Monday 27 August 2012

TERINGIN NAK KAYA RAYA

Assalamualaikum wbkt..

Sapa yang tak nak kaya..angkat tangan.. ader kerr..?
Cer tanya..sape nak jadi kaya..angkat tangan..perghh..tak terkira..kan kan..

Ustazah Siti Nur Bahyah bagi satu doa, suruh kita amalkan..tapi kena istiqamah lerr..khabarnya ayat ini mustajab kalau niat kita nak kaye raye sebab nak pi Mekah ker..nak berzakat ker..nak bantu orang susah ker..

Doa ini dari surah Shad ayat 54






"INNA HAAZA,LARIZKUNA MAA LAHU MIN NAFAD"


Sesungguhnya inilah rezeki Kami kepada kamu yang tidak habis-habisnya.





LAKSA ASAM STYLE MAMA

Assalamualaikum wbkt..

Sudah seminggu kuah laksa asam tu mama buat.  Tetapi rasa dia masih mantain, jadi sayang nak buang.  Hari hari mama panaskan..takut juga kot kot basi..tapi orang kata kuah laksa memang payah nak basi..tapi nak panaskan juga setiap kali mama berada di dapur..

Cuma kali ini, kuah laksa tu mama tak letak bawang bagai.  Rasanya inilaa resepi paling simple..kalau nak try..resepinya ada mama selitkan di bawah ini..


Bahan Bahan

Mee Laksa            1 bungkus (rendam dalam 4 jam-rebus) @ readymade
Ikan Kembung       1 kg ( ikan sardin, tenggiri, tongkol atau parang..sukahati)
Cili Kisar              1 senduk
Bunga Kantan       3 batang
Daun Kesum         secekak
Asam Keping        ikut masam kita suka
Garam

Cara
  1. Rebus ikan hingga empuk daging dia..sejukkan.  Asingkan isi dengan tulang..Kisar isi ikan masukkan dalam periuk.  Lepas itu baru kisar tulang ikan dan tapis ambil air sahaja, masukkan ke dalam periuk tadi..
  2. Masuk cili kisar, bunga kantan yang telah dibelah empat, rebus hingga mengelegak.  Masuk asam keping dan garam, diikuti dengan daun kesom..tunggu hingga mengelegak kembali..siap..(mama blander separuh dari daun kesom tadi).
  3. Nak kaw lagi..masuk perasa..
Hiasan


Mee laksa
Timun dihiris halus
Salad dihiris halus
Cili merah dihiris halus
Nenas dihiris sederhana
Bawang besar dihiris halus
Limau kasturi dibelah dua

Letak dalam mangkuk..tuang kuah atas dia..perah limau tadi..


Friday 24 August 2012

Thursday 23 August 2012

RENDANG PENANG MAI NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum wbkt..

Saban tahun bila raya mesti buat rendang Negeri Sembilan, apalagi.. rendang cili padi laa..tahun ni nak tukar selera..mai nak try buat rendang penang, jiran mama asal penang dan dengan besar hati telah kongsi resepi dia..versi dia laa..versi orang penang lain cek tak tauu...

"Mari" gak rasa dia..nak try..? resepi kat bawah ni haa..


RESEPI RENDANG PENANG ALAA CEK TOMBI

BAHAN BAHAN

Daging Batang Pinang            1 kg
Kelapa                                 2 biji
Kerisik                                 1 senduk
Bawang Besar                      1 biji kisar
Bawang Putih                       3 ulas kisar
Halia                                   2 inci kisar
Kunyit Hidup                        2 inci kisar
Lengkuas                             2 inci kisar
Serai                                  3 batang kisar
Daun Pandan                       1 helai
Daun Limau Purut                 3 helai..jika suka
Kicap Manis dan Kicap Pekat  Ikut suka banyak mana nak letak
Gula Merah @ Gula Anau @ Gula Kabung.. (ikut suka tahap manis)

Bahan Goreng Tanpa Minyak

Cili Kering                          15 tangkai (ikut tahap pedas yang kita suka)
Jintan Pedas                        1 sudu kecil 
Penumis                            Paket 50 sen kita bahagi dua
Kisar kesemuanya hingga halus..

