Wednesday, 4 July 2012

KHASIAT SURAH THOHA AYAT 25 - 28

Assalamualaikum wbkt..


Surah Thoha ayat 25 - 28.  Mengingatkan mama pada ateh (kakak mama yang sekarang berada di Mesir).  Dialah yang telah mengajarkan mama ayat ini supaya diamalkan ketika berada di dalam kesusahan atau lupa sesuatu. Selain dari itu ayat ini jika diamalkan akan mencerdaskan otak..wallahualam.  Sebenarnya elok diamalkan setiap hari, tak kira bila susah atau senang...digalakkan mengamalkannya selepas solat..

Mama terpanggil untuk meletakkannya di sini supaya menjadi ingatan kepada mama juga.  Bukan apa..sebenarnya sudah dua hari dek sebab sibuk sangat sampai mama lupa akan ayat ini yang juga "doa" Nabi Musa as. Macam nak menangis rasanya sebab lupa nak mengingati 4 baris ayat yang mudah untuk diingat..Allah!..kenapa agaknya yerr..






 25) "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku,  
26) "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; 
27) "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,

28) "Supaya mereka faham perkataanku;





No comments:

Post a Comment