Sunday 5 October 2014

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Assalamualaikum wbkt..

Selamat hari raya korban untuk semua.  Tahniah kepada yang dapat menjalankan ibadah korban pada tahun ini yerr. Terima kasihlaa kepada yang menghulur daging untuk dirasa oleh keluarga mama. Menikmati daging segar ni kena berpada pada, terutama yang ada darah tinggi...  cepat naik tekanan darah..  

Macam biasa En Hubby akan balik ke kampungnya untuk menguruskan Majlis Korban kat Surau Tanah Wakaf Kg Tengah, Kuala Pilah.  Biaq pilaa sayang mama tuu..mama taknak ganggu.  Selalunya mama dan anak anak tinggal jer kat rumah, lagipun kat tempat tinggal mama ni saban tahun ada buat korban. 

Tahun ini Ummu Muhammad, kakak mama buat korban seekor lembu kat kampung, jadi mama ambil kesempatan untuk meraikan majlis korban tersebut bersama keluarga kat kampung. Walaupun setengah daripada adik beradik mama tak dapat balik, majlis tetap meriah.  Al maklumlaa sepupu sepapat, anak anak sedara, cucu cucu sedara keliling rumah ramai, suasana dah macam kenduri gitu..

Baik sungguh lembu itu, dok diam jer.  Masa baru sampai, kakak mama kata dia duduk sujud..macam redha gitu.  Masa nak menyembelihpun tak banyak karenah.  Nampak macam kecil jer lembunya, dagingnya dapat lebih 60 kg. 

Selepas di bahagi tujuh, 1 bahagian diberi kepada Ummu, tapi Ummu hanya ambil setengah daripadanya, selebihnya di sedekah.  Bahagian diapun dia tak ambil,  disedekahkannya kepada orang lain.  Untuk orang kampung, bukan sahaja daging, malah hati, paru dan limpa dipotong kecil kecil dan diberi sama.

Anak anak sedara dikerah untuk menghantar daging dari rumah ke rumah. Subhanallah,  penuh peti sejuk orang kampung, al maklumlaa ramai berkorban pada tahun ini dan masing masing buat sendiri di rumah.  Cuma tukang sembelih kami panggil Imam Kampung untuk uruskan penyembelihan, tapi yang bagusnya dia ada bawa tukang lapah, bukan sahaja melapah daging malah dari hujung kepala sampai hujung kaki selesai dikerjakannya.  Kami hanya timbang dan bagi bagikan daging untuk di edarkan nanti.

Bila petang tiba, jangankan daging lembu, daging kambing malah unta juga ada.. Unta tu mungkin keluarga Dato Zahid Hamidi yang beri, sebab masa mama balik, terlihat Unta kat depan rumah mertua dia..

Sebahagian daging korban kami ambil buat masak kicap, goreng kunyit, masak singgang dan tulang pula dibuat sop.  Semua yang hadir merasa..Alhamdulillah.

Semoga amalan Ibadah Korbannya diterima Allah swt..Insya Allah..aamiinnn..



  




No comments:

Post a Comment