Thursday 26 April 2012

GAMBAR SUASANA MASJID NEGERI 22 APRIL 2012

Terimakasih kepada yang empunya gambar ini..sebagai usaha untuk dikongsi bersama..

permandangan dekat dengan mimbar..mama ada kat atas belah kiri dekat dengan mimbar tu haa

sebahagian lagi permandangan jemaah lelaki yang tersangat ramai..beribu ribu orang..Alhamdulillah

kusyuk mendengar ucapan Al Habib Umar
Saling membantu
sebahagian jemaah wanita bersolat di khemah di tingkat bawah
mama sampai lambat,  jadi dapat dengar sikit jerr tazkirah dari Syekh Nuruddin
tazkirah dari Al Alorstari










LIRIK QASIDAH YA HANANA


Assalamualaikum wbkt..


Pertama kali dengar qasidah ni masa kat Masjid Negeri, Seremban, Negeri Sembilan semasa kehadiran Al Habib Umar bin Hafiz..best giler.  Terlopong mama dengar akan kemerduan suara kumpulan qasidah tu..

Rupanya budak budak dari bekas kumpulan Ruffedge, Innuendo dan VE bergabung seperti Azan, Amer, Zaf, Lah, dan beberapa orang lagi.  Bukan saja saja tetapi mereka ingin  berubah ke arah yang lebih baik.  Lalu tertubuhlah Kumpulan Al Mawleed..



Dalam ramai ramai ni..Lah paling dikenali dan paling handsome..tak makan gambar laa orang kata..tapi semua berseri seri bila mengenakan jubah serba putih.













LIRIK QASIDAH YA HANNAN YA MANNAN

Assalamualaikum wbkt..

Pertama kali mama dengar qasidah ni....terus jatuh hati..hubby dapat rakaman semasa sambutan Maulidur Rasul di kampung masa 2011.  Tak tahu tajuk dia tapi tiap kali dengar rakamannya hati berqasidah sama..

Akhirnya dapat juga lirik..dapat dari blog Media Pemuda Pencinta Rasulullah,  tapi cam tak ngam ngan rakaman yang ada kat mama,  sapa sapa yang ada lirik lengkap diharap dapat syer kat sini..terima kasih..

Ya Hannan Ya Mannan

Di Posting Oleh Syababun NabawiShalawat, Teks Qasidah, Terbaru14:34


Asholatud Daim Annabi Bni Hasyim
’Ala Ya Allah
Asholatud Daim ’Alan Nabi Bni Hasyim

Asholatud Daim Annabi Bni Hasyim
Asholatud Daim ’Alan Nabi Bni Hasyim

Asholatud Daim Annabi Bni Hasyim
’Ala Ya Allah
Asholatud Daim ’Alan Nabi Bni Hasyim

Ya Hannan Ya Mannan
Ya Qodiemal Ihsan
Bahro Judik Malyan
Judlana Bil Ghufron

Asholatud Daim Annabi Bni Hasyim
’Ala Ya Allah
Asholatud Daim ’Alan Nabi Bni Hasyim

La Tukhoyyib Roji Tahta Babik Laji
Lam Yazal Fidzaji Qoilan Ya Hannan

Asholatud Daim Annabi Bni Hasyim
’Ala Ya Allah
Asholatud Daim ’Alan Nabi Bni Hasyim

Bin Nabiyyil Ummi Wa Khodijah Ummi
Walbatulil Khotmi Sayyidatin Niswan

Asholatud Daim Annabi Bni Hasyim
’Ala Ya Allah
Asholatud Daim ’Alan Nabi Bni Hasyim

Tuesday 24 April 2012

ARR??..BARU TUNANG DAH DAPAT LESEN

Assalamualaikum wbkt..

tersarungnya cincin pertunangan..bermakna bakal jadi isteri orang bukan jadi bini orang

Ianya fakta, bukan buat buat cerita.  Betul..mama tak tipu.  Bab pasangan baru bertunang,  terus lulus dapat lesen P oleh bakal mertua mereka.  Bukan zaman sekarang jerr malah telah berlaku sejak orang melayu dengan bangga menerima budaya songsang dari barat.  Sejak orang melayu dah tak ambil kisah adat sopan tatasusila orang melayu.  Sejak orang melayu yang semakin berani melawan arus melawan amaran dari Allah swt dan RasulNya.

