Monday 27 October 2014

KISAH BENAR SRIKANDI NURHIJRAH

Assalamualaikum wbkt..

Sempena menyambut Maal Hijrah 1436 yang lalu, seorang penulis dan juga wartawan sebuah akhbar perdana yang ingin dikenali sebagai Azrul Affandi Sobri telah menulis pengakuan dan pengalaman hidup seorang wanita yang telah menukar agamanya dari kristian kepada islam.  

Katanya, artikel tersebut tidak dapat diterbitkan kerana sangat berisiko dan bossnya takut akan menimbulkan kontroversi.  Tetapi disiarkan juga ke alam maya supaya kita dapat kongsi kisah suka duka wanita yang sangat beruntung kerana Allah swt merahmatinya dan dia sememangnya seorang srikandi yang gigih di dalam memperjuangkan akidahnya..

Nama islam beliau ialah Nurhini Muslim Abdullah atau lebih dikenali sebagai Srikandi Nurhijrah.  Kita boleh lawati halaman blognya yang bernama AKU, MUALLAF DAN HIJRAH.  

Mama copy paste biodata yang telah dikongsi di halaman blog beliau...

My Photo

Nama saya D'HELLEANDS atau NORHINI MUSLIM@KUNTRAK ABDULLAH aku berasal dari Negeri bawah bayu di lahirkan di Butition,di besar kan oleh semua keluarga.

Tandek Kota Marudu,sampai ke garuda,ke Damai Putatan lastly likas Jesselton..family besar tapi kebanyakan semua mengikut haluan masing-masing kerana berlainan agama ,agama kristian (roman catholic)..convert ..aku benar-benar mencintai agama islam dan sangat berbangga mendapat hidayah dari Allah swt mendapat hidayah ketika berjuang dalam memimpin agama kristian.

Aku ingin berkongsi sedikit pengalaman pendek aku ,sesudah aku benar-benar  memahami apa itu islam,tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata.Jika aku ceritakan kisah dan pengalaman aku pasti akan menitiskan airmata,betapa indahnya agama ini,betapa mulianya menjadi seorang yang bergelar islam,keindahan itu hanya kita dapat melalui perasaan yang ikhlas.

Mengambarkan kehidupan sebagai seorang yang bergelar islam mencukupi segala-galanya subhanAllah..
Allah swt telah meletakan manusia di muka bumi ini supaya memberikan kita kehidupan yang kekal abadi,ketika aku memikirkan hal ini rupanya mataku dan mata hatiku buta selama ini.

Setiap kali teringat akan dia (Allah swt) pasti airmata mengalir,mengalir terkenangkan dosa-dosa yang pernah aku lakukan ketika sujud solatku yang terakhir ketika itulah aku pasti meraung dengan penuh rasa hina dan malu.Siapa sangka manusia seperti aku ini Allah swt  memilih untuk mengenalinya..mendekati semua yang Dia ciptakan segala-galanya mataku terbuka luas terbentang nun jauh seolah-olah ada cahaya yang datang melambai-lambai dan perasaan ku begitu nyaman,begitu juga kemuliaan Nabi Muhammad saw yang menjadi musuh kepada mereka dan aku satu masa dulu kini aku telah jatuh cinta pada kekasih Allah ini setelah aku mengkaji segala peninggalannya.Meremang bulu romaku tatkala membaca kisah tragis hidup kekasih Allah ini,dalam dirinya penuh kasih sayang,kemaafan dan segala-galanya,aku kini pasti akan menangis bila baginda kekasih Allah inidi hina,mereka tidak mengenali keperibadian Rasulullah,kemurnian hatinya,kemuliaan jiwanya,kesuciannya,keagungan cintanya kepada umat-umat-umatnya masyAllah..

