg"...loceng makan time..yeahhh..makan nasi percuma setiap hari adalah aktiviti yang paling istimewa kat sekolah mama.  Kami akan berebut rebut memilih nasi atau lauk mana yang banyak.  Lauknya takdalah hebat mana,  hanya kangkung goreng dengan cili atau kadang kadang kacang panjang goreng dengan cili.  Hari jumaat barulah ada lauk kurma daging.  Air pulak ..teh o,  rasanya seperti air tadahan atap nipah tapi kami telan juga..budak budak lah katakan.

Balik time adalah masa yang dinanti nantikan.  Sungguh riang rasa hati sambil menarik tangan kawan kawan supaya balik bersama sama.  Sebelum sampai ke rumah kami akan singgah di sebuah kedai yang menjual bermacam jenis jajan.  Mama beli aiskrim malaysia sebatang dan bagi dua dengan sepupu mama,  dia pula beli keropok,  sambil berjalan balik mulut tak berhenti henti mengunyah dan menyedut aiskrim dengan penuh nikmat.


Pondok Pondok

Selepas makan,  tidak sempat sempat hendak menukar baju dan berlari keluar mencari kawan kawan untuk bermain. Paling best tentulah main pondok pondok, jadi mak mak,  masak masak,  mak andam,  pejabat pejabat, konda kondi, congkak, tali skipping dan macam macam lagi tak tersebut di sini.  Belum lagi aktiviti panjat pokok,  baling selipar, perang perang, baling tin, kebanyakannya permainan lelaki tetapi join jugak..lasaklah katakan.


"mak mak tu apa?" haa...masing masing berlagak jadi surirumah,  tulah pasal laa habis bunga keliling rumah kena petik buat sayur mainan.  Mak andam pulak, kami berlagak jadi mak andam dan pengantin,  ada juga berlagak jadi orang kampung untuk menepung tawar. Pejabat pejabat maksudnya berlakon kerja pejabat,  jadi boss, jadi kerani, jadi pelanggan.  Habis bertaburan kertas di serambi rumah mama.  Apalagi, naik angin satu badan lah mak mama melihatnya.  Sappp...satu calit kena di kaki,  takpun sapp kena di tangan..adoii..memang sakit..Wuarghhh...

Mengaji

Kecil kecil dulu mama ni memang malas nak pergi mengaji.  Entah berapa kali asyik kena turun alif ba ta,  mama naik fed up.  Bukan sebab tak pandai mengaji tetapi sebab terlalu lama ponteng jadi kena denda ulang balik..boring.  Sebelum pergi mengaji mama akan pergi rumah sepupu mama dahulu sebab kami memang dah sepakat nak pergi mengaji sama sama.

Sebelum maghrib mama dah pergi ke rumah sepupu mama yang bernama Jiah.  Tetapi kami akan pergi mengaji ke rumah cikgu mengaji bila lepas waktu maghrib sebab Odang (panggilan cikgu mengaji kami) akan menunaikan solat maghrib dahulu barulah kelas akan dimulakan.  Setelah kami rasa Odang dah selesai solat kami akan cepat cepat pergi ke rumahnya supaya kami menjadi orang pertama sampai.  

Bukan niat untuk mendapat tempat pertama menjadi orang pertama untuk mengaji tetapi kami berdua akan menyuruk bawah rumah odang dan menunggu peserta peserta lain yang sudah tentunya akan menjadi mangsa kejahilan kami..hehehe..jahil adab laa tu..budak budak lah katakan.


Sambil menanti mereka semua tiba,  kami akan mengintai di celah celah lantai kayu memerhati gelagat masing masing melabuhkan punggung untuk bersila.  Sambil berpandangan dengan penuh mengerti kami mengeluarkan lidi kelapa (penunjuk bacaan) lalu mencucuk punggung mangsa pilihan..kedengaran "aduh!" bersilih ganti.  Kami berdua menutup mulut menahan ketawa.  