Mak bapak macam tak kisah apabila anak dara mereka dibawa ke hulu ke hilir hingga jauh malam.  Mak bapak juga dah tak kisah bakal menantu duduk serumah,  tidur serumah, makan serumah dan kadang kadang dibiarkan tinggal berdua duaan di rumah...nampak sungguh ilmu agamanya lemau.

Maaf lerr kalau ada yang tersinggung..tetapi hakikatnya begitulah yang kita hadapi sejak orang melayu dah pandai "couple",  selagi belum diijab kabul,  menyulam dosa bertimbun timbun.

Al kisahnya..tak dapat bermadu asmara di rumah,  sewa hotel.  Bila kena tangkap.."kami dah tunang".  Apa..hingat bertunang maknanya "partner" tu hak kita ker..?

Paling best dialog dari bakal mertua.."takpalaa..sebulan dua lagi kenduri kahwin mereka".  Takpun.."biarlaa..dah tunang,  pandailaa dia jaga tunang dia..".  Kalau dapat jantan baik okey laa..dapat jantan buaya tembaga...nyum nyum nyum..pastu buncit..pastu kena tinggal...sapa susah..?,  dosa dah tentu dapat,  malu kat masyarakat,  mana nak letak muka..?


Sunday 22 April 2012

AL HABIB UMAR DI MASJID NEGERI, NEGERI SEMBILAN

inilaa masjid negeri yang menerima kehadiran tetamu istimewa  malam tadi

Assalamualaikum wbkt..

Ingatkan tak dapat pergi..sebab hubby busy sesangat.  Tepat 6 petang hubby yang baru balik dari kenduri berkampung, menyuruh mama bersiap untuk pergi ke majlis ini.

Melompat mama pergi mandi dan bersiap secepat mungkin,  maklum laa majlis tu bermula pada pukul 6 petang,  maknanya kami terlambat..takpa..janji dapat pergi.

Diringi oleh jiran terdekat,  kami berempat pergi ke destinasi yang ingin dituju.  Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar dan kami tiba di kawasan masjid lebih kurang pukul 6 45 petang.  Alamak!,  parking tersangat laa susah.  Sekeliling kawasan masjid telah dipenuhi kereta kepada insan insan yang sampai awal,  puas pusing keliling dan tiba di satu simpang.  Anak sekolah yang jaga lalulintas "patutnya polis kena bertugas", pun tak dapat nak kata apa,  belakang kami masih berduyun duyun lagi yang belum dapat parking.  

Hubby minta parking kat satu kawasan kosong. Adik tu kata.."ini untuk VIP,  ramai lagi VIP belum sampai"..mama pun mencelah.."aduhai dik..kat akhirat besok Allah tak kira VIP ke tidak". Tiba tiba adik tu kata.."depan sikit bang", hubby pun gerakkan kereta ke depan menghampiri belakang kereta di simpang tersebut. Lepas tu hubby dan Bang Din (suami Kak Tom) suruh mama dengan Kak Tom "jiran mama" pergi dulu.  Bergegaslaa kami pergi dulu,  maklumlaa dah dekat pukul 7,  makna maghrib kejap lagi nak masuk.

Kira pertama kali laa mama jejakkan kaki ke sini.  Seronok dan berbunga bunga rasa hati.  Naik tingkat tiga,  tempat jemaah wanita. "Alamak!..mana nak duduk..koridor dah dipenuhi jemaah wanita,  tetapi kami terus jalan dan dua blog ke depan dan ada kawasan lapang. Tapi takda tikar,  kami duduk jer kat situ.  Bentang towel buat alas sejadah.  Di kawasan dalam dah penuh,  kelihatan jemaah wanita terintai intai ke bawah.  Agaknya nak tengok rupa Al Habib laa tu,  bisik hati mama.  Untuk sedapkan hati mama kata.."tak dapat tengok rupa,  dengar suarapun jadi laa.  Bukannya senang nak lihat, nak mendengar suara dan rupa anak cucu cicit Rasulullah saw kan..kira dapat dengar dan alright laa tu..heheh.

