Siapa suka makan Pizza..? Nak cuba resepi mama..?
Bahan untuk roti dia
Tepung 1 kg
Soda Bicarbonat 1 sudu kecil
Mauripan 1 pkt
Telor 1 biji
Marjerin 1 senduk
Garam 1/2 sudu kecil
Gula 1/2 sudu kecil
Air secukupnya..doh lembut dan boleh dibentuk adalah doh yang baik
Cara
- Gaul tepung, soda dan garam, diikuti dengan marjerin jadikan seperti serbuk roti "bread crum"
- Ambil air satu mug dicampur dengan gula, telor dan mauripan digaul rata, lambak ke dalam tepung
- Tambah sedikit lagi air supaya tepung sempurna menjadi doh yang lembut dan mudah dibentuk..Uli selama 20 minit kerana ini akan menghasilkan roti yang lembut..
- Boleh dikembangkan atau terus jer tepek atas dulang dan letak topping yang kita suka..bakar dengan guna suhu 200 darjah celcius selama 15 - 20 minit bergantung kepada jenis oven anda..
Bahan topping style mama
Minyak masak sebagai base pada lapisan doh
Cili sos sebagai base kedua (sos tomato pun boleh guna) letak banyak lagi sedap
Bawang Puteh cincang dan tabur di atas sos
Bawang Besar dihiris nipis dan tabur rambang di atas doh
Hotdog susun hotdog..boleh guna apa saja seperti ayam, udang atau sotong
Nenas hiris tebal dan susun rambang
Tomato hiris nipis dan susun rambang
Cheese tabur atas lapisan tadi sehingga menutupi topping...
mudah guna parmesan kita sagat jerr..nak murah guna jenis sliced
Rempah Pizza last sekali tabur rempah..sedikit jer untuk membangkitkan aroma pizza
(Tesco ada jual)
untuk sekilo tpg kita boleh dapat dalam 6 keping pizza sederhana besar..hotdog sebanyak 2 pack dan cheese ikut jenis dan budget kita..lagi banyak cheese lagi sedap derr...
Nak buat sikit kurangkan adunan roti dia..begitu juga topping dia..agak agak laa yerr
No comments:
Post a Comment