Untuk mengelakkan diri dari di tuduh punya angkara,  mama dengan Jiah menunggu sebentar barulah kami memberi salam..konon kononnya baru sampai.  Apabila tersembul wajah kami di pintu kedengaran tuduhan ragu dari mereka "oo..korang punya kerja ya..?"  kami dengan wajah  selamba berkata.."apa?...kerja apa?"  "Korang cucuk kami tadi kan"  bersuara lagi salah sorang mangsa tanda tidak puas hati.."Eh mana ada..kita orang baru sampai...kan Nah?" Jiah bersuara sambil memandang mama.  Mama mengangguk dengan wajah suci....dalam hati hehehehe.....


Bang itam suka pergi mengaji sorang sorang,  dia tak nak join mama.  Perasan dah besarlah tu tak nak kawan dengan budak perempuan.  Masa balik mengaji pun mama selalu balik sorang sorang,  Jiah hanya menemani mama setengah jalan jer.  Rumah mama terletak di atas bukit,  jadi satu dua tiga...perrrrr.....lari selaju lajunya. Sampai rumah muka pucat lesi kerana kecut perut dan termengah mengah akibat berlari.  Bang itam dah sampai rumah dahulu,  mama takda lah nak marah dia sebab dah biasa kena tinggal lagipun masa tu mama dah tak geng dengan bang itam.  Nak tahu kenapa ?, sebab bang itam ni suka sangat buli mama,  dengki agaknya sebab mama ni budak manja.  Tapi bila fikir balik tak kot sebab kalau kami bergaduh yang teruk kena pukul dengan mak mama ialah mama sebab bang itam akan menghilangkan diri.  Bila mak dah reda baru nampak muka dia.  Mama tak pernah tengok dia kena rotan dengan mak mama.  Abah lagilah sebab abah mama memang tak pernah turun tangan kepada anak anak dia.  

television memang melalaikan
Abah  

Cuma ada sekali mama merasa tangan dia,  ceritanya begini.  Masa itu mama dah remaja sedikit.  Biasalah anak dara tengah naik,  nak berhibur tengok tvlah.  Kang kalau main teng teng dikatanya anak dara tak sedar diri,  main  anak patung macam budak kecik.  Setiap kali senja time tulah tv akan mengeluarkan cerita yang best best,  seingat mama cerita cina.  Disebabkan kebest-annya mama selalulah lalai tengok tv tanpa merasa bersalah mendengar azan maghrib.  Tengah syok syok mengadap tv sambil membayang bayangkan mamalah heroin dalam cerita tu...tup!....haa kau tiba tiba mama terasa telinga mama dipulas dengan mesranya.  "Pasal tengok tv time maghrib ni...pi sembahyang..",  Mama melihat ke arah abah yang masih belum mengalihkan tangannya dari telinga mama,  matanya merenung dengan penuh erti.

"ye.ye..bah...sembahyang ni.."  jawab mama sambil mengelakkan diri dari abah.  Mama terus meluru pergi ambil air sembahyang dan abah tutup tv.  Itulah sekali abah marah mama lepas tu mama tak pernah merasa tangannya menyakiti mama.  Oh rindunya mama dengan abah mama,  sebab masa kecil mama tak berapa manja dengan abah,  bukan sebab benci tetapi malu dan rasa hormat.  Perasaan itu benar benar menjarakkan mama dengan abah.  


Walaupun mama selalu kena rotan dengan mak mama,  tidur malam mama mesti cari mak sebab bau ketiak mak mama macam bauan minyak aromaterapi..cepat betul lena. 

mama memang manja dengan mak..macam ni lah lagaknya

Berbalik pasal abah mama,  masa abah masih berkerja,  pada setiap hari mak akan membekalkan makanan untuk abah.  Setiap kali balik dari kerja mama dengan mak akan tunggu abah di serambi rumah.  Abah selalunya akan sampai selepas maghrib.  Bila ternampak lampu basikal abah menyuluh jalan ke arah rumah, mama cepat cepat menyuruk belakang mak sambil mengintai ketibaan orang kesayangan kami.