Sambil menunggu waktu maghrib masuk,  kedengaran seorang insan memberi ceramah.    Mungkin ceramah itu dah bermula awal,  cuma mama dapat dengar tang hujung hujung jer.  Rasanya macam Syaikh Nuruddin Al Banjari,  sebab ada sleng Indonesia.  Diikuti dengan alunan bacaan al Quran,  sebentar kemudian azan maghrib berkumandang.  Selepas menunaikan solat maghrib "berimamkan Syaikh Nuruddin Al Banjari,  solat diakhiri dengan zikir dan doa.  Kemudian majlis diteruskan dengan Selawat dan Qasidah tetapi mama tidak tahu dari mana.  Tersangatlah merdu dan meriah sekali.

Syaikh Nuruddin Al Banjari
Ada seorang ibu  (kesian kot tengok kita orang solat kat atas simen jerr..tapi kami tak kesahpun sebenarnya) bisik kat mama.  "Kat dalam belah hujung ada kosong,  pergi laa kat situ,  muat untuk dua tiga orang lagi,  makcik pakai kerusi.. tu solat kat luar ni haa".  Mama mengangguk tanda terimakasih di atas info itu.

Akhirnya bergeraklaa mama ke sana dan Alhamdulillah,  dekat sangat dengan bahagian mimbar,  bermakna dapat laa tengok Hamba Allah itu dari dekat.  Mama dan Kak Tom pun mengintai (dinding kayu yang berlubang lubang dan takat dada jer tingginya,  jadi dapatlaa nak skodeng ke bawah).  Pada mula mama nampak kelibat kumpulan marhaban tu..erk!,  macam kenal sesetengah daripada mereka.  Kumpulan Ruffage rupanya,  bukan main lawa mereka berjubah dan berserban,  dah macam budak budak tahfiz mama tengok.

cilok gambar dari Ustaz Nor Azman "Lobai Kampung", Habib Umar di Darussaadah, Rahang pertemuan tertutup bersama asatizah Negeri Sembilan


Bila memandang ke arah mimbar terpandang kelibat insan yang ingin sangat mama lihat dari dekat.  Haa...tu dia,  Al Habib Umar bin Hafiz sedang duduk bersebelahan dengan Syaikh Nuruddin Al Banjari.  Tengah dok sekodeng,  Al Habib memandang ke arah kami,  berderau darah mama,  cepat cepat pergi duduk balik,  takut pulak weih..Tapi tetap puas hati bila dapat tengok dari dekat,  jarak tak sampai 2 biji rumah itu dapat mama amati orangnya yang memiliki janggut berinai, kulit tak gelap dan tidak pula cerah dan sedikit berisi...

Al Habib Umar bin Hafiz
Setelah selesai selawat dan marhaban,  bermulalah sesi ceramah dari beliau.  Beliau mengunakan bahasa syurga tetapi diterjemahkan semula oleh Syaikh Nuruddin Al Banjari.  Ceramahnya berkenaan umat islam di zaman Rasulullah saw.  Usai ucapan beliau mengetuai selawat,  sangat bersemangat.  


sebahagian dari jemaah..tersangat ramai,  rasa mama lebih seribu orang.  Mama mengintai kat patititon tingkat atas tapi belah kiri..tak kelihatan kat gambar ni  (gambar ihsan blog Hakimi Hj. Md Said) baru update 24/4/12.


Mama kecewa sedikit sebab terjemahan ucapan oleh Syaikh Nuruddin tidak jelas kerana sistem audionya tidak berapa jelas jadi messagenya tidak sampai ke telinga.  Tetapi hati sedikit terubat apabila semasa solat isyak beliau telah mengimamkan kami dan mendoakan khusus buat kami dan kita amnya...aaminn di atas doa doanya dan terimakasih yang tidak terhingga dari kami semua.  


Tahniah kepada pihak pengurusan Masjid kerana berjaya mengendalikan Majlis Malam Ihya' Mahabbah Rasulullah s.a.w di Masjid Negeri dengan jayanya. Alhamdulillah.

Selawat dan Salam atas Junjungan kita Nabi Muhammad saw dan pada Ahli Keluarga dan para Sahabatnya sekalian.













Friday 20 April 2012

KISAHNYA USTAZ DON


Assalamualaikum wbkt..