Sesungguhnya pada hari ini aku ingin terus maju ke jalan hidayah yang telah Dia berikan kepadaku walau seberat manapun dugaan hidup,walau Dajjal datang membelah tubuhku aku tetap rela demi untuk agama Allah swt yang benar ini..tiada yang benar melainkan benar...inshAllah semoga aku terus tabah dan kuat untuk memerangi segala dugaan hidup yang semakin hari semakin mencabar keimananku Demi Allah aku tak gentar kerana Allah senantiasa bersama orang-orang yang benar amin..amin...amin Ya Allah....semoga aku dapat melahirkan ilmu untuk insan yang lain memahami keindahan islam ini dengan caraku sendiri...wAllahualam...

...........................................................................

Di bawah ini pula artikel yang telah dikongsi oleh penulis tersebut..


Rencana Maal Hijrah

Oleh Azrul Affandi Sobry
azr@bh.com.my

“Ketika itu saya anggap Nabi Muhammad itu menggunakan wanita untuk kepentingan semata-mata. Berkahwin ramai juga adalah satu sikap yang menyerlahkan tanggapan buruk itu. Malah, itulah yang dijadikan antara hujah saya untuk menanam kebencian orang Islam terhadap baginda.”

Itulah cerita silam Norhini Muslim Abdullah @ Kuntrak, 34, yang pernah memurtadkan lebih 3,000 orang sepanjang terbabit sebagai penyampai khutbah Kristian sejak dilantik menjadi ketua gereja di Likas sebelum melebarkan ‘dakwahnya’ di Pasir Gudang, Johor.

Seawal usia 12 tahun, dia yang menggunakan nama Helen ketika itu sudah diangkat menjadi ketua gereja atas kemahirannya yang hebat dalam berhujah dengan menggunakan pendekatan kasih sayang untuk memurtadkan orang Islam.

Kehebatannya terserlah kerana pada usia semuda itu, dia sudah mengepalai 7,000 penganut Kristian di bawahnya. Malah, ketika menyambung pengajian di Pasir Gudang, kekuatan hujahnya bukan saja berjaya memurtadkan orang Islam yang bermasalah tetapi turut mampu memesongkan akidah orang yang kuat pegangan agamanya selama ini.

Menghafal keseluruhan Injil, kelebihannya tentunya dalam butir bicaranya yang mampu membuatkan sesiapa saja terpaku. Malah, sepanjang sesi temubual bersama wartawan BH, ia kedengaran begitu indah meskipun ketika menghuraikan mengenai fahamannya dalam Kristian, apatah lagi mengenai Islam.

Norhini juga seorang yang amat tegas dengan pegangan agamanya. Dia tidak pernah mengizinkan hujah mengenai Islam mempengaruhi mindanya, malah dia pula yang akan mampu mematahkan hujah mereka.

“Tuhan itu sayang pada semua orang dan memberikan kelebihan kepada sesiapa saja. Syurga dan neraka ada satu dan terpulanglah yang mana satu kita pilih. Jadi, kita masing-masing ada kehidupan sendiri. Apa yang anda faham mengenai kasih sayang?

“Jika orang itu lambat untuk huraikan mengenai kasih sayang, hujah saya akan mendiamkannya. Itulah kelebihan saya ketika itu yang berpegang kepada konsep kasih sayang. Itulah yang menggagalkan penyebaran Islam dalam kalangan orang Kristian. Kami dilatih memahami agama.

“Dengan pendekatan itulah saya berjaya memurtadkan 3,000 orang dalam masa setengah bulan saja di Johor Bharu. Caranya ialah dengan mendekati mereka yang bersendirian dan bertanya dengan penuh lembut. Buat mereka rasa kasih sayang yang kita mahu curahkan. Sentuh mereka.

“Orang yang sedang dalam masalah, apabila didekati dengan kasih sayang dan kejujuran, ia mampu buatkan mereka lemah. Sekeras manapun hati seseorang akan menjadi lembut dengan kasih sayang. Sentuhan dan pelukan kita mampu bukakan hati mereka dan inilah yang membuatkan mereka terima Kristian. Itu yang saya buat dulu,” katanya.

Apa yang dilihat memudahkan dia mempengaruhi ramai orang Islam kerana kebanyakannya hanya menjadi pengikut bukan pengamal Islam. Kelompok begini akan mudah dipengaruhi dengan konsep yang dibawa oleh Kristian.