Cara
  1. Potong daging dan masuk dalam kuali. Kemudian masuk daun pandan yang telah disimpul kemas bersama bahan yang telah dikisar. Masuk santan sekali dan masak hingga kuahnya sedikit kering
  2. Masuk Gula, kicap dan kerisik dan akhir sekali bahan yang telah digoreng tanpa minyak tadi.  Kalau suka masuk daun limau purut. Gaul rata..rasa tahap masin manis dia..siap 



RAYA RAYA RAYA

Assalamualaikum wbkt..

Alhamdulillah..sebab perjalanan sepanjang minggu pertama syawal ini dipermudahkan olehNya.  Bukan sahaja Allah swt memberi kesempatan untuk meraikan syawal bersama keluarga dan sanak saudara, Dia juga mengurniakan kesihatan yang baik supaya cergas bertenaga melawat saudara jauh dan dekat..

Huhu..apa yang takda.. Lemang, Ketupat Kuah Kacang, Ketupat Palas, Rendang Ayam, Rendang Daging, Gulai Rusa, Gulai Burung Puyuh, Gulai Tempoyak, Gulai Itik, Sop Tulang, Sop Gear Box, Laksa, Nasi Ayam, Meehon Sop dan Goreng, Steamboat, Mee Goreng, Rendang Mabari, dan, dan, ,,,,............. pergh..satu minggu ini yang mama makan..tak beragak betul laa..camne nak maintain tembam..ni boleh sampai tahap bam bam bam..pastu payah nak susut sebab lemak tepu banyak sangat masuk dalam badan..

Belum cerita lagi Biskut Tart, Biskut Almond, Biskut Tart Coklat, Snowy Almond, Biskut Coklat, Kek Butter, Kek Lapis dan tak tersebut dah..bannnyakkkkkkkkkkkkk...sian kat perut..

Patut kena puasa enam ni..

Apapun Alhamdulillah..terimakasih Allah sebab masih mengurniakan nikmat makan yang melimpah ruah..walaupun..

Ampunilah dan berkatilah kami ya Allah.. walaupun amalan kami ciput tapi Allah swt masih mengurniakan nikmat yang besar dan melimpah limpah..semoga kami menjadi orang yang bertakwa dan bersyukur..aamiinnn..

Friday 17 August 2012

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2012

Assalamualaikum wbkt..


Rupanya dah sebulan kita menjalani ibadah puasa..terasa macam baru sehari dua kita melaluinya.  Semoga ibadah kita diterima dan perlakuan berhemah sepanjang ramadan akan berterusan di bulan bulan seterusnya.  Terimakasih Allah kerana telah memanjangkan usia ini untuk melaluinya sekali lagi, semoga diberi lagi kesempatan di tahun tahun yang mendatang..semoga menjadi lebih baik dari sebelum sebelumnya..aamiinnn.

Esok dah raye.. huhu..  Dikesempatan ini ingin mama menyusun jari memohon ampun maaf jika ada terkasar kata hingga merobek jiwa..  Tiada dendam di hati dan saling memaafi adalah amalan terpuji.. semoga Allah memberkati..

Bagi yang nak berjalan jauh merentasi pelbagai lebuhraya dan tol, semoga berhati hati,  biar lambat asal selamat..  Bagi yang tak ingin balik ke kampung halaman setelah ayahbonda tiada, jadikan hari raya sebagai pentas untuk merapatkan siratulrahim sesama adik beradik, mak saudara, bapa saudara, sepupu sepapat dan jiran taulan.  Bertahun tidak menziarah pusara ayahbonda tercinta, kali ini mari pakat anak beranak turun ke pusara untuk menziarah dan menghulur doa dan al Fatihah, semoga doa kita diterima dan roh roh tercinta akan aman dan bahagia di sana..