Hehehe..jangan marah haa..mama cut and paste dari myMetro. Untuk koleksi dan pengetahuan mama juga..jangan marah haa..


Hafaz al-Quran selepas SPM
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my








BERBULAN-BULAN usaha mengaturkan sesi fotografi dengan pemuda bernama Don Daniyal Don Biyajid, 28, atau mesra dengan panggilan Ustaz Don ini. Kesibukannya mengehadkan masa bersama media, namun pelawaan wakil TV AlHijrah ke Masjid Al-Azim, Pandan Indah, pada 15 April lalu membuahkan hasil.


Kebetulan ketika itu Ustaz Don terbabit dalam program Cinta Masjid yang bertujuan mengembalikan peranan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu dan kegiatan masyarakat.




PUJAAN RAMAI...Ustaz Don takut lupa diri. 



Sekitar Asar, wakil Rap tiba di pekarangan masjid berkenaan dan apa yang mengagumkan, sepanjang jalan di luar pekara�ngan masjid di penuhi kenderaan seperti orang menghadiri konsert.

Situasi itu sudah cukup menjelaskan berita mengenai fenomena seorang penceramah agama iaitu Don adalah benar. Bukankah ini satu perkemba�ngan baik? Anak muda mula berminat menonton program agama, mendengar ceramah dan tazkirah selain memilih untuk berada di masjid daripada membuang masa pada hujung minggu.

“Dalam berdakwah, saya tidak pernah meletakkan sasaran untuk golongan remaja saja kerana ilmu itu tidak mengenal batasan usia. Jika remaja suka mendengar dan menonton program agama dikendalikan saya, Alhamdulillah,” kata pengendali program 30 Minit Ustaz Don yang bersiaran setiap Isnin sehingga Khamis, jam 10 malam di TV AlHijrah.

Kesukaran mendapatkan beliau selama ini ekoran komitmen Ustaz Don. Selain terbabit dengan 30 Minit Ustaz Don pada waktu malam, aktivitinya pada sebelah siang dipenuhi dengan tuntutan kerjaya sebagai pensyarah di Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat di Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Bangi serta tugasnya sebagai penceramah bebas.

Pada masa sama, beliau juga sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam pengajian al-Quran dan Sunnah.

Berbicara mengenai fenomenanya, nyata Ustaz Don sedikit gelisah dengan pertanyaan itu kerana enggan dipuja kerana ikhlas berdakwah untuk Yang Maha Esa.

“Ikut Islam, patuh suruhan Allah s.w.t dan Rasul. Jangan puja saya kerana saya manusia biasa. Mati esok, syurga belum tentu buat kita lagi. Sebagai saudara sesama Islam, apa yang boleh kita lakukan adalah saling ingat mengingati.

“Saya berdakwah untuk berkongsi ilmu selain sebagai persiapan menjadi insan dan hamba-Nya yang lebih baik,” katanya.

‘Respons’ mahupun reaksi yang masyarakat berikan kepada penceramah bebas kelahiran Bukit Mertajam itu membuatkan dia pernah berasa janggal pada awalnya.

Namun, Ustaz Don sering menjadikan kisah seorang ulama juga Tokoh Tafsir Mesir, Allahyarham Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi sebagai contoh dan inspirasi agar sentiasa menunduk ke bumi.

“Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi adalah ulama hebat dan murah hati. Betapa orang mengaguminya sehinggakan pernah sebaik keluar dari masjid, orang mengerumuninya untuk bersalaman dan memeluknya.

“Sampaikan keretanya turut diangkat. Apabila keadaan sudah reda, beliau minta pemandunya menghidupkan enjin lalu singgah di sebuah masjid. Kemudian beliau membuka baju dan mula mencuci tandas sebagai cara untuk beliau berasa rendah diri.

“Saya sering mengingatkan diri kepada peristiwa ini untuk saya sentiasa tunduk ke bumi,” katanya.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir, itu menambah, semakin kuat iman seseorang itu, semakin galak syaitan cuba memesongkannya.

“Jangan kata orang kuat agama tidak boleh lemas dengan pujian. Puji-pujian boleh menimbulkan rasa bangga diri. Iblis pandai. Dalam hadis ada menyebut Talbis Iblis iaitu peng�kaburan yang dilakukan iblis dan mempunyai pelbagai cara untuk menyesatkan orang.