Ketika ditanya mengenai Nabi Muhammad, Norhini berkata, orang Kristian memang meletakkan Rasulullah sebagai individu yang mempergunakan wanita. Kebenciannya terhadap manusia teragung itu amat menebal.

Namun, apabila dia bekerja sambil belajar di Pasir Gudang dan tinggal bersama seorang wanita Islam yang sekadar mahu dikenali sebagai Kak Ina, persepsinya mengenai Islam sedikit sebanyak berubah.

“Pelik...selama ini saya mampu murtadkan ribuan orang tetapi tidak pula dengan rakan sebilik saya sendiri. Apa yang saya sedar, Kak Ina begitu menghormati orang lain. Atas meja kami, di ruangnya ada al-Quran dan di ruang saya ada Injil. Selalu juga jika Injil saya berselerak, Kak Ina kemaskan.

“Selalu dia yang ingatkan saya mengenai jadual gereja saya. Pernah saya tanyakan kepadanya, kenapa, meskipun Kak Ina tidak secantik mana, tetapi jika memakai telekung, wajah Kak Ina nampak sangat bersih dan indah. Ia memukau dan mempesona,” katanya.

Hidayah itu milik Allah SWT. Satu hari, Norhini bermimpi melihat bagaimana seksanya nyawa ditarik dan dia sendiri mampu membaca surah Al-Fatihah. Dia melihat kalimah tauhid syahadah di atas gunung yang tinggi.

“Kedengaran suara orang meminta tolong dengan sangat kuat. Saya mencari-cari di sana sini dan apabila tiba di satu gunung, saya bertemu seorang tua. Saya bertanya, suara siapakah itu. Jawabnya, itulah suara saya jika saya kekal dengan agama sekarang dan tidak menukar akidah.

“Lama saya termenung dengan keadaannya. Hidup saya sejak itu diselubungi tanda tanya. Ketika berjalan di KOMTAR, Johor, saya membeli buku mengenai Nabi Muhammad SAW dan ada satu bahagian dalam buku itu yang benar-benar mengubah hati saya.

“Membaca bahagian itu, seperti saya sedang menonton satu skrin besar di depan, membayangkan keadaan ketika itu. Kisah di mana Rasulullah SAW melihat satu benda hitam yang sangat besar di depannya dan apabila ia dekat, baru Baginda tahu itu adalah umatnya.

“Melihat umatnya dalam keadaan begitu, menangis Rasulullah SAW dengan penuh hiba sambil mengibarkan tangannya menyebut: ‘Umatku, umatku, umatku’. Saya menangis membaca bahagian itu membayangkan betapa sayang, rindu, kecintaan dan semuanya yang ada pada Rasulullah SAW.

“Ketika itu saya peluk buku itu dengan erat dan saya tidak tahu apa yang saya sedang rasa. Saya jadi begitu cintakan Nabi Muhammad SAW dan mahu lebih mengenali Baginda. Rasa kekesalan menyelubungi dan betapa kerdilnya diri ini dirasakan,” ceritanya terhenti-henti kerana menahan sebak dan tangisan yang semakin pantas menderu.

Atas sebab itulah dia nekad memeluk Islam. Keputusannya nyata mengejutkan ramai orang terutama rakan-rakannya yang tahu siapa dia selama ini.

Nyata, ujian untuk menjadikan seseorang itu beriman bukan mudah. Selepas memeluk Islam, dia dibawa kembali ke kampung halamannya (dirahsiakan) untuk dimurtadkan dengan diselangi pelbagai ujian hebat ketika ditahan dalam bilik pengampunan dosa.

“Saya tak rasa apa-apa. Sekadar pasrah dengan apa yang mereka buat. Beberapa paderi yang hebat-hebat dibawa untuk kononnya memulihkan saya. Air suci dari Perancis turut digunakan tapi saya tetap dengan Islam.

