Monday, 16 July 2012

MAMA DAH SUGI KAMU BILA LAGI..?

Assalamualaikum wbkt..

Entah kenapa tetiba jer nak guna siwak.  Sebelum ni ada gak cuba cuba tapi tak istiqamah..rasa macam sakit jer..sebenarnya tak tahu petua dan teknik..sebab itu rasa sakit dan tak selesa..


Kali ini mama beli yang jenis comel sikit..ada laa besar jari kelingking kanak kanak.  Kalau jenis yang besar susah sikit sebab dia keras dan sesuai untuk yang dah pro..kita yang baru nak guna elok guna yang jenis junior..agaknya memang untuk kanak kanak laa tu..takpalah..hasil lepas berus gigi dengan siwak ni..gigi mama rasa sangat bersih..takda tertinggal sisa sisa kat celah celah gigi geraham macam selalu jika guna berus gigi dan ubat gigi paste..terpaksa berus dua kali..

Dah bertahun tahun guna ubat gigi anjuran doktor seluruh dunia..apa kata kita kembalikan sunnah Rasulullah saw...banyak betul kebaikan kepada kesihatan gigi dan mulut kita..bukan sahaja satu ibadah malah banyak fadilatnya..

Zaman moden sekarang..siwak jenis paste pun ada tetapi tak setanding dengan penggunaan kayu siwak sebenar..untuk rasa adventure gunalaa yang ori..baru dapat ingat dengan Rasulullah saw..oh cam gini Rasulullah gosok gigi..pastu kita selawat bebanyak untuk Dia..

Siwak ini adalah sunnah Rasulullah saw..bak kata Ustaz Azhar Idrus kalau tak ikut sunnah ni bukan makna kita masuk neraka..tidak..sebenarnya apabila kita ikut sunnah ini kita akan mendapat menikmati fadilat fadilatnya tetapi kenalaa istiqamah..



Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:"Jika tidak memberatkan umatku, nescaya aku akan perintahkan mereka bersiwak setiap kali untuk bersolat". (HR Bukhari)


Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah telah bersabda:“Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta”. ( HR Bukhari ).


Hendaklah kamu mengambil berat tentang sugi, kerana ia mempunyai 10 faedah:

Diriwayatkan juga dlm sebuah hadis lain:-

membersihkan mulut 

-menjadi sebab keredhaan Allah 
-menyebabkan kemarahan syaitan 
-Allah & para malaikat mengasihi org yg bersugi 
-menguatkan gusi 
-menghilangkan gelema 
-mewangikan mulut 
-menghapuskan safra' (sejenis penyakit) 
-menguatkan pndangan mata 
-menghilangkan bau busuk mulut 

teknik pegang siwak
Para ulama telah mencatatkan terdapat 70 faedah dalam bersugi. Salah satu faedah itu ialah,dapat mengucap kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH ketika meninggal dunia. Sebaliknya terdapat 70 kemudaratan pula dalam mengambil candu, dan salah satunya ialah lupa kalimah syahadah tersebut ketika meninggal dunia...

Selain itu, ada 5 perkara yg menguatkan ingatan kita:

1-jangan byk ckp/kurangkan bercakap sia2
2-berbual dgn org soleh (beragama) 
3-bergaul dgn ulamak serta selalu duduk dlm majlis ilmunya 
4-byk membaca Al-Quran & menghafaz 
5-menggunakan miswak 


Cara bersugi, menyimpan & membuangnya:


-Bersugi dgn meniatkan sunnat. 

-Berkata setengah sahabat, ketika bersugi bacalah doa ini: Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah aku dlm bersugi,wahai yg Maha Rahmat daripada sekalian org yang merahmati. 

-Hendaklah bersugi dgn meliputi gigi2 yg di luar & di dlm, melalukan siwak pd semua penghujung gigi & gusi2nya serta langit2 tekaknya dgn perlahan2.

-Mulakan dari geraham kanan (atas & bwh), tolak ke kiri hingga ke geraham kiri (secara melintang). 

-Tolak sugi itu smpai dlm lidah sehingga tekak kita berbunyi "ak" (spt bunyi hendak muntah). Ini adalah amalan sunnah.

-Air liur pertama miswak itu hendaklah ditelan kerana ia menjadi ubat, sakit kusta, sopak & lain2 penyakit mata, rabun, katarak, ketumbit & sebagainya. 

-Basuh miswak slps penggunaan pertama td.

-Air liur ke 2 & seterusnya jgn ditelan kerana menelannya boleh menyebabkan sakit was2. 

-Jgn hisap sugi, menyebabkan kaburnya mata.
 

-Jgn digunakan kayu sugi itu pada kedua2 belah, kerana ia makruh & bkn amalan sunnah.

-Letakkan kayu sugi secara menegak, yg berbulu di atas, ketika menyimpannya.

-Jika miswak itu sudah hbs @ tidak boleh dipakai lg, makruh dibuang. Akan tetapi hendaklah dipacak di bumi, bhgian bulunya berada di atas. 

-Hendaklah membasuh kayu sugi tersbut samada sblum & selepas menggunakannya.

-Boleh berkongsi kayu sugi dgn org lain, dgn syarat mendapat keizinan tuannya. Kelebihannya, akan mengeratkan kasih syg.

Info ini mama copy dari RISALAH AMAL..sebagai peringatan untuk diri sendiri..kalau suka boleh amalkan sama sama jika sudi..


1 comment:

  1. ada sedikit pembetulan di sebahagian perenggan..kalau perasan jangan pelik..maksudnya sama cuma cara penyampaian ada sedikit beza..

    sebahagian artikel mama copy paste dari blog blogger lain..

    ReplyDelete