Monday 30 July 2012

MERDEKA DAN LAGU

Assalamualaikum wbkt..

Esok dah masuk bulan lapan..maknanya sebulan lagi kita akan menyambut Hari Merdeka yang ke 55 tahun.  Bagi yang hidup atau lahir sebelum tarikh Merdeka iaitu pada tanggal 31 Ogos, 1957 pastinya akan merasakan bagaimana nikmatnya Merdeka berbanding dengan kita yang lahir selepas Merdeka.  

Walau mama dilahirkan selepas Merdeka,  masa zaman sekolah dahulu para guru telah menerapkan perasaan cintakan negara dan bangga dengan tarikh keramat itu.  Walau seusia kanak kanak atau dikala remaja,  kami masih berbondong bondong pergi meraikan Sambutan Kemerdekaan di Padang Pahlawan Melaka.  Seronok sesangat melihat perbarisan sambil menyanyikan lagu Kemerdekaan yang sangat bersemangat dan menyentuh jiwa..apa lagi..tentulah lagu 31 Ogos.. 

lirik 

31 Ogos 

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka



Asalnya lagu ini dinyanyikan oleh Ahmad CB, mama pernah jumpa dia masa zaman sekolah dahulu.  Dalam tahun 80 an, masa itu sekolah hantar mama dan beberapa pelajar mengikuti satu Majlis, berkaitan dengan Kemerdekaan dan Sejarah di Melaka..cuma mama lupa nama acara itu.  Dia sempat memberi ucapan dan menyanyikan lagu ciptaannya itu 31 Ogos.  Selepas itu namanya tenggelam dan pastinya telah dilupakan walau lagu ciptaannya saban tahun dinyanyikan oleh rakyat Malaysia.  Jasanya juga tidak mendapat sebarang anugerah dan penghargaan dari kerajaan kita.  Khabarnya dia balik ke Medan, Indonesia dan menyepi sehingga sekarang.  

Masa itu Allahyarham Sudirman sangat popular, jadi sangat sesuailaa dia nyanyikan balik 31 Ogos.  Tergambar jiwa patriotik yang ada pada dirinya takkala mendendangkan lagu 31 Ogos dan semakin sedap bila diberi nafas baru.  Teringat mama akan baju bendera yang Allahyarham Sudirman pakai..

Walau dah besar,  masih terjerit jerit menyanyikan lagu 31 Ogos...ibarat macam nyanyi lagu raya bila tiba musim raya.. dan Allahyarham menjadikan lagu 31 Ogos lagu di mana sahaja dan tak kira masa... menjadikan lagu itu nadi di dalam diri peminatnya dan rakyat Malaysia khasnya..

Laa ni..sempena nak sambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke 55,  ada pula lagu baru untuk menyambut Hari Keramat ini.. Terujalaa mama nak tengok dan dengar lagunya..



Mama tidak dengar lagi lagu dia tetapi bila baca lirik ni..mama ketawa sensorang.  Maaf kata.. tah mana perginya perkataan Merdeka... satu perkataan pun tak sebut.. macam mana nak kata lagu Merdeka.  Ibarat kata macam lauk kurma ayam tapi takda ayam kat dalam periuk yang penuh dengan kuah kurma ..adehh..

Dengar kata lagu dia sebijik macam lagu gereja cuma rentaknya dicepatkan..entahlah..malas pula rasa nak dengar.  Tak teruja..

Bila baca sekali lagi...mama tertanya tanya "ini lagu patriotik ker lagu politik..?"..errr...

Oh yer..tak lama lagi kita nak mengundi agaknya.. 









 

Sunday 29 July 2012

SUASANA TERAWIH DI MESIR

Assalamualaikum wbkt..

Beginilah suasana solat Terawih di Mesir selepas kerajaan Mesir bertukar tangan kepada insan yang tahfiz al Quran..

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/578840_398863913511900_163751422_n.jpg

Rasa macam nak melompat kat dalam gambar ini..nak join sama..

SAHKAH PUASA SAYA JIKA SAYA TIDAK SAHUR DAN BERBUKA?

Assalamualaikum wbkt..

Agak agak ada tak dikalangan kita yang berbuat sedemikian..dia tak nak sahur dan dia tak nak berbuka.. tetapi dia niat untuk berpuasa.. kalau bab tak nak bersahur memang takda yang peliknya tetapi bab tak  nak berbuka.. pelikkan..?  