“Allah Maha Berkuasa. Seorang tukang sapu dalam gereja itu sendiri yang membantu untuk melepaskan saya. Dengan bantuan polis saya diterbangkan ke Johor semula. Nyata, ia bukan penamat segala-galanya apabila saya terpaksa melarikan diri dengan menuruni tingkat enam bangunan melalui batang paip untuk selamatkan diri daripada buruan.

“Dalam proses melarikan diri, saya hampir dirogol dalam keadaan seluar yang koyak rabak, berdarah di sana sini. Namun, Allah SWT melindungi saya sehingga saya berjaya kembali ke Jabatan Agama Islam dan dikahwinkan untuk membolehkan hak penjagaan itu beralih kepada suami,” katanya lagi yang ketika itu baru berusia 18 tahun.

Mengenai tindakan keluarganya selepas mengetahui yang dia sudah memeluk Islam, Norhini tidak selesa untuk kisah itu disiarkan kerana ibu bapanya sudah meninggal dunia dan dia sendiri dalam proses untuk memulihkan hubungan dengan keluarganya yang lain.

Dengan wajah yang tenang selepas lama menangis, dia berkata, untuk memahami Islam, dia sanggup belajar mengaji dengan kanak-kanak berusia 10 tahun.

“Belajarlah untuk jujur. Sampaikan sesuatu itu biarlah dari hati dan jangan bertopengkan apa-apa. Sampaikan dengan kasih sayang kerana dengan itulah mereka mampu mengubah. Jangan bosan mengucapkan terima kasih dan menghargai orang lain,” nasihat terakhirnya menamatkan sesi temubual.


Nurhini Muslim Abdullah



Sunday 26 October 2014

CONGO BAR MAMA

Assalamualaikum wbkt..

Sana sini sibuk cerita pasal Congo Bar.. buat mama terliur jerr.. Akhirnya mama bancuh juga satu adunan walaupun tak berapa nak tepat bahannya..jadilaaa..ada gak sesikit rasa dia kot.. takpa..lain kali buat dengan tepat..insya Allah..

Resepi Congo Bar

Bahan

Tepung Gandum  310 grm
Baking Powder     2 1/2 sudu kecil
Butter                 250 grm
Gula Perang         300 grm (mama guna gula castor..yang ado)
Telor B                3 biji
Esen Vanila          1 sudu kecil
Coklat Chip          1 cawan (coklat masakan pun boleh..kita potong kecil)
Badam Hiris          untuk tabur 

Cara

  1. Pukul Butter dengan gula hingga kembang
  2. Masuk telor dan pukul lagi
  3. Masuk Esen Vanila dan tepung dikaub rata
  4. Masuk Coklat Chip dan gaul rata..kalau nak campur dengan almond cincang, kelapa kering dan walnut pun boleh juga..macam macam ada..
  5. Ratakan di dalam dulang pembakar..jangan lupa alas dulang dengan kertas yerr..sapu marjerin sikit atasnya..baru letak adunan tadi..
  6. Buat garisan empat segi sama atau tepat dan susun almond hiris dan coklat chip kat dalam garisan sahaja..supaya mudah untuk kita potong nanti..
  7. Bakar guna suhu 180 atau ikut 170..ikut jenis oven kau orang.. selama 30 minit..
  8. Bila dah sejuk..potong dan letak kat dalam paper cup..cantiklaa sikit gupanya..




gambar gambar ihsan google


PANDUAN BERGAMBAR SOLAT DUDUK ATAS KERUSI

Assalamualaikum wbkt..

Semoga memberi manfaat kepada yang tak larat solat macam biasa.  Panduan bergambar ni mama copy paste dari blog Malaysia News..

panduan soalat ketika sakit


SUNAT DAN RUKUN DI DALAM SOLAT

Assalamualaikum wbkt..

Mengaku ke tidak, kebanyakan daripada kita tidak perihatin, tidak kesah atau tidak ingat akan Rukun Solat yang wajib kita ketahui bukan sahaja dari segi pergerakan dan bacaan ketika solat malah membezakan perihal yang rukun dan sunat.. Sekiranya kita tidak ambil endah akan amalan solat kita..bak kata ustazah yang beri tazkirah kat rumah mama itu..beramal tanpa ilmu sangatlah rugi...

