Monday, 23 January 2012

BEPANG "PUFFED RICE"



Kalau balik ke Melaka mama mesti beli bepang yang diperbuat dari bertih pulut..alaa yang bulat bulat tu.  Kalau diikutkan kat mana mana pun dah ada dijual tetapi disebabkan di tanah kelahiran ku beli juga..

Cuma yang sukarnya untuk mendapatkan bertih pulut..konon konon nak buat sendiri laa tu.  Akhirnya mama dapat idea guna bertih beras "Puffed Rice" yang berlambak di pasaran..boleh laa daripada takda..


ini jenis yang mama guna..sorry dah buka dulu baru ambil gambar..keh keh keh

bulat bulatkan ketika masih panas..kena cepat cepat,  karamel cepat mengeras
camgini laa rupa diaa.

atau letak atas daun pisang..lepastu nipiskan guna daun pisang..sebab panas sangat
kalau lambat potong begini laa jadi dia...pecah tapi bleh laaaa..hehehe
kalau nak cantik kena cari cutter..
cantik kalau guna cutter..kat mane nak carik erk..?

Cara


Cairkan gula anggaran 1/2 cawan..guna api perlahannnn ajer tau  sehingga menjadi karamel.  
Tutup api dan masukkan Puffed Rice..agak agak laa..kira gula tu cukup menyaluti Puffed Rice yang kita masukkan tadi..cepat cepat kita lambak atas dulang yang beralas daun pisang dan himpit dengan tangan tetapi jangan lupa letak daun pisang juga di atas Puffed Rice yang masih panas tadi...Lepas tu cepat cepat potong ikut size yang kita suka.


p/s : jangan buat sekali banyak..nanti tak sempat nak bentukkan dia..tetapi kalau kamu pantas dan hebat..cuba laa buat sekali banyak..






















PEDIH ULU HATI

Mama selalu kena pedih ulu hati...orang kata sebab makan banyak sangat atau makan makanan berempah atau pedas keterlaluan.  Walau apapun sebabnya tentu ia tetap menganggu kesihatan kita yer tak...?

Mama dapat satu petua dari kawan muka buku..dia dapat pun dari seorang Ustaz..kira boleh pakai laa janji percaya dan istiqamah melakukannya..InsyaAllah..

Mula mula sediakan Limau Nipis 1 biji
Lalu dibacakan Al-Kautsar 3 x atau 7 x kepada Limau tersebut
Belah dua..lalu kita sapukan kapur di atas permukaan limau tadi
Lalu kita sapukan di tengah tengah dada yang mengalami pedih ulu hati
doanya jangan dilupa semoga Allah menyembuhkannya..




SUAMI DAH TAK HINGAT ASAL ISTERI


Hati Latifah dah lama sakit vs kecil hati dengan suami dia. Mana taknya saban hari janji nak balik kampung Latifah, hajat nak jenguk keluarga sedarahnya yang dah lama tak dilihat.  Tetapi janji hanya tinggal janji.  Boleh dikira berapa kali di dalam setahun kala bila balik ke kampung Latifah.  Tetapi balik macam ala kadar jerr..macam nak cukup syarat wajib jerr..walau Hari Raya kehadiran Latifah dan keluarga macam orang luar datang melawat jerr..sejam dua dah sibuk nak balik...tanah kampung pun tak sempat nak kenal wajah Latifah yang sudah makin dimamah usia.

Kala cuti tiba..asyik balik kampung suami jerr..sabtu ahad kerr..cuti am kerr..cuti sekolah kerr..cuti sesaja kerr..asyik asyik kampung suami jerr.  Anak anak Latifah pun pelik campur boring sebab asyik balik kampung abah mereka jerr..sesekali teringin juga nak jalan jalan ke kampung ibu di selatan yang hanya ambil masa satu jam jerr...jarak ke kampung abah mereka pun lebih kurang begitu juga.

