Thursday 28 February 2013

MESYUARAT PIBG KERRR..POLITIK

Assalamualaikum wbkt..

Hampir dua minggu batuk mama ni tak elok elok lagi..nak pergi mana mana pun takda mood..asyik kung kung kung jerr..

Jadi kebanyakan aktiviti terpaksalah En hubby buat sensorang.  Termasuklah aktiviti menghadiri mesyuarat PIBG sekolah.  

Melalui surat jemputan, ibubapa kena hadir pada jam 8.00 pagi dan tidak dinyatakan sehingga pukul berapa.. 

Sampai di sekolah, selepas mendaftar En hubby ambil tempat duduk yang disediakan. Ramai juga ibubapa yang datang untuk memberikan sokongan. Sejam telah berlalu, VIP "ahli politik" yang dinanti masih belum sampai...ramai yang keresahan.

Encik Pengerusi Majlis mula berucap, ucapan alu aluan untuk ibubapa dan tengah tengah berucap..tiba tiba kedengaran bunyi kompang.  Encik Pengerusi Majlis terus bergegas meninggalkan pentas dan tidak kembali untuk masa yang lama.  Ibubapa kembali terpinga pinga akan situasi yang tak berapa nak seronok.. 

Setelah menunggu agak lama, tiba tiba Encik Pengerusi Majlis datang semula membawa VIP tersebut naik ke pentas.  Bermulalaa ucapan lepas seorang, seorang memberi taklimat..termasuklah Guru Besar sendiri.  Al kisahnya tentang politik..bukan cerita tentang sekolah dan perihal anak murid..

Kutuk orang sana, kutuk orang sini, kata orang sana kata pimpinan orang sini..ibubapa mula cuak..jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi, En hubby angkat punggung keluar dari dewan dan lepak kat pintu pagar sekolah.  Rupa rupanya bukan En hubby jer yang keluar, bukan main ramai yang duduk di pintu pagar sekolah sambil berbual bual.  Semua bosan dengan ucapan yang dibentangkan di dewan sekolah tersebut...

Akhirnya En hubby start kereta, jalan balik ke rumah dengan wajah masam mencuka..buang masa..katanya..


Monday 11 February 2013

PURE MARINE COLLAGEN

Assalamualaikum wbkt..

Lama pulak rasanya tak update apa apa kat sini..dah kena penyakit malas kot..ishh..

Tapi sebenarnya charger laptop mama buat hal laa pulak..pastu kena cari charger baru dan terjadilah aktiviti mencari harga bleh pakai punya..akhirnya dapat laa yang boleh masuk kat akal fikiran akan harganya itu..dapat lerr..RM 49 hinggit dari RM 90 hinggit..kira murah lerr tu..

Jadi bila dah ada nyawa ni, mama kembali untuk memberi maklumat tentang Pure Marine Collagen yang semakin top kat Malaysia ni..  Baru semalam mama dapat bekalan dari seorang sahabat.  Nak cuba laa jugak..mana laa tahu kot muka dan badan mama kembali gebu dan tegang melantun lantun..huhu..heheh..

Belum makan lagi dah heboh..yerlaa..mama nak testimonikan diri ni haa..maklumlaa dah hampir menghampiri umur setengah abad..tentu macam macam dah kusam dan kendur..tak salahkan..cantik untuk hubby tersayang..walaupun..hak hak hak..


Mama beli yang jenis purple sebab dia gred paling bagus dan khasiatnya sama macam sarang burung walit dan sirip ikan yu..kalau kat pasaran harga 100 gram mencecah RM 25.00 hingga RM 30.00, tapi mama dapat tersangatlah murah.  

Sahabat mama tu beli sekali banyak..jadi dapatlaa harga yang rendah..kira mampu beli..nak beli sekilo pun boleh..sebab tak sampai RM 200 pun..

Heboh lagi..ishh..nak pi cuci PMC mama yang telah direndamkan semalaman, lepas tu nak rebus dengan daun pandan untuk hilang bau sotong yang ada kat PMC tu haa..nanti dah cantik mama cerita akan keberkesanannya yerr..