Assalamualaikum wkt..
Bila dah hari hari ayam, ayam dan ayam, kaki ayam banyak wehh..huhu..apa lagi buat sop laa. Mama memang gila ngan sop kaki ayam walau lauk tu dicerca, dihina..ko tetap pujaan hatiku..heheh...
Masa kecik kecik kat kampung bab makan ayam ni memang susah. Setahun boleh kira bila kala dapat makan ayam iaitu time raye, time mantai puasa, time kakak kakak mama balik bercuti kat kampung. Itupun ayam yang arwah mak bela, semua dimakan kecuali bulu jer kami tak makan...tiada pembaziran. Walau kaki ayam kurus kering hanya bersalut kulit tetap menjadi rebutan, belum cerita bab pedal, hati, kepala (kegemaran mak mama) dan usus digoreng ranggup..pergh..
Nak tahu, masa itu kita orang kampung kurang terdedah dengan ayam bandar ni, cuma selepas kepopularan KFC lewat 70an barulaa kenal ayam daging yang gemuk, gebu dan putih empuk. Apalagi kaki dia yang seksi tu..huhuh..kakak mama kata jari jari mama macam kaki ayam..cuba kau orang bayangkan..haru..
Oh Jariku..adehh |
sop kaki ayam |
Jom laa buat sop kaki ayam..sedap wehh dimakan semasa masih panas dengan sambal kicap bercili padi..berpeluh peluh dibuatnya..
Bahan dan Cara
Kaki Ayam
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Daun Sop
Daun Bawang
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi masuk air secukupnya untuk melembutkan kaki ayam. Tak payah tunggu melegak, terus masuk kaki ayam, tutup periuk. Tunggu hingga masak bila daging kaki empuk dan sendi sendinya senang terpisah bila kita memicitnya..masuk garam
Hidang dengan sambal kicap cili padi
Kisar cili padi dan bawang putih hingga halus, masuk kicap dan gaul rata..siap..
owh...sup kaki ayam ku...
ReplyDeletemmg terangkat abis la if makan ngan sambal kicap...