Rukun Solat ada 13 perkara..seharusnya kita pastikan pergerakan dan bacaan yang wajib dan sunat.. supaya solat kita sah..

Rukun Solat 13 perkara

1. Berdiri betul - bagi yang mampu (manakala yang uzur terkecuali)
2. Niat
3. Takbiratul Ihram -  Allahuakhbar
4. Al Fatihah
5. Rukuk + Thumakninah
6. Iktidal + Thumakninah - berdiri dengan betul selepas rukuk
7. Sujud 2 X dengan Thumakninah
8. Duduk antara dua sujud dengan Thumakninah
9. Duduk Tahaiyat Akhir
10. Membaca Tahaiyat Akhir
11. Membaca Selawat ketika Tahaiyat
12  Bagi Salam - Memalingkan muka ke arah kanan
13 Tertib

Jika kita tertinggal salah satu rukun di dalam solat :

Kena buat Sujud Sahwi pada penghujung rakaat yang terakhir, yaitu sesudah tahaiyyat dan sebelum salam. Bersujud sambil mengucapkan "Allaahu Akbar" dan dalam sujud membaca: Subhaanalladzi laa yanaamu walaa yashu (3x) "Maha suci Allah yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa"





Manakala Perkara sunat di dalam Solat ialah selain dari rukun laa..tapi nak khusus mama copy paste dari sebuah blog untuk pengetahuan mama dan pembaca semua..semoga memberi manfaat kepada kita semua..

Sunat ketika melakukan sembahyang ada dua jenis iaitu sunat ab'adh dan sunat hai'ah. Sunat ab'adh ialah setiap perkara yang sangat dituntut untuk dilaksanakan di mana jika ditinggalkan maka sunat diganti dengan sujud sahwi pada akhir sembahyang (sebelum memberi salam). Manakala sunat hai'ah pula ialah setiap perkara yang jika ditinggalkan tidak dikenakan sudud sahwi.


Sunat Ab‘adh

1. Tasyahhud awal, iaitu tasyahhud yang dibaca semasa duduk selepas melakukan setiap dua raka‘at dalam sembahyang Zuhur, ‘Asar, Maghrib dan ‘Isya’.

2. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud awal tanpa disambung dengan salawat ke atas ahli keluarga Baginda sallallahu ‘alayhi wasallam.

3. Salawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud akhir.

4. Duduk bagi mengerjakan setiap tiga perkara sunat ab‘adh di atas.

5. Bacaan qunut semasa i‘tidal pada raka‘at sembahyang Subuh, pada raka‘at akhir sembahyang witir ketika separuh kedua bulan Ramadhan iaitu selepas malam kelima belas.

Sunat Hai’ah

Sunat hai’ah sangat banyak semasa melakukan sembahyang. Secara umumnya, sunat hai’ah boleh diringkaskan kepada perkara-perkara berikut:


1. Mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram, mula hendak ruku‘ dan bangkit daripadanya, dan ketika bangun daripada tasyahhud awal.

2. Meletakkan tangan kanan ke atas belakang tangan kiri di bawah dada, di atas pusat sambil mengarahkan sedikit ke arah hati.

3. Melihat ke tempat sujud sambil menundukkan kepala sedikit.

4. Membaca tawajjuh atau doa iftitah secara senyap.

5. Membaca al-isti‘azah secara perlahan selepas tawajjuh dan sebelum Al-Fatihah.

6. Selain daripada itu, ma’mum hendaklah menyaringkan bacaan pada tempat-tempat yang menghendaki sedemikian iaitu semasa sembahyang Subuh, dua raka‘at pertama sembahyang Maghrib dan ‘Isya’, Juma‘at, dua hari raya, gerhana bulan, istisqa’, tarawih, witir ramadhan, dua raka‘at selepas tawaf pada malam hari dan waktu Subuh. Pada selain waktu-waktu tersebut hendaklah memperlahankan suara.