Kalau tak penuh meja dengan makanan dan minuman..bukan bumi Malaysia laa tu.. baru dengar Aa.. dari Muazin terus capai air .. glup glup glup masuk dalam perut.. kadang kadang tak sempat bismillah..apalagi doa berbuka puasa..


Kenapa Pak Arab ni menangis..?  Sebenarnya ini adalah gambar seorang Mufti dari Mesir yang sedang bersiaran langsung di Television.  Keadaan menjadi sendu apabila beliau menerima satu panggilan dari seorang hamba Allah yang membuat panggilan dari Somalia.  Soalannya berbunyi..

"Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?"

Tersentuh jiwa Pak Mufti ini hingga tidak dapat menahan tangis takkala terkenangkan penderitaan rakyat Somalia yang kekurangan dan sebenarnya tiada makanan untuk bersahur dan berbuka puasa..

Hati siapakah yang tidak tersentuh dengan soalan begini..?

Sedang kita disini bermewah mewah dengan makanan dan minuman, saudara seislam kita di sana tiada apa untuk dijamah..

Ya Allah,

Ampunkanlah dosa kami dan kami memohon serta merayu kepada Mu berikanlah pertolongan Engkau kepada saudara saudara kami yang berada di dalam kesusahan..aaminnn..


sabar menanti giliran untuk mendapatkan bantuan makanan

masih memenuhi hak Allah swt walau perut kelaparan dan cuaca yang panas terik.. berbanding dengan kita kat sini..kerja duduk dalam air con tetapi zohor tah kemana asar pula buat buat lupa..

menunggu rezeki dengan sabar walau di tengah panas terik

PEDULILAH DENGAN ROHINGYA

Assalamualaikum wbkt..

Menyesal rasanya apabila mengenangkan "peel" mama sebelum ini apabila dihampiri oleh orang orang Rohingya.  Mereka terdiri dari kanak kanak, wanita atau lelaki yang datang meminta sedekah walau keadaan sihat walafiat.

Sebenarnya mama tak tahu rupa rupanya pendatang haram seperti mereka tidak berhak untuk mendapat sebarang pendidikan, pekerjaan dan sebagainya yang mesti dan perlu untuk meneruskan kehidupan.  Ini semua adalah gara gara undang undang kafir laknatullah (PBB) sebab mereka dah awal awal merancang untuk menjadikan orang islam bermula dari yang lemah untuk melarikan diri dari tanah tumpah mereka sendiri..akibat dari pemerintahan yang tidak adil dan kejam... lepas itu mereka buat tidak nampak dan memang disengajakan..

Namun mereka sangat kuat dari segi mental.  Walau tertindas mereka tetap meneruskan kehidupan walau dengan apa cara sekalipun.  Mama pasti ramai yang tidak tahu tentang kehidupan sebenar mangsa pelarian Rohingya.. sebab itulah ramai dikalangan kita memandang rendah dengan mereka dan tidak menghiraukan akan kewujudan mereka..

Meluat pulak bila tengok orang Myanmar kebanyakannya budha kat sini yang berlambak lambak, senang lenang buat duit dan berhibur dengan tenang...  Orang Rohingya yang berada di sini nak cari sesuap nasipun payah apalagi saudara mara mereka yang masih berada di Myanmar.. diseksa dan dibunuh dengan kejam gara gara mengamalkan cara hidup islam..

Agak agak ada tak idea Pak Menteri untuk mengunakan saluran diplomatik antarabangsa untuk menegur dan menekan Rejim Burma supaya menghentikan tindakan mereka yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan ke atas puak etnik yang lemah ini..




Saturday 28 July 2012

BANDUAN, PENJARA SUNGAI BULUH DAN IKTIBAR

Assalamualaikum wbkt..

Wah..! pejam celik pejam celik..tengok dah 9 Ramadan rupanya.  Allahuakhbar..terasa sekejap sangat waktu yang berlalu... Macam mana dengan amalan kita agaknya..? Semoga kita akan menjadi lebih baik dan bertambah baik dari semalam...

Minggu ini mama sibuk sesangat,  keluarga sebelah suami bertandang di rumah untuk sama sama berbuka puasa dan shopping raya...  Lepas tu nak membayar hutang piutang dan membeli barang keperluan selama sebulan seperti biasa bila gaji tiba...Nampak macam remeh tetapi yang mengalami akan memahami..sabar jer lah.. maklumlaa puasa puasa ni badan tak secergas macam hari biasa..apalagi jika cuaca panas terik.  Semoga hari ini cuaca maintain mendung jerr..sebab kejap lagi nak keluar ni..

