Sunday 12 August 2012

TART COKLAT

Assalamualaikum wbkt..

Walaupun sibuk minggu ini sebab opkuih,  masih sempat nak usha blog.  Semalam, seharian buat kuih bersama jiran, sekali buat tiga jenis.  Target 6 jenis cukuplah..

Salah satu kuih yang mama buat semalam ialah Tart Coklat.  Resepi kulit tart, mama tiru jer resepi kulit tart cheese sebelum ini.  Cuma kena guna acuan shell yang kecil sedikit, size 4.5.  Nak cari kecil lagi, kat kedai dah takda..jadi guna jer apa yang ada, kira dua kali gigit kuih tart mama ni..



ihsan cik google
cam gini rupa bila acuan dah tepek dengan tepung

selepas bakar, filling dengan coklat masakan dan deko atasnya dengan  coklat masakan putih
RESEPI 

Butter              1 buku
Gula Castor       80 grm
Telor                2 biji   kuning sahaja
Esen Vanila       1 sudu kecil
Pewarna            jika suka 
Tepung             430 grm
Tepung jagung  10 grm

Coklat masakan coklat dan putih atau apa sahaja filling yang kita suka


Cara
  1. Pukul butter bersama gula hingga rata, masuk kuning telor dan esen, gaul rata.  Masuk pewarna jika suka..
  2. Masuk tepung jagung, gaul rata
  3. Masuk tepung gandum dan uli hingga jadi doh
  4. Masuk dalam acuan seperti gambar di atas, bakar dengan suhu 180 celcius hingga masak keperangan
  5. Bila dah masak, sejukkan.  Lepas tu bolehlaa letak filling coklat masakan yang telah dicairkan dan deko corak atas dia mengunakan coklat putih atau apa sahaja yang kita suka..

No comments:

Post a Comment