Tuesday 14 August 2012

PAVLOVA COMEL

Assalamualaikum wbkt..

Selepas buat biskut raye..amboi!, banyaknya putih telor..ermm..nak buat ape erk..Oh! baru teringat pavlova..yes..mini pavlova..tentu comel bila buat kecil kecil..isi dalam paper cup tu kan..masa nak hidang baru deko dengan fresh cream dan buah buahan..ahh..tak payah buah mahal mahal..nenas, belimbing, limau sunkist, anggur..semua pun masyukkkk..sudah tentu berebut rebut anak sedara dan anak sendiri nak menikmatinya seorang satu..


Kui kui..kalau ada budget..beli jer strawberry..sangat cantik berseri seri..

resepi..? cek balik artikel lalu..rajin rajin laa lawat laman lama mama ni haa..heheh..








Sunday 12 August 2012

TART COKLAT

Assalamualaikum wbkt..

Walaupun sibuk minggu ini sebab opkuih,  masih sempat nak usha blog.  Semalam, seharian buat kuih bersama jiran, sekali buat tiga jenis.  Target 6 jenis cukuplah..

Salah satu kuih yang mama buat semalam ialah Tart Coklat.  Resepi kulit tart, mama tiru jer resepi kulit tart cheese sebelum ini.  Cuma kena guna acuan shell yang kecil sedikit, size 4.5.  Nak cari kecil lagi, kat kedai dah takda..jadi guna jer apa yang ada, kira dua kali gigit kuih tart mama ni..



ihsan cik google
cam gini rupa bila acuan dah tepek dengan tepung

selepas bakar, filling dengan coklat masakan dan deko atasnya dengan  coklat masakan putih
RESEPI 

Butter              1 buku
Gula Castor       80 grm
Telor                2 biji   kuning sahaja
Esen Vanila       1 sudu kecil
Pewarna            jika suka 
Tepung             430 grm
Tepung jagung  10 grm

Coklat masakan coklat dan putih atau apa sahaja filling yang kita suka


Cara
  1. Pukul butter bersama gula hingga rata, masuk kuning telor dan esen, gaul rata.  Masuk pewarna jika suka..
  2. Masuk tepung jagung, gaul rata
  3. Masuk tepung gandum dan uli hingga jadi doh
  4. Masuk dalam acuan seperti gambar di atas, bakar dengan suhu 180 celcius hingga masak keperangan
  5. Bila dah masak, sejukkan.  Lepas tu bolehlaa letak filling coklat masakan yang telah dicairkan dan deko corak atas dia mengunakan coklat putih atau apa sahaja yang kita suka..

SEJAUH ITU DIA DATANG

Assalamualaikum wbkt..

Kalau kita kira jarak Malaysia dengan Turki untuk ke Myanmar..mana dekat yer..?   Segan rasanya bila melihat isteri PM Turki ini, walau sibuk menguruskan tugas sebagai isteri kepada PM Turki, dia masih meluangkan masa meninjau keadaan mangsa penindasan, masyarakat Rohingya yang dipandang sepi oleh "polis antarabangsa".. Sangat jauh perjalanannya untuk ke Myanmar, tetapi itu bukan alasan, di mana ada kemahuan di situ ada jalan...  Teringin rasanya melihat wanita pertama kita pergi melawat, melihat dan memeluk mereka ini untuk menunjukkan betapa Malaysia juga tidak membelakangkan saudara seislam dan menghulurkan bantuan seadanya..



sebak kala melihat wanita Rohingya ini menangis di dalam dakapannya

Saturday 11 August 2012

USTAZ DON NAK KAHWIN DAH

Assalamualaikum wbkt..

gambar semasa majlis bertunang, kelihatan ibu dan tunangannya Husna Mohd Zain
InsyaAllah, akan melangsungkan perkahwinannya pada 25hb Ogos ini dan majlis istimewa akan di adakan di KUIS pada 1hb september.. Tahniah dari mama..semoga jodoh berpanjangan, dirahmati dan diberkati oleh Nya...aamiiinnn..


kad undangan beliau..tahniah kepada sesiapa yang menerimanya..






