Wednesday 15 October 2014

BISMILLAH 21 KALI

Assalamualaikum wbkt..

Pernahkan kau orang mengalami pengalaman seperti dihimpit sesuatu ketika tengah tidur.  Selalunya perasaan itu seperti separuh sedar, kadang kadang kita dapat lihat suasana sekeliling termasuk ahli keluarga kita. Kita seperti dihimpit oleh satu lembaga hitam dan berat, kadang kadang tidak boleh bernafas. Apatah lagi untuk berkata kata, suara kita bagaikan disekat di kerongkong dan badan kita terasa kejung kaku tidak mampu untuk bergerak.. dahulu mama selalu diganggu begini.  Mungkin gangguan jin atau syaitan sebab atas kelalaian diri sendiri.  Paling kerap bila tiba datang bulan, mudah sungguh diganggu.

Sebelum tidur mama baca 4 qul, tapi kena juga.  Mungkin kurang tertib bacaannya, sebab tu kurang mujarab.  Jadi mama amalkan yang mudah.  Setiap kali hendak tidur mama akan baca Bismillah sebanyak 21 kali, dan berdoa dengan Allah swt supaya terlindung dari sebarang kejahatan dan gangguan bukan sahaja kepada mama malah kepada seluruh ahli keluarga mama... Alhamdulillah.  Mama amalkan sampai sekarang. 

Oh yer..kena kusyuk tau..sebab kadang kadang kita terganggu akibat terlupa berapa kali dah kita baca bismillah tu..kadang kadang kita seperti khayal dan sangat mengantuk..kena lawan sungguh sungguh..dan baca bismillah dengan ikhlas..InsyaAllah.. Alhamdulillah..

Zikir Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil sambil lelapkan mata..jangan dilupa..



No comments:

Post a Comment