“Satu contoh, jika ada perempuan seksi depan mata, memang langsunglah ustaz tak pandang. Jadi iblis kaburkan dengan mendatangkan wanita bertutup aurat tapi pandai mengurat.

“Saya paling takut menjadi orang yang munafik dan daripada pemerhatian saya, sifat munafik paling ditakuti golongan ulama,” katanya.

Menyingkap pembabitan awal sebagai penceramah bebas, Ustaz Don yang pernah menjadi guru di sebuah tadika di Pulau Pinang, menyampaikan kuliah agama pertamanya di Selangor iaitu di Surau An Nur, Bangi, tiga tahun lalu.

Detik itu tidak mungkin dilupakan lantaran ia permulaan sebagai pendakwah bebas, tambahan pula beliau bertindak sebagai ‘bidan terjun’ menggantikan dua ulama tersohor - Ustaz Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus yang tidak dapat memberi kuliah pada hari berkenaan.

Penghujung 2010, sahabatnya, Kamarul Zaman, bekas kakitangan TV AlHijrah memperkenalkannya kepada seorang produser stesen itu yang kebetulan sedang mencari seorang ustaz untuk mengendalikan program baru.

Selepas uji bakat, beliau terpilih mengendalikan program Ihya Ramadan sebanyak 20 episod, yang menyaksikan pelbagai reaksi positif penonton.

Rentetan itu, katanya, lahirlah idea untuk menerbitkan 30 Minit Ustaz Don yang pada awalnya menggunakan judul Tazkirah Ustaz Don. Program berbentuk kuliah interaktif itu sebagai kesinambungan kejayaan Ihya Ramadan.

Menjadi wajah rebutan kebanyakan stesen TV sekarang, Ustaz Don mengakui selesa bersama TV AlHijrah, malah turut berkongsi idea untuk program akan datang.

Beralih kepada topik penampilan beliau yang sering kelihatan berjubah, berserban dan selendang di bahu kanan, tidak bererti beliau menolak pakaian kasual.

“Ulama terkenal, Allahyarham Ustaz Yusof Rawa sangat menjaga penampilannya ketika berada di khalayak sehingga pernah menerima duta keterampilan. Ini bermakna, kebebasan bergaya sememangnya ada asalkan tidak keluar daripada landasan Islam. Saya pun bukanlah ke sana sini mengenakan jubah dan serban, ikut kesesuaian juga.

“Jika bermain boling misalnya, takkan hendak berjubah? Ada masa saya selesa memakai sut dan pakaian formal,” katanya.


Zaman kanak-kanak

DETIK kejayaan hidup seseorang pasti ada kaitan dengan asuhan ketika kecil, cara mereka dibesarkan selain pergaulan sekeliling. Akui Ustaz Don, beliau dilahirkan dalam keluarga yang sederhana iaitu ibunya seorang kerani dan bapanya pula, pembantu makmal.

“Seingat saya, emak dan ayah mahukan anak pertama lelaki tetapi yang sulung perempuan. Jadi apabila lahirnya saya, emak pernah kata dia menyebut ‘Fisabilillah’. Fisabilillah ini pernah disebut datuk Nabi Isa a.s. ketika kelahirannya. Ada kisah menarik di sebalik ungkapan ini.

“Kalau tidak silap saya, ketika berusia tiga hari, bapa membawa saya bertemu gurunya, juga Pengasas Pondok Bagan Lalang, Pulau Pinang, untuk mendapatkan keberkatan.

“Menyingkap cara saya dibesarkan sama seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun, baru-baru ini saya terbaca tulisan Profesor Dr Muhaya Mohamad yang menemu bual emak saya, apakah rahsia emak dalam mendidik saya dan adik-beradik yang lain. Saya pun tak tahu bila temu bual itu dibuat.

“Dalam temu bual itu, emak memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk menyusukan saya sehingga genap dua tahun.

“Jika saya menangis mahukan susu pada waktu malam, ayah saya akan turut sama bangun membancuh susu untuk emak sebelum emak menyusukan saya,” katanya.

