Sunday 19 October 2014

SAMBAL TUMIS KERDAS

Assalamualaikum wbkt..

Kenal tak Buah Kerdas? Buah Kerdas atau Genuak sering kali dijadikan sebagai ulam semasa makan nasi oleh masyarakat asia tenggara terutama di kawasan kampung. Sangat digemari oleh pengemarnya kerana rasanya seakan akan jering, lemak dan sedikit manis.


Semasa mama kat kampung dahulu payah betul nak makan Buah Kerdas. Maklumlaa, tok nenek takda tanam Buah Kerdas. Kalau ada yang memberi, merasalah.  Dekat pasar takda orang jual, mungkin juga masa itu Buah Kerdas sangat sukar di dapati. Ada orang kata terpaksa cari di dalam hutan, sama seperti buah perah dan kembang semangkuk.  Terpaksa susup sasap dalam hutan untuk mendapatkan buah yang sangat exotic itu.

Sekarang ni tak payah nak cari.  Pergi jer Pasar Tani, Insya Allah..ada.  Tidak sukar juga bagi mama sebab kat kampung, arwah abah mama ada menanam pokok kerdas sebelum dia meninggal dunia.  Sudah beberapa kali kami adik beradik menikmati tuaiannya.  Malah abang mama kat kampung juga dapat menjualnya kepada orang kampung.  

Baru baru ni mama balik kampung..tu haa..banyak sungguh buah kerdas. Puas sudah berulam, tapi mama sorang jer yang beriya iyanya.  En. Hubby tak suka berulam sangat, anak anak lagi laa.  

Hari ini mama try masak sambal tumis ikan bilis campur dengan Buah Kerdas. Kot kot pandai anak anak mama makan.  Mama rendam dahulu Buah Kerdas supaya kembang.  Mama rebus dan buang kulitnya.  Isi putih kehijauan itu mama tumbuk tumbuk sedikit supaya isinya jadi pecah dan lembut untuk di makan.

Alaa..takyah resepi laa. Cuma buat sambal tumis ikan bilis yang biasa tu, pastu tambah Buah Kerdas.  Sedap sangat..

Barulaa anak mama berani nak makan..sedap katanya..

feezalovely kitchen picture

Khasiat yang perlu kita tahu, Buah Kerdas dipercayai dapat membersihkan buah pinggang, melawaskan kencing, mengelakkan penyakit kencing manis serta awet muda.


No comments:

Post a Comment