Latifah bukannya nak halang niat baik suaminya yang sentiasa mengutamakan ibu dan keluarganya.  Sesekali apa salahnya melawat sambil mengeratkan pertalian yang masih ada.  Kadang kadang Latifah tunjuk rajuk dia tetapi dimarahi suami tanpa memikirkan kenapa...

Latifah pun dah tak tahu nak bagi alasan apa kepada kakak dan abang yang masih hidup kat kampung.  Asyik asyik "abang kerja..takda cuti,  ada kenduri kat kampung mertua...kereta takda roadtax.." aah semua dah basi.

Ibubapa Latifah dah lama meninggal.  Mungkin itu alasan suami Latifah malas nak balik kampung Latifah sebab orang tua yang dihormati dah takda...Jauh di sudut hati Latifah sangat rindu untuk menjejak kaki ke kampung yang telah menyaksikan dia dilahirkan dan dibesarkan...sambil memberi salam di kuburan yang sepi memerhati.......








Saturday, 21 January 2012

FARAH LEE..bertuah kau ALLY ISKANDAR

Haahhh..malasnyeeee...penatnyeee..tapi ada idea laa pulak.  

Lepas tengok gambar kahwin si Ally Iskandar dengan sicantik manis Farah Lee..mama melompat pi blog KunfayakuN milik sicantik manis ini.  Saja saja nak tahu pasal gadis yang telah merelakan dirinya direbut hatinya oleh insan yang beruntung yang bernama Ally Iskandar...

Sebelum itu Tahniah laa Ally yerr..akhirnya kahwin juga ko dengan insan yang benar benar sesuwaii..ini gambar kahwin meka..

semoga berkekalan hingga ke akhir hayat


Apapun mama terkesima bila baca blog milik isteri Ally ini.  Bukan sebarangan remaja...walau hidup dikelilingi dengan kefasikan,  kesedaran yang lahir dari dalam diri menjadikan dia insan yang punya jatidiri...mama really respect you dear..

Jom baca petikan blog dia..nak lebih lebih buka sendiri yerr...

"Fara, ko nak kahwin eh?".
"Awat lak? Tibo-tibo hang tanya camtu?".
"Haha.. Takde.. Ko tiba-tiba berubah. Mesti ko nak kahwin ni.".
"Awat? kena tunggu nak kahwin ke baru nak berubah? Ape daaa..".

      

Terima Kasih TUHAN, masih diberikan umur dan waktu untuk aku lebih mengenali ISLAM

 

"Da start pakai tudung?? Hahahaha.. Kenapa tak tunggu Hari Merdeka je??". Gelak panjang pulak mama ni, ingat nak sayu-sayu ke anak dia nak berubah ni. "Yelaaaa.. Orang cakap betollah. Tapi tudung tak banyak. Ada tudung hitam je. huuu..". "Alhamdulillahhh.. Berkat doa mama siang malam.", ketika itu jelas terpancar di mata mama aku sinar kegembiraan (walaupun time tu tengah Skype nampak kabur-kabur je.hehe..). Ustaz Trimizi ada cakap, berlipat kali gandalah pahala seorang anak yang menggembirakan hati ibu bapanya lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Aku dipilih Allah untuk menjadi salah seorang daripada golongan itu.


******************************

29 August 2010 [19 Ramadhan 1431]

     Harini kena pergi Kursus Intensif Perubatan Islam Level 1 Part 2 (aku memang suka hadiri majlis ilmu sebab bagi aku, dari situlah aku dapat cari kunci untuk buka hati aku yang keras ketong (keras gila dalam loghat Terengganu) ni), so pakai tudung la, hormati majlis orang kata kan. "Lawa jugak aku pakai tudung.", sengih aku perasan sorang-sorang. "Nak terus pakai ke tak eh? Alaa.. Nanti2 la. Aku dah beli clip rambut bunga-bunga tu, subang pun dah beli untuk raya nanti. Kalau pakai tudung takkan nak buang je? Tak hot la nanti raya kat embassy. Pastu seluar2 pendek tu semua. Ada lagi yang baru beli, tak pakai pun lagi. Membazir tu amalan syaitan (fasih pulak cakap pasal agama time ni).", keluh hati hitamku.