Dalam petikan temu bual itu turut menyebut, ayah Ustaz Don tidak membenarkan emaknya menyusu sambil berbaring. Sebaliknya, ayahnya akan me�nyediakan belakang badannya untuk emak bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu.

Akui mengagumi pengorbanan kedua-dua orang tuanya itu, Ustaz Don semasa kecil sering mengikuti bapanya ke masjid untuk menunaikan solat dan mendengar ceramah agama.

Anak kedua daripada empat beradik itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sewaktu di sekolah menengah, dia adalah pelajar aliran sains.

“Saya bukanlah pelajar cemerlang cuma setakat sedang-sedang saja. Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM, saya cuma memperoleh 4A saja. Sewaktu mengikuti pengajian peringkat Diploma di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulau Pinang, kemudian Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat di Mesir, saya antara pelajar yang selalu dapat tempat kedua atau ketiga terakhir (ketawa).

“Saya mula minat menghafaz al-Quran selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Al-Quran sangat istimewa dan hanya akan ‘duduk’ dengan siapa yang ia mahu. Ada orang belajar sedari umur empat tahun untuk menghafal al-Quran, tetapi masih tidak mampu melakukannya.

“Wallahualam... apa yang saya tahu mereka yang mendapat kelebihan adalah orang yang menyayangi al-Quran.

“Seperkara lagi, sejak dulu saya selalu patuh kepada kata-kata guru. Menghormati guru nescaya kita akan mendapat keberkatan dalam pelajaran.

“Saya masih ingat ketika bersekolah rendah, saya ada seorang guru, Ustaz Sheikh Redha Salim Ali yang kini sudah meninggal dunia. Setiap pagi saya berjalan ke rumahnya selama 30 minit dan apabila balik dari sekolah, kalau kawan-kawan mahu temankan ustaz pulang, dia akan kata: “Aku nak balik dengan Don.” Ustaz saya itu buta, jadi saya pimpin tangannya setiap kali pergi dan balik sekolah,” katanya.


TRIVIA

Surah yang sering atau dibaca... Surah Al-Kahfi.

Pendakwah dikagumi... ramai, salah seorangnya Datuk Dr Haron Din.

Jika menjadi bapa satu hari nanti... mahu mendidik anak seperti Rasulullah s.a.w. walaupun mustahil, tetapi berharap dapat menjadi ayah yang baik seperti ayah saya.

Jenama kacamata pilihan... Rayban.

Kumpulan muzik yang diminati... Linkin Park. Menurut Ustaz Don, sebahagian lirik lagu kumpulan itu yang dibacanya tidak keterlaluan dan ada yang berunsur kehidupan dan kemanusiaan.

Status... tunangan kepada Husna Mohd Zain, pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.  

Penuhi masa lapang... kerja grafik dan fotografi.



TART WITH FRESH CREAM

Assalamualaikum wbkt..


Excited betul nak membaking bila stock ada kat rumah,  balance fresh cream masa buat birthday Amin masih ada lagi..ermmm..nak buat apa erk..? yupp..dapat idea buat tart letak fresh cream atas dia..tentu yummy..


Tepung, gula, telor...ohh kena beli butter jerr..yes yes yes






packing  baru fresh cream dari vivo ..ada macam macam jenis tetapi mama dah biasa guna yang ini
fresh cream yang telah siap dipukul..teknik pi cek balik  kat artikel lalu


Sediakan pastry tart seperti resepi yang lalu,  cuma hias atas dia dengan fresh cream.  Untuk mendapatkan hasil yang cantik pipekan cream guna nozzle.  Corak suka hati dan letak jem atau filling kesukaan atas fresh cream...


letak buah buahan dah jadi fruit tart..sangat mudah









Pastry

Butter                250 grm
Gula Ising          80 grm
Kuning Telor      2 biji
Tepung               440 grm
Esen Vanila        1 sudu kecil

Kembangkan butter dan gula, diikuti esen dan telor. Gaul rata dan masuk tepung.  Uli sampai jadi doh.  Tekan doh dalam acuan dan cucuk cucuk dengan garfu kat tapak dia..bakar dengan suhu 175 darjah celcius selama 10 minit.  Pastry ni kita boleh buat banyak banyak dan simpan di dalam peti ais..bila nak guna dah ada pastry ready made...








