Khabarnya Hujan Meteor akan melanda bumi pada 21 hingga 22 April 2012..InsyaAllah.
Peta Hujan Meteor Lyrid untuk 21 -22 April 2012. Oleh Starry Night Software |
Bukan sahaja di Malaysia, dikatakan seluruh dunia dapat menyaksikan kehebatan dan keindahan ciptaan Allah swt ini. Ketiadaan bulan pada malam itu akan menyebabkan kita menyaksikan fenomena itu dengan jelas bermula tengah malam hingga terbit fajar 22 April.
Pihak NASA menganggarkan kadar hujan meteor adalah sebanyak 15 kali dalam sejam dan mungkin lebih tinggi kerana Lyrid sukar diramal namun kadar minimum adalah 10 hingga 100 meteor sejam..seronoknya, tentu sangat cantik seperti kilauan percikan bunga api..Subhanallah.
Hujan meteor ini dinamakan Lyrid kerana berasal dari buruj "The Lyre" yang pernah terlihat pada langit malam semasa pertengahan April 2500 yang lalu.
Bagi yang tidak dapat menyaksikan secara live sebab keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, boleh menyertai video "streaming" secara live yang disediakan oleh NASA dari jam 11 malam hingga 5 pagi.
Untuk menyertai Program sembang dan video “streaming” anda bolehlah ke laman ini pada *waktu yang sesuai:
* EDT – Eastern Daylight Time = GMT-4 (USA & Kanada).
Anda boleh melihat waktu yang sesuai dengan berkunjung ke laman ini:
No comments:
Post a Comment