     So habis je kursus tu aku dengan Yayok (bukan nama sebenar. haha..) menaiki subway pulang ke Incheon, rumah kami. Memang subway ni jadi transport utama student-student Malaysia di South Korea ni, keadaan aku harini pun sama jela dengan hari-hari yang lain cuma yang berbeza, aku pada harini berhijab. Sebelum ini pernah beberapa kali aku menaiki subway berhijab tapi aku rasa sangat malu sebab Koreans semua akan tengok aku pelik. Astaghfirullah hal azim. Tapi apa yang peliknya harini, aku tak rasa malu malah aku merasa bangga. Bangga kerana hijablah yang dapat membezakan aku, seorang Muslim dengan non-Muslims (dah la mata aku pun sepet macam korean-korean tu semua). Aku rasa lebih direspect orang sekeliling yang memandang, bukan lagi rasa malu. 

     Tapi hati hitamku masih mencari alasan,"Nak pakai tudung ke?? Tapi nanti dah tak leh dah la nak berfashion-fashion. Pastu nanti dah tak boleh dah la nak jadi model macam Kate Moss. Aku ni pun solat tak jaga, baik aku jaga solat dulu pastu baru pakai tudung. Sayang la nak buang baju-baju lama tu. Bla tu bla ni bla bla..". Tapi Alhamdulillah masih ada lagi warna putih dalam hatiku yang berkata, "Fara, tu semua perkara dunia. Perkara dunia semakin dikejar semakin jauh sebaliknya perkara akhirat semakin dikejar semakin dekat. Nak tunggu sampai bila lagi?? Kalau ajal kau malam ni jugak?? Nak mati katak??Nauzubillah Fara.". 

 

 "But you prefer the worldly life. While the hereafter is better and more enduring"

[87:16~17]

 

     Kunfayakun. Tiba-tiba hati keras ketongku ini sebak (bukan senang beb aku nak touching-touching camni. Hilang macho aku). Aku pejamkan mata, aku tarik nafas panjang-panjang dan hembus. Bersaksikan bulan dan bintang Ramadhan, aku nekad dalam hati untuk mula berhijab dan mendalami Islam dengan lebih mendalam. Aku suarakan hasrat aku pada Yayok, gembiranya rakanku itu sampai hampir menitiskan air mata katanya. Aku sampai di rumahku, terus call mama then, aku cari balik buku-buku agama yang aku bawa before fly dulu (selepas 2 tahun lebih aku membelinya). Aku solat sunat, menitis air mata (lagi sekali hilang macho aku) kesyukuranku kepada Ilahi.. Terima Kasih Allah. Kau Maha Bekuasa.

******************************

 

Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun pertama dimana aku tidak mensia-siakan 10 malam terakhir Ramadhan. Aku tekankan, bukan mudah untuk sesuatu perubahan. You fight to hold on and you fight to let go. And I found that change is not easy. I'm struggling to change everything I did before, the way I enjoyed my life, those clothes, those friends I hang out with and so many more. Sometimes Aku rasa jealous tengok my friends enjoying their life like I used to live before (I know I shouldn't feel that way) but it just came across my mind. And also rasa menyesal, "kenapa aku berubah kearah ini?'". But when those thoughts came, I motivate myself. I should thank God because he chose me, aku tak patut rasa menyesal, I should thank Him !!