Wednesday 18 April 2012

AWAS!! LDII SESAT LAGI MENYESATKAN..

Assalamualaikum wbkt..
logo Lembaga Dakwah Islam Indonesia
mempunyai sekolah dan masjid sendiri untuk mengembangkan ajaran LDII
Baru malam tadi mama tengok rancangan Akidah kat TV9 menyiarkan berita tentang satu agama sesat yang sangat pesat berkembang di negara jiran kita, Indonesia.  Kalau ikut pada namanya LDII atau nama panjangnya Lembaga Dakwah Islam Indonesia.  Macam betul tetapi bila dikirai agenda dan perjuangan,  rupa rupanya menyimpang jauh dari ajaran Rasulullah saw..

Etika pakaian juga tiada perbezaan dengan ajaran Islam..kaum perempuannya lengkap berpakaian menutup aurat,  manakala kaum lelakinya sempurna berkopiah.  Kalau kita ke Indonesia jangan terpedaya dengan mereka ini..banyak betul ajaran sesat kat sana..

Antara fakta fakta yang memesongkan ajaran Lembaga Dakwah Islam Indonesia ialah;
  1. Tiada pelajaran TAUHID dititikberatkan tetapi dimestikan berbait dengan Imam besar LDII secara terus supaya mendapat syafaat masuk syurga
  2. Orang yang luar dari LDII dianggap kafir dan tidak layak mengimamkan solat mereka,  wuduk dan solat tidak sah bila bersentuhan antara jantina..jika terpaksa berjemaah mereka akan ikut tetapi akan mengulangi kembali dirumah
  3. Mengamalkan konsep Bithonah (diamalkan oleh puak syiah),  iaitu menghalalkan berbohong demi kepentingan LDII
  4. Menebus dosa dengan membayar zakat kepada pihak LDII.  Contohnya dosa masturbasi penebusan dosanya Rp.180.000 sedangkan untuk dosa perzinahan Rp.180.000 dikali enam. 
  5. Boleh mencuri harta dari orang yang bukan LDII
Wallahualam

Tuesday 17 April 2012

KRISTIAN ORTODOK..HATI HATI WAHAI UMAT ISLAM

Assalamualaikum wbkt..

Kepada para muslimin dan muslimat,  hati hati ketika ingin bersolat.  Lihat di mana kita berada,  siapa imam kita kerana terdapat satu agama Kristian bermahzabkan Kristian Ortodok bersembahyang seperti umat Muhammad saw terutama dari segi pergerakan..


gambar ini diambil di sebuah hotel di Surabaya, Indonesia..lihat lah imam dia yang lengkap berkopiah, dan susunan makmum yang mengikut pergerakannya..kalau wujud di Indonesia tak mustahil ada kat Malaysia..berhati hati laa kita
di salah sebuah kuil di luar negeri

Selain agama,  perbezaan yang dapat kita amati ialah waktu solat mereka ada 7 waktu iaitu pada setiap 3 jam.  Antara nama nama waktu solat mereka ialah saatul awal (subuh), saatuts tsalis (dhuha), saatus sadis (zohor), saatut tisah (asar), saatul ghurub (maghrib), saatun naum (isyak), dan saatul layl (tengah malam).  Mereka mengerjakan sembahyang sebanyak 2 rakaat pada setiap waktu..

Mereka juga melakukan puasa (shaumil khabir) yang dikerjakan pada bulan April sehingga May selama 40 hari secara berturut turut.  Selain dari itu mereka juga berpuasa demi mengingati Jesus Kristus pada setiap hari rabu dan jumaat.  

Mereka juga berzakat dengan kadar 1/10 dari pendapatan yang mereka perolehi.

Mereka juga mengunakan bahasa arab kerana asal agama ini juga dari timur tengah dan perhatikan ketika membeli sebarang ayat di dalam bahasa arab seperti hiasan dinding kerana dihujung ayat tersebut tertulis Injilu Matay.  Tak pasal pasal kita mengantung ayat Bible kat dinding rumah..

wallahualambissawab........








AL-HABIB UMAR BIN HAFIZ

empunya nama Al Habib Umar bin Hafiz 

Assalamualaikum wbkt..

