bubur oat, enak dan berkhasiat |
Kamu ada masalah Jantung, kolestrol tinggi, sembelit, buasir, kencing manis atau darah tinggi..pasti doktor akan menasihatkan kita suruh makan oat..selalunya tersangatlah boring resepi dia. Cuma dicampurkan dengan air susu...tak sedapnyerr..macam makan kertas jerr..
Opss..walau tiada mengalami masalah di atas kita masih juga digalakkan untuk memakannya kerana ia sumber fiber yang sangat tinggi untuk penghadaman perut kita..kira semangkuk oat di kala pagi atau petang, 4 jam lepas itu isi perut kita habis bersih dikumuh keluar oleh oat..sangat lega dan ringan rasanya badan..selain dari itu ia membekalkan nutrient penting di lapisan kulit perut..kira untuk kesihatan perut juga laa..
Adalah dinasihatkan untuk memakannya setiap hari..whatt..? mana nak seleranya kalau hari hari makan oat..jom ubah suai bermacam resepi supaya kita tidak muak menikmatinya pada setiap hari..antara resepinya tentulah Bubur Oat..
Bahan
Quaker Oat 1 cawan ...pakai jenis lambak pun boleh
Air 2 cawan
Ajishio Black Paper sedikit jerr sebagai perasa
Bawang Merah 1 biji (guna bawang putih pun boleh, tak guna pun boleh)
Hot Dog, Fish Ball, Fish Cake, Isi Ikan merah, Isi Ayam, Daging, Ikan Bilis
(adalah rencah pilihan..banyak mana terpulang kat selera kita)
Daun Bawang @ Sop..daun sop lagi wangi
Bawang Goreng
Cara
- Tumis bawang yang telah dihiris atau ditumbuk.
- Masukkan air dan rebus rencah pilihan yang telah dipotong dadu
- Masukkan oat dan biarkan dia kembang. Tutup api
- Masukkan black paper, garam dan kacau. Setelah cukup rasanya kita hidangkan panas panas, sebelum itu tabur daun bawang atau sop dan sedikit bawang goreng..yummy
Baby pun boleh makan..lembut dan halus jer bila lalu kat mulut dan anak tekak..
resepi lain sila tengok entry yang lain yerr sayang...
resepi lain sila tengok entry yang lain yerr sayang...
No comments:
Post a Comment