Sambil sambil menunggu waktu nak keluar sempat juga nak letak entry baru..bukan pena mama tetapi dapat dari Facebook..agak mengesankan juga kisahnya.  Untuk dikongsikan bersama di sini..ikhtibar untuk diri sendiri juga..InsyaAllah..


BANDUAN, PENJARA SUNGAI BULUH DAN IKHTIBAR



Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.

Sebuah kisah.... 

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana...

Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN.... 


Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini. 

Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. 

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. 

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. 

Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,
solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti
menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. 

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat
pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. 

Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. 

Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat. 

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

WALLAHU A'LAM,

Bertaubatlah!
Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Wahai manusia! Bertaubatlah kamu semua kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepadnya seratus kali setiap hari.” (Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.” Riwayat Ahmad

Selagi Pintu Taubat Masih Terbuka
Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.” (Muslim)

untuk pengesahan boleh lah rujuk Ustaz Halim din Bahagian Dakwah Pusat Zakat Selangor 

WALLAH HUA'LAM,

SHARE KEPADA DUNIA BETAPA ALLAH SANGAT MENYAYANGI HAMBANYA YANG SOLEH!

Wednesday 25 July 2012

HEBATNYA SOLAT SUNAT MANUSIA BERBANDING JIBRIL AS

Assalamualaikum wbkt..

Bingkisan tulisan ini mama dapat dari blog Kisah Allah Menciptakan Jibrail A.S

www.myberita.com/kisah-allah-menciptakan-jibrail-a-s/

Kalau malas nak klick..baca jer copy and paste kat sini.., 


Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa,

“Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.

Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah,

“Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?”

Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail,

“Tidak”.

Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.

Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya,

“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.

Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah,

“Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?”

Maka Allah berfirman yang ertinya,

“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”.

Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.

Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata,


“Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”

Maka Allah pun berfirman,

“Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.

Sabda Rasulullah,

“Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.

Kata Rasulullah lagi,

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.

“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehingga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.

Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?

Rujukan: Himpunan kisah-kisah teladan






Tuesday 24 July 2012

WANITA BERTERAWIH DI RUMAH LEBIH AFDAL

Assalamualaikum wbkt..


Siapa kata kaum ibu tidak keletihan berpuasa walaupun hanya duduk di rumah.  Sebelum subuh dah bangun untuk menyediakan sahur keluarga,  dialah yang masak, dialah yang hidang, dialah tukang kejut semua ahli keluarga, dialah tukang kemas..dia dan dia..

Bila anak anak dah ke sekolah, suami dah ke tempat kerja si ibu masih bersilat di rumah.  Berkemas, mencuci dan sedikit masa dicuri untuk menghilangkan lelah...kalau ibu yang bekerja..segalanya disimpan untuk petang nanti..

Selepas zohor si ibu mula memerah otak "nak masak apa untuk berbuka". Payah juga itu..sebab kalau 10 orang..10 selera puasa jadi utamakan yang ketua dahulu barulah masukkan sedikit menu untuk anak anak..selalunya kaum ibu tidak pernah kesah dengan selera mereka..yang penting kehendak keluarga adalah lebih utama.

Selepas asar kaum ibu dah mula sibuk di dapur untuk memasak.  Kadang kadang masa cemburu dengan kaum ibu..kalau yang duduk di rumah tentu ada masa yang banyak..bagi ibu ibu yang bekerja..? belum hilang letih..balik rumah nak kemas..nak mencuci baju, nak masak..nak layan karenah anak anak, kalau ada budget lebih bolehlaa pergi bazaar ramadan jerr..tapi kalau budget ciput..kenalaa masak sendiri... selepas berbuka dialah juga..kecuali ada anak anak yang memahami nak membantu kuranglaa sikit beban kerja dia..ermm boleh bayangkan bagaimana letihnya bila menjadi "Superwomen"..


Nah..di sinilah indahnya islam.  Bijaksananya Allah swt.. wanita sebenarnya tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di surau atau masjid.. orang perempuan lebih afdal solat di rumah dan pahalanya adalah lebih besar..