 

Now aku rasa lagi dekat dengan Dia and also my family and friends. Aku tahu iman aku masih tidak kuat. Aku sangat takut suatu hari nanti, aku kembali semula kepada lifestyle aku sebelum ini. Aku berharap agar Allah sentiasa bagi aku petunjuk dan hidayah dan kuatkan hati aku hadapi dugaan macam tu. At the same time, aku sendiri kena cari hidayah itu and ubah hidup aku sikit demi sikit. InsyaAllah.. Aku juga perlukan sokongan keluarga dan rakan-rakan kenalan. Alhamdulillah so far, sokongan kenalan-kenalan especially di Facebook lah yang memberi aku kekuatan.

 

Ayuh bersama-sama kita berubah kearah kebaikan jom! ^^


ه

My Photo
A Caliph of Allah. An ummah of Rasullullah. A Da'ie. A Mechanical Engineering Malaysian student, South Korea ♥


Wednesday, 11 January 2012

JEM RAMBUTAN

rambutan oh rambutan
Mama baru balik dari kampung Kuala Pilah.  Fuhhh...buah rambutan di sepanjang jalan masak ranum dan ada yang sekah..(patah sendiri) sebab buah terlampau banyak dan berat.  Begitu juga dengan rumah mertua mama,  tak termakan dah..mana taknya bila ada saingan yang lebih memberangsangkan seperti manggis, langsat, dukung...kesian limau mandarin tahun ni..hehehe..tak pandang.

Bila dah terlampau banyak makan..alamat batuk.  Jadi adalah lebih baik kopek dulu buah tu dah basuh dulu baru makan sebab kat buah diapun ada getah yang mengatalkan tekak.  Bagi penghidap diabetis tahap gula dalam darah tentu naik mendadak..al maklumlah tak beringat ketika makan...nasib baik buah ni bermusim..kalau sepanjang tahun tentu ramai yang mati sebab diabetis tahap gaban..

Kadang kadang kesian gak dengan buah ini sebab bila dah kehitaman jawabnya dalam tong sampah lah dia.  Membazir kan..apa kata kita buat jam rambutan..sedap tau dan boleh simpan lama dan dapat kita  nikmati walaupun di luar musim rambutan.

Cuba try test resepi mama ni..InsyaAllah jadi

Bahan

Rambutan          lagi banyak lagi bagus
Gula                    Ikut manis yang kita suka..
Jem campuran  1 botol  (option jer..takda pun takpa)


Cara
  1. Rebus rambutan sampai lembik dan isinya mudah diasingkan dari biji
  2. Sila guna sarung tangan plastik ketika melakukan pengasingan biji..ramas ramas dan buang biji dia
  3. Blander isi rambutan sampai halus dan masuk di dalam periuk
  4. Masuk gula dan rasa gulanya..gula sebenarnya tak banyak guna sangat sebab rambutan dah manis
  5. Kalau suka masuk Jem Campuran siap sedia dipasaran tu...mama guna sebab konon konon ada sumber awet kat jem tu..dan menaikkan aroma wangi dan sedap.  Tak nak guna pun takpa..
  6. Kacau selalu sampai kering air dia..adalah digalakkan alas periuk dengan tudung periuk ketika proses mengeringkan air..takut berkerak di dasar periuk..
  7. Dah kering..sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap..penuhkan peti ais anda dengan jem untuk bekalan sepanjang tahun 2012-2013..hehehe..

proses merebus dan mengasing biji rambutan

biji telah dibuang..blander dan masuk gula..masak sampai kering

rupa jem rambutan mama..cantik tak..?








KISAH DETIK-DETIK WAFATNYA RASULULLAH

Pagi itu RasulullAh berkutbah, " Wahai umat ku. kita semua dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih_Nya, maka taat dan bertaqwala kepada_Nya. 

Ku wariskan dua perkara kepada kalian, Al Qur'an dan Sunnahku. Siapa yang mencintai Sunnahku, berarti mencintaiku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk surga bersama-sama aku" Kutbah singkat itu di akhiri dengan pandangan mata rasululloh yang tenang dan penuh minat menatap satu persatu sahabatnya. 