Selepas memberi salam abah akan memanjat tangga dan melepaskan lelah di kepala tangga.  Mak menjawab salam dan menghulurkan secawan kopi panas.  Abah sambut sambil senyum dan letak kopi tu berdekatan dengan dirinya.  Selepas itu abah akan menghulurkan beg bekal dekat mak mama.  Mak mencapai sambil diperhatikan oleh mama dengan penuh makna.  Nak tahu kenapa..? sebab abah mesti akan tinggalkan sisa bekal dia untuk mama.  Mak akan buka bekas sikin dan menyuakan dekat mama yang masih menyuruk nyuruk manja kat belakang mak.  Sudah tentu hati mama berbunga bunga melihat ada sedikit nasi dan sisa sambal ikan yang sengaja abah tinggalkan untuk mama.  Ngupp...sedapnya..nikmatnya...bahagianya...itulah perasaan yang lahir dari hati mama yang masih kecil.  Terasa kasih sayang abah menyelinap masuk di kerongkong mama,  dan peristiwa itu berlaku saban hari sehinggalah abah mama pencen semasa mama berusia enam ke tujuh tahun.


Cari Duit Poket

Paling best bila musim nak menanam anak padi.  Pada mula mama memang takut nak turun sawah,  bukan apa geli dengan lintah. Bila tengok sepupu sepupu dapat duit poket banyak sampai boleh beli tilam bagai..mama terujaa...best ni...duit raya pun tak sampai beratus masuk dalam poket.

Hari pertama mak mama bekalkan tembakau supaya bila kena lintah basahkan tembakau tu dan picitkan air tembakau kat lintah tu jadi lintah tu pening,  jatuhlah dia.  Mama memang bersemangat masa itu sambil nak menunjuk nunjuk kat sepupu sepupu yang mama pun terer jugak.

Batas sawah pertama,  mama okey jer..tapi geli juga melihat lintah berenang renang nak menghampiri mama.  Mama kuis kuis halau dia pergi....alhamdulillah lah...batas pertama mama masih selamat dari diserang lintah.  Masuk batas kedua tengah syok syok mencucuk anak padi ke dalam tanah,  tiba tiba mama rasa gatal sesangat kat betis mama.  Haa..dah kena..kata hati mama.  Cepat cepat mama naik ke atas  batas dan melihat   betis yang gatal tadi..haa kau..sebesar ibu jari mama tengah menghisap darah mama dengan rakusnya.  Cepat cepat mama keluarkan tembakau tadi dan membasahkannya.  Lepas kena perah dengan tembakau, lintah tu macam "miung" pening.  Tolak dengan anak padi,  terus jatuh pengsan.  

Lepastu mama semakin berani turun ke sawah.  Kami dah macam pekerja upahan musim menanam padi,  banyak dapat tempahan,  badan yang kecil ni ajer yang tak larat..maklumlah sekolah.  Kami ambil kerja tu bila sabtu ahad jerr..orang tua tua jer bekerja pada hari hari biasa.

macam nilah suasana orang menanam anak padi,  mama dapat upah  RM1.20 untuk satu jam


beginilah rupa orang menuai anak benih padi,  mama juga pernah ambil upah menuai anak benih,  satu cekak dapat 3 sen


beginilah suasana sawah yang dah siap ditanam dengan anak padi...semakin cantik bila dia sudah berbuah
kuning keemasan...dah tiba musim menuai...paling best sebab boleh makan emping,  main layang layang ,  sibuk mengacau orang dewasa menuai padi,  batang padi kami buat seruling...berdesit bunyinya...

Bukan itu sahaja,  musim padi masak nilah kami dapat menikmati gulai belalang dan burung..mama tak pasti burung apa..tapi sedap gila.  Sekarang kampung mama dah tak kelihatan seperti ini.  Dah takda sawah padi,  yang ada hanya  sawah yang telah diubah suai jadi kebun jagung, kebun pisang, kolam ikan, kandang lembu...hilang semuanya...