Hati Latifah dah lama sakit vs kecil hati dengan suami dia. Mana taknya saban hari janji nak balik kampung Latifah, hajat nak jenguk keluarga sedarahnya yang dah lama tak dilihat. Tetapi janji hanya tinggal janji. Boleh dikira berapa kali di dalam setahun kala bila balik ke kampung Latifah. Tetapi balik macam ala kadar jerr..macam nak cukup syarat wajib jerr..walau Hari Raya kehadiran Latifah dan keluarga macam orang luar datang melawat jerr..sejam dua dah sibuk nak balik...tanah kampung pun tak sempat nak kenal wajah Latifah yang sudah makin dimamah usia.
Kala cuti tiba..asyik balik kampung suami jerr..sabtu ahad kerr..cuti am kerr..cuti sekolah kerr..cuti sesaja kerr..asyik asyik kampung suami jerr. Anak anak Latifah pun pelik campur boring sebab asyik balik kampung abah mereka jerr..sesekali teringin juga nak jalan jalan ke kampung ibu di selatan yang hanya ambil masa satu jam jerr...jarak ke kampung abah mereka pun lebih kurang begitu juga.
Latifah bukannya nak halang niat baik suaminya yang sentiasa mengutamakan ibu dan keluarganya. Sesekali apa salahnya melawat sambil mengeratkan pertalian yang masih ada. Kadang kadang Latifah tunjuk rajuk dia tetapi dimarahi suami tanpa memikirkan kenapa...
Latifah pun dah tak tahu nak bagi alasan apa kepada kakak dan abang yang masih hidup kat kampung. Asyik asyik "abang kerja..takda cuti, ada kenduri kat kampung mertua...kereta takda roadtax.." aah semua dah basi.
Ibubapa Latifah dah lama meninggal. Mungkin itu alasan suami Latifah malas nak balik kampung Latifah sebab orang tua yang dihormati dah takda...Jauh di sudut hati Latifah sangat rindu untuk menjejak kaki ke kampung yang telah menyaksikan dia dilahirkan dan dibesarkan...sambil memberi salam di kuburan yang sepi memerhati.......
No comments:
Post a Comment