Selain menghindar diri dari fitnah,  wanita yang solat di rumah dapat berehat rehat di dalam melakukan ibadah solat sunat seperti sunat terawih...sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Syariat mengizinkan kita untuk solat sunat di dalam keadaan duduk di atas kerusi walaupun masih mampu berdiri.  Ingat..hanya solat sunat sahaja tetapi pahalanya hanya setengah dari solat berdiri.  Bayangkan solat sunat terawih yang dikerjakan di surau atau masjid dilakukan tanpa rehat..kadang kadang laju..perghh..mengigil kepala lutut ni..maklum laa badan berat nak angkat..heheh..

Selalunya mama buat sunat terawih 10 rakaat dengan 5 salam dan diikuti dengan witir 3 rakaat 2 salam.  Kalau buat kat rumah, buat 4 rakaat lepas tu boleh rehat rehat sekejap.  Katalaa kita nak tengok Ustaz Don sekejap, lepas tu sambung lagi untuk menghabiskan lagi 6 rakaat.  Lapar laa pulak, berhenti makan sekejap lepas tu sambung witir..3 rakaat..

Tetapi kalau dah bagi duduk..rasanya boleh direct habiskan jer 13 rakaat solat sunat tu.. takat 23 pun boleh.. sangatlah berehatnya.. jadi takda alasan penat.. kan kan..bagi yang ada anak kecil..kasi mereka tidur dahulu..jadi bolehlaa kita buat solat sunat tu..Subhanallah..


Terimakasih Ustazah Thaniah di atas ilmunya..i love you..




SOLAT SUNAT TERAWIH

p/s


Tambahan.. Cara Solat Sunat Terawih Bersendirian Di Rumah


Niatnya  :


Ø£ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّÙ€َــة َ الــتـَّÙ€َــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّÙ€َـه تـَــعـَــالـَــى


“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”


Bilangan rakaat suka hati.. buatlaa yang termampu.  Kalau mama buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.


Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.  

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

NOTA:

Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)

 SOLAT SUNAT WITIR


Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الوِتْرِ رَÙƒَعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"




Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat


أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الوِتْرِ رَÙƒَعَØ©ً Ù„ِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"




Zikir Selepas Solat Witir

سُبْØ­َانَ اللَّÙ‡ُ الْÙ…َÙ„ِÙƒِ الْÙ‚ُدُّوسِ


Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :



Doa Solat Witir


 

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Monday 23 July 2012

BUBUR LAMBOK RAMADAN

Assalamualaikum wbkt..

Jenuh wehh..nak beratur kat Masjid atau Surau semata mata nak makan bubur lambok free.  Bukan susah dan mahalpun modalnya..buat sendiri lagi best..sambil sambil bersedekah ke rumah jiran..


Bahan


Beras                     3 cawan
Air                         7 cawan
Daging                   200 grm dipotong kecil (ayam atau udang pun boleh)
Santan                   3 cawan dari sebiji kelapa
Perencah sop siam adabi  2 pkt
Bawang Besar       1 biji
Bawang Putih       3 ulas 
Halia                     2 cm
Lobak Merah         1 batang dipotong kiub
Daun Bawang, Daun Sop dan Bawang Goreng untuk hiasan



Cara

  1. Rebus beras dan daging,  tunggu hingga beras kembang
  2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar...masuk ke dalam bubur tadi diikuti dengan lobak merah
  3. Masukkan perencah sop siam..kacau supaya tidak berkerak di dasar periuk
  4. Setelah cukup kembang,  masukkan santan dan garam secukup rasa..tunggu hingga mengelegak
  5. Hidang dengan daun bawang, daun sop dan bawang goreng..
InsyaAllah..kalah bubur lambok kampung baru yang kau orang gilakan tu..hehehe..






BAZAAR RAMADAN YANG BEST DAN YANG TAK BEST

Assalamualaikum wbkt..


Apa yang bestnya Baazar Ramadan erk..?

Tradisi Bazaar Ramadan awal awalnya dahulu hanyalah sebuah tempat peniaga menjual juadah untuk berbuka puasa.  Sebut jer nak makan apa..pusing keliling..InsyaAllah jumpa apa yang dihajat.  Laa ni.. Bazaar Ramadan dah semakin advance.. dah terbahagi dua.. Ada Bazaar sekadar menjual juadah berbuka.. dan terkini "sejak dua tiga tahun yang lalu".. Bazaar Ramadan telah diperkenalkan sebagai tempat untuk kita mendapatkan baju raya, kasut raya, kuih raya, lampu raya dan segala gala yang kita perlukan untuk menyambut hari raya dengan harga yang berpatutan..pastikan kepala agong jangan dilupa..kalau tidak hanya hanya melenguhkan kepala lutut dan paling tidak hanya dapat cuci mata..yer ker..?


