Assalamualaikum wbkt..
Agak agak ada tak dikalangan kita yang berbuat sedemikian..dia tak nak sahur dan dia tak nak berbuka.. tetapi dia niat untuk berpuasa.. kalau bab tak nak bersahur memang takda yang peliknya tetapi bab tak nak berbuka.. pelikkan..?
Kalau tak penuh meja dengan makanan dan minuman..bukan bumi Malaysia laa tu.. baru dengar Aa.. dari Muazin terus capai air .. glup glup glup masuk dalam perut.. kadang kadang tak sempat bismillah..apalagi doa berbuka puasa..
Kenapa Pak Arab ni menangis..? Sebenarnya ini adalah gambar seorang Mufti dari Mesir yang sedang bersiaran langsung di Television. Keadaan menjadi sendu apabila beliau menerima satu panggilan dari seorang hamba Allah yang membuat panggilan dari Somalia. Soalannya berbunyi..
"Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?"
Tersentuh jiwa Pak Mufti ini hingga tidak dapat menahan tangis takkala terkenangkan penderitaan rakyat Somalia yang kekurangan dan sebenarnya tiada makanan untuk bersahur dan berbuka puasa..
Hati siapakah yang tidak tersentuh dengan soalan begini..?
Sedang kita disini bermewah mewah dengan makanan dan minuman, saudara seislam kita di sana tiada apa untuk dijamah..
Ya Allah,
Ampunkanlah dosa kami dan kami memohon serta merayu kepada Mu berikanlah pertolongan Engkau kepada saudara saudara kami yang berada di dalam kesusahan..aaminnn..
sabar menanti giliran untuk mendapatkan bantuan makanan |
masih memenuhi hak Allah swt walau perut kelaparan dan cuaca yang panas terik.. berbanding dengan kita kat sini..kerja duduk dalam air con tetapi zohor tah kemana asar pula buat buat lupa.. |
menunggu rezeki dengan sabar walau di tengah panas terik |
No comments:
Post a Comment