Thursday 9 August 2012

BANG NGAH DAN CHIKEN PORK

Assalamualaikum wbkt..

Hari ini dah masuk 3 hari bang ngah "anak lelaki mama" diserang Chiken Pork.  Mentua pesan jangan mandikan dia,  selepas 3 hari baru boleh mandi.  Tetapi semalam mama dah mandikan dia dengan air mandian herba.  Tah apa nama daun yang jiran mama bagi,  kena ramas ramas dalam air mandian.  Seronok betul bang ngah dapat mandi sebab dah 2 hari tak dapat mandi.  Lebar senyumnya sebab badan terasa segar semula selepas kena air.


daun mambu sentiasa dicari jika ada yang menghidap demam Chiken Pork

Mentua kata buatkan bedak beras campur kunyit dengan daun mambu untuk disapu di badan bang ngah.  Tapi mama guna bedak sejuk biasa jer..sebab payah nak mengiling bagai bahan tersebut..kalau kat kampung bolehlaa diusahakan..Tetapi diusahakan juga mencari daun mambu buat alas tidur dan alat untuk menghilangkan gatal gatal badan..dikibas kibas pada tempat gatal..

Bukan nak melawan mentua tetapi dapat satu lagi petua.  Orang yang bagi petua itu bukan orang muda tetapi orang tua juga...apa salahnya mencuba.. Alhamdulillah takda apa apa pula yang pelik terjadi pada anak mama tu..selepas mandi mama sapukan badannya dengan bedak sejuk.  Nak tidur mama sapu kudisnya dengan Calamine Lotion pemberian Doktor Hospital Kerajaan...pastu bagi makan panadol dengan ubat tahan gatal..

Walaupun tak sehat,  mama kagum dengan anak jantan mama yang seorang ini.  Dia tidak merengek atau mengadu kesakitan atau ketidak selesaan yang dihidapinya.  Paling best dia tetap mempertahankan ibadah puasa dia..semoga berkekalan sifatnya itu..aamiinnn..


Sunday 5 August 2012

APA JADI DENGAN KEMANG KEMING USTAZ AZHAR IDRUS..?

Assalamualaikum wbkt..

Selamat menyambut Hari Nuzul Quran.. sejuk pagi ini...Alhamdulillah..masih diizinkan Allah untuk menghirup udaranya yang segar..semoga Allah menjadikan aku lebih baik dari semalam..

Tetapi mama takda nak cerita pasal Hari Nuzul Quran .., mama cuma terpanggil dan terkenang kenang akan janji channel Oasis untuk menyiarkan rancangan Ustaz Azhar Idrus yang telah diberi tajuk KEMANG KEMING USTAZ AZHAR IDRUS... Pada mula ingatkan hanya gurau gurauan jer..al maklumlaa kan Ustaz Azhar ini selalu bikin hati hati jadi panas "bukan hati mama tau".

Memang laa takda iklan pun digembur gemburkan kat skrin Oasis tu haa..tapi bila selak buku Astro keluaran Julai ada mengatakan slot Ustaz Azhar Idrus akan bersiaran setiap hari selasa, rabu dan khamis pada jam 7:30 malam..excited sangat.  Waktu tak berapa nak sesuai sebab dekat sangat ngan solat maghrib jadi tak dapat tengok, tetapi ada ulangan pada jam 11 malam berikutnya...kira okey laa tu..

