Sunday 19 October 2014

JUS DAN JAM ROSELLE

Assalamualaikum wbkt..

Best betul balik kampung sebab abang mama tersangat rajin bercucuk tanam keliling rumah dia.  Apa lagi..kita yang tersangat malas ni akan balik kampung dan mengangkut apa yang boleh..heheh..

Pokok roselle yang ditanam di tepi rumahnya sangat rajin berbuah.  Kakak ipar mama kata, dah muak buat jus dengan jam.  "kalau mak usu nak, petiklah..." pantang dipelawe.. mama petik dekat satu pokok jer..dekat setengah kilo buah dia...

khasiat roselle

Resepi Jus Roselle

Roselle            1/2 kg atau kurang bergantung apa yang kita ada
Gula                1 kg
Air                   1 jug atau lebih

Kopek kelopak Roselle dan rebus kelopak Roselle dengan air hingga kembang dan lembut.  Warna air rebusan tadi akan menjadi merah dan rasanya akan menjadi sangat masam.  Tambah gula tadi dan kacau sehingga gula cair sepenuhnya.  Sejukkan dan tapis.  Kalau rajin gesek gesek serpihan kelopak roselle tadi pada tapis dan campur ke dalam jus tadi. Boleh simpan lama dan bancuh dengan air seperti biasa seperti kita bancuh air sirap ready made tu..

Kalau nak buat Jam, semasa tapis jus tadi, sisa kelopak roselle itu kita blander hingga halus dan masak dengan sedikit lagi air dan gula.  Untuk mendapatkan jam tahan lama dan cantik..tambahkan sesudu dua jam (tak kisah jenis apa) yang kita beli kat kedai tu.. Kacau hingga rata dan sejukkan terus ke dalam jar simpanan.  Sebab bila dah sejuk..jam akan membeku seperti jam beli.


Khasiat Buah Roselle

info dari Khasiat Herba Untuk Kesihatan

Ia mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 milligram bagi seuap 100gram roselle kering. Selain itu”setiap 1009 roselle segar mengandungi 2,85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin 81,0.06 vitamin 82 dan 0.05 mg vitamin 92 kompleks.

Penyalut bunga roselle boleh diproses untuk dijadikan hasilan makanan/minuman seperU kordial, pati, jem, halwa, puri dan ser- buk. Malahan kepada pelbagai produk kesihatan dan penjagaan diri. Selain menjadi nilai tambah hasilan lain seperti tart, bahulu, kek, muffin, coklat dan acar buah-buahan.

– Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.

– Melancar peredaran darah.

– Mengubati luka luar dan dalam.

Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.

– Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)

– Bersifat detoksifikasi, membuang racun.

– Mempunyai efek anti kejang otot.

– Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.

– Membunuh bakteria penyebab TBC.

– Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan

– Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.


– Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.

– Mengubati asma dan alergi.

– Mengubati insomnia.


– Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.

– Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.

Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

– Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh

– Menyihatkan mata

– Menyeimbangkan berat badan.

– Mengurangi panas dalam .

– Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.

– Mengubati pening kepala/migraine.

– Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.

– Menghilangkan sakit sakit di badan.

– Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA

– Dapat mengurangi risiko osteoporosis.

– Mengubati sakit tenggorokan dan sawan.

– Mengatasi masalah stress/tekanan.

Kandungan Rozel:

Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.






















No comments:

Post a Comment