Monday 20 October 2014

KEMPEN SENTUH ANJING..OH TIDAK

Assalamualaikum wbkt..

Mama sebenarnya baru tahu tadi berkenaan kempen sentuh anjing yang diadakan di Central Park, Bandar Utama, Selangor.  Wah.. kembang kuncup kembang kuncup hidung orang yang pro bela anjing walaupun meka islam yerr.  

Apakah tujuan sebenar si penganjur...?  Tidakkah mereka sedar perbuatan tersebut cuba menidakkan syariat agama islam yang dipegang dan dijunjung oleh majoriti rakyat Malaysia.  Atau ini salah satu daripada agenda halus yang telah disusun untuk mengubah dan menidakkan hukum yang sedia ada. Supaya islam makin pincang, makin mesra alam dengan segala yang haram..

Oh tidak..kenapakah perlu ada kempen sebegitu..? Di sekolah kita telah diberi pengetahuan tentang kebersihan di dalam islam.  Kita telah diberi penerangan kenapa islam tidak menyentuh atau membela anjing dan babi. Kita juga telah diajar bagaimanakah caranya untuk menyamak seandainya bersentuhan dengan binatang tersebut.  Walaupun dah lama tinggalkan alam persekolahan, mama masih ingat kenapa, bagaimana cara.. kenapakah..? Kenapa perlu diadakan kempen sebegitu..?

Hohoo..adakah..? tunjuk modenkah..vangangkah..? lupakah..? atau sistem sekularkah yang menjadikan umat islam yang setuju mengikut kempen itu ..oh apa perkataan nak mama guna..?..entah..

Kemonlahh..tu sebab suruh ikut sunnah Rasulullah saw..ada kerr Rasulullah saw bela anjing..setahu mama kucing adalaa..Rasulullah saw suka kucing dan ada bela kucing..idaknya baginda bela anjing..

Kenapa nak buat kempen yang buang masa macam gitu.  Kenapa tak buat kempen yang lebih bernas dan mendatangkan kebaikan kepada islam keseluruhannya.  Umpamanya Kempen Mengenal Islam kepada yang bukan islam kat Malaysia ni.. atau Kempen Islam Bukan Terorist, Kempen Iqra, Kempen Cinta Al Quran, Kempen Sentuh Al Quran, Kempen Kenal Rasulullah saw, Kempen Hijab..subhanallah..macam macam ada yang boleh mendekatkan diri dengan Allah swt..awatlaa kempen kotor gitu..memanglaa kalau kering boleh sentuh..lama lama besok bela pulak, simpan kat beranda, letak kat laman..letak kat dalam rumah..bawa tidur..maklumlaa sayang.  Anjing ni jenis suka menjilat..pastu nak kena mandikan..haa gasak nak bersamak jer kerja.. mandi sehari dua kalipun awak malas..larat kerr nak menyamak dan membersih diri sepanjang hari untuk melunaskan solat lima waktu nanti..pasti makin malasssssssssssss..itulah yang meka nak..kan kan kan..

Banyak nak dicakap tapi emosi sangat nih.. Seeloknya mama share jerr pandangan dari orang yang ahli ngan agama.. Sama sama kita baca dan sama sama kita mengingati.. insya Allah..


..........................................................................................


...............................................................................................................




Orang MELAYU suka buat benda-benda DITEGAH agama untuk NAMPAK UP TO DATE.."

KEJAHILAN PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'

I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.


Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

Hukum menyentuh anjing

1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.” [Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada "alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)", ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing

2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta 
ii. untuk menjaga tanaman 
iii. untuk menjaga ternakan 
iv. sebagai anjing untuk memburu 
v. menjaga keselamatan keluarga

"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." [Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak." [riwayat Muslim no. 1571]

"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari" [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya: 
1) HARAM bela anjing di dalam rumah 
2) WAJIB beri makan minumnya 
3) HARAM mendera atau mencederakannya 
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.

3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.

Rujukan: 
Halal wa Haram fi al-Islam 
(Prof Dr Yusof al-Qaradhawi) 
Mughni Al-Muhtaj 
(Imam Nawawi) 
Haza Halal wa Haza Haram 
(Abdul Qadir Ahmad 'Ata)

.......................................................................................


Kempen pegang anjing? Dalam banyak-banyak hujah, ini yg paling gua salute.
Mari baca kerana menjawab semua permasalahan.

"Dah tny masalah pesta sentuh anjing yg turut disertai oleh org Islam maka terpaksa jwb, mulanya malas dh nk jwb benda mcm ini sebab semua maklum dh, sejak drpd sekolah KAFA maklum dh anjing ini najis berat.


Dlm mazhab kita hukum anjing adalah najis.

Disebut oleh Imam Abu Syuja' dlm Matan Ghoyahnya,

والحيوان كله طاهر الا الكلب والخنزير وما تولد منهما

Bermula sekalian haiwan itu sekaliannya ialah suci ia melainkan anjing dan babi dan brg yg beranak ia drpd keduanya.

Tuk muhasyi, Imam Baajuri sebut dlm hasyiahnya,

اى ولو كلب صيد ويستثنى منه كلب أهل الكهف فانه طاهر ويدخل الجنة الخ

Yakni sekalipun anjing perburuan ( tetap najis berat ) dan DIKECUALIKAN drpdnya akan anjing ahli Kahfi maka bahawasanya anjing ahli Kahfi ialah suci ia dan masuk ia ke dalam syurga ( hingga akhir )

Klu lah pesta td tu pegang anjing ahli Kahfi maka ya, suci. Adapun selain itu hukumnya najis berat.

Walaupun begitu, dlm mazhab Malik setiap 'ain haiwan itu suci kesemuanya sekalipun anjing dan babi.

Ini disebut oleh Syeikh Abd Rahman al - Jaziri dlm kitabnya,

قالوا كل حي طاهر العين ولو كلبا أو خنزيرا

Telah berkata merekaitu ( ashab Malikiyyah ) setiap yg hidup itu ialah suci ia sekalipun ada ia anjing dan babi.

Adapun ashab Hanafiyyah sebut,

ووافقهم الحنفية علي طهارة عين الكلب ما دام حيا على الراجح

Dan telah muafakat akan ashab Malikiyyah oleh ashab Hanafiyyah atas suci 'ain anjing selama masa anjing itu ialah hidup ia atas qaul yg rojih.

Disebut lg bg mazhab Hanafi, klu air liurnya walaupun masih hidup maka najis hukumnya.

Tak pyh la memeningkan masyarakat, pgg pd mazhab kita hukumnya najis. Dah najis maka syarak tk benarkan dgn sengaja duk pergi pegang dsb. Macam masalah kita sengaja gi terjun dlm loji taik, hukumnya berdosa sbb sengaja melumurkan bdn dgn najis.

Alim ulama' dulu - dulu sudah letak elok sesuai dgn masyarakat kita maka jgnlah kita langgar apa yg mereka dh sebut supaya tidak jd kecamuk dlm masyarakat, wallahualam.

- Hasyiah Imam Baajuri 'ala Fathil Qhorib juzk 1

- Fiqh 'ala Mazahib Arba'ah Syeikh Abd Rahman al - Jaziri juzk 1

(Copy & Paste)

Kredit to Talaqqi Pondok

Penjelasan yg mantap, jitu, pejal dan berwawasan.
Sekadar berkongsi.

- Parjo






No comments:

Post a Comment