Abu bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang. Ali menundukkan kepala. Isyarat telah datang, saatnya telah tiba, " Rasulullah akan meninggalkan kita semua" keluh hati sahabat. Manusia tercinta itu, hampi selesai tunaikan tugasnya. 

Tanda-tanda itu makin kuat. Ali memeluk rasululloh yang lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. 

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Di dalamnya rasul terbaring lemah dengan kening berkeringat membasahi pelepah kurma alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar salam, "bolehkah saya masuk?' tanyanya. Fatimah tak mengizinkan masuk. "Maafkan ayahku sedang demam." Ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya, "siapakah itu wahai anakku" "Tak taulah ayahku, sepertinya baru kali ini aku melihatnya" tutur Fatimah lembut. 

Rasul menatap putrinya dengan pandangan yang mengetarkan. Seolah-olah setiap bahagian demi bahagian wajah putrinya hendak dikenangnya. " Ketahuilah. Dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara. Dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. dialah malaikul maut" kata Rasulullah. Fatimahpun menahan ledakan tangisnya. 

Ketika malaikat maut datang mendekat, Rasul menanyakan kenapa Jibril tidak menyertainya. Kemudian di panggilah Jibril yang sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah" tanya Rasul dengan suara yang teramat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka. para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Ternyata itu tidak membuat Rasul lega. Matanya masih penuh gambaran kecemasan. " Engkau tidak senang mendengar kabar ini?" tanya Jibril. " Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" " Jangan khawatir ya rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepada ku, Ku haramkan surga bagi siapa saja, kecuali umat muhammad telah berada di dalamnya" kata Jibril. 

Detik-detik semakin dekat. Saatnya Izrail melakukan tugasnya. Perlahan ruh Rasulullah di tarik. Nampak sekujur tubuh rasul bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini" Rasulullah mengaduh lirih. Fatimah terpejam. Ali yang berada di sampingnya menunduk semakin dalam. Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah pada malaikat pengantar wahyu itu. ' Siapa yang sanggup melihat kekasih Allah di renggut ajal," kata Jibril. Kemudian terdengar Rasul mengerang kerana sakit yang tak tertahankan. "Ya Allah, dasyat nian maut ini, timpahkan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku". 

Badan Rasul mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, " Uushikum bis shalati, wa maa malakat aymanukum. Peliharalah sholat dan peliharalah orang-orang lemah diantara kamu" 

Di luar pintu tangispun mulai terdengar bersahutan. Sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya. Dan Ali kembali mendekatkan telinga dibibir Rasul yang mulai kebiruan, " Ummatii..., ummatii...., ummatii...," Berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. 

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi." 

Betapa cinta Rasulullah kepada kita. Betapa sayangnya beliau kepada pengikutnya yang belum pernah dilihatnya sekalipun...walaupun sedang berada di ambang maut. 

Wallahualam.. semoga bermanfaat tuk kita semua sebagai penerus dan cintailah Al-Qur'an dan sunahNya maka kita sama seperti halnya mencintai RASULULLAH,...... 

UBAN DAN HIKMAHNYA

rambut beruban tanda dah tua dan matang..


Ibnu Hibban membawakan hadith berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (H.R. Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadith ini hasan)


Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (H.R. Abu Daud dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahawa hadith ini sahih)


Jadi apa nak risau untuk mewarna rambut kasi hitam balik...?

Monday, 9 January 2012

UBI BIT DAN KHASIATNYA

ubi bit
Ubi bit adalah sejenis ubi yang berbentuk agak bulat, bila dipotong isinya berwarna merah dan sedikit jusnya keluar merah. Daunnya juga boleh dimakan.