Al Kisahnya seminggu telah berlalu, mama masih tidak berpeluang untuk menontonnya.  Akhirnya mama pasang tekat untuk tunggu siaran Kemang Keming tersebut, rupa rupanya buang karan jerr.. macam nunggu buah tak gugur jer..begitulah hari hari berikutnya sampai laa ni.. rancangan tu rupanya tak wujud..

iklan yang digembur gemburkan kat maya
Awat jadi lagu tu.. apa pula alasannya..kalau kat Putrajaya dulu kata nak elak sesak lalu lintas bagai.. agaknya kali ni nak elak sesak kat ruang satelit kot...? entah..





Friday 3 August 2012

BAPA PEMODENAN TURKI

Assalamualaikum wbkt..

Bukan sesuatu yang baru tetapi satu sejarah yang patut menjadi iktibar oleh kita dan pemimpin yang mengaku islam khasnya...  Tak kisahlah dah tahu dan dan lancar sejarah Turki tetapi jika mendatangkan iktibar kepada diri, patut dijadikan satu teladan yang berguna sepanjang kita menjejakkan kaki di bumi Allah ini..jangan nak mendongak ke langit tanpa sedar kaki kita menghentak tanah yang akan menghimpit kita bila mati kelak..

Tercetus idea nak letak kisah tokoh Bapa Kemodenan Turki setelah melihat satu rancangan dari channel Oasis.  Rancangan berkaitan dengan makanan dan pengacaranya ialah Heliza AF... Heliza ini sempat pergi ke Muzium Peringatan mengingati tokoh ini... tetapi walaupun di ingati sebagai tokoh tetapi semasa hayatnya banyak perkara yang dia telah lakukan menyimpang dari ajaran islam...

Kegemilangan islam dan sistem khalifah telah berakhir di bumi Istanbul pada tahun 1922 yang lalu.    Rakyat Turki pada mulanya bangga dengan pemerintah yang bernama Mustafa Kamal Ataturk kerana telah menerapkan unsur kemodenan di dalam pemerintahannya (zaman dahulu atau sekarang bila ikut barat jer dikatakan moden).  

Akhirnya rakyatnya mula sedar bahawa Bapa Kemodenan Turki mereka sebenarnya adalah pemusnah agama di mana beliau telah sesuka hati membuat undang undang islam sendiri tanpa mengikut al Quran dan Hadis...ada juga yang menyamakan beliau seperti Firaun kerana sikap kejamnya terutama kepada Ulama Sufi yang tidak setuju dengan caranya itu..mereka telah dibunuh.


Mustafa Kamal Ataturk


Bila mulut ulama telah tertutup, beliau makin bermaharajela.  Beliau terang terangan menolak dasar islam bahkan berazam untuk menghilangkannya dari rakyatnya dan bumi Turki itu sendiri.  Beliau mengatakan islam hanya memundurkan sedangkan cara barat akan memajukan Turki. Untuk membuktikan kepada rakyat yang beliau telah memajukan Turki,  beliau telah membina pelbagai tugu dan mengupah arkitek dari luar negeri... maka terbinalah tugu wajah beliau dengan gahnya.





Tempat hiburan dibina tanpa had dan akhirnya Masjid yang melaungkan azan bahasa Turki (atas arahan beliau) tidak dihiraukan oleh rakyat Turki yang hanyut dengan idealogi pemimpinnya itu...

Antara idealogi yang diperkenalkan oleh Mustafa Kamal Ataturk ialah;

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu. 

Akhirnya pada tahun 1938,  beliau telah diambil nyawanya oleh yang Maha Esa.  Namun pemergiannya tidaklah mudah,  sebelum mati,  Allah telah turunkan azabnya supaya terlihat oleh rakyat dan dunia supaya menjadi peringatan kepada yang mahu berfikir.  Antaranya ialah;


1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

kematiannya diringi airmata bahagia dari rakyatnya yang tertindas

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki yang masih bersisa memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Wallahualam.

Muzium sempena nama beliau terletak di Ankara

tempat bersemadinya Firaun Moden




(sebahagian artikel mama ambil dari  http://www.mohamadazhan.com )