Assalamualaikum wbkt..
Sudah seminggu kuah laksa asam tu mama buat. Tetapi rasa dia masih mantain, jadi sayang nak buang. Hari hari mama panaskan..takut juga kot kot basi..tapi orang kata kuah laksa memang payah nak basi..tapi nak panaskan juga setiap kali mama berada di dapur..
Cuma kali ini, kuah laksa tu mama tak letak bawang bagai. Rasanya inilaa resepi paling simple..kalau nak try..resepinya ada mama selitkan di bawah ini..
Bahan Bahan
Mee Laksa 1 bungkus (rendam dalam 4 jam-rebus) @ readymade
Ikan Kembung 1 kg ( ikan sardin, tenggiri, tongkol atau parang..sukahati)
Cili Kisar 1 senduk
Bunga Kantan 3 batang
Daun Kesum secekak
Asam Keping ikut masam kita suka
Garam
Cara
- Rebus ikan hingga empuk daging dia..sejukkan. Asingkan isi dengan tulang..Kisar isi ikan masukkan dalam periuk. Lepas itu baru kisar tulang ikan dan tapis ambil air sahaja, masukkan ke dalam periuk tadi..
- Masuk cili kisar, bunga kantan yang telah dibelah empat, rebus hingga mengelegak. Masuk asam keping dan garam, diikuti dengan daun kesom..tunggu hingga mengelegak kembali..siap..(mama blander separuh dari daun kesom tadi).
- Nak kaw lagi..masuk perasa..
Hiasan
Mee laksa
Timun dihiris halus
Salad dihiris halus
Cili merah dihiris halus
Nenas dihiris sederhana
Bawang besar dihiris halus
Limau kasturi dibelah dua
Letak dalam mangkuk..tuang kuah atas dia..perah limau tadi..
No comments:
Post a Comment