Friday 23 August 2013

MAKAN BERPADA PADA DI MUSIM PERAYAAN

Assalamualaikum wbkt..

Bila tiba musim perayaan, istilah rumah terbuka bukanlah sesuatu yang baru bagi kita.  Ianya telah menjadi satu perkongsian budaya kepada semua bangsa tak kira agama di Malaysia ini. Memang menyeronokkan sebab hari hari makan sedap dan paling mengujakan ialah tak payah nak masak dan sudah tentu duit poket dapat dijimatkan..al maklumlaa..selepas beraya sakan dan lebih lagi bila kala gaji lambat lagi..yer tak..?

Tetapi beringat ingat kala menjamu selera sebab kadar kematian yang tinggi di negara kita adalah disebabkan oleh makanan.   Betul...darah tinggi, kencing manis, sakit jantung..tiga serangkai ini adalah musuh dalam selimut yang akan menyerang kita bila bila masa....kalau tidak menjaga pemakanan kita terutama di hari perayaan di mana kala ini laa kita akan menambah garam, gula, kolesterol dan bahan perasa di dalam badan dan salur darah secara berlebihan.  Kalau hari hari begini selama 30 hari, pergg...kesian segala sistem di dalam badan..


No comments:

Post a Comment