Assalamualaikum wbkt..
Wah..! pejam celik pejam celik..tengok dah 9 Ramadan rupanya. Allahuakhbar..terasa sekejap sangat waktu yang berlalu... Macam mana dengan amalan kita agaknya..? Semoga kita akan menjadi lebih baik dan bertambah baik dari semalam...
Minggu ini mama sibuk sesangat, keluarga sebelah suami bertandang di rumah untuk sama sama berbuka puasa dan shopping raya... Lepas tu nak membayar hutang piutang dan membeli barang keperluan selama sebulan seperti biasa bila gaji tiba...Nampak macam remeh tetapi yang mengalami akan memahami..sabar jer lah.. maklumlaa puasa puasa ni badan tak secergas macam hari biasa..apalagi jika cuaca panas terik. Semoga hari ini cuaca maintain mendung jerr..sebab kejap lagi nak keluar ni..
Sambil sambil menunggu waktu nak keluar sempat juga nak letak entry baru..bukan pena mama tetapi dapat dari Facebook..agak mengesankan juga kisahnya. Untuk dikongsikan bersama di sini..ikhtibar untuk diri sendiri juga..InsyaAllah..
BANDUAN, PENJARA SUNGAI BULUH DAN IKHTIBAR
Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.
Sebuah kisah....
Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana...
Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN....
Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.
Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.
Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.
Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum.
Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.
Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.
Dia digantung pada subuh pagi jumaat.
Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.
Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.
Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,
solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.
Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.
Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.
Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti
menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.
Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat
pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.
Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung.
Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.
Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...
Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.
Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.
Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.
Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”
Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.
WALLAHU A'LAM,
Bertaubatlah!
Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Wahai manusia! Bertaubatlah kamu semua kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepadnya seratus kali setiap hari.” (Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.” Riwayat Ahmad
Selagi Pintu Taubat Masih Terbuka
Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.” (Muslim)
untuk pengesahan boleh lah rujuk Ustaz Halim din Bahagian Dakwah Pusat Zakat Selangor
WALLAH HUA'LAM,
No comments:
Post a Comment