Friday 23 August 2013

MAKAN BERPADA PADA DI MUSIM PERAYAAN

Assalamualaikum wbkt..

Bila tiba musim perayaan, istilah rumah terbuka bukanlah sesuatu yang baru bagi kita.  Ianya telah menjadi satu perkongsian budaya kepada semua bangsa tak kira agama di Malaysia ini. Memang menyeronokkan sebab hari hari makan sedap dan paling mengujakan ialah tak payah nak masak dan sudah tentu duit poket dapat dijimatkan..al maklumlaa..selepas beraya sakan dan lebih lagi bila kala gaji lambat lagi..yer tak..?

Tetapi beringat ingat kala menjamu selera sebab kadar kematian yang tinggi di negara kita adalah disebabkan oleh makanan.   Betul...darah tinggi, kencing manis, sakit jantung..tiga serangkai ini adalah musuh dalam selimut yang akan menyerang kita bila bila masa....kalau tidak menjaga pemakanan kita terutama di hari perayaan di mana kala ini laa kita akan menambah garam, gula, kolesterol dan bahan perasa di dalam badan dan salur darah secara berlebihan.  Kalau hari hari begini selama 30 hari, pergg...kesian segala sistem di dalam badan..


Saturday 17 August 2013

UCAPAN HARI RAYA 2013

Assalamualaikum wbkt..

Pergh...tersangat sibuk sampaikan dah berminggu minggu tak melayari internet...



Apa khabar semua..? Selamat Hari Raya..maaf zahir dan batin yang tak terhingga dari mama..bagi yang mengenali, mama menyusun jari seandainya sepanjang mengenali mama ada yang terkecil hati...al maklumlaa kita manusia biasa..semoga Allah swt mengampuni segala dosa yang telah kita lakukan dan menempatkan kita dikalangan insan yang dirahmati dan diberkati..

Terima kasih hubby kerana memahami..hari raya pertama tetap di MT..terima kasih juga kerana sudi mengunjungi ayahanda dan bonda walau tiada wajah terjumpa..

Photo: Mungkin ini dinamakan cinta sejati , menemani suami ssmpai ke liang lahat dan mungkin bersama di syurga. Amin . Al-fatihah idris & lijah.
rumah ayahandabonda tercinta mama

Seperti tahun tahun sebelumnya..inilaa sahaja yang dapat mama lihat..tiada lagi kehangatan tangan ayah dan ibu untuk dicium..semoga Allah swt menempatkan mereka berdua dikalangan orang orang yang berbahagia..Al Fatihah..aaminn..