Thursday, 5 July 2012

Doa Pelbagai Guna -- Hindar Kejahatan Jin, Manusia, Pembesar, Buasir, Sakit Gigi dsb.

Sangkar Diri






Assalamualaikum wbkt..


Mama dapat doa ni dari rakan blogger..kat atas nu gambar dia..kalau rajin boleh pi singgah kat blog dia..

Untuk diri sendiri dan jika suka boleh amalkan sama sama..sebiji mama copy..taknak tertinggal satu perkataan pun..

Doa Pelbagai Guna -- Hindar Kejahatan Jin, Manusia, Pembesar, Buasir, Sakit Gigi dsb.

Alhamdulillah, entri kali ini ialah berkenaan doa pelbagai kegunaan untuk elak kejahatan jin, manusia, pembesar, buasir, sakit gigi, gila, kusta, kecurian, dan segala kejahatan ciptaan Allah s.w.t, dan sebagainya.  Penulis telah mengamalkan doa ini hampir setiap hari dan alhamdulillah, walaupun gigi berlobang tetapi tidak sakit. Syukur kepada Allah s.w.t.  Hayati maknanya apabila membaca doa ini.

Kaifiat amalan:

Baca sekurang-kurangnya 1x setiap hari. Sebaik-baiknya baca 1x selepas solat subuh dan 1x selepas solat maghrib. InsyaAllah.


Makna doa di atas:

Aku meminta perlindungan untuk diriku dan anak-anakku kesemuanya, dan ahli keluargaku semuanya, dan harta-hartaku semuanya, dan saudara-saudaraku semuanya dan juga harta-harta mereka, secara berkekalan dan berpanjangan selama-lamanya, dengan wajah Allah Yang Maha Agong, yang tiada sesuatu pun yang terlebih agong daripada-Nya, Yang Mempunyai Ketinggian dan Keperkasaan, daripada kejahatan jin dan manusia, syaitan-syaitan, dan sultan-sultan (pembesar atau ketua tempat kerja masing-masing), orang-orang Arab Badwi (kat Malaysia ni -- orang asli kot), dan kejahatan yang tujuh, kejahatan serangga perosak (spt anai-anai dll), dan kecurian, dan daripada kejahatan semua makhluq Allah Taala. Dan daripada penyakit gila, kusta, sopak, mati separuh badan, buasir, kencing tidak tus, pekak, buta, bisu, dan daripada akhlak yang buruk, dan daripada tertanggal gigi, dan daripada sakit gigi geraham, dan daripada gigi berlobang dan longgar atau tercabut ia. Dan daripada semua bala dan fitnah, yang zahir dan yang batin.  Dan aku berpegang teguh dengan Tuhan yang memiliki kerajaan. Dan aku bertawakkal kepada Dia yang tidak akan mati (3X -- ayat yang terakhir ini saja baca 3x).




1 comment:

  1. Pertama kali amalkan doa ini masalah sakit gigi mama hilang tiba tiba..seminggu selepas itu tumbuh bisul berisi nanah dan darah..kini sembuh sepenuhnya dan masih mengamalkan doa tersebut selepas solat subuh dan maghrib..

    ReplyDelete