Thursday, 28 February 2013

MESYUARAT PIBG KERRR..POLITIK

Assalamualaikum wbkt..

Hampir dua minggu batuk mama ni tak elok elok lagi..nak pergi mana mana pun takda mood..asyik kung kung kung jerr..

Jadi kebanyakan aktiviti terpaksalah En hubby buat sensorang.  Termasuklah aktiviti menghadiri mesyuarat PIBG sekolah.  

Melalui surat jemputan, ibubapa kena hadir pada jam 8.00 pagi dan tidak dinyatakan sehingga pukul berapa.. 

Sampai di sekolah, selepas mendaftar En hubby ambil tempat duduk yang disediakan. Ramai juga ibubapa yang datang untuk memberikan sokongan. Sejam telah berlalu, VIP "ahli politik" yang dinanti masih belum sampai...ramai yang keresahan.

Encik Pengerusi Majlis mula berucap, ucapan alu aluan untuk ibubapa dan tengah tengah berucap..tiba tiba kedengaran bunyi kompang.  Encik Pengerusi Majlis terus bergegas meninggalkan pentas dan tidak kembali untuk masa yang lama.  Ibubapa kembali terpinga pinga akan situasi yang tak berapa nak seronok.. 

Setelah menunggu agak lama, tiba tiba Encik Pengerusi Majlis datang semula membawa VIP tersebut naik ke pentas.  Bermulalaa ucapan lepas seorang, seorang memberi taklimat..termasuklah Guru Besar sendiri.  Al kisahnya tentang politik..bukan cerita tentang sekolah dan perihal anak murid..

Kutuk orang sana, kutuk orang sini, kata orang sana kata pimpinan orang sini..ibubapa mula cuak..jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi, En hubby angkat punggung keluar dari dewan dan lepak kat pintu pagar sekolah.  Rupa rupanya bukan En hubby jer yang keluar, bukan main ramai yang duduk di pintu pagar sekolah sambil berbual bual.  Semua bosan dengan ucapan yang dibentangkan di dewan sekolah tersebut...

Akhirnya En hubby start kereta, jalan balik ke rumah dengan wajah masam mencuka..buang masa..katanya..


No comments:

Post a Comment