Itu jerlah yang mama nampak best..tetapi yang tak bestnya..


Lelaki perempuan bersesak sesak memilih barang tanpa kira muhrim ke tidak..


Tempat gadis manis menjaja rupa dan berpakaian menjolok mata


Tempat lelaki mengumpat dan mengorat


Tempat pakwe makwe berkepit mesra.. tak segan kat orang ramai..


Ada pulak karaoke.. malam malam ibadah diserikan dengan lagu lagu tak keruan.. rasanya lagi berseri kalau dijemput kumpulan kumpulan Qasidah yang semakin ramai kat Malaysia ni.. sambil sambil shopping.. kedengaran lagu lagu marhaban seperti "Ya Hannan Ya Mannan", "Solahtullah" dan banyak lagi yang cachy...teringat kat Allah swt dan Rasulullah... ada juga faedahnya..

Tapi mama rancang nak pergi juga ke sana sebab baju melayunya murah murah..hubby dengan anak bujang mama masih belum ada lagi baju melayu baru..





BUDAYA MOREH PENYERI TERAWIH

Assalamualaikum wbkt..



Bagi yang tidak tahu apa itu moreh..ia sebenarnya adalah jamuan yang dihidangkan kepada jemaah surau atau masjid selepas usai solat terawih di bulan Ramadan.  Time tu perut kembali lapar sebab berbuka tadi hanya menyentuh air bergelas gelas sampai takkala rukuk terasa air dalam perut ber "glup..glup"..hehehe..ade ker perkataan tu..hah lantak lah..bagi yang mengalami akan memahami.. bagi yang tak tahu cuba try test makan sejemput lepas tu minum air satu jug.. pasti akan mengalami air ber "glup..glup"..tapi tidak digalakkan..sebenarnya tak bagus untuk kesihatan dan menganggu ibadah solat kita..

gambar hiasan
Sebenarnya amalan moreh adalah suatu tadisi yang harus diteruskan sampai bila bila.  Sambil makan jemaah akan beramah mesra untuk mengeratkan siratulrahim sesama mereka.  Cuma masa di kampung dahulu mama tak tahu pula jamuan selepas solat terawih tu dipanggil moreh...mama pun lupa tah apa nama gelarannya...yang pasti setiap rumah akan membawa sedulang makanan untuk dihidangkan kepada jemaah yang kelaparan.  Lapar beb..mana taknya, bermula solat isyak sampai habis terawih, jam menunjukkan pukul 11 malam.  Awat lambat..? sebab kami buat 21 rakaat.. ker 23 rakaat..lupa..tapi banyak weh..nasib baik budak budak..bila penat kami main kejar kejar kat keliling surau walaupun suana gelap..jadi jerr..

Hubby mama kata..kat tempat kami solat terawih ada sedikit kejadian aneh.. Katanya takkala Imam memperdengarkan bacaan solat,  telinga hubby diganggu oleh satu bunyi.."srettt..srett..", bunyi ape..?..bunyi bungkusan plastik yang berisi makanan sedang dibuka oleh seseorang.. Hehe..kantoi tak kusyuk.  Tetapi telinga tajam macam hubby mama memang sukar menepis bunyi bunyi sumbang kat keliling yang hanya suara imam kedengaran..bila timbul satu bunyi lain tentu pelikkan..Hubby kata selepas solat dia berpaling ke arah saf belakang..dia tengok semua budak budak ada dengan wajah selamba..

Rupanya bukan hubby jer, jiran mama juga mengiyakan.  Anak anak ini pergi membuka bekalan makanan dan memakannya bersama rakan rakan yang lain takkala orang dewasa sedang solat terawih.. bila selesai merasa makanan mereka akan kembali masuk saf belakang yang disediakan untuk mereka.

Adehlaa..anak anak..tetapi takda mereka tak best pulak..biarlaa.  InsyaAllah..kebiasaan rajin pergi terawih walau niat nak moreh di zaman kanak kanak akan berubah takkala menginjak baligh...kita doakan sahaja..