7. Membaca selepas Al-Fatihah sama ada oleh imam, ma’mum atau bersendirian.

8. Membaca surah atau paling kurang tiga ayat selepas bacaan Al-Fatihah. Disunatkan kepada imam atau persendirian dan ma’mum yang tidak mendengar bacaan imam kecuali pada raka‘at ketiga dan keempat kepada selain masbuq dengan dua raka‘at pertama.

9. Bertakbir ketika melakukan perpindahan dari satu rukun ke rukun yang lain.

10. Membaca semasa mengangkat kepala daripada ruku‘.

11. Membaca tasbih ketika ruku` dan sujud sebanyak tiga kali.

12. Meletakkan kedua-dua tangan pada kedua-dua paha ketika duduk tasyahhud.

13. Duduk secara iftirash dalam semua tempat dikehendaki duduk kepada selain mereka yang masbuq dan yang lupa.

14. Membaca salawat Ibrahimiyyah selepas tasyahhud akhir.

15. Berdoa dan ta‘awwuz iaitu meminta perlindungan kepada Allah selepas tasyahhud akhir.

16. Memberikan salam kedua selepas salam fardhu yang pertama.

17. Khusyu‘, iaitu menghadirkan hati semasa mengerjakan sembahyang dan memberi perhatian kepada setiap patah perkataan yang diucapkan.


Saturday 25 October 2014

MAJLIS BACA YASIN KAT RUMAH HAJJAH ROBIAH

Assalamualaikum wbkt..

Pada 24hb October yang lepas, mama berada di kampung untuk membantu kakak mama yang berhajat mengadakan Majlis Bacaan Yassin dengan harapan semoga Allah swt menerima ibadah tersebut dan pahalanya disampaikan kepada para arwah datuk nenek dan ibu bapa tersayang.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar... Lebih kurang 30 orang jemputan terdiri dari kumpulan Nurun Ala Nur dan kumpulan An Nisa' Solok Air Batu termasuk Ustazah jemputan.  Selepas membaca Yassin, Ustazah memberi sedikit tazkirah berkenaan dengan Rukun Solat.  Sangat sangat bermanfaat.. nanti mama share yerr...

Terima kasih kepada semua para jemputan yang telah hadir untuk sama sama menjayakan Majlis kami sekeluarga. Terutama kepada Kak Sarah, Su dan Nur Kasih yang banyak membantu Kak Long...terima kasih daun keladi, kalau ada tolonglaa lagi yerr..heheh..

Gambar gambar ni ihsan Nur Kasih.. sepupu mama kat kampung..






  

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1436 H

Assalamualaikum wbkt..

Selamat Menyambut Tahun Baru 1436 H.  Semoga sepanjang tahun baru ini kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Nya..aamiinnn..

Monday 20 October 2014

JAKIM SIASAT PROGRAM KEMPEN SENTUH ANJING

Assalamualaikum wbkt..

Copy Paste dari Malaysia Kini

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung penganjuran acara 'I Want To Touch A Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang semalam.
    
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.
    
Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).
    
"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.
    
"Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan-peruntukan yang ada," katanya kepada pemberita mengulas penganjuran program itu yang mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan umat Islam di sekitar ibu kota, semalam.

Othman ditemui media selepas merasmikan Multaqa Pengetua Sekolah Agama peringkat kebangsaan di Kuala Terengganu, malam tadi.
    
Beliau turut menasihatkan umat Islam agar melihat semula dan mendapatkan pandangan ulama mahupun ustaz sama ada apa yang dilakukan mereka dengan menyentuh, memeluk dan mendukung anjing itu betul dari segi agama dan selaras dengan tuntutan Islam.
    
Penganjuran program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' oleh Syed Azmi Alhabshi yang bertujuan membantu orang ramai terutama masyarakat Islam untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.
    
Program selama dua jam bermula 8 pagi hingga 10 pagi itu dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.
    