Ubi bit berasal dari kawasan Mediterranean, Eropah. Ubi bit mengandunig sodium, potasium, phosphorus, calcium, iodin, zat besi, copper, Vitamins B1, B2, B3, B6 dan C. Ia boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti mentah, rebus, celur, bakar atau kukus. Ubi bit mentah boleh ditambah kepada salad, kepada sandwich (cuba letakkan keju sekali) atau campurkan kepada sayur-sayuran lain.

Ia mengandungi betacyanin, antioksidan yang kuat, yang memberikan warna merah kepada ubi bit, sayur ini memperbaiki darah dan mempunyai sifat anti karsinogen. Kajian menunjukkan ia meningkatkan pertahanan semulajadi tubuh dalam hati dan memperbaiki sel-sel pertahanan badan. Ia juga mengandungi silika, penting bagi kesihatan kulit, kuku, ligamen, tendon dan tulang.

Ubi dan daun bit mempunyai banyak kegunaan kesihatan seperti:

Baik untuk jantung: 

Serat dalam ubi bit membantu mengurangkan kolesterol dan trigliserida dengan meningkatkan tahap HDL. Kehadiran betaine dalam ubi bit menurunkan kadar homosistein dalam tubuh yang boleh merosakkan pembuluh darah. Dengan demikian, pengambilan bit membantu mencegah penyakit kardiovaskular.


Menghindari cacat lahir: 

Ubi bit baik bagi wanita hamil kerana ia merupakan sumber folat vitamin B yang membantu dalam pembangunan tulang belakang bayi yang sihat. Kekurangan folat boleh menyebabkan keadaan yang disebut neural tube defect.



Mencegah kanser tertentu: 

Kajian menunjukkan bahawa bit yang baik dalam mencegah kanser usus besar, kerana ia mengandungi pigmen betacyaninis, yang dapat melawan kanser. Nitrat digunakan dalam daging sebagai pengawet, menyebabkan pengeluaran sebatian Nitrosamin di dalam tubuh yang menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan bahawa jus bit menghalang mutasi sel yang disebabkan oleh sebatian ini. Para penyelidik di Hungary juga mendapati bahawa jus bit dan serbuk bit juga boleh melambatkan perkembangan tumor.



Baik untuk hati: 

Betaines terkandung dalam jus bit membantu merangsang fungsi hati.



Mencegah masalah pernafasan: 

Bit merupakan sumber vitamin C yang membantu untuk mencegah gejala asma. Beta karoten semulajadi dalam ubi bit juga membantu untuk mencegah kanser paru-paru.



Meningkatkan tenaga: 

Bit mengandungi sejumlah besar karbohidrat yang menyediakan bahan bakar untuk tenaga dan kegiatan sukan yang berpanjangan.



Mencegah katarak: 

Kehadiran beta-karoten (vitamin A) membantu mencegah kebutaan berkaitan usia disebut katarak.



Kerapuhan kapilari: 

Flavonoid dan vitamin C dalam bit membantu untuk menyokong struktur kapilari.



Degenerasi makula: 

Kehadiran beta-karoten dalam bit mengelakkan degenerasi makula (penyakit kerosakan retina mata).



Strok: 

Tahap rendah kandungan kalium dalam tubuh meningkatkan risiko strok. Ubi bit kaya dengan kalium, jadi ia dianjurkan untuk membantu mengelakkan strok.

-----------------------------------------------------------------



Kehadiran mineral Boron dalam jus bit membantu dalam pengeluaran hormon seks manusia.



Pada zaman kuno Bit digunakan untuk mengubati demam dan sembelit. Pada Abad Pertengahan, bit juga digunakan sebagai ubat untuk gangguan pencernaan.

Daun Bit juga baik untuk menyembuhkan luka selain bagus sebagai makanan seperti salad dan sayur. Jadi gunakanlah ubi bit untuk kesihatan.



Perhatian: Bit mengandungi oksalat, yang jika diambil secara berlebihan, boleh menyebabkan cecair tubuh mengkristal. Jadi orang dengan masalah buah pinggang atau hempedu harus mengelakkan bit.