Melihat dari raut wajah sudah tentu dapat kita tafsirkan akan kearab-an beliau..sana sini mama tengok iklan tentang kehadirannya di Malaysia dan jadual ceramah yang bakal di hadirinya sepanjang bulan April 2012..apa yang pasti beliau mengunakan bahasa arab..sebab beliau berasal dari Yaman,  ada translator tak agaknya..


Berikut adalah Biodata beliau..


Al-Alamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Abi Bakr bin Idrus bin Umar bin Idrus bin Umar bin Abi Bakr bin Idrus bin al-Husin bin al-Shaikh Abi bakr bin Salim bin Abdullah bin Abd. al-Rahman bin Abdullah bin al-Shikh Abd. al-Rahman al-Saqaf bin Muhammad Maulay al-Duwailah bin Ali bin Alawi bin Muhammad sahib al-saumiah ibn Alawi bin Abdullah bin al-Imam al-Muhajir ila Allah Ahmad bin Isa bin Muhammad al-Naqib bin Ali al-Aridhy bin Jafar al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-Abiddin bin al-Husin al-Sibthi bin Ali bin Abi Thalib dan anak Fatimah al-Zahra’ binti Saidina Muhammad Khatam al-Nabiyin selawat, salam dan keberkatan ke atasnya dan ke atas mereka seluruhnya.


Dilahirkan di Bandar Tarim, Hadramaut Negara Republik Yaman sebelum fajar hari Isnin 4 Muharam 1383H bersamaan 27 Mei 1963M. 

Mendapat pendidikan awal daripada bapanya yang ketika itu menjawat jawatan mufti di Tarim. Seterusnya menerima ilmu daripada ulamak-ulamak Hadramaut yang ada pada masa itu, antara guru beliau yang utama ialah al-Habib Salim bin Abdullah al-Shathry. 

Beliau mula mengajar dan melaksanakan tugasan dakwah Islam ketika berusia 15 tahun disamping meneruskan pengajian secara talaqi. Berdakwah, mengajar dan belajar telah sebati dalam jiwa beliau. Pada tahun 1414H bersamaan 1994M apabila kembali ke tanah tumpah darahnya, beliau telah mengasaskan sebuah pusat pendidikan Islam yang diberi nama “Dar al-Musthafa” di Bandar Tarim Hadramaut. 

Al-Habib Umar al-Hafiz telah banyak membuat lawatan dakwah Islami dan menyampaikan ilmu syarak ke negara-negara Islam lain seperti Syria. Mesir, Sudan, Pakistan, Indonesia, Brunei Darussalam dan Negara kita Malaysia.


Berikut adalah jadual beliau sepanjang berada di Malaysia..















Sunday 15 April 2012

BIRTHDAY AMIN YANG KE 8


"Mama..birthday amin nanti amin nak kek warna pink..nak hadiah tudung pink ngan pin"  camtu laa kata kata cute dari cik princess mama ni..dah order siap siap sejak dua bulan lepas..

Bertungkus lumuslah mama demi cik princess tercinta dan hasilnya Alhamdulillah ada "improvement"..hehehe

HAPPY BIRTHDAY FARAH JASMIN MUSARUL AZAN
MAMA SAYANG AMIN CANGAT CANGAT..MUAHHH

sempat posing selepas deko kek..tunggang langgang dapurku tapi tetap nak ambil gambar sebab camera tengah baik hati..klik

kek pink with blueberry filling
ini laa kek birthday dengan filling blueberry hasil kerjatangan mama..tiga tingkat..paling best guna fresh cream..cedap cecangat..ambil gambar tang atas jerr..tang tepi soo amatur

antara cupcake yang sempat di klik

Mama buat majlis birthday dia pada malam 15.4.2012,  dimeriahkan oleh para jiran dan sahabat handai terdekat..tapi takda gambar sebab camera demam balik..puas di On dia Off balik..adoiyaii..


masa birthday abang ngah 25.2.2012..abang ngah dapat helicopter
masa birthday hubby..kul 11 30 malam..tunggu dia balik kerja
6.3.2012..owhh..krim ku tak berperisa..lupa letak vanila tapi habis gak
dikongsi dengan para jiran yang setia menanti