Sementara itu, ketika ditanya tentang kehadiran seorang ustaz di samping dua individu lain dalam forum mini bagi menjawab pertanyaan dan kemusyiklan berkaitan anjing dalam acara tersebut, Othman berkata pihaknya akan turut menyiasat kelayakan agama lelaki berkenaan.
    
"Buat masa ini, kita tidak dapat maklumat lengkap sama ada betul atau tidak individu itu ustaz, sekarang ini siapa-siapa yang pakai songkok (berpenampilan lim) pun sudah boleh jadi ustaz," katanya.
    
-Bernama

KEMPEN SENTUH ANJING..OH TIDAK

Assalamualaikum wbkt..

Mama sebenarnya baru tahu tadi berkenaan kempen sentuh anjing yang diadakan di Central Park, Bandar Utama, Selangor.  Wah.. kembang kuncup kembang kuncup hidung orang yang pro bela anjing walaupun meka islam yerr.  

Apakah tujuan sebenar si penganjur...?  Tidakkah mereka sedar perbuatan tersebut cuba menidakkan syariat agama islam yang dipegang dan dijunjung oleh majoriti rakyat Malaysia.  Atau ini salah satu daripada agenda halus yang telah disusun untuk mengubah dan menidakkan hukum yang sedia ada. Supaya islam makin pincang, makin mesra alam dengan segala yang haram..

Oh tidak..kenapakah perlu ada kempen sebegitu..? Di sekolah kita telah diberi pengetahuan tentang kebersihan di dalam islam.  Kita telah diberi penerangan kenapa islam tidak menyentuh atau membela anjing dan babi. Kita juga telah diajar bagaimanakah caranya untuk menyamak seandainya bersentuhan dengan binatang tersebut.  Walaupun dah lama tinggalkan alam persekolahan, mama masih ingat kenapa, bagaimana cara.. kenapakah..? Kenapa perlu diadakan kempen sebegitu..?

Hohoo..adakah..? tunjuk modenkah..vangangkah..? lupakah..? atau sistem sekularkah yang menjadikan umat islam yang setuju mengikut kempen itu ..oh apa perkataan nak mama guna..?..entah..

Kemonlahh..tu sebab suruh ikut sunnah Rasulullah saw..ada kerr Rasulullah saw bela anjing..setahu mama kucing adalaa..Rasulullah saw suka kucing dan ada bela kucing..idaknya baginda bela anjing..

Kenapa nak buat kempen yang buang masa macam gitu.  Kenapa tak buat kempen yang lebih bernas dan mendatangkan kebaikan kepada islam keseluruhannya.  Umpamanya Kempen Mengenal Islam kepada yang bukan islam kat Malaysia ni.. atau Kempen Islam Bukan Terorist, Kempen Iqra, Kempen Cinta Al Quran, Kempen Sentuh Al Quran, Kempen Kenal Rasulullah saw, Kempen Hijab..subhanallah..macam macam ada yang boleh mendekatkan diri dengan Allah swt..awatlaa kempen kotor gitu..memanglaa kalau kering boleh sentuh..lama lama besok bela pulak, simpan kat beranda, letak kat laman..letak kat dalam rumah..bawa tidur..maklumlaa sayang.  Anjing ni jenis suka menjilat..pastu nak kena mandikan..haa gasak nak bersamak jer kerja.. mandi sehari dua kalipun awak malas..larat kerr nak menyamak dan membersih diri sepanjang hari untuk melunaskan solat lima waktu nanti..pasti makin malasssssssssssss..itulah yang meka nak..kan kan kan..

Banyak nak dicakap tapi emosi sangat nih.. Seeloknya mama share jerr pandangan dari orang yang ahli ngan agama.. Sama sama kita baca dan sama sama kita mengingati.. insya Allah..


..........................................................................................


...............................................................................................................




Orang MELAYU suka buat benda-benda DITEGAH agama untuk NAMPAK UP TO DATE.."

KEJAHILAN PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'

I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.


Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

Hukum menyentuh anjing

1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.” [Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada "alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)", ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing

2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta 
ii. untuk menjaga tanaman 
iii. untuk menjaga ternakan 
iv. sebagai anjing untuk memburu 
v. menjaga keselamatan keluarga

"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." [Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak." [riwayat Muslim no. 1571]

"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari" [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya: 
1) HARAM bela anjing di dalam rumah 
2) WAJIB beri makan minumnya 
3) HARAM mendera atau mencederakannya 
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.

3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.

Rujukan: 
Halal wa Haram fi al-Islam 
(Prof Dr Yusof al-Qaradhawi) 
Mughni Al-Muhtaj 
(Imam Nawawi) 
Haza Halal wa Haza Haram 
(Abdul Qadir Ahmad 'Ata)

.......................................................................................


Kempen pegang anjing? Dalam banyak-banyak hujah, ini yg paling gua salute.
Mari baca kerana menjawab semua permasalahan.

"Dah tny masalah pesta sentuh anjing yg turut disertai oleh org Islam maka terpaksa jwb, mulanya malas dh nk jwb benda mcm ini sebab semua maklum dh, sejak drpd sekolah KAFA maklum dh anjing ini najis berat.


Dlm mazhab kita hukum anjing adalah najis.

Disebut oleh Imam Abu Syuja' dlm Matan Ghoyahnya,

والحيوان كله طاهر الا الكلب والخنزير وما تولد منهما

Bermula sekalian haiwan itu sekaliannya ialah suci ia melainkan anjing dan babi dan brg yg beranak ia drpd keduanya.

Tuk muhasyi, Imam Baajuri sebut dlm hasyiahnya,

اى ولو كلب صيد ويستثنى منه كلب أهل الكهف فانه طاهر ويدخل الجنة الخ

Yakni sekalipun anjing perburuan ( tetap najis berat ) dan DIKECUALIKAN drpdnya akan anjing ahli Kahfi maka bahawasanya anjing ahli Kahfi ialah suci ia dan masuk ia ke dalam syurga ( hingga akhir )

Klu lah pesta td tu pegang anjing ahli Kahfi maka ya, suci. Adapun selain itu hukumnya najis berat.

Walaupun begitu, dlm mazhab Malik setiap 'ain haiwan itu suci kesemuanya sekalipun anjing dan babi.

Ini disebut oleh Syeikh Abd Rahman al - Jaziri dlm kitabnya,

قالوا كل حي طاهر العين ولو كلبا أو خنزيرا

Telah berkata merekaitu ( ashab Malikiyyah ) setiap yg hidup itu ialah suci ia sekalipun ada ia anjing dan babi.

Adapun ashab Hanafiyyah sebut,

ووافقهم الحنفية علي طهارة عين الكلب ما دام حيا على الراجح

Dan telah muafakat akan ashab Malikiyyah oleh ashab Hanafiyyah atas suci 'ain anjing selama masa anjing itu ialah hidup ia atas qaul yg rojih.

Disebut lg bg mazhab Hanafi, klu air liurnya walaupun masih hidup maka najis hukumnya.

Tak pyh la memeningkan masyarakat, pgg pd mazhab kita hukumnya najis. Dah najis maka syarak tk benarkan dgn sengaja duk pergi pegang dsb. Macam masalah kita sengaja gi terjun dlm loji taik, hukumnya berdosa sbb sengaja melumurkan bdn dgn najis.

Alim ulama' dulu - dulu sudah letak elok sesuai dgn masyarakat kita maka jgnlah kita langgar apa yg mereka dh sebut supaya tidak jd kecamuk dlm masyarakat, wallahualam.

- Hasyiah Imam Baajuri 'ala Fathil Qhorib juzk 1

- Fiqh 'ala Mazahib Arba'ah Syeikh Abd Rahman al - Jaziri juzk 1

(Copy & Paste)

Kredit to Talaqqi Pondok

Penjelasan yg mantap, jitu, pejal dan berwawasan.
Sekadar berkongsi.

- Parjo