Pada satu masa dahulu...semasa mama masih muda belia dan ketika itu mama tersangatlah lapar. Lalu mama ke dapur dan melihat apa yang ada...nasi tarak...lauk tarak..nak makan apa..? Tiba tiba terpandang telor yang hanya tinggal 3 butir dan kentang yang hanya tinggal nyawa nyawa ikan...nak buat apa dengan dua bahan ini....Ahh buat kelainan sikit kekonon makan dekat negara orang puteh...
Mama potong potong kentang sesuka hati..tetapi nipis laaa...pecah telor campur dengan sedikit bawang dan garam lalu dipukul kembang. Lambak kentang kat dalam dia dan gaul rata..Masuk dalam kuali dan tutup dengan tudung periuk..opss api mesti perlahan..paling perlahan..
Dah terbau wangi telor goreng angkat tudung periuk tadi dan balik sebelah dia pulak..tutup tudung periuk tadi balik. Tunggu punya tunggu..akhirnya jadilah Telor Dadar Kentang...tuang cili sos atas dia dan..amboi perasan sungguh dengan sudu dan garfu sambil menonton tv...
Resepi ini mama ulang sampai sekarang dan anak anak tersangatlah suka..makan dengan nasi pun sedap..
No comments:
Post a Comment